03 September 2011

Tersedar dari lamunan.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Alhamdulillah, masih bernafas hingga ke saat ini.

Alhamdulillah ya Allah, atas segala-galanya. Yang telah Kau kurniakan buatku, buat semua yang aku sayangi, hingga ke hari ini, saat dan tika ini.

Allahu Akbar.

Setiap saat yang dilalui bagai kali pertama dialami seumur hidup.

Sungguh.

Betapa banyaknya yang Dia ajarkan tanpa disedari.

RINDU.

Betapa hari ini, baru tersedar, ana rindukan dia. Entah kenapa baru kini tersedar akan hakikat itu. Walau dah berkali-kali berpisah dan berjumpa, kemudian berpisah semula. Tapi baru kali ini, terasa perasaan itu.

Wahai abangku, baru kusedar, betapa aku merinduimu!

Perbezaan umur setahun cuma, tapi kami bagai teman rapat, suatu ketika dahulu. Hinggalah tiba satu saat, dipilih oleh Allah untuk menjalani kehidupan di asrama, dan seterusnya kehidupan di universiti. Semenjak itu kami dah tak macam dulu. Maklumlah, masing-masing dah besar, tak semua benda bleh dicerita.

Sekarang, abang belajar jauh di Kelantan sana, dan ana ditentukan olehNya untuk menyambung pelajaran di bumi cfs ni. Alhamdulillah, dapat peluang untuk balik ke rumah sentiasa.

TAK LAYAK.

Betapa baru kusedar kini, kenapa dilanda perasaan tidak enak, beberapa hari sebelum Ramadhan melabuhkan tirai. Sungguh, entah apa sebenarnya perasaan itu. Nak kata sedih, macam tak. Gembira? Jauh sekali.

Hinggalah bila tibanya 1 Syawal, lagi berombak-ombak perasaan. Entah kenapa. Ucapan 'selamat hari raya' boleh dkira dengan jari, berapa kali yang diucapkan. Apa sebenarnya yang terjadi pada perasaan? Memang tak ada sebab yang pasti.

Tapi konklusi akhirnya ditemui. Rasanya inilah jawapan yang pasti. Aku tak layak. Tak layak untuk sama-sama raikan hari kemenangan ni. Hari raya disambut kerana meraikan kejayaan setelah berjaya mengharungi ujian di bulan Ramadhan. Tapi apa yang dirasa adalah sebaliknya. Rasa seperti mensia-siakan bulan mulia tu. Rasa macam Ramadhan kali ini lebih teruk berbanding yang lepas. Allahu Akbar... Apa yang telah aku lakukan ya Allah?

Atau mungkin perasaan tidak enak tu sebenarnya akibat dari perbuatan lagha dan sia-sia yang dilakukan di bulan penuh barakah tu? Allah... Allahua'lam...

TIADA PERSIAPAN.

Dan inilah masalah paling utama yang melanda diri ana sekarang.

Alhamdulillah, tersenyum senang melihat sahabiyyah yang sebaya berjaya mendirikan masjid :) Walau tak pernah bersua empat mata, tapi memang hati berbunga riang saat dikhabarkan berita. Allahu Akbar... Apakah perasaan yang dirasa oleh pasangan muda tu? Tak dapat digambar rasanya :)

Entah kenapa, Allah aturkan pertemuan dengan seorang ukhti. Kami dah lama kenal, cuma tak pernah rapat. Dan 1 Syawal menjadi saksi, kami menyelami, mengenali hati budi masing-masing.

Banyak rupanya persamaan masalah kami. Purdah, nikah, jemaah, baitul muslim. Semuanya hampir serupa, apa yang kami lalui. Allahu Akbar, indahnya aturanMu! Banyak yang kami bincang. Dan seperti sedia maklum, topik yang paling hangat dan tak akan pernah sejuk; baitul muslim.

Ditanya, apa perancangan ke arah baitul muslim? Allah, hampir terkedu dibuatnya. Mana taknya, selalu hanya bersembang kosong, tak serius. Tapi tiba-tiba ditanya sebegitu, buatkan ana tersedar, ana tiada perancangan ke arah itu. Ada tu ada, tapi cuma angan-angan yang tak pernah ada usaha untuk dijadikan realiti.

Alhamdulillah, sedikit sebanyak turut sedarkan diri sendiri, untuk buat persediaan walau sedikit cuma. Kerana pernikahan itu seharusnya hingga ke Syurga, bukan hanya di dunia. Dan yang paling utama, pernikahan itu seharusnya menjadi asset di akhirat kelak. Bagaimana?

Semuanya lillahi ta'ala. Itu yang paling utama. Berkahwin kerana ingin dekat lagi padaNya, demi mencapai redhaNya, dan juga untuk bekalan ke sana. Asset tu merangkumi si suami atau si isteri yang soleh solehah. Tak jelas lagi? Suami isteri yang soleh solehah, semestinya akan membantu antara satu dengan yang lain untuk sama-sama menuju JannahNya. Dan dari suami isteri yang soleh solehah itu pula akan lahir pula anak-anak yang soleh solehah yang mana do'a mereka akan berguna di alam kubur kelak.

Panjang lebar kalau berbicara hal nikah kahwin ni. Tapi tiada apa yang perlu kita pelik. Memang ini bab yang selalu dibincangkan oleh remaja. Lebih-lebih bagi yang bermatlamatkan syurga dunia dan akhirat.

Syurga dunia = suami/isteri soleh/solehah + anak-anak soleh/solehah.

Syurga di akhirat = hasil daripada suami + isteri + anak-anak + keluarga soleh/solehah.

Allahu Akbar. Indahnya angan-angan. Tapi lebih indah andai disertakan dengan usaha :)

BERSYUKUR.

Berkait dengan soal baitul muslim; anak-anak yang soleh/solehah.

Bila diperhati, difikir-fikirkan, takut sungguh. Bimbang jangan dikira. Tengok kanak-kanak zaman sekarang, memang sangat merisaukan. Budak-budak sekolah rendah, darjah 2 darjah 3 dah ada fb. Mungkin entum tak rasa kepelikkan tu tapi tidak pada ana.

Teringat saat pertama kali buat account fb, beberapa minggu lepas habis SPM. Itupun lepas didesak kawan sekolah. Katanya ramai cikgu-cikgu yang ada fb, senang nak contact. Lama-lama adi ketagih. Alhamdulillah ketagihan berjaya dihentikan walau memakan masa :)

Bersyukur sangat. Tak terdedah dengan fb ni terlalu awal. Berbanding dengan sekarang ni.

Kalau dulu, rasa jelous je bila kawan-kawan diberi kebebasan untuk hang out sana sini. Memang tak puas hati bila mak ayah sendiri tak pernah bagi peluang tu. Tak pernah keluar dengan kawan-kawan, tak pernah pergi tengok wayang, tak pernah pergi mall atau TS, Mid Valley and etc. Walhal tinggal tak berapa jauh pun dari K.L. Orang tanya macamana nak pergi sana, macamana nak pergi sini, jawapan yang diberi tetap sma; tak tahu.

Tapi alhamdulillah, baru sekarang nak rasa bertuah kerana tak pernah diberi peluang tu. Dibanding dengan zaman sekarang, baru sekolah rendah dah dijinakkan dengan perkara-perkara macam tu. Shopping, tengok wayang, hang out and sorts. Allahu Akbar, tak dapat dibayangkan. Kalau budak-budak zaman sekarang dah macamni, bagaimana dengan anak-anak kita kelak? (ceh, dah berangan sampai ke anak-anak pulak dah)

KONKLUSI.

Alhamdulillah, setelah berceloteh panjang lebar, akhirnya, berjaya sampai kepada konklusi.

Pertamanya, dari saat ini, dah kena mula buat persediaan ke arah baitul muslim (sila jangan lupa!) Tapi walau apapun, pelajaran dan tanggungjawab lain jangan pernah diketepi.

Sentiasa pelihara diri, kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi (dah macam melodi pulak). Sentiasa upgrade iman, amal dan taqwa. Kalau asyik berangan nak yang soleh/solehah, tapi usaha pun takdak, selamat jalan lah jawabnya...

Dan yang paling dekat sekali, presentation, tutor, homework semua kena siapkan. Sebab esok dah kena balik cfs!

p/s: selamat memasuki alam universiti kembali bagi yang dah lama bercuti!

p/p/s: persediaan yang paling utama sebenarnya adalah persediaan menghadapi mati. paling mudah, segala persiapan untuk kemudahan di dunia mesti 2 in 1. Supaya setiap urusan duniawi bukan hanya dapat benefit di dunia, tapi di akhirat juga insyaAllah :)

2 comments:

  1. all da best moga Allah sentiasa bersama awak...suka sgt tiap2x post dlm blog nie...thank untuk perkongsiaan yg baik nie.. salam alfieyra

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...