29 September 2011

Sekian.

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Subhanallah.

Begitu cepat masa berlalu. Pejam celik pejam celik.

Sedar sedar dah habis exam.
Sedar sedar dah habis sem 3 rupanya.
Sedar sedar dah ada kat rumah.

Macam tu lah kita manusia.

Dan akhirnya, sedar sedar nyawa dah sampai di kerongkong.

Masa tu, apalagi yang boleh kita buat?

Memang perjalanan sem kali ni lebih mencabar dari sem-sem sebelumnya. Kebanyakan hari dipenuhi dengan meeting meeting dan meeting. Kalau tak meeting, usrah. Hujung minggu, kalau tak balik rumah, pergi program. Macam tulah kehidupan sem kali ni. Hinggakan dah nak final exam pun, masih sibuk dengan rutin ni.

Ada mak ayah yang cakap, dah nak exam ni, sudah-sudahlah tu join sana sini. Pergi ke sana ke mari. Ada juga yang bertanya, asyik pergi meeting, pergi usrah, pergi program, tak penat ke? Bila masa pula nak study?

Ok jawapan bagi soalan pertama. Pergi program, usrah, meeting dan semua-semua tu, memang tipulah kalau cakap tak penat. Nak nak pulak bila musim-musim exam. Tension, stress je tengok orang lain dapat study dengan senang lenangnya. Sedangkan diri sendiri terkejar-kejar nak pergi sana pergi sini.

Penat. memang penat. Tapi penat yang dirasai tak terbuang macam tu je. Sebab setiap penat yang dirasai tu ada harganya. Semuanya terbayar bila apa yang dirancang, apa yang dijalankan, terlaksana dengan jayanya. Kalau fikir logik pun, mana yang lebih kita prefer? Antara kehidupan seorang pelajar yang kisahnya hanya dengan buku buku dan buku atau kehidupan seorang pelajar yang penuh warna warni pengalaman dan pengajaran?

Satu hari nanti, kalau diizinkan Allah, kita semua akan berumah tangga. Dan kalau kita dah beranak-pinak nanti, anak-anak kita akan lalui benda yang sama, kehidupan yang sama. Kalau kita ditanya itu dan ini, tapi kita cuma mampu jawab; entahlah, mana mak/ayah tau. Zaman belajar dulu mak/ayah cuma hafal fakta dalam buku je. Berbanding dengan jawapan; ouh masa zaman belajar dulu, mak/ayah pun ada terlibat jugak dengan itu dan ini. Selalu join itu dan ini. Bla bla bla... Jadi, mana yang boleh terlibat, atau mana yang tak boleh terlibat, semua kita tahu baik buruknya.

Tapi walau apapun, itu bukan bermakna kita tak perlu study dan kena tumpu 100% pada kerja-kerja dakwah dan persatuan ni. Cumanya kita perlu seimbang. Duniawi dan ukhrawi. Sebab tu ada yang selalu ingatkan, berjemaah (berpersatuan) no.1, tapi belajar bukan no.2 .

Balik kepada tajuk. Semalam adalah hari terakhir (sepatutnya) untuk sem ni dan tahun ni. Tapi bila dah nak sampai rumah baru tersedar, kunci bilik lupa nak pulangkan. Jadi pagi tadi kena balik ke CFS, untuk pulangkan kunci dan ambil barang-barang yang tertinggal dalam laci =.=

Kepada rumet-rumetku, syukran 'alaik buat semua, kerana sudi & mampu bertahan dengan rumetmu ini... Dua dari tiga orang rumet insyaAllah akan ke Gombak pada tahun depan. Tinggallah kami berdua di sini untuk sambung lagi perjuangan yang belum selesai di tahun hadapan...

Masa tengah study untuk final, mata tersinggah jugak dekat student-student yang dah habis exam awal ni. Dalam hati dok bising; banyak betul beg diorang ni. Agak tak sabar jugak nak habiskan last paper masa tu. Tapi bila dah siap packing barang semua, nak angkut turun bawah, seriously dah macam 3 orang punya barang-barang! Kawan-kawan sampai 4-5 orang tolak bawa barang. Macam nak pindah rumah pun ada =.= Bila fikir balik, muat pulak semua barang ni dalam bilik, padahal bilik tak lah besar mana pun. Share 4 orang pulak tu. Tapi apapun, selemat sudah semuanya ~ :)

Dalam kereta masa perjalanan balik rumah, macam biasa, ayah suka cerita tentang pengalaman dia. Kali ni tentang dua orang perempuan yang mana salah seorang dari mereka tu insyaAllah akan berangkat ke tanah suci mekah tahun ni.

Perbualan ayah dengan akak tu lebih kurang macam ni (setelah ditranslatekan dalam bahasa yang mudah difahami);

Akak tu: InsyaAllah bulan 10 ni saya nak pergi buat haji.
Ayah: Alhamdulillah, baguslah tu. Muda-muda pergi haji. Dah tua nanti takut tak larat. Nak buat amalan sunat pun kadang-kadang tak larat. Pergi dengan siapa? Suami ke?

(Lupa nak bagitau, ayah cakap akak ni umur dia lebih kurang penghujung 20an jugak)

Akak tu: Tak lah. Pergi sorang je. Saya tak minat lah dengan lelaki ni.
Ayah: Ouh tak kahwin lagi ke... Hm nanti sampai sana do'a-do'a la dipertemukan jodoh...

Akak tu: Takpelah. Saya tak minat lah pasal kahwin-kahwin ni. Saya memang tak suka cakap pasal kahwin.
Ayah: Kenapa? Pernah kecewa ke?

Akak tu: Tak lah. Saya dari dulu memang tak suka lelaki. (saat ni mood untuk bagi ceramah dah mula naik)
Ayah: Kita tak boleh macam tu... Sedangkan Nabi Muhammad pun berkahwin. Ini pulak kita. Nanti kalau kita kahwin, dapat anak, susah senang ada suami dan anak-anak boleh tengokkan kita. Takkan kita nak harap adik-beradik kita? Mereka pun ada kehidupan masing-masing nanti. Bla bla bla...

Dan dari perspektif Islam pulak, Nabi Muhammad S.A.W suka kalau ada umat yang ramai (beranak-pinak). lagi satu, bila dah ada anak, kita didik mereka jadi soleh/solehah, insyaAllah bila kita di alam kubur nanti do'a mereka akan sampai kepada kita :) Jadinya kalau tak kahwin. maknanya tak ada anak lah kan? Siapa nak do'akan kat kita nanti?

Persoalan: Apakah yang cuba ayah sampaikan? Kena pergi haji di usia muda atau kahwin muda supaya dapat buat haji masa muda? (yang ni persoalan tersirat) ..........

Hmm semalam ada belek-belek majalah anis, dan terbaca satu cerita ni;

Suami veteran 1: Hai, cantik dan solehahnya gadis-gadis di pejabat kita ni.
Suami veteran 2: Habis tu, apalagi, angakatlah satu.

Suami veteran 1: Masalahnya, saya tak ada hati pada diorang.
Suami veteran 2: Ke mana perginya hati tu?

Suami veteran 1: Isteri saya dah curi...
Suami veteran 2: Ouh gitu... Habis tu dalam hati awak ni tak ada hatilah ya?

Suami veteran 1: Ada. Hati isteri saya...

Subhanallah... Manisnya pernikahan itu andai ianya disemai bukan hanya dengan cinta semata, tapi ia turut dibajai dengan iman dan taqwa. Dan ia tidak berakhir dengan duka, sebaliknya bahagia hingga ke JannahNya! :)

Memandangkan cuti sem dah bermula, mulalah mood bercerita tentang nikah-kahwin ni. Lepas ni nak baca "Aku Terima Nikahnya" pulak :)

Sekian sudah meeting-meeting.
Sekian sudah buat buku-buku.
Sekian sudah musim stress dan tension.
Sekian sudah sem 3.
Sekian sudah cerita universiti buat tahun ni.

Sekian sudah buat chapter kali ini.

Notakaki: Ahlan wasahlan musim cuti kali ini . Moga pengisiannya lebih baik dari yang sebelumnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...