17 July 2011

MARAH BETUL .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .


Al-kisah , di satu ceruk kampung , kelihatan seorang gadis sederhana ; Aini sedang menumbuk , menendang , membelasah kayu-kayu mati di situ . Gamaknya diganti dengan rumah kampung yang ada di situ , confirm roboh . Entah apa yang buat Aini marah sangat , aku tak pasti . Tapi seingat aku , Aini yang aku tau adalah seorang yang lemah lembut , sopan santun , atau pemalu mungkin .


Aini , kenapa dengan kau ? Kenapa marah marah sampai tendang-tendang makhluk-makhluk planet yang tak berdosa ni ?


Aku marah betul la . Bengkek je dowh .


Allahu Akbar . Terkejut dengan maklum balas yang diberi .


Sabar Aini , sabar . Cerita la sikit . Mana tau , aku boleh tolong . Tak boleh tolong settle , at least aku boleh tolong dengar . Ceciter ceciter .


Memandangkan kau dah kat sini , aku cerita je lah . Suno (dalam bahasa hindi maksud dia 'dengar') . Hmm kalau kau nak tau , dulu aku bukanlah aku yang sekarang ni . Aku rasa kau pun tau kot . Gaduh gaduh dengan orang , small matter je bagi aku . Sampaikan orang panggil aku 'gengster' kot . Tapi masa tu aku bangga giler dapat gelaran tu . So takde lah budak-budak lelaki tak bermasa depan tu ganggu aku .


Astaghfirullah Aini . Tak tau pulak sampai macam tu sekali . Jadi apa masalahnya ni ?


Alhamdulillah , aku rasa tahun ke tahun , aku mula berhijrah sikit sikit ouh . Aku tak nak lagi menyandang gelaran 'gengster' tu lama-lama . Aku rasa aku tak suka identiti aku yang ni . Aku nak berubah . Satu masa nanti aku nak ada suami , ada anak . Takkan aku nak perangai macam ni . Sejahil-jahil aku pun , aku tau orang yang baik untuk yang baik , yang jahat , dapatlah yang jahat . Taknak aku dapat suami yang suam-suam kuku .


Demanded pulak makcik ni .


Alahai , aku tak dapat tangkap lagi lah masalah kau Aini . Ape kehenye ni ?


Sabau la . Nak citer la ni . Ekceli aku dah melakukan tranformasi . Aku taknak jadi lagi aku yang dulu . Walaupun aku suka bila lelaki tak berani dekat dengan aku , tapi aku lagi suka kalau dorang hormat kat aku . Bukan sebab takut ke apa . Tapi aku nak jadi perempuan yang mahal . Sorry to say la , perempuan perempuan sekarang ni dah macam apa dah . Walaupun aku bukanlah baik tahap ustazah but still , i've a dream to be one someday .


Kelakar jugak dia ni . Ada hati nak jadi ustazah rupanya . Bagus bagus .


So aku cuba ikhlaskan hati aku , senang cerita aku nak jadi muslimah solehah la kiranya . Aku rasa tak payah cerita la apa yang aku buat . Kang lebih-lebih nanti jadi riya' la pulak .


Uish . Agak baguih jugak dia ni . Memang betul la dia dah berubah .


But the problem is , aku sangaaaaaatlah tak suka bila ada je mamat-mamat yang meng'approach' aku . Ingat aku ni barang pameran tepi jalan ke hape . Mak ayah aku ada lagi kot . First impression aku kat dorang ni , dorang ni tak menghormati aku , sebab tak hormat orang yang aku hormat yakni mak ayah aku . Dah tu bila dorang buat macam tu , confirmlah hati aku , iman aku ni bergoyang-goyang . Tu yang aku marah ni , berani dorang bermain dengan iman aku ??? Dah la aku tengah on the way nak jadi baik , gi kacau pulak . Haishhh .


Ouh macam tu ke ... Ala , rileks sudaa . Kau pun kata tadi , kau nak berubah kan . I mean , kau sedang dalam perubahan . So no wonder la , mamat-mamat tu dok kacau kau .


Eh , apa kait ?


Ye la , kan Allah cakap , setiap hamba-hambaNya yang beriman pasti akan diuji . So kiranya Allah tengah uji kau la tu .


Uji ? Kalau Allah uji tu bukan ke dengan kesusahan ke , kerosakan ke ? Tak gitu ?


Tak semestinya Aini . Allah ni kalau nak uji hambaNya , macam macam cara tau . Nak masuk Syurga pun kan ada macam macam cara . Kadang-kadang tu ujian yang datang adalah sesuatu yang tak disangka-sangka . Contohnya macam yang berlaku pada Aini . Faham tak sekarang ?


Alhamdulillah ... Faham faham . Tapi aku ada lagi satu masalah ni .


Lah , ada lagi ?


Ni yang last kot . Hmm , sebenarnya , aku tak kisahlah kalau sesiapa dok minat ke what-so-ever lah kan . I know , its a normal thing happen to a normal sane people like us . Is just that apa yang dorang buat tu sebenarnya akan goyangkan hati bukan setakat aku , tapi semua perempuan normal kat dunia ni . Diam-diam sudaa , nak heboh kat orang lain buat apa . Allah kan Maha Mengetahui . Simpan senyap-senyap sudaa . One day kalau ada jodoh tu ada laa .


Lagipun aku ni jenis yang suka benda suprise suprise ni , macam ala ala cerita novel gitu ..... Dua-dua senyap, then sampai satu saat , Allah satukan kedua-dua hati ni walau masing-masing tak ungkap dengan kata-kata . Allahu Akbar . Sweet je kan ? Ada jugak berlaku zaman sahabat , antara Saidatina Fatimah Az-Zahra dengan Saidina Ali RA . Betapa Saidina Ali menyukai Saidatina Fatimah , tapi kerana kekurangan yang ada pada dirinya , dia hanya mendiamkan diri .


Sampai satu saat , sampai ke telinganya akan berita Fatimah dilamar Saidina Abu Bakar dan kemudian Saidina Umar , namun kedua-duanya ditolak . And one day , tiba-tiba Saidina Abu Bakar datang dan menyrankan agar Saidina Ali melamar Saidatina Asyah . Allahu Akbar . Orang melayu kata , tuah datang bergolek . Tapi ni bukan datang bergolek , ni sebab sabarnya menahan rasa .


Pendekkan cerita , selepas bernikah satu hari Saidatina Aisyah minta maaf pada Saidina ALi . Dia mengaku dia pernah suka orang lain sebelum mereka dinikahkan . Saidina Ali tanya , siapa ? Dan Saidatina Aisyah mengatakan bahawa dialah (Saidina Ali RA) hamba Allah yang diminatinya satu ketika dahulu ... Allah .... Sweeeeeeet !


Lagi yang aku tak suka , bila ada yang nak kawan dengan aku , tak kisahlah lelaki ke perempuan ke , sebab penampilan aku . Atau senang cerita , orang kawan dengan aku sebab ingat aku baik . Aku tak suka dowh . Sebab aku tau aku tak baik pun sebenarnya . Nak je aku jerit sekuat hati kat dorang , im not what they think about ! Kadang kadang aku rasa hipokrit pun ada . Kejap macam baik , kejap macam jahat je aku ni . Aku sendiri pelik dengan diri aku . Hah , awab sikit ustazah .


Oopps oopps . Let me tell you something . Aku bukan tak suka orang panggil aku ustazah . Sebab aku memang ada cita-cita nak jadi ustazah pun hahah . Tapi aku pun sama macam kau , tak suka orang ingat aku baik . Macam ni tau Aini , ni pun satu kes pulak . Aku bukanlah pandai sangat bab-bab ni . Tapi melalui ilmu aku yang cetek dan dangkal ni , sebenarnya kalau ikut logik pun , ada ke orang baik yang nak mengaku dia baik ? Yang pasal hipokrit pulak , tak aku nafi , sometimes we NEED to be hypocrite .  Sebab tu lah , iman manusia ni turun naik . So nasihat aku , stop thinking that u're being hypocrite , and never stop striving towards mardatillah walaupun kau rasa kau macam main-main ke hapa . Percayalah , bisikan syaitan je tu .


Syaitan ni bukan boleh duduk diam lebih-lebih lagi kalau kita nak jadi baik . So , teruskan berusaha untuk jadi baik . Jangan disebabkan obstacle-obstacle remeh yang datang , kau terus collapse . Bab lelaki-lelaki dok chasing after u tu , kau buat dont know je weh . Jangan kau layan . Bukanlah apa , setinggi mana pun iman dorang ni , kalau kita layan , boleh jadi serendah-rendah iman kau tau tak . Sama la kalau lelaki-lelaki ni gatal confessed kat perempuan , setinggi mana iman perempuan ni , bergoyang jugak .

A'ah betul betul aku setuju sangat .


Tu lah , sekarang ni berdo'a je lah , supaya Allah permudahkan kita lalui semua ni . Bermujahadah bukan kerja mudah . Anggaplah semua dugaan ni hanya picisan je demi untuk menghadapi dugaan yang lagi besar di masa depan . Let say la one of those people yang kacau kau tu sebenarnya memang jodoh kau , kau percayalah , Allah akan pertemukan jugak korang . So buat masa ni kau tak payah layan la semua tu . Kita serahkan segalanya pada Allah . Mantapkan iman , sebelum kita dijemput ke masjid yang masih dalam pembinaan .

Eh wait seminit . How do you know too much ? And why it should be kita ???

          * * * * *          * * * * *          * * * * *

Dari kejauhan , seorang gadis kelihatan seakan berbicara , berseorangan . Bertemankan angin bayu bertiup lembut , di tepi sebuah pantai .

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...