13 July 2011

Barakallahu lakuma .

Dengan namaMu ya Allah , yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Allahu Akbar ... Alhamdulillah ya Allah , akhirnya hambaMu ini diberi keizinan untuk mencoret di sini setelah sekian lama jari-jemari ini terhenti menari dek kerana beberapa halangan yang menyempadani . Allahu Allah . Alhamdulillah , dapat juga kami bersua kembali setelah beberapa ketika masing-masing sunyi membawa diri . Allah ... Jadikan kami hambaMu yang bersyukur , aamiin .

Alhamdulillah jugak , selesai sudah satu paper untuk mid sem semalam :)

Agak-agak apa yang diceritakan ye kali ni ? ^_^

Sebuah topik atau isu yang tak pernah sejuk .
Sentiasa hangat diperkatakan .
Diperbincangkan .
Diperbahaskan .

Apalagi kalau bukan isu BM (baitul muslim) . Bagi yang dah tak sanggup untuk terus membaca , boleh tukar channel lain ... Asif ye . Ana tahu , tidak semua pembaca yang suka tajuk ni diutarakan atau dibincangkan . Apapun , entum berhak merasakan itu . ^_^

Walaupun ana bukanlah 'pakar' dalam hal ni , tapi ana selalu jugak jadi 'mangsa' tatkala topik ni dibicarakan di mana-mana . Selalu jugak ambil bahagian . Hinggakan apa-apa yang berkaitan BM , mesti sahabat sahabiyyah tak lokek untuk berkongsi cerita , dipanggilnya ana sama-sama duduk satu meja ... Allahu Akbar ...

Walaupun ana tak tahu sama ada ana punya kesempatan atau tidak untuk berBM ni , tapi entah kenapa , perkara-perkara yang ana dengar , ana lihat , dan ana lalui , semuanya seringkali berpautan dengan kisah BM . Allah ... Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu ...

Nak nikah , hujung tahun ni .

Sebelum tu , sila bawa bertenang dan bawa bersabar . Ana bukan orang yang dimaksudkan . Sebaliknya classmate punya usrahmate . Faham tak ? Maknanya sahabat ana punya sahabat usrahlah kiranya . Baru-baru ni dikhabarkan dia bakal bernikah hujung tahun ni . Alhamdulillah . Murah rezeki dia ^_^ Kalau tak silap , sahabiyyah ni sama batch dengan ana , cumanya tua setahun sebab dia student DQ ... Allahu Akbar . Dalam hati tiba-tiba rasa macam ada taman bunga walau yang bakal berBM tu bukanlah ana . Ana tanya , ni sem terakhir dia ke ? Dan terkejutnya bukan kepalang , dia ada satu sem lagi berbaki kat CFS ni rupanya ! (boleh pulak kahwin masa kat CFS ? pelik pelik . bukan pihak CFS tak bagi ke ? Allahu'alam ... ) Apapun , barakallahu lakuma !

Nak jadi isteri No.2 .

Ok yang ni memang ana . Ana sangattttttlah berkeinginan untuk menjadi isteri nombor 2 buat (bakal) zauj nanti . Yang mana madu ana (isteri pertama) adalah DAKWAH . Allahu Akbar . Macam tak layak je nak bermadu dengan si dia . Tapi sebolehnya memang ana nak cari zauj yang akan melamar ana sebagai isteri keduanya . Sebab kalau kita tengok zaman sekarang ni , zaman universitinya , zaman semangat mudanya membara , rajin je turun padang menyebarkan dakwah . Join program-program belia sana sini . Tapi bila dah mula bekerja , terus tak nampak muka .

Kalau yang slow down tu ok lagi , fahamlah komitmen tu dah kena bahagi kepada 2 . Tapi bilamana dah berhenti terus dari penglibatan , tu yang tak enak nak dengar . Itu belum lagi yang dah bina BM , langsung tak dapat dikesan . Na'udzubillah . Tapi ada juga yang setelah mendirikan rumah tangga , lebih berkobar-kobar , lebih bersemangat untuk menyebar luaskan dakwah . Allahu Akbar . Ana juga antara insan yang punya impian seperti itu :) Menjadi sayap kanan perjuanngan kepada si pemilik rusuk .
 Allah , kurniakan aku seseorang yang akan menguatkan lagi cintaku padaMu ya rabb .

Nak kahwin awal , murah rezeki .

Selalu dengar cerita-cerita dari senior-senior UIA di main camp , kahwin masa belajar , melimpah-limpah rezeki . Ada cerita lain pulak , kahwin awal . Masa mengamndungkan anak pertama , duduk rumah je tak buat apa-apa . Jadi , lahirlah anak pertama yang agak malas . Na'udzubillah . Tapi masa mengandungkan anak ke-2 , tengah nak buat master , jadi kenalah study hard . Alhamdulillah , al-hasil , lahirlah anak yang bijak . Allah , besarnya rahmatMu . Masa anak ke-3 , nak buat PhD pulak . Anaknya dengar cerita kecil lagi dah boleh nampak kegeniusannya . Allahu Akbar . Tiba-tiba keinginan itu melambung tinggi .
Allah , kurniakan aku anak-anak yang taat , yang soleh solehah , dan yang sehebat hambaMu Al-Fateh .

Ramai yang fikir , kahwin masa belajar , nak bagi isteri makan apa ? Pasir ? Tapi kita semua lupa , pemberi rezzeki itu adalah Dia yang Maha Pemurah dan lagi Maha Luas Rezeki pemberianNya . Allah . Kalau dah niat nak buat baik tu , asal dah cukup bersedia dari segi yang Islam dah tetapkan , eloklah cepat-cepatkan tunaikan hasrat tu . Orang kata nak buat baik jangan bertangguh . Kang esok lusa kempunan baru tau :)

Benda baik , jangan tangguh .

Allahu Akbar . Ana cukup berpegang teguh , utuh dan jitu dengan ayat ni . Sampaikan semalam , ditakdirkan Allah pertemukan kami semua (semasa usrah) untuk dengar satu kisah benar . Agak tersentap bila si pencerita habis bercerita .

Si pencerita punya seorang sahabat (muslimin) yang mengaku kiranya hamba Allah ni kurang ilmu agama . Jadi suatu hari hamba Allah ni pun buat keputusan untuk perbaiki bacaan Qur'annya di sebuah rumah anak yatim . Hamba Allah ni bukanlah anak yatim pun  , cuma mengaji Qur'an di sana . Dipendekkan cerita , hamba Allah ni meninggal kat rumah anak yatim tu sewaktu tengah mengaji Qur'an . Maaf kalau ada sikit penambahan cerita tapi lagi satu kebenaran ; hamba Allah ni merupakan salah seorang mangsa dalam kejadian tanah runtuh tu . Allahu Akbar . Meremang bulu roma saat menaip cerita ni .

Konklusi .

Bila nak buat baik tu , jangan tangguh-tangguh . Asalkan niat utama kita nak buat sesuatu tu lillahi ta'ala , yakinlah , insyaAllah , bantuanNya sentiasa ada bersama . Banyak dah yang ana dah lalui , alhamdulillah , semuanya berteraskan keyakinan kepadaNya . Allahu Akbar . Moga Kau sentiasa pasakkan keyakinan kami kepadaMu . JANGAN BERTANGGUH . Sebab kita tak tahu bila Allah akan panggil kita . Dibuatnya lepas kita menolak dari berbuat baik tu Allah tarik nyawa kita , kan dah lain jadinya . Tapi at least kalau kita dah buat apa yang kita nak , sekurang-kurangmya bila roh dah terpisah dari jasad nanti , kita bersyukur dan tenang kerana kita TAK KEMPUNAN untuk buat sesuatu kebaikan tu .

Niat dan keinginan tu dah ada . Tapi calon yang diimpi belum ada . Ana kan seorang yang demanded . Mahukan zauj yang begitu dan begini . Tapi persoalannya sekarang ni , adakah MENDIRIKAN BAITUL MUSLIM itu merupakah salah satu perkara baik yang sebenarnya kita tak boleh tangguh ?

Allahu'alam .

          * * * * *          * * * * *          * * * * *

Subhanallah , seorang wanita solehah itu tunduk sopan dari lelaki bukan muhrim , tidak lunak dalam bicara selain buat zauj tercinta , segan berkongsi cerita selain dari yang halal baginya , kerana percayalah , bagaimana kamu menjaga dirimu dengan ikhwan sekarang adalah cerminan bagaimana suamimu menjaga dirinya dari akhawat juga . Jangan biarkan syaitan menjadikan indah persahabatanmu dengan muslimin di matamu . Ayuh koreksi diri , selagi nyawa masih dipinjami , insyaAllah pintu JannahNya masih lagi terbuka !

p/s : kalau entum tak kisah bakal pasangan hidup entum berHUHA HUHA atau bersuka ria , bergelak ketawa dengan galaknya sesama berlainan jantina , then it shud be ok if u're one of it . Ingatlah , yang baik untuk yang baik , yang kurang baik untuk kurang baik . Peringatan untuk diri sendiri juga  =)



p/p/s : Allahu Akbar . Betapa sukarnya untuk mendapatkan si soleh idaman hati , kerana perlunya untuk menjadi cerminan si soleh itu !

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...