15 June 2011

WASIAT TERAKHIR .

Bismillahi Rahmani Rahim .

Alhamdulillahi rabbil 'alamin serta selawat dan salam buat junjungan kekasih kita Nabi Muhammad S.A.W . Alhamdulillah , hingga ke saat ini , kita masih diberi ruang dan peluang , untuk perbaiki diri , permantapkan diri , persediakan diri , untuk menghadapi Hari Kemudian yang pasti .

Alhamdulillah , Allahu Akbar .

Di sini ingin ana kongsikan , beberapa wasiat terakhir , kekasih kita yakni Rasulullah S.A.W.

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada Saidina Ali ;

Wahai Ali , bagi orang MUKMIN ada 3 tanda - tandanya : 

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia .
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu .
3)
Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia .

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda - tandanya :

1) Jujur dalam berkata-kata .
2) Menjauhi segala yang haram .
3)
Merendahkan diri .

Wahai Ali , bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda - tandanya :
1) Merahsiakan ibadahnya .
2) Merahsiakan sedekahnya . 
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya .

Wahai Ali , bagi org yang TAKWA itu ada 3 tanda - tandanya : 

1) Takut berlaku dusta dan keji .
2) Menjauhi kejahatan .
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman .

Wahai Ali , bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda - tandanya :
1) Mengawasi dirinya .
2) Menghisab dirinya .
3)
Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Allahu Akbar . Terkelu sejenak dibuatnya . Hal ini membuatkan diri terfikir , merenung seketika .

Mukmin sejati kah aku , andai diri ini mudah sahaja terpaut pada dunia . Mudah terpaut juga pada isinya .
Mukmin sejati kah aku , andai mudah sahaja tersungkur dengan pujuk rayu . Lebih rela menurut hawa nafsu dari melawan dengan iman .
Mukmin sejati kah aku , andai diri ini selalu sahaja mencampakkan diri ke dalam perbualan yang sia-sia .

Mukimnkah aku ya Allah ?

'Alimkah aku ? Na'udzubillah . Jauh sekali .

Jujurkah aku dalam berkata-kata ?
Adakah dijauhi segala yang haram ?
Adakah aku seorang yang merendah diri atau sebaliknya ? Allah ...

Jujurkah aku ya Allah ???

Ibadah , sedekah dan ujian ?
Adakah aku menyembunyikan atau menzahirkannya ??? Allahu Akbar .
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui segala-galaNya .

Baru tersedar kini , bukan ibadah dan sedekah sahaja yang perlu disembunyi , bahkan ujian juga .
Allahu Akbar .
Moga selepas detik ini Engkau sahaja yang menjadi tempat untuk aku meluah segalanya ya Allah .

Adakah aku termasuk dalam golongan Ahli Ibadah ya Allah ???

Adakah aku sering mengawasi diri ?
Atau adakah aku seorang yang suka mengawasi tepi kain orang lain ? Na'udzubillah ...
Adakah aku sering menghisab diriku ini ya Allah ?
Atau adakah aku seorang yang suka menghitung dan memerhati salah dan aib orang lain tanpa menyedari hakikat , bahawa aku sepatutnya mencermin diriku sendiri ya Allah ?

Allah ...

Ibadah sunatku , yang terhitung dengan jari-jemari , adakah Kau memandangnya walau sedikit ya Allah ?
Adakah Kau mengambil kira ibadah lainnya , andai ibadah fardu sentiasa terumbang-ambing ?
Andai ibadah yang wajib itu adakalanya dilaksana sambil lewa ?

Allahu Akbar .

Aku takut akan panas NerakaMu . Namun aku sedar , aku tak berusaha menjauhinya .

Ya Allah , bukakan hati ini . Untuk mendekatiMu , juga untuk menjauhi laranganMu .
Kau bukakanlah juga hati ini , agar aku sentiasa menyedari , kematian itu semakin menghampiri .
Bukakan juga hati ini , untuk menerima segala ujian dan dugaan dariMu dengan rela hati .

Ya Allah , andai tibanya saat itu nanti , moga Kau akhiri kehidupan kami sebagai Muslim dan Mukmin yang sejati , yakni dengan kesudahan yang baik . Amiin .

Mahallah Zainab Jahsy ,
CFS IIUM , Petaling Jaya .

2 comments:

  1. terima kasih atas pkongsian ini...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..tazkirah yg bagus..tq ustazah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...