27 June 2011

Pahit itu manis (Pt.2)

Bismillahi Rahmani Rahim .

Allahu Akbar . Rasa macam dah bersawang pulak blog ni . Maaf Encik Blog , atas reason-reason yang agak reasonable , tak dapat nak menconteng awak selalu  . Hmm sedar tak sedar , dah dekat sebulan rupanya semester baru bermula . Dan sedar tak sedar jugak , kuiz dan akhirnya exam , makin menghampiri .

Allah .

Terkadang rasa macam tak pandai bahagi masa .
Terkadang rasa terlalu sibuk dengan pelajaran tanpa diberi perhatian kepada keperluan rohani .
Terkadang emak pula mengingatkan , jangan terlalu sibuk dengan persatuan .
Terkadang ada jugak terselit perasaan , nak lari dari semua benda .

Allahu Akbar .

Dibuatnya ada 100 orang yang bersifat macamni , agak-agak apa akan jadi pada dunia Islam ?

Minggu lepas , bermula dan berakhirlah Kursus Kepimpinan Pelajar Islam , di Sungai Lui . Alhamdulillah . Walau tanggungjawab terasa macam tak digalas dengan baik , tapi alhamdulillah , sedaya upaya dilaksana sehabis baik .

Hmm ... Pergi ke program membawa diri , meninggalkan segala perkara di belakang . Assingnment yang tak tahu dari mana nak mula , dan beberapa lagi perkara yang tak settle , semuanya dibungkus , ditinggalkan di cfs sebelum berangkat ke program .

Tapi mudah-mudahan , semuanya akan terbayar dengan kejayaan adik-adik peserta dalam menjadi pemimpin Islam , yang berjaya menaikkan nama Islam dalam organisasi mereka . Aamiin .

Sepanjang program , banyak bersembang , bertukar fikiran dengan Kak Bella ; satu biro dalam program . Banyak jugak kami tersasar dari tugas yang sepatutnya . Bukan gila kuasa , tapi rasa macam nak buat semua kerja . Agak gila kuasa kot , kalau dah sampai kena tegur tu ...

Namun , alhamdulillahi rabbil 'alamin , banyak yang kami dapat dari setiap apa yang berlaku masa program . Dan memang tak sah , kalau tak selit pasal rumah tangga , bab perkahwinan . Nak nak pulak , presiden kami baru je mnedirikan rumah tangga beberapa minggu lepas .

Saat presiden kami memberi ucapan di hadapan ;

Ana : Kak Bella , berseri je muka Abang Zul kan ?

Kak Bella : A'ah . Maklumlah , baru je kahwin kan hari tu .

Ana : Hmm bestnya kahwin . Saya pun nak jugak .(oops)

Kak Bella : Betul ni kamu nak ?? (dengan nada sangat serius) Akak ni memang suka bab-bab buatkan masjid orang ni .

Ana : Ala siapa yang taknak kahwin kak . Tapi nak buat macamana , tak ada calon lagi .

Kak Bella : Eh , kan ramai kat luar tu .

Ana : (erk) Hah ?? Siapa Kak Bella ??

Kak Bella : Laa ... Abang X ada , Abang Y , bla bla bla ... Semua single lagi .

Ana : (gulp) Ish . Tak nak lah saya kak .

Kak Bella : Dah kenapa pulak ???

Ana : Tak naklah dengan orang pepias , nanti dia mesti asyik suruh saya join program je . Jadi komiti lah bagai . (.....)

* * * * *          * * * * *          * * * * *

Bukan nak merungut bila jadi komiti/fasilitator bagi setiap program , cumanya kalau selalu sangat , memang tak ada masa nak balik rumah ^_~ After all , im needed in my family .

Fitrah manusia , nak ada keluarga sendiri . Pasangan soleh/solehah , anak-anak soleh solehah . Baitul muslim dengan bi'ah solehah . Semualah . Tapi bila cermin balik diri , rasa macam tak bersedia untuk tinggalkan semuanya . Dah tu pulak , persiapan pun tak seberapa . Allah ...

Banyak rupanya yang kita perlu korbankan . Berpisah dengan keluarga yang dah berapa tahun kita hidup bersama . Meninggalkan kehidupan yang mungkin , agak bebas sebelum ni . Huha dengan kawan-kawan . Kebebasan membuat keputusan . Dan banyak lagi sebenarnya .

Tapi kat dunia ni , walhal bab-bab akhirat pun , setiap apa yang pahit tu mesti ada manisnya . Dan begitulah sebaliknya . Yang manis pun ada pahitnya . Semuanya mesti berbayar . Syurga bayarannya pahala . Dan Neraka bayarannya dosa di dunia .

Berpisah dengan keluarga ?
Sebaliknya kita sebenarnya dah tambah satu lagi keluarga .
Lagipun semuanya memang bukan hak milik kita pun kan ?

Kebebasan hidup ?
Cukup-cukuplah tu . Tak seronok pun kalau terlalu bebas . Mudah terdedah dengan anasir-anasir luar .
Selama ni kita berjalan, bersiar-siar tengok pasangan couple je kan ? Lepas kahwin mereka pulak tengok kita ... (.....)

Kebebasan buat keputusan ?
Tak boring ke , bila ada sesuatu yang perlu di'decide' , kita decide sendiri . Sekali sekala kan kita kena terima jugak pandangan orang lain . "Two heads are better than one"

Kalau nak cakap lebih-lebih nanti orang kata macam dah ada pengalaman pulak ... Tapi itulah hakikatnya , setiap kepahitan itu pasti ada kemanisan di celahannya .

But i just dont think this is the right time . Bukan ana cuba nak melawan fitrah , cumanya terasa banyak lagi yang perlu disumbang . Terutamanya buat keluarga , sebelum bertambahnya lagi sebuah keluarga . Entah kenapa , perasaan nak meninggalkan keluarga itu terasa bagai melepaskan satu tanggungjawab dan amanah besar . Apalah salahnya , ketepikan keinginan sendiri buat sementara waktu , demi kebahagiaan ahli keluarga tercinta ... ^^,

Na'am , pahit itu manis . Menelan pahit , demi kebahagiaan orang yang disayangi , memang manis .

Allah , aku percaya akan janjiMu . Setiap yang berlaku , pasti ada hikmahnya . Dan setiap yang Kau tentukan , pastilah ianya yang terbaik buat kami .

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...