20 June 2011

Pahit itu manis (Pt.1)

Bismillahi Rahmani Rahim .

Subhanallah . Alhamdulillah . Allahu Akbar . Sesungguhnya tiada apa yang mampu kuungkapkan atas segala nikmat kesenangan dan kesukaran yang Kau kurniakan . Alhamdulillah wa syukurillah .

Minggu lepas , pertemuan bersama keluarga besar yakni keluarga kedua ana ; PEPIAS . Alhamdulillah . Sesungguhnya memang benar , di sebalik kesukaran dan kesusahan itu terselit seribu satu kemanisan . Allahu Akbar ... Manisnya berukhuwwah fillah . Hanya yang mengalaminya sahaja yang mampu merasakan kemanisan tu .

Diberi amanah dan tanggungjawab untuk memegang jawatan sebagai biro Disiplin dan Ibadah (DNI) , di usia setahun jagung dalam persatuan , memang tak dapat dinafikan sangat kucar-kacir dan tunggang terbalik semuanya . Salah sendiri juga bila pandang remeh akan tanggungjawab yang diberi . Mulanya rasa mudah semudah ABC tapi sebaliknya yang terjadi .

Kalau yang dah berpengalaman mesti lebih tahu , ketidak cukupan tenaga dek kerana kurangya waktu tidur dan rehat semasa berinduksi mesti berlaku . Tidur sejam dua dan selebihnya dihabiskan untuk menyiapkan flow chart , checklist , master plan, plan B dan sebagainya . Memang macam nak pecah kepala . Tak terkira rasanya ungkapan 'nak balik rumah' yang dilaungkan sewaktu induksi (oops) . Tapi bila difikirkan balik , kalau semua orang nak balik, siapa yang akan jalankan program-program untuk adik-adik remaja kita ni ?

Semalam juga sempat join program bersama ahli PKPIM di Kolej Dar Hikmah . Mendengar ucapan dari antara tokoh-tokoh yang mendokong perjuangan dalam menaikkan nama Islam . Subhanallah . Moga mereka tabah dan kuat dalam menghadapi ujian dan dugaan serta kata cela orang yang dilemparkan .

Sambung balik cerita . Jadi biro DNI . Kejut orang bangun tidur . Ingatkan mereka suruh turun awal . Ingatkan suruh kemas meja . Bersihkan apa yang patut . Sekejap-sekejap akan kedengaran pekikan 'cepat , cepat' . Siapa yang tak boring bila dengar ? Memang sakit hati , terasa hati semua kena tolak tepi . Bukan nak kata mereka semua tak berdisiplin tapi mungkin salah ana sendiri yang tak begitu tegas , atau tak tegas langsung . Allahua'lam .

Terkejar sana , terkejar sini . Berlari sana sini sambilmengepit laptop . Macam apa je kan ? Sekejap nak kena tengok mereka yang kat bawah dah sedia belum ? Dalam masa yang sama nak kena naik tempat penginapan , nak kena pastikan mereka dah siap untuk turun . Dalam masa yang sama jugak nak kena cek kat bilik air , suruh cepat . Cepat ke tempat yang sepatutnya . Allahu Akbar . Penat ? Mesti ada yang lebih penat .

Dah tu pulak , ni kali pertama kak Ika makan di luar semenjak berpurdah . Punyalah dia takut . Tak tau macamana nak makan . Mula-mula makan memang tergelak je tengok dia . Makan agak bersepah . Sama-sama kami ketawa . Tapi dua tiga kali tu alhamdulillah , lebih teratur . Dapat rasa tak betapa manisnya susah itu ? (^_^)

Apapun memang terasa kemanisannya . Bila teringat balik mesti akan senyum sorang sorang . (^_^)

Allahu Akbar .

Manisnya bila berukhuwwah . Kerana yang pahit itu bisa bertukar manis .

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...