09 June 2011

Green light dan niqab .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Bismillahi rahmani rahim .

- 7 MEI 2011 - Entri ini ditulis pada tarikh ini , 1530 , home sweet home , BTP , Rawang .

Alhamdulilah , alhmadulillah , alhamdulillah ya Allah . Kali ini ana nak menunaikan janji ana , menceritakan apa yang perlu ana ceritakan ...

GREEN LIGHT . Apakah green light itu ? Memanglah lampu hijau ... Tapi untuk apa ? Untuk niat dan hasrat yang satu . Apakah hasrat itu ?

BERNIQAB .

Atau dalam bahasa lebih mudah ; BERPURDAH . Allahu Akbar ... Tak pernah ana sangka , akan dapat green light dari mak ayah . Sebab family ana bukanlah dari latar belakang yang berpurdah ni semua . Tapi sejujurnya , sebelum ana berniat untuk bagitau ayah secara face-to-face , memang ana dah pasakkan dalam hati , meletakkan keyakinan bahawa setiap apa yang akan ana lakukan lillahi ta'ala , ana pasti dan yakin Allah akan bantu ...

Fisrt time pakai ; masa nak pergi PC Fair kat KLCC . Ya Allah , sebelum pakai purdah tu , memang tak berhenti selawat dalam hati . And at last , tiba masa dan saat yang dinanti dan mendebarkan . First reaction from ayah ; smiling . And then he said ; ouh pakai niqab ke ? Allahu Akbar ... Kompem . Green light . Rasa macam nak sujud syukur je kat situ jugak . Tapi dalam hati tak henti-henti ucap syukur padaNya ^_^

Adik beradik lagi la ok . Awal-awal lagi ana dah bagitau dorang , one day ana nak berpurdah . Dorang ok je . Hmmm ... Tapi part sahabat sahabiyyah ni , susah sikit . Tak dinafikan , tiap orang ada pandangan masing-masing . Ada yang menyokong , ada juga yang sebaliknya . Tapi tak apa , ana cuba terima semuanya , sebagai ujian dan nikmat dari Allah . Kalau tak ada halangan dan ujian dalam hidup , tak kalerful lah kan ? ^_^

Persoalan-persoalan yang timbul sebelum ni pun alhamdulillah , sikit sebanyak terjawab jugak ^_^ Apa yang ana sarankan pada yang ada niat nak berpurdah di luar sana , make a first try first . After the first move youve made , then there'll be the next step . Or else , no first move , then nothing u'll get . Selagi tak cuba , selagi tu entunna tak akan dapat capai apa yang entunna mahukan .

Ana juga seperti entunna semua pada mulanya . Takut tak boleh itu , takut tak boleh ini . Takut orang ni kata , takut orang tu kata . Allahu Akbar ... Entunna tanam dalam hati , apa yan entunna lebih pentingkan ? Kata-kata manusia , atau Allah ? Bila entunna dah punya sedikit kekuatan , insyaAllah , entunna akan berjaya laluinya . Ana pun nak cakap lebih lebih tak boleh jugak , sebab ana juga masih baru dalam dunia niqabi ni ^_^ Tak berhenti berdo'a , untuk terus istiqamah ...

Nak pakai , tapi tak cukup ilmu .

Allah ... Boleh tak entunna sebutkan , nama-nama niqabi yang entunna kenal , yang dah cukup ilmunya ? Kita kan dalam proses belajar , nak tunggu ilmu cukup , memang tak akan cukup sampai bila bila . Kerana ilmu Allah itu luas . Sama juga kalau yang nak pakai tudung labuh . Selalu orang cakap tak cukup ilmu la , tak layak la . Habis yang pakai tudung labuh , yang pakai niqab semua tu dah banyak la ilmunya ? Mana ada .. We're in the learnig process . Tuntut ilmu tu sampai ke liang lahad . Ha , dah nak masuk liang lahad baru nak bertudung labuh , berpurdah semua ke ?

Rasa diri tak cukup baik lagi lah nak pakai niqab .

Allahu Akbar ... Siapa yang sempurna dekat dunia ni ? Habaq mai sat ? Mana ada yang sempurna melainkan Dia yang memiliki segala kesempurnaan ... Kalau entunna ada perasaan macam ni , cuba jadikan dengan berniqab tu sebagai salah satu wadah untuk perbaiki diri . Bagi ana dengan berniqab , secara otometiknya kita akan menahan diri kita dari buat benda-benda tak elok , atau pergi tempat-tempat yang sepatutnya . Tapi jangan pula niqab dijadikan alasan untuk kita tak bercampur dengan orang lain .Or else , orang akan pandang niqabi ni sebagai anti-sosial .

Nak pakai , tapi tak cukup kekuatan lagi .

Yang ni , nak tergelak pun ada . Sebab ana juga lalui perkara yang sama pada mulanya . Tak cukup kekuatanlah , takut tak boleh istiqamahlah . Allah ... Okay okay macamni , macam yang ana cakap tadi , make a first move first . Kekuatan tu boleh dicari . Macamana ? Melalui sahabat sahabiyyah yang menyokong dari belakang . Dan yang paling penting , sokongan dari keluarga . Dapatkan kekuatan itu . Bab istiqamah tu , siapa kita nak tentukan ? Kalau muslimat kat luar sana yang on-off berniqab pun kita tak boleh label dia tak istiqamah . Sebab , mereka mesti ada alasan yang kuat untuk itu . Satu je ana nak ingatkan , yakin dengan Allah . Dia akan permudahkan setiap perkara yang kita lakukan keranaNya . Percayalah ^_^

Nak makan macamana ?

Ha , yang ni ana cuba praktikkan apa yang niqabi-niqabi lain buat . Pernah tu ana buka je niqab , then makan macam biasa . Tapi time ni tak ramai orang . Makan dengan kawan-kawan perempuan , dan sorang cikgu lelaki pangkat ayah . Sebab ana berpegang kepada hukum sunnat untuk berniqab , bukan wajib . Yang wajib tu lain la cerita . Nama pun wajib kan ? Nak minum pun lagi senang , guna je straw . Time makan ni pun ada jugak yang ketawakan ana . Mana taknya , nak makan kena angkat-angkat kain pulak (jangan fikir lain eh) . But most of the time , selera ana tiba-tiba hilang time nak makan . Sesungguhya segala perkara datangnya dari Allah ^_^ Tapi nak senang , try makan guna niqab masa kat rumah . Practice makes perfect . And thats the best way ever ...  ^_^

Tak panas pulak ?

Hmmm menipulah kalau ana cakap tak panas . Berasap jugak mula-mula pakai . Nak pengsan pun ada jugak ^_^ Ada tu rasa macam nak bukak je niqab . Tapi , cuba fikir balik . Pakai baju pun panas kan ? Siapa kata tak panas ? Habis yang berpeluh-peluh sampai basah lencun baju tu sebab apa ? Sebab sejuk sangat ? Tak kan ? Mestilah sebab panas kan ? Alaa .. Pakai apa je yang tak panas ? Semua panas . Cuma kalau berniqab ni extra panas sikit la . Pakai tudung labuh pun sama jugak . Alahai ... Apalah sangat nak dibandingkan , panas dunia dengan panas di akhirat ? Alah bisa , tegal biasa . Mula-mula memanglah macam tu . Tapi lama-lama insyaAllah , okay je ^_^ Ana pun tengah biasakan diri jugak ^_^

Ujian dan halangan ?

Allahu Akbar ... Buat masa ni apa yang ana boleh cakap , boleh tahanla jugak . Walaupun masih baru dalam dunia ni , tapi dah banyak yang ana dengar . Ajaran sesatlah , itulah inilah . Ada yang tanya , masuk jemaah mana ? Ada yang direct je cakap ; eei peliknya dia ni . Tak macam berasap la pulak kan . Tapi ana senyum je . Tu baru sikit . Lepas ni entah apa yang Allah sediakan untuk ana . Allahu'alam . Bila ana dengar semua tu dengan telinga sendiri , baru ana dapat rasakan macamana yang niqabi-niqabi lain rasa . Hmmm ajaran sesat ? Allah ... Pakai niqab je mesti label ajaran sesat ke ? Haihhh ... Macam macam ...

Tapi alhamdulillah , bab sahabat sahabiyyah ni , walau ada yang tak berapa menyokong , tapi lebih ramai lagi yang menerima ana seadanya ^_^ Alhamdulillah ... Ada tu siap angkat purdah ana lagi . Tapi tak apalah , kawan punya pasal ^_^ Moga ana dan entunna terus kuat untuk hadapi halangan dan ujian seterusnya ... Ingatlah , sedangkan Syurga itu pun dipagari dengan kesusahan . Macam tu lah jugak bila nak berniqab ni . Ujian demi ujian dilalui , demi kemanisan yang diimpi ^_^


Best tak ?

Keseronokkan dan nikmatnya berniqab ni hanya orang yang memakai je yang tahu . Bergantunglah pada niat . Kalau niat untuk jadi 'invisible' , memang rasa invisible lah . Orang tak kenal pun kita . Tapi ada je yang tegur ana hari tu .Walaupun kami hanya kenal tak sampai dua hari . Itupun dia boleh cam . Memang susah nak describe by word tentang manisnya berniqab ni . Kena try sendiri , baru tau apa rasanya ^_^

Conclusion .

Sebenarnya , apa yang paling penting adalah niat kita . Apa-apa yang kita nak buat pun , kita niatkan kerana Allah . Yang lain lain tu , kita serahkan saja pada Dia . Ana tahu , persoalan paling banyak timbul adalah soal kekuatan . Kekuatan utama ; mestilah dari Allah . Sokongan dari keluarga dan sahabat sahabiyyah juga datangnya dari Dia . Senang je , yakin , dan kemudian serahkan je pada Allah .

Wallahua'alam .

* * * * *          * * * * *           * * * * *

31/05/2011 - hari terakhir selepas tamat bekerja .

Hari Sabtu lepas ana join program tadarus Qur'an untuk belia anjuran kementerian belia & sukan tu dekat Masjid Besi Putrajaya . Ayah yang hantar ke UIA Gombak . Macam biasa , ana berpurdah .

Sampai je kat UIA tak usah cakapla , gugup jugak . Takut terserempak dengan sahabat sahabiyyah PEPIAS yang lain . Bukan apa , ini kali pertama mereka akan lihat ana berpurdah . Tapi disebabkan satu perkara , ana jadi kuat untuk hadapinya ^_^ Alhamdulillah ...

Ok lah dipendekkan cerita semuanya berjalan lancar . At first Abang Syasya terkejut jugak . Biasalah nama pun first time . Tapi sampai ke akhir program tu alhamdulillah , penerimaan positif dari semua orang .

Tapi alkisah sebenarnya , mak ana belum diinform lagi . Walau dah beberapa kali mengenakan purdah di luar , mak tetap tak tau . Sampailah malam tu , selepas program , satu family datang jemput ana di Selayang . Sambil menunggu dalam kereta Abang Azlan (kami berempat ye dalam kereta tu) , ana berkira-kira , nak kena buka atau tak purdah ni bila berhadapan dengan mak nanti ? Tapi rasa macam mempermainkan purdah ni pulak .

At last , bila nampak kereta ayah dah sampai , ana nekad . Bila lagi nak bagitau kat mak kalau bukan sekarang ? Jadi ana keluar je dari kereta Abang Azlan , menuju ke kereta ayah . Bukak pintu dan masuk .

Ana percaya . Allah lah yang mempermudah segalanya . Mak cuma tersenyum . Meaning ? Another green light ! Alhamdulillahi rabbil 'alamin ...

See ? Kalau kita tanamkan kepercayaan kepada Allah dalam dri kita , percayalah , Allah tak akan sekali-kali persiakannya . Jangan pernah berhenti dari berdo'a agar Allah sentiasa tetapkan hati kita andai sesuatu perkara itu adalah terbaik buat kita . Dan ana percaya , insyaAllah jalan yang ana pilih ini adalah yang terbaik buat ana . Namun tak dilupa , ujian dan dugaan sudah pun menanti di hadapan ...


>> kisah seterusnya ; cabaran berniqab di kawasan larangan <<

14 comments:

  1. wahh , akk dah berniqab ke?
    baguslah , semoga istiqamah dlm melakukan semua perkara dan mendapat keredhaan dr Allah , Amin ;)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah .. hasrat akk sjk kt samura lg , akhrnya trcapai ^_^

    insyaAllah , moga kkuatan itu sntiasabrsama ^_^

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah,hasrat hati telah tercapai :)
    semoga terus istiqamah dgn pemakaian niqab itu :)
    niat baik,insyaAllah Allah akan aturkan yg lebih baik utk ukht :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.... MasyAllah seronok ya parent yg sgt memahami...

    Alhamdulillah.. syikin juga berniqab... lama tak lama juga :)... b/ground pun non of my family berniqab,alhamdulillah.. memang rasa janggal ke apa ke.. takda since 1st time pakai niqab..

    dan Alhamdulillah Allah permudahkan makan 1st time dengan niqab pun senang.. mcm dah biasa pula :p.. tak ada masalah untuk makan...


    Cuma agak berat ujiannya dik... dari pelbagai aspek.. untuk berbuat perkara baik memang kan bnyl dugaannya.. kadang2 dari aspek tak terjangka..


    tahniah yer

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah,semoga Allah memberi kekuatan kpd kita utk terus berniqob,ana pun baru 6 bulan pki,tp on off sbb tmpt keje xmembenarkan memakai niqob.

    Lagigpun ana bkn berpegang kpd hukum wajib berniqob..tapi itulah pandangan manusia yg lbh suka menghukum sesama manusia,lebih suka mengatakan bahawa ana x istiqomah,tapi senyum jelah sbb nye pandangan Allah lbh penting drp pandangan manusia.

    Ukhti beruntung kerana mendapat green light drp keluarga,tetapi tidak bg ana..tapi bersyukur sbb ummi membenarkan ana memakai ketika berada di luar 'kelantan' mksudnya ana bekerja di putrajaya,jd bila berada di luar drp kelantan ummi membenarkan cuma bila blk kg je die xbersetuju sgt.

    Apa pun doakan ana supaya keluarga ana dpt menerimanya suatu masa nnt insyaAllah :)

    ReplyDelete
  6. kak jiha : alhamdulillah kak . ^_^

    ukhti syikin : tu la , mmg byk dugaan bila kita cuna utk buat baik & mnjdi yg trbaik ..

    afikah aziz : insyaAllah , stiap prkra yg baik msti Allah akn prmudahkan ...

    ^_^

    ReplyDelete
  7. seronoknya dpt berniqab...ana ada bercadang untuk berniqab but for now i can't because i'm a practykal teacher....InsyaAllah after finish practykal i will try to wear...
    thanks ukhti i be very bersemangat after read your entry...

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. salam , saya juga baru berniqab...
    sangat suka berniqab walaupun masih belum mampu istiqomah kerana masih bersekolah....
    sama - sama la kita jage nama baik niqabi - niqabi kat m'sia....
    saya nak tanye ...
    ape perkataan pertama yang akak jawab bile org tanye 'kenape berpurdah??'
    satu lagi...
    camne nak rase enjoy lagi dalam ibadat yang kita buat???
    sebab lately saya rase macam saya dah makin "jahat"...
    ape yang akak set dalam mind bile akak wat something yang baik ( perbuatan yang orang akan kata pasal ape yang kita buat tu )???
    tq

    ReplyDelete
  10. salam...
    saya tertarik dengan kisah ukhti..Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya untukmu..
    saya juga ada beberapa orang teman yang berniqab...
    rasa gembira dan semangat kental mereka untuk berniqab sedikit sebanyak meresap ke jiwa amal..
    semoga amal juga diberi kekuatan berniqab suatu hari nanti...
    bercadang utntuk berniqab juga tapi memandangkan amal benerja di bidang perubatan, agak terikat sedikit..
    moga Allah permudahkan urusan Amal..

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. semestinya. alhamdulillah :)

      Delete
    2. Allahamdulillah..seronok baca entry ni..saya pun tengah mencari-cari ilmu tentang niqab dan nak kutip pengalaman2 pertama mereka yang memakai niab nih..suka sangat tengok muslimah berniqab..sebenarnya saya dah lama simpan hajat untuk berniqab..tapi ketika tu tiada org sekeliling baik kawan mahupun keluarga yang berniqab..saya memang rasa xkuat..sekarang ni saya dah ada biras yang pakai niqab..dan baru2 ni sepupu saya sudahpun mula memakai niqab..ini menguatkan lagi keinginan saya untuk berniqab..saya kutip ilmu dan pengalaman daripada mereka..setakat ni Alhamdulilah, mereka sangat membantu dan suami sangat positif dan suka dengan keputusan saya..sekarang ni saya tengah kumpulkan semangat dan kekuatan dari mereka..saya yakin, apabila kita ingin menjadi baik, Allah akan kirimkan insan2 yang baik2 disekeliling kita..dan kini mereka telah hadir dalam hidup saya..saya telah memulakan langkah pertama apabila buat pertama kalinya pada 21 April 2013, saya mengenakan niqab di hadapan umum ketika saya menghadiri majlis ilmu di Masjid Negeri Shah Alam. Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim..aku memakai niqab ini diwajahku kerana Allah Taala... semangat itu tiba2 hadir dlm diri ini..sebagai guru ketika sekolah saya menanggalkan niqab, dan apabila luar dari kawasan sekolah saya mengenakan niqab..doakan saya ye..

      Delete
    3. Alhamdulillah.. In shaa Allah sy do'akan buat semua sahabat2 muslimah sy :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...