05 June 2011

Apakah ???

Bismillahi Rahmani Rahim .

Subhanallah , alhamdulillah , Allahu Akbar .

Pendahuluan pendek dari ana , puji-pujian buatNya , moga setiap apa yang dilakukan semuanya lillahi ta'ala . Allahu Akbar ...

Allahu Akbar . Semalam ana diuji lagi ... Diujinya kesabaran , tinggi rendah tahap keimanan . Allahu Akbar ... Jelaslah , kenipisan iman ana yang tak akan dapat diukur .

Dikhabar satu cerita kepada ana , kisah 'cinta islamik' mereka yang berpangkat adik kepada ana . Alkisahnya , si muslimin (min) dan muslimat (mat) ni kononnya telah bertunang . Allahu'alam , Allah saja yang tahu keashihannya . Mengikut apa yang dikatakan si mat , ternyata mereka ni diikat melalui cara Islam ; yakni bilamana seorang muslimin dan muslimat masing-masing menyatakan persetujuan untuk membina Bait Al-Muslim bersama , mereka itu dikatakan sudah bertunang walaupun tanpa pengetahuan ibu dan bapa masing-masing . Allahu'alam , itu yang ana pelajari .

Berbalik pada kisah tadi . Min dan mat ni kiranya dah bertunang sejak di bangku sekolah lagi . Keluarga si mat ni dah tau (katanya) tapi keluarga min ni sebaliknya . Means memang family dia tak tahu apa-apa la . Okay lah , fine , mereka dah bertunang . Ana tak lah nak menidakkan . Cumanya , si min ni tak faham konsep sebenar 'pertunangan' mereka ni .

Mungkin bagi si min ni , bila dah bertunang tu , kira dah confirm si mat ni dia yang punya . So this is the worst part . Ana paling lemah sikit part ni , bilamana ada yang mengaggap sesuatu itu sudah menjadi hak mutlaknya walhal di dunia ini tidak ada satu pun milik kita kerana semuanya hanya pinjaman dan sesungguhnya segala-galanya adalah milik Allah s.w.t !!! emosi sikit

Mana taknya , si min ni terang-terangan tanpa perlu bersuluh-suluh , mengongkong si mat ni . Walhal mereka hanyalah bertunang . Apa yang mat ni buat , semua dipantau . Amboi , bagi ana min ni macam nak ambil alih tugas ibu bapa si mat ni pula ! Berbual kosong tanpa tujuan memang tak digalakkan dalam Islam , tapi satu hal lain pulak bila si min ni jelous bila si mat bersembang dengan min lain . Adus , melebih dah ni !

Semalam kami ke rumah si mat ni . Kebetulan , si min tu ada di luar rumah . Sedang berbual atau bermain mungkin , dengan adik-adik si mat ni . Ana cuma tersenyum . Kelakar jugak . Tengok dari perwatakan , 'adik' ni nampak matang . Tapi ? Allahu'alam ...

Nak dijadikan cerita , malam tadi kami bertiga (orang kedua adalah Ajlaa dan orang ketiga dirahsiakan ^_^ ) , having our dinner di kedai makan dan tiba-tiba Ajlaa bersuara sambil menunjuk ke belakang ; si mat dan adik-adiknya . Juga tak ketinggalan ; si min itu . Allahu Akbar ... Mungkin mereka benar-benar tak tahu dan ana rasa seperti suatu amanah untuk menyedarkan mereka . Moga suatu hari Allah akan membuka mata dan hati mereka insyaAllah ...

Dan part yang macam nak berasap sikit adalah bila kami bertiga dikhabarkan , petang tadi semasa kami ke rumah si mat ni , maknanya selepas kami balik , mat ni dimarahi si min ni . Dengan alasan si min ni tak suka bila ana tengok ke arah dia . Padahal ana cuma senyum masa tu . Allah ... Moga Kau tak uji diri ini dengan mengurniakan seseorang sepertinya sebagai imamku kelak . Na'udzubillah ...

Ditanya pada si mat , sama ada dia suka dengan cara tunangnya tu . Dia jawab , dia tak berapa suka . Tapi tak boleh nak buat apa . Sebabnya si min ni siap datang rumah dia lagi ! Bukan sekali sekala tapi tak terkira bilangannya . Allahu Akbar ... Sejujurnya apa yang ana boleh katakan , tengok je pada sikapnya sebelum berkahwin , dan pandai-pandailah buat konklusi sendiri bila dah berumah tangga nanti ... Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh jugak , sebabnya pengalaman belum ada ... ^_^

Alhamdulillah , si mat ni menawarkan dirinya untuk ditarbiyyah . Moga sama-sama kami berdua bersedia untuk mentarbiyyah dan ditarbiyyah , insyaAllah .

current mood ; tak sabar melangkah ke arah baru . yang pastinya akan lebih menguji iman dan taqwa .
Allahu Akbar ! ^_^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...