03 May 2011

Sejarah semalam .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh ... Alhamdulillahi rabbil 'alamin ... Walau bertimbun dosa dan khilaf yang kita lakukan , Allah masih lagi sudi beri pinjaman masa , nyawa dan kehidupan , nikmat iman dan Islam , dan bermacam lagi nikmat dan kurniaan . Allahu Akbar ... Adakah kita hamba yang bersyukur ? Sujud syukur berapa tahun pun tak akan setanding dengan apa yang Allah dah beri . Allahu Akbar ...


Cerita tentang semalam dan beberapa hari sebelumnya . Allah ... Rasanya banyak yang Allah tunjuk , bila nikmat kesihatan diambil ni , terasa macam penglihatan ni dibuka lebih luas . Bermula dari dua hari lepas , sampai la semalam . Antaranya ;


1 . TAK SABAR .
Semalam , ada sorang makcik ni datang klinik . Dah la baru lepas kena marah dengan doctor . Dia ada multi-penyakit . Sebab tu kena marah . Doctor suruh banyak exercise . Keluar keluar , kereta dia kena hon dengan kereta lain (dekat 20minit la jugak) sebab kereta dia blocked kereta cik A ni . Then ada ke patut , cik A ni cakap bo*** Islam ?! Islam pulak yang jadi masalah ?? (geleng-geleng-geleng) Pantang betul bila orang hina agama kita ni . Lebih lebih lagi kalau orang tu sendiri adalah ORANG ISLAM . Memanglah makcik ni pun salah kan , tapi makcik tu dah minta maaf dah pun . Bila cakap remaja tak tahu hormat orang tua , kita marah . But thats the fact right ? Bukan semua , tapi kebanyakannya .


Sesungguhnya di antara cara memuliakan Allah adalah dengan menghormati orang muslim yang sudah tua , dengan menghormati ahli Al-Qur’an tanpa berlebihan dan tanpa menghinanya , serta dengan menghormati penguasa yang adil
(Riwayat Abu Dawud)

Allah , kecik hati makcik ni . Jenuh nak cari kat Padang Mahsyar nanti . Na'udzubillah . Moga Allah tak masukkan kita dalam golongan yang menghina orang tua lebih lebih lagi ibubapa kita . Amiin .

2 . AMBIL KESEMPATAN .
Yang ni ana rasa tak perlu nak specifickan . Cukuplah sekadar entum boleh ambil buat iktibar . Kalau nak diikutkan , encik Dongdong (comel je , Dongdong) ni berumur dalam lingkungan 50an la kot (dari kaca mata ana) . Bila orang dah berumur ni , mesti kita cakap , udah udah le tu ... dah nak expired pun tak gheti gheti nak bertaubat ke ? Allah ... Dengar memanglah agak kasar , tapi itulah yang sepatutnya . Bukan ana cakap kita yang masih muda ni tak perlu bertaubat , tapi yang dah berumur ni sepatutnya lebih sedar , dengan uban di kepala sebagai silent warning dari Allah . Ya , seharusnya mereka lebih sedar .

Dan encik Dongdong ni termasuklah dalam golongan ini ... Boleh pulak dia ambil kesempatan dekat Puan Gigi ni ??? Bukan Puan Gigi je , dekat Puan Gaga dengan Puan Gogo pun sama jugak .  Eeiii dalam hati ..... Memang tak tau nak cakap . Nak je cakap , bawak mengucapla encik D ooiiii ... Tapi ana tak mampu ... Hanya mampu beristighfar dalam hati . Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat . Semoga encik Dongdong kembali ke pangkal jalan . Dan moga kita semua tak tergolong dalam golongan macam encik Dongdong ni .

3 . KAHWIN .
Oops . Yang ni pun sama jugak . Entah kenapa , banyak pulak story story pasal kahwin ni yang masuk dalam telinga .Tengok video orang kahwin (so sweet) . Baca kisah orang kahwin . Dengar ceramah pasal kahwin . Macam macam lah . The latest one , semalam pun ayah ana baru je bagi mesej pasal kahwin . Lebih kurang macam ni bunyinya ; kahwinilah dia kerana akhlak dan agamanya . Ada la lagi bunga-bunga dia yang lain kan . Aih , lepas baca mesej tu ana tersenyum sorang sorang . Pelik tiba-tiba (okay sekarang pun tengah senyum jugak) . Jangan fikir lain pulak . Ana cuma tulis apa yang ana lalui lately . Alahai , kalau ada rezeki , memang tak ke mana . Rezeki yang dimaksudkan adalah rezeki untuk kahwin di dunia ye ... bukan rezeki untuk kahwin dalam masa terdekat (tapi kalau betul pun apa salahnya ^^) . Sebabnya kalau tak ada rezeki tu , sama ada si dia tak kekal dengan kita , atau sebab Dia lebih menyayangi kita (means Dia jemput kita ) ^^

4 . " HIJRAH " .
Okay yang ni pun susah sikit nak terlalu 'open' . Tempias sikit sikit boleh la ^^ Im keep surveying about this . And lately , macam macam yang masuk dalam kepala . Mula mula semangat tu kuat , makin lama makin membara . Siap dok bagi dorongan dan sokongan pada orang lain lagi . Tapi ada masanya semakin surut . Makin malap . Sehari dua ni selalu sangat terfikir halangan yang bakal menjenguk . Takut tak kuat untuk hadapinya . Allahu Akbar ... Andai ianya terbaik buatku , maka Kau tetapkanlah hatiku padanya . Kuatkan aku dalam melaksanakannya ya Allah .

p/s : waiting the new sem begins unpatiently . to learn and know something new , and to be someone new . but at the same time , abit scared of facing the possible preclusion . Allah , may You make things and the path ive choose easier for me to go through .

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...