01 May 2011

Langgar pantang larang .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warahmatullah li jami'an ... Alhamdulillah , bersyukur kepada Allah yang menarik sedikit nikmat kesihatan ana kali ni . Moga ianya menjadi kifarah kepada dosa-dosa yang lalu insyaAllah ... Sejujurnya , hari ni memang betul-betul menguji keimanan . Dengan patients yang datang berbondong-bondong , Allah ... Dengan kesihatan yang tak berapa nak ok ... Allahu Akbar ...

Sejak akhir-akhir ni ana banyak langgar pantang larang . Pantang larang yang dibuat oleh diri sendiri . Melanggar pantang larang yag ana gariskan ini beerti memberi kemenangan percuma kepada Sang Iblis . Allah ... Betapa mudahnya diri ini tewas dengan godaan . Ya Allah , bantulah hambaMu ini . Sesungguhnya segala sumber kekuatan itu datang dariMu ya Allah .

PANTANG LARANG .

Apakah ?

Tak boleh minum air sejuk . Lebih-lebih lagi yang berais . Bukan hanya kerana ianya tak elok untuk kesihatan , tapi sebabnya ada resdung . So , drinking cold water will make it worse . Tapi sejak kebelakangan ni , dah berkali-kali minum ais . Apa nak jadi ni ???

Kurangkan minum air manis . Tak kisahla air apapun . Selalunya akan tambah air masak dalam minuman yang bergula . Bukan apa , ni cuma sebagai langkah berjaga-jaga . Ana taknak satu hari nanti kena potong jari kaki atau jari tangan . Kencing manis . Tak nak tak nak . Bukan tak nak sakit . Bukan takut nak jadi tak sempurna . Cuma takut ketidak sempurnaan itu akan buat ana jauh dari Allah . Menyalahkan Dia atas kekurangan diri .

Getting on-line . Sebelum ni dah janji pada diri sendiri , nak kurangkan masa beron-line . Tapi asyik terbabas je . Aduhai ... Bersembang sampai tengah malam . Patutnya masa tu milik Allah . Tapi banyak yang dibazirkan untuk orang lain . Allahu Akbar ... Nasib baik dah deactivate fb ^^

Nak jadi seorang yang lebih sabar dengan adik-adik . Aish , yang ni selalu TERlanggar . Kadang-kadang tu tak boleh nak sabar . Rasa macam ..... Eei susah nak cakap . Tapi alhamdulillah , theres an improvement ^^ Cuma kadang kadang je emosi terbabas babas ~

Menelan chemical . Ni yang paling ana pantang sikit . Chemical means medicine ^^ Hmm bila dah tak sihat ni , TERpaksa jugak menelannya . Tapi sejujurnya dalam setahun tu adalah dalam sekali dua je ana menelan bahan kimia tu . Why tak suka ? Because its a chemical . One day it will affect us . Just imagine , doctor pun sebenarnya tak galakkan makan ubat ^^

Boleh bayangkan tak macamana rasanya when we disobeying the rules yang kita sendiri tetapkan ? Then cuba bandingkan bila kita MELANGGAR PERINTAH RAJA SEGALA RAJA ? Sebanyak mana rasa bersalah tu ?

Adakah kita rasa bersalah bila kita solat tak on-time ? Means lambat . Kita lengah-lengahkan . Tak kira lagi yang solat rimau , gajah semua .  Senang-senang je qada' kan . Semudah itukah ? Kita tak pernah kisah semua tu . Bagi kita , janji dah buat . Habis cerita .

Walhal tak confirm lagi SEMUA amalan yang kita buat tu diterima . What if , Allah tak terima ? Then macamana kita nak masuk Syurga ? Cecite cecite ?

Allah tak akan lihat pada amalan yang sunnat-sunnat sebelum melihat kepada yang wajib . Rasa macam tak payah explain je ? Bila amalan wajib pun terkontang-kanting , yang sunnat sure ke Allah akan terima ? Na'udzubillah ...

Sekarang ni dah tak sempat rasanya nak berceramah panjang . Kita semua tahu , Hari yang dijanjikanNya dah tersangatlah hampir . Dan sepatutnya kita semua dah tak ada masa lagi nak buat jahat . Apa yang patut kita focuskan sekarang ni , adalah macamana nak topup amalan . Macamana nak tingkatkannya . Dan macamana nak menggapai JannahNya .

Udah-udah le buat jahat ... Dibuatnya tak sempat nak bertaubat , apa lagi nak buat ???

Allahu'alam .

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...