19 May 2011

Kejar tak dapat , yang dikendong berciciran .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warahmatullah ... Alhamdulillah , alhamdulillah , alhamdulillah . Segala puji-pujian hanyalah buatNya . Allahu Akbar . Sesungguhnya Engkaulah yang membolak-balikkan hati kami . Maka Kau tetapkanlah hati-hati kami di atas jalanMu ya Allah . Aamiin .

Allahu Akbar . Memang benar . Pengalaman itu mengajar kita . Pemerhatian juga . Kuasa pemerhatian tu selalunya tak sehebat pengalaman . Namun , apapun , ia tetap membawa 1001 pengajaran .

Yang dikejar tak dapat , yang dikendong berciciran .

Peribahasa yang indah (indah ? awatnya skema sangat pulak ni ?) . Na'am , jamilun jiddan . Apa yang nak ana rungkaikan di sini adalah realiti masyarakat kini . Eh bukan masyarakat , tapi ummat . Bilamana dikatakan ummat , semestinyalah merujuk kepada kita , ummat ISLAM .

Bagi sesiapa yang menyedari hakikat kini ; kemampiran Hari yang DijanjikanNya yakni Hari Pembalasan buat ummat , dah tentu sekarang ni busy je beribadat . Bukan sahaja yang fardhu , malah yang sunnat juga . Tapi sayang , seribu kali sayang . Ramai yang mengejar yang sunnah , tapi yang wajib dilaksana sambil lewa sahaja . Na'udzubillah ...

Umpamanya ?

Solat 5 waktu . Solat 5 waktu tu seperti yang semua maklum , adalah satu kewajipan bagi kita kan ? Tapi dek kerana excited nak mengejar solat sunnat , solat fardhu ni dikerjakan ala kadar je . Padahal amalan yang mula-mula sekali dinilai confirmlah yang difardhukan ye tak ? Bila yang wajib pun dibuat sambil lewa , agak-agak la kan , yang sunnat tu Allah nak pandang ke ? Renung-renungkan ...

Lagi ?

Tudung labuh . Sebelum tu ana nak cakap awal-awal , ni bukan untuk mengkritik . Sebaliknya untuk menasihati diri ana juga memandangkan ana juga seorang pemakai tudung labuh .

Okay , mana satu yang wajib ; tutup aurat atau pakai tudung labuh ? Tutup aurat means you cover your aurah right ? Tapi memakai tudung labuh , tak semestinya menutup aurat . Faham tak ? Hmm susah nau nak terang . Okay macam ni la , bilamana kita pakai tudung labuh , tak beerti kita dah tutup aurat dengan sempurna ye tak ? Kalau pakai tudung biasa pun sebenarnya dah dikira menutup aurat SEANDAINYA menepati segala yang dah ditetapkan syara' . Bukannya orang yang pakai tudung labuh je , ouh means dia dah tutup aurat .

Jadi apa masalahnya ni ? Hmm , masalahnya , kita lupa untuk tengok apa yang paling utama sebenarnya . Ya , kita lupa . Yang diwajibkan adalah MENUTUP AURAT . Bukan memakai tudung labuh . Suka diingatkan sekali lagi , ini bukan untuk menghentam si pemakai tudung labuh ye . Fokus kat sini sebenarnya , ana banyak stalking kat fb2 saudari-saudari seISLAM dan ana sedih , bilamana ramai antara mereka yang bertudung labuh alhamdulillah tapi , aurat mereka tak dijaga sempurna . Macamana itu terjadi ? Bila ana tengok gambar-gambar mereka , ternampaklah aurat mereka yakni tangan mereka . Sebabnya mereka tak pakai handsock , atau mungkin handsock tu tertarik ke atas . Allahu Akbar ... Moga ana tak tergolong dalam golongan yang hanya berkata-kata , tapi tak melaksana .

Sebenarnya , langkah selamat adalah dengan tak meletakkan gambar-gambar di fb . Senang kan ? Tapi tak ramai yang sedar . Atau mungkin buat-buat tak sedar .

Banyak lagi sebenarnya . Banyak yang kita terlepas pandang . Bukan ana menghalang kita mengamalkan sunnah , tapi seharusnya sebelum melakukan yang sunnah tu , kita patutnya memberatkan yang wajib terlebih dahulu . Maknanya perlu bagi perhatian yang lebih pada yang wajib di samping melaksanakan yang sunnah . Ada pehe ? (^_^) Pehe , pehe , pehe ...

HADIS MENGATAKAN :
 " BARANG SIAPA YANG MENGAMALKAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W PADA ZAMAN KEROSAKAN UMAT, ALLAH AKAN BAGI GANJARAN 100 PAHALA MATI SYAHId ".

Poligami pun termasuk jugak . Bukan ana menolak poligami (ye ke ?) , tapi kebanyakannya kononnya memberi alasan , berpoligami kerana ikut Nabi , tapi bab-bab lain tak ada pulak nak ikut Nabi . Solat ke mana , tanggungjawab ke mana . marah nampak

Jadinya , mudah , di samping buat yang sunnah , yang wajib tu jangan lupa diperbaiki kualitinya . Agar bukan sahaja amalan yang wajib , malah yang sunnah juga , moga-moga diterima Allah . Bukan apa , sementara ana dan entum semua masih diberi peluang untuk hidup dan bernafas ni , marilah sama-sama kita mengejar redhaNya . Sebelum Dia mengambil semula apa yang diberiNya secara sementara ! (^_^)

Sesungguhnya Al-Qur'an itu diturunkan sebagai peringatan dan pengajaran bagi mereka yang mahu beringat .

3 comments:

  1. ana pun pehe3..hehe..syukran ukhti..inzar yg sgt bermakna..ana ada letak pic dlm fb tapi secara beramai-ramai la..gmbr kelas,harapnye x mnjadi fitnah pada islam.. muhasabah kembali bila membaca entry anti.

    ReplyDelete
  2. Like this entry (: Betul tu Fadh, kadang kadang ada yang tak perasan. Ya Allah, minta minta dijauhkan daripada terbuka aurat secara tak sengaja. Walaupun agak susah, tapi Insya Allah boleh kalau kita betul betul nak buat kerana Allah. Alhamdulillah, dah delete gambar di FB walaupun lambat sikit buatnya ^^ hee

    ReplyDelete
  3. khalifatullah : moga2 kita smua trpelihara dr mlakukan ssuatu yg mngundg murkaya .

    mahfuzah : hmm mmg kdg2 kita lupa k tgk prkara pokok & slalu mlebihkn yg krg pntg .. ^^ tp apapn sntiasalah mminta pdya agr kita trpelihara dr mnjd golongan itu ... ^^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...