27 May 2011

Bismillahi Rahmani Rahim .

Air mata mengalir lagi . Kini ku mengerti , mengapa sejak akhir-akhir ini hatiku mudah terusik . Tanpa ada sebab yang dikenal pasti .

Alhamdulillah , kini lesen P dalam genggaman . Namun tiada sebab untuk merasa bangga . Kerana sebentar tadi abang baru mrngkhabarkan , emak kami menghidap KANSER .

Sejujurnya , tak dapat ana tentukan apa perasaan di hati . Mak tak tahu , anak perempuannya ini dah tahu tentang penyakitnya . Kerana hanya abang yang diberitahunya . Abang suruh rahsiakan , sambil berpesan , suruh jaga emak . Even ayah pun tak tahu . Abang bertolak ke Kelantan hari ini . Menyambung kembali pelajaran , setelah hampir sebulan bercuti .

Ana tak perlukan wang ringgit apatah lagi belas kasihan dari entum semua .

Apa yang ana perlukan hanyalah do'a dari semua . Kemungkinan besar , ana tak akan update blog ni lagi selepas ini . Dan fb juga . Kerana ana punya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan .

Wish that i could replace my mother . So she wont suffer alot .

Mohon do'a dari semua .

Wallahu'alam .

3 comments:

  1. Allahu Akhbar!
    Ujian diberi tanda kasihNYA...
    Insyaallah...
    Moga kenikmatan diperoleh dihujungnya...
    Amin~~~

    ReplyDelete
  2. moga mak nti kembali sihat~i.Allah.

    ReplyDelete
  3. speechless..how i wish i can help you..tapi hanya doa sahaja yang boleh dikirimkan..insya'Allah we will...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...