17 April 2011

Buatmu , yang belum pasti .

Ketika perasaan itu hadir
Kuyakin ia putih dan suci
Kerana tak ku hembuskan ia dalam nafsu
Dan insyaAllah akan aku menjaganya

Kau datang ketika rasaku sudah waktunya
Tapi tetap ia tak ku nyatakan..
Kerana pernyataan hanya akan menodai kesucian
Yang ku juga yakin kau sangat menjaganya

Lalu aku hanya diam
Dan kau pun diam
Kerana kau tak tahu
Dan ku tak ingin kau tahu

Semua ada masanya
Kerana takdir Allah itu pasti
Tuk aku memastikan tidak lagi memendamnya
Dan ketika itu kau pun akan tahu

Saat ini kau menjaga diri
Dan harapku selalulah begitu
Kerana itu ku jadikan alasan
Untuk memendam rasa ini

Pesanku kepadamu wahai bakalku
Keazamanmu sudah tepat
Kuatkan Allah di hatimu
Sebelum Dia mengizinkanku memiliki mu

Dan jika kau berpaling dari penjagaanmu
Mungkin aku tidak lagi menyimpan rasa ini untukmu
Aku akan mencari yang istiqamah
Yang kuat dan tidak sepertimu

Maka tetaplah kau menjadi dirimu
Sabar di dunia dan bahagia di akhirat
Aku akan selalu mendoakanmu
Semoga kau tetap di jalan itu

Andainya nanti kau tidak bersamaku
Ku yakin kau akan mendapatkan yang terbaik
Ku harap aku pun begitu
Kerana Allah tidak akan memungkiri janji

Kau adalah untuk orang yang baik
Semoga Allah menjadikanku orang yang baik
Mari berdoa kepada Yang Maha Penyayang
Agar kita mendapatkan yang terbaik

Pada akhirnya Allah lah tujuan
Aku menginginkanmu bukan kerana dirimu

Dari Allah lah ku mengharap keredhaan
Dan kau hanya salah satu jalan kearah yang dituju

BY: A. Ridho


Subhanallah , hebat tulisan ni . Maklumlah , bukan ana punya karya ^^ Renungilah sedalamnya . Punyai maksud mendalam dan tersirat . But yet, so sweet ^^

Teringat Ustaz Syaari dan Fatimah Syarha punya ayat ; cinta selepas nikah adalah sangat manis ! Dan ana juga mahukan kemanisan itu . Boleh tak ?

2 comments:

  1. tafadhali ya ukhti =)

    ni pn ana share dr sahabiyyah lain . moga pahalanya brsmbungn pd tuan pnya artikel =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...