19 April 2011

Allah ... Kuatkah aku ?

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warahmtullah sahabat sahabiyyah sekalian yang disayangi fillahi ta'ala ... Allah , Allah , Allah ... Alhamdulillah ya Allah ... Kau masih lagi beri peluang pada kami untuk terus hidup di muka bumiMu ini ya Allah . Kau masih beri peluang pada kami untuk perbaiki diri kami , bertaubat atas dosa-dosa kami ya Allah ... Ampunilah segala dosa kami ya Allah , agar kami tidak tergolong dalam golongan yang akan dicampakkan ke neraka JahannamMu ya Allah . Amiin amiin ya rabal 'alamiin ...

Allah , baru semalam Kau beri kekuatan itu kepadaku , namun tika dan saat ini , kekuatan itu makin memudar ya Allah ... Ya Allah , bantulah hambaMu ini ya Allah , tetapkan hatiku pada niatku ini , andai ianya terbaik buatku . Amiin .

Segala puji bagi Allah , yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu . Malam tadi ana diizinkanNya untuk berdiskusi bersama saudari seIslam . Alhamdulillah . Banyak yang ana peroleh dari diskusi ringkas semalam . Kali ini ana ingin berkongsi tentangnya . Moga semua mendapat ibrah darinya .

Semalam , saudari A bertanya tentang status fb yang ana keluarkan . Allahuakbar . Ramai yang ingat ana nak berkahwin bila ana buat status tu . Na'udzubilah . Tak terniat nak buat semua orang salah faham . Jadi bila si A bertanya , ana ceritakan yang sebenarnya . Tentang niat dan hasrat yang telah dipendam sekian lama (bunyi macam nak kahwin ke ?) .

Apapun , asifun jiddan , tak dapat ana nyatakan apakah hasrat itu . Tapi bagi siapa yang mengikuti kisah dalam blog ana ni , rasanya dia tahu apa yang ana maksudkan ^^ Bila saat itu tiba , insyaAllah tiada lagi rahsia ^^

Jadi memandangkan si A ni dah umpama kakak bagi ana , dia pun memberikan pendapatnya ... Allah , rasa nak menangis pun ada . Tapi alhamdulillah , dapat ana terima dengan baik setiap apa yang dikatakan . Dia cakap , banyak lagi benda yang boleh kita buat untuk jadi baik . Allah ... Ana tak terniat pun nak buat 'itu' untuk jadi baik atau untuk tunjuk baik . Tapi bila yang tua menasihati , kita seharusnya menjadi pendengar yang baiklah kan ?

Dia buka lembaran kisahnya . Alkisah , dia punya sahabat baik , yang bertudung labuh . Dan saat ini , tika ini , sahabatnya itu masih lagi bertudung labuh . Tapi astaghfirullah , kalau dia tipu maka ana juga tipu kerana ini diceritakan oleh dia (si A) . Si bertudung labuh ni Mak Esah la senang cerita . Mak Esah ni sangat menjaga auratnya . Bertudung labuh , bersarung tangan (handsocks) , bersarung kaki (stoking) , berjubah , semualah . Dia break dengan bf dia . Berdosa katanya . Banyak buat maksiat . Selalu jugak tulis hadis hadis di fb . Selalu bagi nasihat kat kawan kawan . Buku-buku agama tak payah kira , banyak yang dia baca .

Tapi sayang seribu kali sayang . Dia selalu keluar dengan kawan kawan lelaki . Bukanlah dengan lelaki saje , means bercampur lelaki perempuan . Gelak-gelak semua . Dah tu pulak , selalu bangun bila matahari dah tegak atas kepala . Malas buat kerja . Kebersihan tak berapa nak jaga . Astaghfirullah ... Kalau ini dikira mengumpat ana mohon maaf , tapi harapnya entum dapat ambil pengajaran darinya .

Kisah lain pulak . Si A bagi contoh terdekat dengan ana . Mak Kiah . Dulu Mak Kiah pun lulusan UIA . Bertudung labuh . Jaga aurat bagai nak rak . Sabun lux pun dia tak bagi ahli keluarga guna (tak ingat atas alasan apa) . Pendek kata tip top la kiranya . Tapi sekarang ... Allah ... Alhamdulillah masih bertudung walau bukan tudung labuh . Tapi , kain terbelah . Baju dah macam sarung nangka . Nipisnya tak payah kira . Si A cakap sebab apa ??? Sebab masa bertudung labuh dulu , Mak Kiah ni dikelilingi oleh orang orang macam tu (bertudung labuh , jaga aurat semua) . Kiranya apa yang di buat dan pakai semua disebabkan faktor sekeliling  . Jadi apa yang si A cuba sampaikan , jangan buat sesuatu kerana faktor sekeliling . Buat semua biarlah lillahi ta'ala .

Allahuakbar ... Tiba-tiba semangat yang dikurnia Allah sejak beberapa hari yang lalu , makin memudar ... Allah ... Kalau macam ni la rupanya , ana tak tahu macamana esok lusa . Masih mampukah ana bertahan untuk laksanakan niat ana yang dipendam sekian lama itu ? Allah ...

Malam tadi juga muslimin itu datang menggangu . Dia juga berfikiran sama . Dia ingat ana nak kahwin dah . Allah ... Ana jadi ketawa sendiri . Ana tak pernah janji apa-apa pada sesiapapun . Ana milik Allah selamanya . DIAlah penentu , ana akan dipinjamkan kepada siapa , dan bila . Allah ... Ana jadi geram tiba-tiba . Andai betul pun ana nak kahwin , apa dia nak buat ?? Bukan ana janji apa-apa pada dia ! Dia ingat ana ni dah confirm milik dia kah ??? Astaghfirullah ... Entah kenapa , ana cepat melatah . Seakan nak menjerit pada muslimin itu , supaya tak ganggu lagi hidup ana . Tapi alhamdulillah . Ana tiba-tiba diberi jawapan . Allah menghantar dia untuk menguji iman ^^

Allah ... Ana jadi teringat semula akan 'hajat' ana itu . Si A ada pesan , istiqamah itu penting . Ni lah kaitannya dengan faktor sekeliling tadi . Si A ingat ana nak buat 'itu' kerana dikelilingi dengan orang-orang 'itu' . Hmm ... ana tiba-tiba tertanya-tanya ; atas alasan apa nak buat semua ni ? Ana cepat-cepat fikir . Masa mula-mula nak pakai tudung labuh dulu , adakah sebab faktor sekeliling ?

Alhamdulillah . Bukan sebab faktor sekeliling . Masa mula-mula pakai dulu , dalam sekolah masa tu boleh dikira dengan jari , banyak mana je yang pakai tudung labuh . Alhamdulillah . Means bukan seba ikut-ikut la kan ? Kalau sebab ikut orang lain , lepas habis sekolah mesti dah terbang habis tudung labuh . Dan ana cuba juga kaitkan , kenapa Allah bagi ana sambung belajar di UIA ? Bukan di UM , UiTM atau di tempat-tempat lain ? Indahkan aturanNya ? ^^

Balik kepada cerita asal . Ana jadi takut . Tiba-tiba mula jadi lemah . Jadi lembik . Entah di mana kekuatan 'itu' menghilang ? Allahua'alam . Sepanjang hari terfikir tentang masalah-masalah dan ujian-ujian yang bakal menduga . Allah ... Jangan Kau goyangkan hati ini andai 'itu' adlah terbaik buatku ya Allah ... Mujur , masih berbaki kekuatan 'itu' . Allah , kuatkan hati ini , tabahkan hati ini ya Allah . Bagaimana nak istiqamah dengan niat itu ? Ana fikir punya fikir dan insyaAllah jawapannya dari Allah ; innaAllaha ma'ana . Macam yang si A cakap , apa niat nak buat 'itu' ? Kalau sekadar suka suka tanpa niat yang kukuh , baik jangan . Nanti tak istiqamah .

Itulah sebab kenapa ana takut . Takut tak istiqamah . Dan oleh kerana itu , hingga saat ini ana masih menghitung hari menanti saat 'itu' . Sambil menghitung hari , ana cuba meraih kekuatan , dari sahabiyyah sahabiyyah yang mostly memahami (alhamdulillah) , juga dari family ^^ Dan itulah sebenarnya , tiang istiqamah itu . Yang paling utama adalah Allah , dan sahabat sahabiyyah serta ahli keluargalah tiang-tiang lain yang menjadi penyokong yang utama itu  ^^

Addition point kat cerita Mak Esah tadi . Si A tau cerita kehidupan ana . Macamana ana treat adik beradik semua . Erm , dia kata , ana EGO . Kalau orang cakap entum macam tu , entum rasa apa ye ? ^^ Hmm itulah yang ana rasa pada mulanya . Macam nak hangin je satu badan . Tapi alhamdulillah , cepat cepat tersedar balik . Ana terfikir ; kata nak cuba jadi baik? Jadi bersabarlah . Lagipun memang itu kenyataannya ^^ Kadang kadang rasa pelik jugak . Kerenah orang luar boleh je nak sabar (tapi kadang kadang tak jugak ^^) , tapi kerenah ahli keluarga , adik beradik , susah sikit nak sabar .

Sebab apa ? Sebab kita tinggal satu rumah ... Tiap hari muka tu jugak yang kita tengok . Kalau orang luar , kawan kawan la khususnya . Tak sabar sikit , silap hari bulan sampai bila-bila tak jumpa . Bergaduh hingga ke tua . Ye tak ? Ha , dibuatnya esok lusa tak dapat jumpa orang yang dekat dengan kita (ahli keluarga) macamana ? Cecite cecite ^^ Ok2 , ana nasihat diri sendiri sebenarnya ... Diri oh diri , jangan garang garang dengan adik beradik ok ...

Allah ... Moga entum semua do'akan ana , agar hati ini ditetapkan dan tidak berbolak balik dalam membuat keputusan . Ya Allah , moga Kau bantu aku , dengan memberikan yang terbaik buatku . Amiin .

p/s ; Mak Esah dan Mak Kiah adalah rekaan semata-mata . Kesian nama mereka jadi mangsa ^^

3 comments:

  1. moga ukhti terus kuat. (=

    Allah memang akan sentiasa menguji kita, sebab itulah taybiyah dari Allah. Allah nak ajar kita sesuatu.

    moga kuat ukhti. (=

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...