26 April 2011

Syadid vs Kemaruk .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat sahabiyyah yang dikasihi fillahi ta'ala ... Alhamdulillah , alhamdulillah , alhamdulillah ya Allah ... Kita masih lagi dipertemukan di alam maya ini walaupun dalam hati ana punya perasaan 'tidak layak' untuk terus hidup di muka bumiNya . Allahu Akbar ... Maka yang mana satu nikmatNya yang hendak engkau dustakan ?

Allahu Akbar ... Walau ana tahu , setiap apa yang ana buat atau katakan , tak akan setanding dengan nikmat-nkmat kurniaanNya . Allah ... Hmm ... Ana jadi lupa nak tulis tentang apa ^^ ~ ~ ~ (few minutes flying away)

Alhamdulillah , baru sekarang ana menyedari akan kehadiranNya ... Alhamdulillah ya Allah ... Kau masih sudi memberi peringatan pada hambaMu ini biar diri ini kadang kala lupa padaMu .

Syadid , atau mungkin yang sinonim dengan ummat sekarang , kemaruk . Atau fanatik . Tak kisahlah . Sebelum tu ana bagi 'signal' dulu , the whole entry from the beginning till end , mostly its all related to me . So im just picture it out so that you readers can get something from it , insyaAllah .

Syadid . Bila tengok orang pakai kopiah , pakai tudung labuh , cakap mereka syadid , fanatik sangat dengan agama . Lagi pulak bila nampak yang pakai purdah , lagilah . Cakap mereka ni ikut ajaran sesatlah , fanatik gila lah , and sorts . Ya Allah , sejujurnya , ana sangat sangat sangatlah pelik . Tapi alhamdulillah , bagi ana sendiri , sejak dulu bila nampak mereka yang bertudung labuh , lebih-lebih lagi berpurdah , ana tersenyum . Seronok je tengok mereka . Sejuk je hati . Dalam hati ada simpan niat nak jadi macam mereka jugak satu hari nanti ^^ Bukan hanya nak mengikut pemakaian je , tapi jugak hati dan ketaqwaan mereka terhadap Allah dan Ad-deen ^^

Kenapa ye mind set kita macam tu ? Kenapa bila tengok orang pakai baju tak cukup kain , lagi lagi yang jadikan artis-artis barat sebagai idola mereka , tak pulak kita cakap mereka syadid ke apa kan ? Hmm .. Maklumlah , nama pun akhir zaman ... Apa lagi yang boleh kita buat selain berdo'a moga dijauhi dari sifat-sifat terkutuk ? Allahu Akbar ...

Alhamdulillah , ana bersyukur sangat bila Allah tarik (walaupun sedikit) keinginan ana terhadap dunia & isinya ... Bilamana orang lain sibuk mengejar glamour , pangkat , nama , pointer (oops) dan sebagainya , ana bersyukur bila ana tak tergolong dalam kalangan mereka . Contoh terdekat , CGPA ^^ Tak malu untuk ana akui , sejak zaman sekolah sampailah sekarang , ana TAK PERNAH sekali pun dapat 3.5 ke atas (ceh , bangga pulak) . Tak dinafikan , pernahla jugak frust bila tak dapat kan . Tapi alhamdulillah , akhirnya dapat jugak terima kenyataan . Mungkin kalau ditakdirkan ana dapat pointer banyak sangat , ana akan lupa pada Dia ? Siapa tahu kan ? Begitulah cantiknya aturan Allah ^^

Hmm tersasar pulak rasanya . Ok back to the main focus . Tak habis lagi cakap pasal syadid ni . Hmm tak dinafi jugak (asyik tak dinafikan je dari tadi) , sejak masuk CFS ni , ana banyak cakap pasal Baitul Muslim (BM) . Sampai ada pulak yang gelar ana Doktor Cinta lah , Pakar Cinta lah . Macam macam . But its ok , because i know they just cracking a joke ^^ Tapi payah pulak bila ada yang cakap gatai nak menikah . (sengih sorang sorang) Tu pun syadid jugak ke ? Pening pening ...

Cakap pasal kahwin pun salah ke ? Bukan ke esok lusa ( kalau ada rezeki) KITA SEMUA akan ke jinjang pelamin jugak ? Habis tu , sehari dua sebelum kahwin baru nak beli buku bab-bab menikah ni ke ? Its not that we're talking about marriage all the time ... Biasalah , kata pun remaja . Lagi-lagi yang nak jadi suami isteri yang soleh solehah . Nak jadi ibu bapa yang berjaya didik anak-anak . Tak kan bila dah menikah baru nak baca , macamana nak jadi suami yang soleh ? Atau macamana nak jadi isteri solehah ? Tak kanlah bila dah beranak nanti baru nak bukak buku tentang bagaimana cara yang betul nak didik anak ? Cecite cecite ^^

Pandangan itu adalah panah beracun di antara panah iblis , siapa yang meninggalkannya kerana takut kepadaKu maka akan Aku gantikan dengan keimanan , yang ia dapatkan manisnya di dalam hatinya 
(HR ath-Thabrani dan al-Hakim)

Macam ter'emosi' pulak ^^ Ana memang semangat terlebih sikit bila cakap pasal BM ni . But it doesnt mean im getting married very soon ye ... Just pray for me ^^ Tentang hadis kat atas ni , ana selitkan sebagai peringatan buat kita semua . Kesian kat bakal zauj para muslimat (termasuk ana ^^) kat luar sana , mana-mana pun ada je maksiat mata ... Tapi ingatlah , sesiapa yang tahan pandangan , Allah akan ganti dengan kemanisan iman . Teringat kat peristiwa di PWTC minggu lepas , hamba Allah ni tetap alihkan pandangan walau muslimah itu berpurdah . Bagusnya ~ MasyaAllah ...

Lagi satu lagi satu ! FACEBOOK . Kenapa kita tak label orang yang dok meng'online' setiap masa tu sebagai syadid eh ? Bila part part benda baik ni semuanya syadid . Ni syadid , itu syadid . Tapi bab-bab melagha ni tak syadid la pulak kan ? Lagi pelik .... Alhamdulillah , im trying to make it . Semalam dah deactivate FB . Sekarang ni dalam proses memuhasabah diri . Mencari kekuatan untuk menjadi seseorang yang 'baru' dalam masa yang terdekat ni , isnyaAllah ^^

Sebenarnya entry ni more to make people wake up and realize , dont just easily putting a bad assumption towards others who are trying to make a better move . Mungkin mereka sedang dalam proses untuk berhijrah siapa tahu ? Memanglah dulu dia jahat , dia teruk , dia busuk , dia gengster , dia ganas , kasar . Semualah . Kiranya yang jahat tu semua dia . But why dont we just give them a chance to change ? Sedangkan Allah juga sering bagi kita peluang untuk berubah dan bertaubat walau kita sering mengabaikannya . Jadi , andai ada sahabat sahabiyyah entum yang dalam proses to be a better person , berilah kekuatan kepada mereka . Jadilah pendorong agar mereka terus istiqamah . Dan ana juga sedang melalui proses itu ^^

19 April 2011

Allah ... Kuatkah aku ?

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warahmtullah sahabat sahabiyyah sekalian yang disayangi fillahi ta'ala ... Allah , Allah , Allah ... Alhamdulillah ya Allah ... Kau masih lagi beri peluang pada kami untuk terus hidup di muka bumiMu ini ya Allah . Kau masih beri peluang pada kami untuk perbaiki diri kami , bertaubat atas dosa-dosa kami ya Allah ... Ampunilah segala dosa kami ya Allah , agar kami tidak tergolong dalam golongan yang akan dicampakkan ke neraka JahannamMu ya Allah . Amiin amiin ya rabal 'alamiin ...

Allah , baru semalam Kau beri kekuatan itu kepadaku , namun tika dan saat ini , kekuatan itu makin memudar ya Allah ... Ya Allah , bantulah hambaMu ini ya Allah , tetapkan hatiku pada niatku ini , andai ianya terbaik buatku . Amiin .

Segala puji bagi Allah , yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu . Malam tadi ana diizinkanNya untuk berdiskusi bersama saudari seIslam . Alhamdulillah . Banyak yang ana peroleh dari diskusi ringkas semalam . Kali ini ana ingin berkongsi tentangnya . Moga semua mendapat ibrah darinya .

Semalam , saudari A bertanya tentang status fb yang ana keluarkan . Allahuakbar . Ramai yang ingat ana nak berkahwin bila ana buat status tu . Na'udzubilah . Tak terniat nak buat semua orang salah faham . Jadi bila si A bertanya , ana ceritakan yang sebenarnya . Tentang niat dan hasrat yang telah dipendam sekian lama (bunyi macam nak kahwin ke ?) .

Apapun , asifun jiddan , tak dapat ana nyatakan apakah hasrat itu . Tapi bagi siapa yang mengikuti kisah dalam blog ana ni , rasanya dia tahu apa yang ana maksudkan ^^ Bila saat itu tiba , insyaAllah tiada lagi rahsia ^^

Jadi memandangkan si A ni dah umpama kakak bagi ana , dia pun memberikan pendapatnya ... Allah , rasa nak menangis pun ada . Tapi alhamdulillah , dapat ana terima dengan baik setiap apa yang dikatakan . Dia cakap , banyak lagi benda yang boleh kita buat untuk jadi baik . Allah ... Ana tak terniat pun nak buat 'itu' untuk jadi baik atau untuk tunjuk baik . Tapi bila yang tua menasihati , kita seharusnya menjadi pendengar yang baiklah kan ?

Dia buka lembaran kisahnya . Alkisah , dia punya sahabat baik , yang bertudung labuh . Dan saat ini , tika ini , sahabatnya itu masih lagi bertudung labuh . Tapi astaghfirullah , kalau dia tipu maka ana juga tipu kerana ini diceritakan oleh dia (si A) . Si bertudung labuh ni Mak Esah la senang cerita . Mak Esah ni sangat menjaga auratnya . Bertudung labuh , bersarung tangan (handsocks) , bersarung kaki (stoking) , berjubah , semualah . Dia break dengan bf dia . Berdosa katanya . Banyak buat maksiat . Selalu jugak tulis hadis hadis di fb . Selalu bagi nasihat kat kawan kawan . Buku-buku agama tak payah kira , banyak yang dia baca .

Tapi sayang seribu kali sayang . Dia selalu keluar dengan kawan kawan lelaki . Bukanlah dengan lelaki saje , means bercampur lelaki perempuan . Gelak-gelak semua . Dah tu pulak , selalu bangun bila matahari dah tegak atas kepala . Malas buat kerja . Kebersihan tak berapa nak jaga . Astaghfirullah ... Kalau ini dikira mengumpat ana mohon maaf , tapi harapnya entum dapat ambil pengajaran darinya .

Kisah lain pulak . Si A bagi contoh terdekat dengan ana . Mak Kiah . Dulu Mak Kiah pun lulusan UIA . Bertudung labuh . Jaga aurat bagai nak rak . Sabun lux pun dia tak bagi ahli keluarga guna (tak ingat atas alasan apa) . Pendek kata tip top la kiranya . Tapi sekarang ... Allah ... Alhamdulillah masih bertudung walau bukan tudung labuh . Tapi , kain terbelah . Baju dah macam sarung nangka . Nipisnya tak payah kira . Si A cakap sebab apa ??? Sebab masa bertudung labuh dulu , Mak Kiah ni dikelilingi oleh orang orang macam tu (bertudung labuh , jaga aurat semua) . Kiranya apa yang di buat dan pakai semua disebabkan faktor sekeliling  . Jadi apa yang si A cuba sampaikan , jangan buat sesuatu kerana faktor sekeliling . Buat semua biarlah lillahi ta'ala .

Allahuakbar ... Tiba-tiba semangat yang dikurnia Allah sejak beberapa hari yang lalu , makin memudar ... Allah ... Kalau macam ni la rupanya , ana tak tahu macamana esok lusa . Masih mampukah ana bertahan untuk laksanakan niat ana yang dipendam sekian lama itu ? Allah ...

Malam tadi juga muslimin itu datang menggangu . Dia juga berfikiran sama . Dia ingat ana nak kahwin dah . Allah ... Ana jadi ketawa sendiri . Ana tak pernah janji apa-apa pada sesiapapun . Ana milik Allah selamanya . DIAlah penentu , ana akan dipinjamkan kepada siapa , dan bila . Allah ... Ana jadi geram tiba-tiba . Andai betul pun ana nak kahwin , apa dia nak buat ?? Bukan ana janji apa-apa pada dia ! Dia ingat ana ni dah confirm milik dia kah ??? Astaghfirullah ... Entah kenapa , ana cepat melatah . Seakan nak menjerit pada muslimin itu , supaya tak ganggu lagi hidup ana . Tapi alhamdulillah . Ana tiba-tiba diberi jawapan . Allah menghantar dia untuk menguji iman ^^

Allah ... Ana jadi teringat semula akan 'hajat' ana itu . Si A ada pesan , istiqamah itu penting . Ni lah kaitannya dengan faktor sekeliling tadi . Si A ingat ana nak buat 'itu' kerana dikelilingi dengan orang-orang 'itu' . Hmm ... ana tiba-tiba tertanya-tanya ; atas alasan apa nak buat semua ni ? Ana cepat-cepat fikir . Masa mula-mula nak pakai tudung labuh dulu , adakah sebab faktor sekeliling ?

Alhamdulillah . Bukan sebab faktor sekeliling . Masa mula-mula pakai dulu , dalam sekolah masa tu boleh dikira dengan jari , banyak mana je yang pakai tudung labuh . Alhamdulillah . Means bukan seba ikut-ikut la kan ? Kalau sebab ikut orang lain , lepas habis sekolah mesti dah terbang habis tudung labuh . Dan ana cuba juga kaitkan , kenapa Allah bagi ana sambung belajar di UIA ? Bukan di UM , UiTM atau di tempat-tempat lain ? Indahkan aturanNya ? ^^

Balik kepada cerita asal . Ana jadi takut . Tiba-tiba mula jadi lemah . Jadi lembik . Entah di mana kekuatan 'itu' menghilang ? Allahua'alam . Sepanjang hari terfikir tentang masalah-masalah dan ujian-ujian yang bakal menduga . Allah ... Jangan Kau goyangkan hati ini andai 'itu' adlah terbaik buatku ya Allah ... Mujur , masih berbaki kekuatan 'itu' . Allah , kuatkan hati ini , tabahkan hati ini ya Allah . Bagaimana nak istiqamah dengan niat itu ? Ana fikir punya fikir dan insyaAllah jawapannya dari Allah ; innaAllaha ma'ana . Macam yang si A cakap , apa niat nak buat 'itu' ? Kalau sekadar suka suka tanpa niat yang kukuh , baik jangan . Nanti tak istiqamah .

Itulah sebab kenapa ana takut . Takut tak istiqamah . Dan oleh kerana itu , hingga saat ini ana masih menghitung hari menanti saat 'itu' . Sambil menghitung hari , ana cuba meraih kekuatan , dari sahabiyyah sahabiyyah yang mostly memahami (alhamdulillah) , juga dari family ^^ Dan itulah sebenarnya , tiang istiqamah itu . Yang paling utama adalah Allah , dan sahabat sahabiyyah serta ahli keluargalah tiang-tiang lain yang menjadi penyokong yang utama itu  ^^

Addition point kat cerita Mak Esah tadi . Si A tau cerita kehidupan ana . Macamana ana treat adik beradik semua . Erm , dia kata , ana EGO . Kalau orang cakap entum macam tu , entum rasa apa ye ? ^^ Hmm itulah yang ana rasa pada mulanya . Macam nak hangin je satu badan . Tapi alhamdulillah , cepat cepat tersedar balik . Ana terfikir ; kata nak cuba jadi baik? Jadi bersabarlah . Lagipun memang itu kenyataannya ^^ Kadang kadang rasa pelik jugak . Kerenah orang luar boleh je nak sabar (tapi kadang kadang tak jugak ^^) , tapi kerenah ahli keluarga , adik beradik , susah sikit nak sabar .

Sebab apa ? Sebab kita tinggal satu rumah ... Tiap hari muka tu jugak yang kita tengok . Kalau orang luar , kawan kawan la khususnya . Tak sabar sikit , silap hari bulan sampai bila-bila tak jumpa . Bergaduh hingga ke tua . Ye tak ? Ha , dibuatnya esok lusa tak dapat jumpa orang yang dekat dengan kita (ahli keluarga) macamana ? Cecite cecite ^^ Ok2 , ana nasihat diri sendiri sebenarnya ... Diri oh diri , jangan garang garang dengan adik beradik ok ...

Allah ... Moga entum semua do'akan ana , agar hati ini ditetapkan dan tidak berbolak balik dalam membuat keputusan . Ya Allah , moga Kau bantu aku , dengan memberikan yang terbaik buatku . Amiin .

p/s ; Mak Esah dan Mak Kiah adalah rekaan semata-mata . Kesian nama mereka jadi mangsa ^^

17 April 2011

Buatmu , yang belum pasti .

Ketika perasaan itu hadir
Kuyakin ia putih dan suci
Kerana tak ku hembuskan ia dalam nafsu
Dan insyaAllah akan aku menjaganya

Kau datang ketika rasaku sudah waktunya
Tapi tetap ia tak ku nyatakan..
Kerana pernyataan hanya akan menodai kesucian
Yang ku juga yakin kau sangat menjaganya

Lalu aku hanya diam
Dan kau pun diam
Kerana kau tak tahu
Dan ku tak ingin kau tahu

Semua ada masanya
Kerana takdir Allah itu pasti
Tuk aku memastikan tidak lagi memendamnya
Dan ketika itu kau pun akan tahu

Saat ini kau menjaga diri
Dan harapku selalulah begitu
Kerana itu ku jadikan alasan
Untuk memendam rasa ini

Pesanku kepadamu wahai bakalku
Keazamanmu sudah tepat
Kuatkan Allah di hatimu
Sebelum Dia mengizinkanku memiliki mu

Dan jika kau berpaling dari penjagaanmu
Mungkin aku tidak lagi menyimpan rasa ini untukmu
Aku akan mencari yang istiqamah
Yang kuat dan tidak sepertimu

Maka tetaplah kau menjadi dirimu
Sabar di dunia dan bahagia di akhirat
Aku akan selalu mendoakanmu
Semoga kau tetap di jalan itu

Andainya nanti kau tidak bersamaku
Ku yakin kau akan mendapatkan yang terbaik
Ku harap aku pun begitu
Kerana Allah tidak akan memungkiri janji

Kau adalah untuk orang yang baik
Semoga Allah menjadikanku orang yang baik
Mari berdoa kepada Yang Maha Penyayang
Agar kita mendapatkan yang terbaik

Pada akhirnya Allah lah tujuan
Aku menginginkanmu bukan kerana dirimu

Dari Allah lah ku mengharap keredhaan
Dan kau hanya salah satu jalan kearah yang dituju

BY: A. Ridho


Subhanallah , hebat tulisan ni . Maklumlah , bukan ana punya karya ^^ Renungilah sedalamnya . Punyai maksud mendalam dan tersirat . But yet, so sweet ^^

Teringat Ustaz Syaari dan Fatimah Syarha punya ayat ; cinta selepas nikah adalah sangat manis ! Dan ana juga mahukan kemanisan itu . Boleh tak ?

11 April 2011

Bangkitlah , sedarlah !

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warahmatullah , ya Allah , masih ada lagi sisa-sisa hidup yang Allah berikan kepada kita semua walau petanda-petanda yang diberiNya da cukup jelas . Cukup dan sangat jelas bagi sesiapa yang mengambil peringatan . Sebab ramai antara kita masih tak sedar .

Masih leka . Masih rancak bersuka ria .

Ya Allah , alhamdulillah . Alhamdulillah . Alhamdulillah .

Masih Kau berikan peluang kepada kami untuk bertaubat . Masih Kau beri peluang untuk kembali ke jalanMu .

Tapi ana pelik . Dalam masa yang sama ana takut . Kadangkala ana lupa akan peringatanNya . Lebih pelik bila masih ramai yang tak ambil peduli , tak ambil kisah .

Ya Allah sedarlah wahai sahabat !!! Hari Pembalasan makin dekat !!!

Saat hati kepanasan atas karenah manusia , ayah mengingatkan ; Hari Kiamat dah makin dekat . Ya Allah , ana terus tersedar . Apalah sangat marah manusia kalau nak dibandingkan dengan murka Allah kelak ??

Jadi , andai hatimu terguris , andai ianya melonjak ke awan sekalipun , sedarlah ianya hanya sementara . Sesungguhnya Allah bersama kita . Sekarang bukan masanya lagi untuk kita fikirkan tentang hati kita yang tak dijaga . Perasaan yang tak dihargai . Tidak . Tak ada masa lagi untuk semua itu . Zaman ini hampir sampai ke penghujungnya .

" Dan tetaplah memberi peringatan ,kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman ."
(Ad-Dhariyat ; 55)

" Dan sesungguhnya dalam Al-Qur'an ini Kami telah ulang-ulangi (peringatan) agar mereka selalu ingat . Dan ulangan peringatan itu tidak lain hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran) ."
(Al-Isra' ; 41)

" Sesungguhnya orang-orang kafir sama sahaja bagi mereka , kamu beri peringatan atau kamu tidak beri peringatan , mereka tidak akan beriman . Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka ditutup . Dan bagi mereka seksa yang amat berat ."
(Al-Baqarah ; 6-7)

Ya Allah , sangat banyak peringatan-peringatan yang Allah dah bagi . Tapi baru sekarang ana nak fikir tentangnya .

Ya Allah . Ya Allah . Ya Allah . Moga Allah tak pernah lupa untuk sentiasa beri peringatan kepada kita . Dan moga Allah tak pesongkan hati kita dari mengingatinya .

Sejujurnya , ana dah tak boleh fikir tentang perkara lain . Baitul Muslim , sejujurnya ana tak jadikan lagi itu semua sebagai matlamat atau impian . Entah iya , entah tidak . Ana bukan perlekehkan perkara sunnah itu , tapi entah esok lusa Allah akan panggil ana , siapa tahu ? Sempat ke nak bina BM ? Sem baru yang akan bermula dua bulan lagi . Itu juga bukan sesuatu yang pasti . Campus Gombak untuk ana sambung degree , lagi jauh untuk digapai . Tak mustahil ianya hanya mimpi .Seperti entri ana sebelum ni , kita patutnya dah mula pentingkan diri sendiri .

PENTINGKAN DIRI SENDIRI .

Pentingkan diri sendiri , sibukkan diri buat saham akhirat . Bukan buat seorang diri , tapi dengan keluarga , sahabat , sehidup semati . Biarlah orang lain sibuk dengan kehidupan duniawi . Namun bukan hanya biar mereka terus hanyut . Ajak mereka sekali . Tapi andai mereka tak mahu ikut , contohilah Nabi . Dia mengajak , memberi peringatan . Tapi bukan tugas mereka , yang boleh paksa untuk orang mematuhi . Do'alah untuk mereka , agar terbuka hati .

(Mereka Kami utus) selaku Rasul-rasul pembawa berita gembira dan pembawa peringatan agar supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutusnya Rasul-rasul itu . Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana ."
(An-Nisa' ; 165)

Salah satu sebab kelalaian dan salah satu source , bertambahnya dosa ana dari hari ke hari ; FACEBOOK . Ana tak kata salah untuk ada akaun FB . Tapi mungkin ana yang salah gunakannya . Kadangkala boleh jadi terleka dengannya .

Tapi bila ana dah had kan penggunaannya , ada masalah lain pulak . Mengumpat . Walau kita tak mengumpat , tapi bila baca status orang lain yang tengah mengumpat , rasa macam bersubahat sama . Tambah berat lagi bila tak mampu nak tegur . Lagi satu , keburukan orang lain juga kita boleh nampak . Andai iman tak kukuh , apalagi , mengata dalam hati . Itu keburukan orang lain . Keburukan diri sendiri pun tak mustahil akan terlihat dek orang jugak kan ? Ya Allah . Banyak betul dosa ana . Membukit dari hari ke hari .

Entahlah . Ana sibuk memperkatakan tentang peringatan yang Allah beri . Tapi kadangkala ana sendiri tewas dengan godaan dan pujuk rayu dunia beserta isinya . Alhamdulillah . Tv kat rumah tiba-tiba ada masalah . At least kurang sikit zina mata , tengok aurat orang lain .

Ya Allah , jadikanlah diri ini tak pedulikan nikmat dunia yang sementara . Nikmat dunia yang tak kekal lama . Sejujurnya ana dah tak peduli apa entum nak kata . Ana gila , buang tabiat dan sebagainya . Biarlah semua orang nak kata apa . Paling penting adalah apa yang Allah nak kata .

Selalu ana terfikir , dah cukup ke amalan untuk dibawa ke sana ?

Belum . Belum cukup . Entah lah . Rasanya tak akan cukup .

Macamana ni ? Macamana nak jadi penghuni JannahNya ?

Bantu ana . Beritahu bagaimana caranya . Ana tak mahu jadi penghuni neraka .

Ya Allah , jangan Kau abaikan kami ya Allah . Biarlah ketakutan ini kekal hingga ke akhirnya agar kami tidak lagi terleka . Tidak terbuai lagi dengan nafsu cita akan dunia . Peliharalah hati kami ya Allah . Jangan biarkan kami hanyut dengan dunia yang menipu daya ya Allah ... Moga Kau bantu kami , dalam menjadikan dunia ini sebagai tempat persediaan dan persinggahan menuju SyurgaMu ya Allah . Aamiin . Aamiin . Aamiin .

Entah kenapa , qasidah ini makin selalu bermain , baik di minda , mahupun di bibir . Dalamilah , fahamilah . Moga sama-sama peroleh sesuatu .

RAYUAN RINDU .

Hatiku merayu rindu
Kasihku padaMu syahdu
Munajat hamba padaMu
Mengharap kasih sayangMu

Carilah ilmu mengenal Allah
Tanamkan takut neraka Allah
Sampaikan harap surga Allah
Carilah keredhaan Allah

Rinduku ya Rasulullah
Padamu ya Habibullah
Walau tak pernah bersua
Cintaku tetap membara

Rinduku ya Rasulullah
Padamu ya Habibullah
Engkaulah buah hatiku
Engkaulah kekasih Allah

Alangkah indah peribadimu
Tidak tergambar mulia akhlaqmu
Engkaulah rasul pilihan Allah
Kaulah rahmat seluruh alam
My heart is loving You
My heart is just for You
Knowing You Allah
I will try to get close to You

Let us find the way to know God
Feel the torches of hell-fire
Think of pleasures of paradise
Find the way to get Allah's love

Hatiku merayu rindu
Kasihku padaMu syahdu
Bertemu Allah yang esa
Menjadi idaman kalbu

p/s : Mohon maaf atas segala khilaf . Moga kita sentiasa memikirkan tentang Hari PembalasanNya . Dan mengumpul amal sebanyaknya sebagai bekalan . Ya Allah , moga diri ini sempat melaksana hasrat terakhir sebelum Kau datang menjemput . Aamiin .

09 April 2011

Berhenti sejenak , sebelum diberhentikan selamanya .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warahmatullah , alhamdulillah wa syukurillah 'ala kulli hal . Setiap saat yang Kau kurniakan , selalu aku sia-siakan . Ya Allah , moga sisa-sisa hidupku ini , tidak berakhir dengan kehinaan .

Alhamdulillah , ana bersyukur , kerana Allah tak biarkan ana terus hanyut dengan dunia ini beserta isinya . Kadangkala ana tersenyum , bersyukur , kerana sesetengah perkara yang menjadi kegilaan atau yang menjadi keinginan orang lain , namun Allah damaikan hati ana , untuk tidak turut sama menginginkannya .

Misalnya , bagi yang berjiwa remaja seperti ana , mesti mahukan sesuatu yang baru , up-to-date , macam blueberry , blackberry , strawberry , semualah . Paling kurang pun , nak tukar spec baru ke (oops) . Baju atau pakaian berjenama , berfesyen-fesyen , pakaian mahal dan sebagainya . Makan pulak , tak main la makan kat warung tepi jalan . Mesti nak makan kat McD ke , KFC , Pizza Hut & yang sewaktu dengannya . Tapi alhamdulillah , setakat ni Allah masih kuatkan hati ini , untuk terus bertahan . Tak termakan dengan pujuk rayu syaitan . Yang menggoda suruh beli itu ini . Baik kita berjimat , untuk masa depan =)

Alhamdulillah , tadi blog-walking sekejap . Singgah kat blog seorang sahabat , terbaca artikel tentang hari kiamat . Ya Allah , alhamdulillah , ada yang sudi mengingatkan saat diri alpa dan terleka . Sama-sama sebarkan , sama-sama ingatkan . Moga sama-sama beroleh rahmatNya . InsyaAllah .

Berita gembira & buruk tentang Hari Akhirat .

Gambaran Hari Kiamat ✐


Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. ✐


Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. ✐


Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. ✐


Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. ✐


Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. ✐


Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. ✐


Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. ✐


Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. ✐


Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: ⅰ


- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. ✐


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. ✐


Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi. ✐


‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. ✐


Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin. ✐


Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. ✐


Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. ✐


Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. ✐


Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 


- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) ✐


Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. ✐


Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. ✐


Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. ✐


Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. ☞


Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ 


-Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.
-Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : 


① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


sumber: Amar Sufi  : dicopy dari sini :


Wallahua'lam .

06 April 2011

Terasa makin jauh .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warahmatullah , buat sahabat sahabiyyah para pembaca semua . Moga entum semua sihat dan selamat di bawah lembayung rahmatNya . Dengan peringatan dan petanda-petanda akhir zaman yang telah banyak Allah tunjukkan , moga kita semua tergolong dalam golongan yang mengambil iktibar dan pengajaran .

Entah kenapa sejak akhir-akhir ni ana rasa diri makin jauh dari Allah . Na'udzubillah . Amalan-amalan yang sedikit , namun cuba diamal menjadi semakin kurang sempurna ana kerjakan . Entahlah . Sejujurnya , semakin lama dirasakan semakin jauh . Bila direnungkan kembali , mungkin ianya terjadi disebabkan banyaknya khilaf dan dosa yang ana dah buat . Moga Allah tautkan kembali hati ini ke jalan yang diredhaNya .

Sejak kebelakangan ini juga , dirasakan maut makin menghampiri . Na'udzubillah . Bukan ana minta untuk Allah ambil nyawa yang dipinjamkan , tapi jujur , inilah yang ana rasakan . Tapi bila ana fikir dalam dalam sikit , siapa ana ni yang boleh tahu bila tibanya saat ajal datang menjemput ? Layakkah diri yang penuh dosa dan noda ini , menjadi antara yang terpilih , yang boleh merasai saat maut menghampiri ? Allahu akbar .

Serasa tak wajar ana memikirkan bila ana akan mati . Sebaliknya ana perlu perbaiki amalan sedia ada , dan perbanyakkan amalan-amalan lain . Kadang-kadang ana terasa seperti nak minta maaf daripada semua orang . Terutamanya mak dan ayah , sahabat sahabiyyah dan semua orang yang ana kenali . Tiap detik , tiap saat . Kata-kata maaf tersangkut di hujung kerongkong . Ana buang tabiat ? Entahlah . Tapi tak salah kalau kita sentiasa mohon dan memberi maaf kan ?

Semakin hari semakin jauh .

Ada yang bertanya sama adakah ana sakit ? Allahua'alam . Ana pun tak tahu ana sakit atau tak . Kronik atau serius . Normal atau tidak . Entahlah . Setakat sakit kepala yang tak pernah jemu datang berkunjung tu ana rasa normal kot . Tapi yang pastinya dalaman ana dah nazak . Sebab makanan rohani semakin kurang mengisi diri ...

Tiap hari makin banyak dosa yang memberati . Dosa terlihat dan tertengok muslimin berseluar pendek , aurat muslimin wa muslimat yang semakin tak terjaga dini hari . Adab dengan mak ayah dan keluarga . Sifat sabar yang nipis dan menjadi semakin nipis , hinggakan mudah melampiaskan kemarahan walau bukan dengan luahan perkataan . Dosa melagha terutama dengan internet . Amalan yang dilakukan tanpa hadirnya khusyuk dan ikhlas , dan macam-macam lagi .

Belum termasuk lagi dengan zina hati , zina mata . Ya Allah ... Layakkah aku menjadi menjadi penghuni JannahMu ? Dengan amalan yang senipis kulit bawang bahkan lebih nipis lagi , bau Syurga entahkan boleh atau tak ana menciumnya ? Allahu akbar ...

Kalau nak diikutkan , ana bukanlah seorang yang hebat dan sempurna dari segala sudut . Mungkin dari segi penampilan orang boleh kata gred A , tapi dalam diri , dalam hati , hanya Allah yang tahu . Namun sebolehnya ana cuba solehahkan diri , walau kadangkala  nafsu dan syaitan merajai hati ... Ya Allah , jadikanlah diriku ini hamba yang solehah ... Agar tergolong dalam golongan muslimah mukminah di akhirat kelak . Aamiin .

Ana tak tahu apa yang nak dicoretkan lagi . Aasifun jiddan , andai post kali ini tak memberi input kepada entum , kerana ana rasa ia lebih kepada luahan rasa . Andai ditakdirkan ini post terakhir ana , mohon entum semua mendo'akan agar ana ditempatkan dengan para solehin . Hmmm ... Namun layakkah ana ?

: luahan rasa semata :
moga Allah redha .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...