16 March 2011

Susahnya nak jadi solehah .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warahmatullah li jami'an , alhamdulillah , masih bernafas lagi kita semua hari ini , saat dan ketika ini . Alhamdulillah , sesungguhnya tidak akan terbayar harga nikmat yang telah Allah limpah ruahkan pada kita semua . Namun adakah kita sentiasa luahkan rasa syukur kepadaNya ? Kadang-kadang rasa menyesal pun ada , sebab rasanya ana ni lebih banyak tak bersyukur dari bersyukur . Na'udzubillah . Entum pula bagaimana ?

Berkisar dengan tajuk di atas , ana jadi sebak tiba-tiba . Ana mengimpikan si soleh , bahkan entunna semua juga ana rasa mengimpikan matlamat yang sama . Sesungguhnya kita semua tahu , andai si soleh yang menjadi idaman , haruslah kita menjadi solehah dahulu . Namun bila difikir kembali , aduh , susahnya nak jadi solehah ... Apa sebenarnya cara nak jadi solehah pun ana kurang pasti sebenarnya .

Kalau ikut dari segi pemakaian , entahlah . Ana tak tahu pulak ke'soleh'an seseorang tu boleh diukur dengan pemakaian . Tapi ana yakin , ramai orang kat luar sana yang mengukur ke'soleh'an atau tahap kebaikan seseorang tu melalui pemakaian mereka . Memang ana akui , pada hakikatnya tak semua yang berperwatakan soleh/solehah itu sebenarnya soleh/solehah , tapi sedikit sebanyak ana yakin , mereka juga sebenarnya nak jadi baik , sebaik penampilan mereka . Tapi kita sebenarnya tak boleh menganggap orang yang berperwatakan begini sempurna umpama malaikat yang tidak turun naik imannya . Konsisten . Tak pernah buat salah , dan sentiasa buat baik . Tidak . Ana juga begitu . Inilah jawapan kepada persoalan ; orang yamg nampak alim/baik atau orang yang pakai tudung labuh/berkopiah tu pun belum tentu baik .

Yes . Because we're not perfect . We are just a normal human being .

Sebab tu lah ana selalu ingatkan diri sendiri , supaya jaga sikap , jaga tingkah laku , supaya saudara saudara lain yang turut membawa penampilan yang sama tidak terkena tempiasnya . Selalu sangat jadi macam ni . Orang lain yang buat , orang lain dapat nama . Memang lumrah . Seorang perempuan buat salah , semua kaum wanita dapat nama . Sama macam kes tadi . Jadinya , dont be too selfish . Think about others . Jagalah nama baik semua , supaya Allah jaga nama baik kita . InsyaAllah , kalau tak di dunia , di akhirat sana adalah pasti .

Dah jauh ke ana tersasar ni ? Hmm tak kisahlah ke laut atau ke gunung , janji entum semua dapat sesuatu di sini .

Ana nak sambung lagi . Dengan apa lagi tahap kesolehan diukur ye ? Pada pemerhatian ana , ada juga sesetengah orang letak kayu ukur tu pada panggilan yang digunakan . Penggunaan ana-enti-enta . Hmm kadang rasa macam nak tergelak pun ada . Siapa yang kata orang yang guna ana-enti-enta ni alim ? Baik ? Sempurna ? Bagi ana sendiri , yang menggunakan panggilan ni , adalah supaya tidak ada ruang ke'tidakformalan' berlaku bila ana berurusan dengan ikhwan . Begitu juga pada ikhwan yang menggunakan panggilan ini . Menjaga ikhtilat antara mereka dengan akhowat lain . Kalau yang ada niat lain tu , Allahua'alam . Ana bukan sesiapa untuk menentukan apa-apa .

Jadi , macamana sebenarnya nak jadi soleh/solehah ni ? Memandangkan ana adalah muslimah , jadi banyak antara yang ana nak sebutkan ni lebih banyak berkait dengan muslimat . Tapi insyaAllah muslimin yang bijak mesti boleh alter sikit-sikit ... Hmm kalau nak share sikit-sikit boleh laa sebab ana bukannya arif sangat .. Macam selalu ... ^^

Senang je key of success untuk jadi solehah , hablum minaAllah wa hablum minannas . Jaga hubungan dengan  Allah dan juga manusia . Ramai orang yang cukup jaga hubungan dengan Allah , pagi petang siang malam tonggang terbalik beribadah , tapi sayang kita terlupa untuk jaga hubungan sesama manusia . Being good is blatantly from every single angle and aspect . Penat je buat ibadah fardu dan sunat , tapi dalam masa yang sama , mulut laju je mengumpat orang . Maki hamun orang . Mengeluh bila orang lain menegur . Melwan bila mak ayah atau orang lebih tua beri nasihat . Dah cukup ke solehahnya ?

Next . Amanat kekasih kita ; Rasulullah S.A.W ; Al-Qur'an dan sunnah . Sedalam mana , dan sekukuh mana dua perkara penting ini terpahat dalam hati kita ? Sebanyak mana ia diamalkan dalam kehidupan seharian kita ? Kalau ia dikaji sebaiknya , sebenarnya ia merangkumi seluruh perkara yang ada kat alam semesta ni (hiperbola kah ?) . Mana taknya , semua perkara dah termaktub di dalamnya . Apa yang kena buat , apa yang tak boleh buat , semua ada . Kita je yang malas nak ambil tahu . Kalau tahu pun selalu buat tak tahu . Jadi macamana ni nak jadi solehah ? Jawapannya sangat sangat mudah . Ikutlah apa yang dah disuruh dalam Al-Qur'an dan sunnah . Jadikan ia sebagai panduan .

Nak Allah bantu kita , mintalah dengan berdo'a .
Selalulah ingat Allah dalam APA JUA yang kita buat .

Sikit tips buat semua .

Macamana nak ingat Allah dalam semua perkara ?
Senang .
Apa-apa kita buat , semua kaitkan dengan Allah .

Orang buat jahat kat kita , ingatlah Allah akan balas jugak kat dia . Jadi kita cuma perlu sabar . Balas je dengan kebaikan . Kan Al-Qur'an dah cakap ?

" Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan yang lebih baik . Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan ." (Al-Mukminun; 96)

Orang maki hamun kita , kita senyum je balik . Walau dalam hati Allah je yang tahu . Ingatlah , Allah Maha Mengetahui .

Senang betul cakap kan ? Tapi ana akui , susah nak apply . ^^ Tapi itulah tipsnya .

Ni tips nak jadi solehah . Tapi ada jugak halangan-halangannya . Halangan nak jadi solehah . Banyak memang sangat banyak . Toksah cerita la banyaknya . Tapi kan Allah dah janji , setiap hambaNya akan diuji ?

" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : Kami beriman , sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya ! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian) , nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta ."
(Al-Ankabut: 2-3)

Sememangnya ujian dan dugaan bagi para solihin adalah extra sikit dari orang lain . Analogi mudah ; orang yang pangkat tinggi , gaji dia pun tinggilah sikit dari orang lain . Itulah jawapan kepada persoalan sahabat-sahabiyyah semua , mengapa Allah sering menguji kita , walhal kita dah cuba sedaya upaya nak jadi baik , atau dengan kata alain dah cuba nak jadi soleh wa solehah ? Mestilah Allah uji entum , sebab Allah nak mudahkan jalan entum mencari cinta dan redhaNya ^^ Bila Allah uji kita , bermakna ujian itu sebagai kafarah bagi dosa-dosa kita ... Means Allah nak kurangkan timbangan dosa , supaya timbangan pahala jadi lebih berat ^^

Ana terinigin nak jadi kuat . Kuat bukan physically , but mentally , internally . Kuat bilamana apa yang manusia buat pada kita , kita cuma tersenyum , redha dan tabah mengharungi . Yakin dengan janjiNya . Sentiasa ingat padaNya saat ditmpa musibah . Tak resah bila diuji dengan sikap manusia .

Pernah tak entum lihat atau jumpa orang yang macam ni ? Orang yang tersenyum saat orang lain melenting ? Means bila si A ditipu misalnya , si A ni apa lagi , merapu rapan , memaki hamun orang yang menipu dia . Tapi si B pulak , bila orang tipu dia , dia cuma tersenyum , kerana yakin akan janji Allah . Ana nak jadi macam si B . Entum pulak ? ^^

Na'am , bukan senang nak jadi solehah . Bukan senang nak jadi soleh . Mehnahnya banyak . Level ujiannya tinggi . Kita perlu iman yang kuat , rohani yang kental untuk tempuhinya . Bagaimana nak jadi kuat ? Bina dari bawah . Amalan sunnat cuba sebatikan dengan diri . Lebih-lebih lagi solat malam . Salah satu kebaikan solat malam atau qiamullail adalah untuk kuatkan iman . Lagi , puasa sunnat . Puasa pulak untuk tundukkan nafsu . Agar kita yang menguasai nafsu , dan bukan sebalikya . Jadi bila kita dah kuasai nafsu , kita buat apa pun , akal akan mendahului .

Bentuk ujian lain , bilamana maksiat atau sesuatu kemungkaran berlaku depan mata kita , tapi kita tak mampu unutk mencegah , yakni menghalangnya . Rasa sedih sangat . Kerana hanya mampu melihat . Hanya mampu mencegah dengan hati . Orang kata kalau dengar orang mengumpat , setidak-tidaknya kita beredar dari situ . But what if , we NEED to be there anyhow ? Susah kan ? Nak nak pulak yang sedang mengumpat tu orang yang lebih tua dari kita . Mesti ada yang cakap , tegur je lah . Cakap memang senang , tapi nak buat tu memang susah .

Sebelum ana berhenti membuat karangan 500 muka surat ni , ana nak ingatkan , terutama diri ana sendiri . Memang benar kita perlu jaga hubungan sesama manusia . Tapi , ikhtilat jangan lupa . Inilah yang sering kita pandang enteng . Kononnya atas urusan kerja . KONONnya .

ELAKKAN .

Jangan biar nafsu kawal kita . Jangan benarkan nafsu menang . Sebab dia akan selalu bisikkan " Tak apa , ini penting . Urusan kerja ." Mula-mula kita akan ada rasa malu , tapi lama-kelamaan , bila dah sebati dengan jiwa , yang tak boleh kita akan rasa boleh . Yang dosa kita akan rasa biasa . Jadi , jangan biarkan kita jadi biasa . Ana juga sedang melaui proses yang sama . Proses mengatakan tidak . ^^

Manusia ada rasa rindu , juga ada rasa sayang . Bagi ikhwan , sahabat-sahabat sentiasa ada untuk dirindui . Sentiasa ada untuk disayangi . Bagi akhowat , sahabiyyah juga sentiasa di sisi . Sayangilah mereka , rinduilah mereka . Nescaya insyaAllah , Allah juga akan sayang . Kerana ana juga sedang merindui sahabiyyah -sahabiyyah ana saat ini ^^



Kata akhir dari ana , coretan-coretan di blog ni moga dapat diambil ibrahnya oleh entum semua . Yang baik jadikan pengajaran , yang sebaliknya harap dimaafkan diri ana yang tak lari dari buat khilaf ni . Harap dapat amalkan yang baik tu , supaya di kubur nanti ana dapat sikit saham dari entum yang beramal dengannya insyaAllah ... ^^

Wallahua'alam .

p/s : sedang cuti semester . ada 2 bulan lebih lagi . untuk jumpa sahabiyyah-sahabiyyah seperjuangan .

12 comments:

  1. Assalamualaikum enti, ana zakirah. Salam ukhwah fillah..:)

    na'am enti, ana ingin jd mujadid, pembawa perubahan n ana ingin berhijrah. Bila mula pakai tudung labuh, byk reaksi org kanan kiri, baik negatif n positif. Ana msih belum baik lg, tp ana ingin jd baik. Mngkin dgn pemakaian tdg labuh mereka menyangka kita sudah sempurna, but the reality is we still try to be one. Kita x dpt lari juga kdg kala dgn dugaan naik turun iman. Apatah lg lari dpd kesalahan sbg manusia. Bila ana menegur n mnasihati, lebih byk yg berkata n mengutuk, malah ana dianggap ujian dlm hidup mereka.Mula2 ana sedih, kdg2 putus asa bertandang di jiwa, tp muhasabah diri balik, pasti ada hikmah, sama ada ana yg salah dlm menegur, kurg hikmah, atau mungkin ada riak di hati menyebabkan msge x smpai. Boleh jd ana kurg ikhlas, boleh jd yg terjadi atas kelemahan diri ana sekali. Benar kata enti, berdakwah melalui akhlak lebih berkesan. insyaALLAH ana akan cuba bangkit, ana cdg utk cari buku2 yg mengajar utk berdakwah. Mgkin enti lebih tahu, jika enti sudi, sila kan share..ana seribu kali sudi nak baca.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam warahmatullah ya ukhti , moga redha Allah sentiasa brsama enti insyaAllah ^^

    sbnrnya ana sndiri bknlah arif sgt tntg prkara ni , buku2 apa utk dibaca tp mgkn bbrapa buku ni dpt bntu enti ; APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM dan JALAN DAKWAH ANTARA QIYADAH DAN JUNDIYYAH .

    ana sndiri lbh suka baca buku2 yg dpt ana praktikkan pd sndiri , mknanya ana lbh suka betulkn diri ana sndri & kemudian applykan dlm khidupan harian . cnthnya buku BIDAYATUL HIDAYAH (Permulaan Jalan Hidayah) . Buku ni sgt bagus . trbitan KHAZANAH BANJARIAH . buku2 lain byk bercorakkn amln2 sunat yg blh kita sebatikn diri bg kuatkn iman & rohani . enti mst tahu , yg rohani jg prlukn mkanannya ^^ lbh2 lg utk brdakwah , prlu ada kekuatan dlmn ^^

    wallahua'lam ..

    ReplyDelete
  3. Salam (: Thank you for this post. Suka sangat (: Buat pengetahuan fadhilah, kita dah start pakai tudung labuh, baru je dalam sebulan. It's a tough decision I shall say, at the first place. Ye la, tengok la dulu macam mana. Astaghfirullah. Eraly this semester, I started to join usrah. I should join earlier but mungkin salah diri ni lalai sangat after sekolah habis. Then bila masuk college excited sangat. Alhamdulillah, dapat join bila 2nd semester start. And start drp tu, slowly ubah penampilan dulu because kalau nak tengok, penampilan yang agak tak betul. Ye la, kata Islam, pakai tudung but outfit, pergaulan, subhanallah. After atuk meninggal, suddenly I felt something. Mungkin hikmah yang Allah nak tunjukkan. Terus rasa nak ubah diri ni. Sebab bila ingat kematian, terasa diri ni tak cukup amalan, ibadah semuanya la. So the first step I took was break up. Okay lepas satu, sebab he wanted the same thing too, so Alhamdulillah mudah sikit nak lalui fasa sedih sedih tuh. haha. tapi tak sedih mana pun. Then, bila join usrah, mula start ambil berat pasal penampilan. slowly, everyday pakai baju kurung, then start jatuhkan tudung macam prep dulu. And finally, one night, I decided to wear tudung labuh. Tanya semua org, dorg sokong. tp that time, if tak da sapa sokong pun, kita tetap akan pakai. Tak nak tangguh, takut tak menjadi. Alhamdulillah, reaksi positive dr semua. Sebenarnya, bila pakai mcm ni, automatik, slowly pergaulan kita, sikap kita akan terbatas dan akan terjaga. Contoh, I'm starting not to talk to boys lg. Then, kurang cakap. Elak benda lagha. Fikir semua benda la. As you said kan, kalau sorg wat salah semua kena. ye la, kalau pakai tudung labuh, buat benda tak elok, semua yg pakai tudung labuh kena label. That's why kalau nak buat something I will think twice. Alhamdulillah, so far okay. Harap diri ni dapat istiqamah. Ain't easy, but Alhamdulillah, Allah ada, Allah tolong, so everything baik baik je setakat ni.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah fuzah , may God blessing always after all of us =)

    Nver stop thanking Allah 4 evrytg =)

    insyaAllah ill alwys pray 4 our goodness sake =)

    ReplyDelete
  5. salam ukhti..

    mmg betul. susah sgt hendak menjadi solehah. kadang2 iman kita lemah kadang2 kuat. moga Allah sentiasa memelihara kami dan tidak mengabaikan kami, hamba2Nya.

    WAllahua'alam.

    =)

    ReplyDelete
  6. na'am .

    dlm dunia ni bila nk buat prkara baik mmg mcm2 halangannya .

    sdgkn syurga sndri di kelilingi dgn kepayahan utk mnjd pghuninya ^^

    ReplyDelete
  7. thanks for reminding fadhilah. wonderful post. kadang2 tu ada pinjam kata2 from your blog jugak. hope you don't mind. syukran :)

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. syukran ukhti...... mohon shared k...

    ReplyDelete
  10. What a wonderful entry. nice. Give me a lot of inspiration. Syukran Khatiran.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum warahmatullah...ana ingin btnya..mgenai bckp nan lelky..bole kah entum mperjelaskan...?ana kurang mgerti..jazakallahu khairan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...