02 March 2011

Sedih , hanya Allah yang tahu .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih .

Assalamu'alaikum warahmtullah ya sodiqi wa sodiqoti ... Harapnya agar semoga kita semua berada di bawah lembayung rahmat dan kasih sayangNya insyaAllah . Alhamdulillahi rabbil 'alamiin , kita semua terpilih untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini . Kita juga amat beruntung berbanding dengan mereka yang Allah dah tahan roh mereka dari kembali ke jasadnya . Innalillahi wa inna ilaihi roji'un ... Alhamdulillah , sesungguhnya amatlah mustahil untuk kita mengira nikmat yang telah dikurniakanNya .

" Dan jikalau kamu hendak menghitung nikmat Allah kepadamu tidak mungkin kamu dapat menghitungnya ." ( An-Nahl ; 18 )

Hmm bercakap tentang sedih , ana yakin dan pasti , semua orang pernah merasai sedih . Sedih sikit , sedih banyak , sedih sangat , semuanya dikira sedih jugak kan . Tapi kali ini , di ruang maya ini , biarlah ana merungkai kesedihan ana . Harap ada yang sudi mendengar di samping menghulurkan pandangan dan pendapat yang bernas ^.^

Sejak cuti sem bermula , ana semakin cergas membaca buka bermuka (fb) . Bukannya apa , ana cuma ingin menziarah sahabat sahabiyyah lain yang dah lama ana tak dengar khabar walaupun hanya menziarah secara senyap . Bertanya khabar , bertukar cerita , pengerat ukhuwwah yang dibina lillahi ta'ala insyaAllah .

Dalam tempoh menziarah tu , alhamdulillah , ramai yang dah berhijrah . Berubah ke arah kebaikan . Maklumlah , sekarang semua dah lebih matang dari zaman persekolahan dulu . Tiada lagi gambar-gambar dipamerkan di fb , tiada lagi gambar dengan gaya-gaya merbahaya dan sebagainya . Alhamdulillah ya Allah . Dah besar rupanya kami semua ^.^

Tapi malangnya , tak kurang juga yang berubah , namun ke arah yang sebaliknya . Na'udzubillah . Gambar-gambar semakin ghairah di'upload' dari hari ke hari , status-status yang tak mendatangkan kebaikan kepada sesiapa juga di'update' tanpa sebab yang pasti . Tak kurang juga yang menggunakan perkataan-perkataan yang kurang enak didengar . Allahu akbar . Ana jadi teringat kepada mu'allim talaqqi di CFS , Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Jol . Saat beliau menyampaikan ilmu , tidak ada satu patah perkataan pun dari beliau yang tak mendatangkan faedah . Bilamana beliau hampir mengatakan sesuatu keburukan orang lain , beliau akan beristighfar berkali-kali . Biarpun ia sebenarnya dibolehkan sebagai pengajaran kepada semua namun sebolehnya beliau tak mahu walau satu pun perkatann yang buruk keluar dari mulutnya . Subhanallah , Allahu akbar .

Walau sedih macamana pun , insyaAllah ana akan sentiasa mendo'akan kalian . Walau ana tahu , ana bukanlah sesiapa di muka bumi ini , yang belum tentu akan diterima do'a olehNya . Tapi akan ana tetap berdo'a , moga kita semua sentiasa dalam peliharaanNya . Ana bukanlah sealim mana , jadi tak mustahil satu hari nanti ana akan menjadi seperti mereka juga . Na'udzubillahi min zalik . Moga dijauhkan Allah .

Hmm kesedihan berpanjangan bilamana ana tidak mndapat sokongan dari sahabat sahabiyyah saat ana memerlukannya . Sejak zaman persekolahan lagi , ana mempunyai satu hasrat yang boleh dikira besar jugak . Namun ianya kecil jika dibandingkan dengan orang yang kuat semangat dan imannya ^.^

Rasanya boleh ke kita menceritakan sesuatu yang tidak pasti ? Ana tak pasti kerana belum pernah jumpa dalil kecuali tentang pertunangan yang mana kita tak digalakkan untuk menyebar luas tentang pertunangan kita kerana dikhuatiri pertunangan itu terputus di tengah jalan . Naudzubillah . Bila ianya terjadi maka banyak pihak yang akan menanggung malu . Tapi situasi yang ana alami ini sedikit berbeza .

Niqab . Atau purdah . Na'am . Pada awalnya ana sangat suka melihat ukhti-ukhti di luar sana yang berniqab . Bila masuk CFS , makin ramai niqabi yang ana jumpa . Subhanallah . Bagaimana ingin menjadi secekal mereka ? Mesti banyak rintangan yang mereka lalui saat-saat awal ingin menjadi niqabi . Niat ana untuk menjadi seperti mereka makin kuat dari hari ke hari . Namun hanya niat yang kuat , tapi semangat dan kekuatannya untuk memakainya belum cukup kuat .

Sepanjang hampir dua tahun semenjak keinginan ini timbul , ana memperbanyakkan membaca tentang ikhtilaf-ikhtilaf mengenai niqab ni . Ana tak mahu nanti dikatakan hanya mengikut sesuatu perkara tanpa ada pengetahuan mengenainya . Jadi , sebagai persiapan menuju ke arahnya , ana berusaha mendalami sebanyak mungkin tentang permasalahan yang mungkin  dan akan timbul .

" Janganlah kamu mengikut apa-apa yang kamu tidak mempunyai pegetahuan tentangnya ."
(Al-Isra' ; 36)

Kalau dirungkai satu persatu tentang permasalahan menjadi niqabi ni , memang sangat banyak . Sedikit sebanyak melalui pembacaan , persoalan yang timbul di benak sudah ditemui jawapannya . Namun masih ada berbaki lagi persoalan-persoalan yang pernah kunjung padam .

Memandangkan ana seorang yang aktif dalam persatuan , bagaimana keadaannya bilamana ana perlu menghadiri musyawwarah dan sebagainya ? Dan bila ana menyertai program seperti program motivasi yang memerlukan ana untuk menjadi fasilitator kepada adik-adik , bagaimana keadaannya ? Ada sahabiyyah yang mengatakan kalau berpurdah , susah nak mendekati mad'u . Benarkah ? Itu ana tak pasti kerana ana bukan seorang niqabi .

Selain itu ana juga merupakan seorang instructor bila pulang ke rumah . Ana menjadi tenaga pengajar dalam seni mempertahankan diri ; taekwondo . Jadi macamana ana nak teruskan menjadi tenaga pengajar bila ana berpurdah nanti ? Ana pernah ajukan persoalan ini pada beberapa orang sahabiyyah dan ada yang cakap ; bila kita mahukan sesuatu , kita juga perlu korbankan sesuatu . Hmmm , ana terdiam . Tapi dalam hati ana bersetuju .

Ada jugak yang cakap , berpurdah bukan budaya orang kita , takut nanti timbul fitnah . Ada jugak yang kata , andai sesuatu yang kita lakukan tu bakal mengundang fitnah , lebih baik kita tinggalkan . Ini pun ana setuju jugak . Sebagai contoh , bila kita pakai purdah di beberapa keadaan , dan di keadaan lain pula kita menanggalkannya . Samalah dengan persoalan ana tadi . Kalau ana bertaekwondo , ana tak pakai , tapi di lain waktu , ana pakai . Tak mustahil akan jadi buah mulut orang kan ? Tapi ada yang cakap , bergantunglah dengan pegangan kita yakni sama ada mengambil pemakaian purdah itu sebagai sunnah atau wajib . Kalau wajib , bila tinggalkan dah tentulah berdosa kan ? Tapi kalau kita ambil sebagai sunnah , lain pulak ceritanya ..

Kalau nak diikutkan , banyak lagi permasalahan-permasalaan yang akan timbul malah mungkin lebih besar lagi . Ana pernah baca , kalau kita sibuk memikirkan masalah yang akan datang , sampai bila-bila pun kita tak akan dapat mencapai apa yang kita hajatkan . Na'am , memang betul . Tapi kita hidup bermasyarakat , jadi sedikit sebanyak persoalan-persoalan ni turut mengganggu ana . Memanglah kita kena pentingkan pandangan Allah dari pandangan manusia , cumanya ana belum cukup kuat untuk menangkis semua pandangan manusia . Terukkan ? ^.^ Walhal , ana tahu , perkara yang baik tak perlu ditangghukan ... ~_~

Pada hemat ana sendiri , memanglah ada banyak cara untuk kita perbaiki diri . Tapi berpurdah juga adalah salah satu daripadanya kerana bagi ana , bilamana kita berpurdah , kita bukan hanya menghijab wajah kita . Tapi secara automatiknya kita akan turut terhijab dari melakukan sesuatu keburukan ; yakni yang tidak sesuai dengan imej yang dibawa . Contohnya , kita akan terhijab dari melangkah ke tempat-tempat yang lagha , tak berfaedah . Kita turut terhijab dari memandang sesuatu yang tak sepatutnya dan mulut juga terhijab dari mengatakan sesuatu yang sia-sia . Ana tak kata tanpa purdah kita tak terpelihara . Tapi ini adalah pandangan ana sendiri .

Memang tak semestinya pemakai purdah itu baik , alim , dan suci , kerana hanya Allah yang memiliki segala sifat-sifat kesempurnaan . Tapi berpurdah adalah wadah untuk menuju ke arah kebaikan . Sama jugak bila kita bertudung labuh . Orang cakap , yang bertudung labuh tu pun belum tentu baik . Na'am . Tapi sekurang-kurangnya kami mencuba untuk menjadi baik . Lagi satu , siapa kita untuk menentukan siapa baik dan siapa tidak ?

Akhir kalam , apa yang ana pinta dari kalian semua hanyalah sokongan , dorongan dan do'a yang berpanjangan . Do'akan agar ana menemui penyelesaiannya .

" Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah , sesungguhnya yang berputus asa itu adalah mereka yang kafir ." ( Yusuf ; 87)


Ya Allah , moga Kau tetapkan hatiku andai ini adalah hidayah dariMu , kerana aku khuatir hidayah itu akan ditarik kembali . Namun Kau damaikanlah hatiku , andai ini adalah satu tarbiyyah dariMu .

14 comments:

  1. dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
    ana doakan semoga ukhti terus thabat.
    ana bukan seorang yang terlalu pandai berkata-kata.
    ana juga bukan dari seorang yang berlatar belakangkan sekolah agama namun dengan kekuatan dan sifat tegar yang ana tanamkan dalam diri ana iaitu ana mahu menjadi lebih baik dari apa yang ana jadi pada hari semalam dan hari ini.
    Alhamdulillah, Allah maha mendengar.
    Ana dapat apa yang ana tanamkan dalam hati ana iaitu menjadi lebih baik dari apa yang ana jadi dahulu.
    ana tak bermaksud ana baik tapi apa yang ana cuba maksudkan di sini,
    enti mampu jadi apa yang enti mahu.
    tanam dan paku dalam hati apa yang kita mahu,
    insyaAllah apa yang kita tanam tadi mampu menjadi tali yang mengawal kita dalam setiap apa yang kita lakukan.
    ana juga ingin berpurdah dan ana telah mencuba dengan keluar ke tempat awam dengan berpurdah dan ia bukan mudah seperti apa yang ana sangkakan.
    ana setuju apa yang enti cakap :

    "" Janganlah kamu mengikut apa-apa yang kamu tidak mempunyai pegetahuan tentangnya ."
    (Al-Isra' ; 36)"

    insyaAllah ana akan cuba cari lebih banyak maklumat tentang purdah ni..
    shukran untuk perkongsian.

    buah cempedak di luar pagar,
    ambil galah tolong tunjukkan,
    ana budak baru belajar,
    kalau salah tolong betulkan..

    wallahu'alam.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Jazakillah ats komentar enti .
    InsyaAllah kita sama2 perdalamkn ilmu mngenainya .

    syukran jazilan ya ukhti .
    moga redha Allah terus bersama kita
    amiin ~

    ReplyDelete
  3. amin.. ^_^
    teruskan usaha,
    jangan pernah kenal erti kalah dalam mengejar cinta Allah.

    ReplyDelete
  4. salam ya ukhti...

    ana doakan moga2 ukhti akan tergolong dari salah seorang yang memakai purdah...amin...

    ana nak terangkan tentang purdah ni mungkin mengambil masa...

    ana mengkaji sedikit sebanyak tentang purdah ni sebagai ilmu buat diri ana dan sebagai perisai bagi menjawab soalan2 orang di luar sana....

    ukhti boleh bagi email ukhti untuk ana berikan sedikit sebanyak maklumat yang dah ana kumpul...

    wallahu'alam..

    wassalam

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikumussalam warahmatullah ...

    moga semua berada dlm peliharaan Allah sentiasa ...

    email ana nurillahee92@yahoo.com

    asifah , ana cuba tkn link enti tp ada mslh skit ^^

    ReplyDelete
  6. maaf kalau ana menyampuk juga,
    boleh enti emailkan juga pada ana?
    email ana: nursakinahahmat@yahoo.com
    mungkin dgn apa yang ana dapat nty dapat ana jadikn penguat utk diri ana terus istiqamah dalam memakai purdah,
    selain itu..
    dapat juga ana kongsikan buat sahabat yang lain..
    insyaAllah..

    maaf ye nurillahee kalau ana menyibuk juga..

    ReplyDelete
  7. eh la ba' sa .

    syukran 'ala kulli hal ^^

    ReplyDelete
  8. semoga Allah mempermudahkan urusan kalian. :)
    amin ~~

    ReplyDelete
  9. salam,sahabat ain hormati sekalian...ain seorang mualaf dan semenjak kebelakangan ni diri ini makin ingin bniqab spt saudari.ntah kenapa,namun selalulah mohon petunjuk daripada Allah SWT..moga dberikan petunjuk dan kekuatan kita sebagai muslimah yg sentiasa dahagakan kasih sebagai hambaNya.
    samalah spt ain alami,apapun,kuatkn iman,bykkn bdoa dan memohon keampunan.moga Allah pmudahkn jalan yg kita pilih.insyaAllah...apa ain katakn ini adalah ingatan buat diri ini juga...salam perkenalan...

    ReplyDelete
  10. wa'alaikumussalam warahmatullah ain ,

    jazakillah 'ala ziarah .

    sama2 kita berdo'a , moga Allah beri petunjuk ^^

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum wbt,

    Alhamdulillah, setelah membaca entri ukhti..semangat ana untuk menjadi seorang niqabi bertambah kuat..

    Buat masa sekarang ana sedang rajin membaca perihal niqab, sbg pengetahuan.. sekiranya ukhti punya sebarang info dlm apa jua tntg niqab, mohon utk share bsama..

    Syukran.. ^_^

    ReplyDelete
  12. Assalamu'alaikum wbt dik..kalau tak keberatan boleh adik emelkan juga pada kak maklumat berkaitan niqab tu? ^_* (ummuajwadnaufal@yahoo.com)Jazakillah ya ukht..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah syukur. Teruskan perjuangan anda semua.
    Faham itu terkaya dari kata.

    Ya Salam, Ya Somad

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...