06 March 2011

Petunjuk atau kebetulan ?

Dengan namaMu ya Alla yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warahmatullah , alhamdulillahi rabbil 'alamin , berpijak lagi kaki kita di muka bumiNya , masih bernafas lagi kita dengan udaraNya , masih waras lagi kita dengan akal dan fikiran pemberianNya , dan bermacam-macam lagi nikmat dan kurniaanNya buat kita . Namun berapa ramai antara kita yang benar-benar bersyukur atas segalanya ? Rasa cukup dengan apa yang ada ? Tepuk dada , tanya hati , tanya iman .

Alhamdulillah , hari-hari yang berlalu tak ditangisi walau ia seringkali berlalu pergi dengan aktiviti yang boleh tahan sia-sianya ... Na'udzubillah . Kadang-kadang tu bila rasa menyesal nak datang dekat , cepat-cepat kipas perasaan tu jauh-jauh supaya tak menyesali apa yang dah berlalu , kerana seumpama menyesali qada' dan qadar yang Allah dah tentukan ...

Bercakap tentang petunjuk , atau mungkin hidayah . Sebelum tu ana perlu beritahu , ana bukanlah orang yang begitu ahli bab-bab agama ni , jadi nak cakap panjang lebar nanti takut bercanggah dengan apa yang sebenarnya . Jadinya andai ada salah dan silap , bolehlah kalian semua menegur ana ^^

ISTIKHARAH . Bila kebanyakan kita akan buat istikharah ?

Bila nak tentukan jodoh .
Adakah 'si dia' terbaik buat kita ?

Na'am . Bila nak kahwin , baru buat istikharah .
Kalau nak kahwin ketika umur 25 tahun , maknanya selama 25 tahun sebelumnya memang tak pernah buat istikharah .

Inilah metality masyarakat . Bila ada kepentingan dalam sesuatu , baru nak minta pada Allah . Kalau ikut logik , jika sahabat kita selalu ada sebelah kita saat senang . Tapi berada berjauh batu di belakang saat kita susah . Mesti dah macam-macam kita mengata dia kan ? Tapi , bila kita buat perkara yang sama dengan Allah , Pencipta kita , ada tak kita rasa bersalah walau sedikit pun ? Hmm macamana nak rasa bersalah , kita kan dah biasa buat ? ... Na'udzubillah ...

Sebaiknya , kita menjadikan istikharah ni sebagai satu keharusan dalam kehidupan harian kita . Kerana , tanpa kita sedari , sebenarnya setiap hari kita kan berhadapan dengan bermacam-macam pilihan . Nak pilih untuk makan di mana , pakai baju apa , dan macam macam . Tapi ramai yang pandang enteng perkara-perkara yang dianggap 'kecil' ni kan ? Tak ramai yang ambil peduli , tak ramai yang ambil kisah .

Perkaitan antara istikharah dengan petunjuk amat rapat . Bila kita buat istikharah , mestilah atas sebab kita mahukan petunjuk dalam memilih perkara yang terbaik kan ? Jadi , macamana nak tahu ianya adalah petunjuk atau cuma mainan atau bisikan dari iblis laknatullah ?

Sejujurnya , ana tidak arif dalam perkara ini memandangkan ana cuma hamba Allah yang biasa dan tak punya apa-apa yang luar biasa . Jadi manakan mungkin ana ni insan terpilh yang tahu apa orang lain tak tahu ? Tapi apapun , Allahua'alam , ana cuma berkongsi apa yang ana ada ^^

Sebenarnya , petunjuk atau hidayah dari Allah itu diturunkan kepada SESIAPA sahaja yang Dia kehendaki dan dalam bentuk APA JUA yang Dia mahukan . Seringkali kita anggap , yang dapat hidayah Allah semua orang yang baik , yang alim sahaja . Habis tu , yang tak baik , yang tak alim , Allah takkan bagi hidayahlah kiranya ? MasyaAllah , siapalah kita untuk menentukan semuanya .

Dan Dia memberi petunjuk ke jalan agamaNya kepada sesiapa yang merujuk kepadaNya , iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah . Ketahuilah, dengan zikrullah, hati akan menjadi tenang .”
(Ar-Ra'd ; 27-28)

Apa bentuk hidayah tu sebenarnya ? Sekali lagi ana ulang , ana bukan ahli alim ulama' . Namun fikiran jumud kita selalu disempitkan bahawa lepas kita beristikharah , mimpi adalah yang kita tunggu sebagai jawapan kepada istikharah tersebut .

Seperti mana yang ana cakap tadi , petunjuk Allah boleh datang dalam apa jua bentuk . Tidak dinafikan , mimpi adalah salah satu daripadanya . Tapi mimpi bukanlah the one and only sign . Boleh jadi hidayah itu turun melalui sahabat handai kita , atau perkara-perkara yang berlaku di hadapan mata kita .

Contoh 1 : Adakah universiti A terbaik buat kita ? Esoknya , ada sahabat kita dari uni A datang menziarah . Boleh jadi itu adalah petunjuknya .

Contoh 2 : Adakah jurusan ini terbaik buat kita ? Keesokan harinya , kita berjumpa raaaamai sangat orang yang ambil jurusan tersebut . Ini berlaku pada diri ana sendiri ^^ . Biasalah , ramai yang cakap jurusan ana ni susah dapat kerja , ramai orang di luar sana yang ambil jurusan ni dan macam macam lagi .

Namun walau apapun , berdo'a kepada Allah jangan dilupakan . Lebih-lebih lagi kalau kita tak pasti adakah 'petunjuk' itu datangnya dari Allah atau sebaliknya , berdo'alah , andai itu yang terbaik buat kita , moga Allah tetapkanlah hati kita padanya . Dan andai sebaliknya , maka berserahlah pada Allah , kerana Dialah sebaik-baik perancang ^^

p/s : buat sahabat sahabiyyah di luar sana , yang sering mengirim do'a buat ana , may Allah blessed all of you with His rahmah . Do'akan moga diberi yang terbaik buat kita semua . Alhamdulillah , buat masa ni hati ana semakin yakin dengan apa yang ana cari selama ini ^^

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...