28 March 2011

Study abroad .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warahmatullah , sesungguhnya kurafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran kepadaMu ya Allah , atas segala nikmat dan kurniaanMu kepadaku , keluargaku , sahabat-sahabatku , dan seluruh kaum muslimin dan muslimat . Alhamdulillah , Allah memberikan keizinan kepada ana akhirnya , setelah beberapa lama menyepi . Hanya memandang sepi kepada Encik Blog tanpa sebarang update . Namun ana percaya , ada hikmah-hikmahnya yang tersendiri .

Alhamdulillah , terlepas kerinduan kepada cik abang (bukan abang sayang , tapi abang kandung) . He is studying at Uitm Machang and last saturday , we met at INTEC , Shah Alam . He have a Taekwondo match on the next day . Bagi yang masih tak tahu , INTEC adalah tempat persediaan bagi pelajar-pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara . Erm do correct me if im mistaken . Jumpa beberapa sahabiyyah samurian di sana ^^

Bercakap pasal study overseas ni , banyak yang nak ana omelkan sebenarnya . Pertama sekali tentang idea untuk study over the sea . Zaman form 5 dulu , mak ayah selalu ingatkan , tak payahlah nak study luar negara . Dalam negara pun ok jugak . Mak pulak tambah , kalau kat Mesir atau Jordan tak apa . Mak bagi . Dalam hati ana cuma tersenyum . Kerana ana tahu di mana tahap kemampuan ana . Dan ana tak lah 100% yakin , cuma ana pasti , akan meyambung pelajaran di Malaysia , tanah airku ^^

Sebenar-benarnya , tak pernah terlintas pun di benak pemikiran , untuk sambung study luar negara . Seriously . Mungkin sebab ana tahu ana tak layak (based on result) . Tapi sebab lainnya ana tak mahu bebankan family . kami bukanlah yang kais pagi makan pagi , tapi kami keluarga yang sederhana . Dan ana tahu , di mana tahap kemampuan keluarga ana ni ^^ Lagipun adik-bradik seramai 5 orang sekarang ni semua sedang belajar . Memang sangat sangat memerlukan duit . So , why i need to be selfish without thinking about others ?

Tapi , sebab yang paling ana takutkan sebenarnya adalah , kekuatan IMAN . Na'am , kekuatan iman . Ana teringat ada seorang ustaz pernah cerita , tentang seorang pelajar yang boleh dikatogerikan alim la jugak . Tapi bila further study at oversea , na'udzubillah . Then im just imagining myself , sedangkan orang yang boleh dikategorikan kuat iman pun boleh tersasar , apalagi diri ana yang serba lemah ni ?

Ana bukan nak takutkan sahabat-sahabiyyah yang kan study oversea , cuma ana ingin ingatkan entum semua dan diri ana sendiri khususnya . Ana tak cakap yang study kat Malaysia ni semua mantap-mantap imannya . But as ive told you before , it was just a reminder for all of us ^^ Binalah kekuatan iman setinggi yang boleh , dan bersiap sedialah untuk diuji ...

Cakap tentang iman pulak , baru-baru ni ada seorang sahabiyyah bagi mesej ; i missed him . Astaghfirullah . Sahabiyyah ana ni dah clashed dengan seseorang . And she always feel like missing him sometimes . Sesetangah dari kita mesti akan marah atau maki hamun and sorts kan ? Tapi alhamdulillah , ana tak cepat melatah . Sebab ana takut , one day i'll be in the same shoes . Na'udzubillah .

Ana bukan pakar motivasi , walau dulu bercita-cita nak jadi psychiatry (betul ke ana eja ni) . Tapi bolehla , setakat nak nasihat sahabiyyah tersayang ^^ Sikit perkongsian buat semua ^^

" Memang tak dinafikan , perasaan sayang dan rindu itu adalah lumrah . Cuma satu je , jangan dilayan perasaan tu . Sebab , bilamana kita merindui seseorang yang haram dan tidak halal bagi kita , ia dipanggil zina hati ."

" Dan bilamana kita meniggalkan sesuatu yang haram itu kerana Allah , Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang halal atau dengan yang lebih baik ."

Aasifun jiddan . Ana betul-betul tak ingat dari mana dalilnya . Andai ana tersalah , mohon ditegur dan diperbetulkan . But these are what ive told her . Sepatutnya entum semua harus bersyukur yang amat sangat bilamana entum clash , atau break or whatever it is dengan pasangan tak halal entum . Kerana ia adalah bukti bahawa Allah masih sayang pada entum . Cuba kalau Allah biar je entum terus hanyut dengan pasangan entum , tak mustahil batas-batas yang digariskan Islam dah dilangkau kan ? Na'udzubillah .

Kat sini ana masih nak sentuh tentang Baitul Muslim , my fav topic ^^ Entum semua rela ke kalau bakal pengantin entum tu , bekas orang ? Im not saying im good as anything tapi ana sendiri sebolehnya mahu yang terbaik dari ladang . Jadi kalau entum pun nak yang terbik , so we must be the best first ! Kalaulah entum kahwin dengan orang yang ramai ex , tak mustahil dia terimbau zaman silam ke or whatever . At last , entum jugak yang kuciwa dan makan hati kan ? ^^

Bait al-Muslim . Walau ana sering memperkatakannya tapi ana nak ingatkan diri sendiri dan entum semua di luar sana . Bukan kita tak boleh fikir tentangnya bahkan ia adalah satu sunnah kan ? Tapi janganlah terlaluuuu memikirkannya . Ini adalah pandangan ana ye . Bilamana ana terfikir , nanti siapa yang akan ana kahwini ye ? macamana rupa pasangan ana eh ? Agak-agak bila ye ana nak kahwin ? Ana cepat-cepat istighfar , mungkin ianya bisikan syaitan ? Allahua'alam . Pada saat itu jugak ana cepat-cepat muhasabah diri balik . Masih adakah kesempatan buat ana kecapi saat itu ? Kita semua sedia maklum bahawa ajal maut tu datang tak kira masa tak kira usia kan ? Jadi kalau esok lusa kita dipanggil Allah , apa cerita baitul muslim yang selalu kita angankan tu ?

The conclusion is , the first thing first ! ^^

We should be selfish starting from now . Kita nak masuk Syurga , ada yang nak derma pahala kat kita ke ? Tak kan ? ... So we should be selfish , grabbing pahala as much as we can beore our life come to an end . Semua pun sedia maklumkan tentang petanda-petanda kiamat yang dah makin banyak sekarang ni ? Jadi , apa yang kita tunggu lagi ? Kita sendiri tak tau bila Allah nak jemput kita , so buat apa fikir benda-benda yang tak pasti (baitul muslim contohnya) sedangkan benda yang pasti (ajal maut) akan berlaku kita tepikan ? Tapi jangan kaut pahala sorang sorang . Means kita kena tolong our family members , friends and others supaya sama-sama buat saham akhirat ^^

~ Buat entum di luar sana yang sedang membaca post ana ni , andai ana dipanggil Allah , mohon do'a dari entum semua ye ^^ Syukran ~

p/s : Tak sabar nak pergi program PMG this friday , at UNISEL Shah Alam for spm'10 leavers ^^

16 March 2011

Susahnya nak jadi solehah .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warahmatullah li jami'an , alhamdulillah , masih bernafas lagi kita semua hari ini , saat dan ketika ini . Alhamdulillah , sesungguhnya tidak akan terbayar harga nikmat yang telah Allah limpah ruahkan pada kita semua . Namun adakah kita sentiasa luahkan rasa syukur kepadaNya ? Kadang-kadang rasa menyesal pun ada , sebab rasanya ana ni lebih banyak tak bersyukur dari bersyukur . Na'udzubillah . Entum pula bagaimana ?

Berkisar dengan tajuk di atas , ana jadi sebak tiba-tiba . Ana mengimpikan si soleh , bahkan entunna semua juga ana rasa mengimpikan matlamat yang sama . Sesungguhnya kita semua tahu , andai si soleh yang menjadi idaman , haruslah kita menjadi solehah dahulu . Namun bila difikir kembali , aduh , susahnya nak jadi solehah ... Apa sebenarnya cara nak jadi solehah pun ana kurang pasti sebenarnya .

Kalau ikut dari segi pemakaian , entahlah . Ana tak tahu pulak ke'soleh'an seseorang tu boleh diukur dengan pemakaian . Tapi ana yakin , ramai orang kat luar sana yang mengukur ke'soleh'an atau tahap kebaikan seseorang tu melalui pemakaian mereka . Memang ana akui , pada hakikatnya tak semua yang berperwatakan soleh/solehah itu sebenarnya soleh/solehah , tapi sedikit sebanyak ana yakin , mereka juga sebenarnya nak jadi baik , sebaik penampilan mereka . Tapi kita sebenarnya tak boleh menganggap orang yang berperwatakan begini sempurna umpama malaikat yang tidak turun naik imannya . Konsisten . Tak pernah buat salah , dan sentiasa buat baik . Tidak . Ana juga begitu . Inilah jawapan kepada persoalan ; orang yamg nampak alim/baik atau orang yang pakai tudung labuh/berkopiah tu pun belum tentu baik .

Yes . Because we're not perfect . We are just a normal human being .

Sebab tu lah ana selalu ingatkan diri sendiri , supaya jaga sikap , jaga tingkah laku , supaya saudara saudara lain yang turut membawa penampilan yang sama tidak terkena tempiasnya . Selalu sangat jadi macam ni . Orang lain yang buat , orang lain dapat nama . Memang lumrah . Seorang perempuan buat salah , semua kaum wanita dapat nama . Sama macam kes tadi . Jadinya , dont be too selfish . Think about others . Jagalah nama baik semua , supaya Allah jaga nama baik kita . InsyaAllah , kalau tak di dunia , di akhirat sana adalah pasti .

Dah jauh ke ana tersasar ni ? Hmm tak kisahlah ke laut atau ke gunung , janji entum semua dapat sesuatu di sini .

Ana nak sambung lagi . Dengan apa lagi tahap kesolehan diukur ye ? Pada pemerhatian ana , ada juga sesetengah orang letak kayu ukur tu pada panggilan yang digunakan . Penggunaan ana-enti-enta . Hmm kadang rasa macam nak tergelak pun ada . Siapa yang kata orang yang guna ana-enti-enta ni alim ? Baik ? Sempurna ? Bagi ana sendiri , yang menggunakan panggilan ni , adalah supaya tidak ada ruang ke'tidakformalan' berlaku bila ana berurusan dengan ikhwan . Begitu juga pada ikhwan yang menggunakan panggilan ini . Menjaga ikhtilat antara mereka dengan akhowat lain . Kalau yang ada niat lain tu , Allahua'alam . Ana bukan sesiapa untuk menentukan apa-apa .

Jadi , macamana sebenarnya nak jadi soleh/solehah ni ? Memandangkan ana adalah muslimah , jadi banyak antara yang ana nak sebutkan ni lebih banyak berkait dengan muslimat . Tapi insyaAllah muslimin yang bijak mesti boleh alter sikit-sikit ... Hmm kalau nak share sikit-sikit boleh laa sebab ana bukannya arif sangat .. Macam selalu ... ^^

Senang je key of success untuk jadi solehah , hablum minaAllah wa hablum minannas . Jaga hubungan dengan  Allah dan juga manusia . Ramai orang yang cukup jaga hubungan dengan Allah , pagi petang siang malam tonggang terbalik beribadah , tapi sayang kita terlupa untuk jaga hubungan sesama manusia . Being good is blatantly from every single angle and aspect . Penat je buat ibadah fardu dan sunat , tapi dalam masa yang sama , mulut laju je mengumpat orang . Maki hamun orang . Mengeluh bila orang lain menegur . Melwan bila mak ayah atau orang lebih tua beri nasihat . Dah cukup ke solehahnya ?

Next . Amanat kekasih kita ; Rasulullah S.A.W ; Al-Qur'an dan sunnah . Sedalam mana , dan sekukuh mana dua perkara penting ini terpahat dalam hati kita ? Sebanyak mana ia diamalkan dalam kehidupan seharian kita ? Kalau ia dikaji sebaiknya , sebenarnya ia merangkumi seluruh perkara yang ada kat alam semesta ni (hiperbola kah ?) . Mana taknya , semua perkara dah termaktub di dalamnya . Apa yang kena buat , apa yang tak boleh buat , semua ada . Kita je yang malas nak ambil tahu . Kalau tahu pun selalu buat tak tahu . Jadi macamana ni nak jadi solehah ? Jawapannya sangat sangat mudah . Ikutlah apa yang dah disuruh dalam Al-Qur'an dan sunnah . Jadikan ia sebagai panduan .

Nak Allah bantu kita , mintalah dengan berdo'a .
Selalulah ingat Allah dalam APA JUA yang kita buat .

Sikit tips buat semua .

Macamana nak ingat Allah dalam semua perkara ?
Senang .
Apa-apa kita buat , semua kaitkan dengan Allah .

Orang buat jahat kat kita , ingatlah Allah akan balas jugak kat dia . Jadi kita cuma perlu sabar . Balas je dengan kebaikan . Kan Al-Qur'an dah cakap ?

" Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan yang lebih baik . Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan ." (Al-Mukminun; 96)

Orang maki hamun kita , kita senyum je balik . Walau dalam hati Allah je yang tahu . Ingatlah , Allah Maha Mengetahui .

Senang betul cakap kan ? Tapi ana akui , susah nak apply . ^^ Tapi itulah tipsnya .

Ni tips nak jadi solehah . Tapi ada jugak halangan-halangannya . Halangan nak jadi solehah . Banyak memang sangat banyak . Toksah cerita la banyaknya . Tapi kan Allah dah janji , setiap hambaNya akan diuji ?

" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : Kami beriman , sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya ! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian) , nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta ."
(Al-Ankabut: 2-3)

Sememangnya ujian dan dugaan bagi para solihin adalah extra sikit dari orang lain . Analogi mudah ; orang yang pangkat tinggi , gaji dia pun tinggilah sikit dari orang lain . Itulah jawapan kepada persoalan sahabat-sahabiyyah semua , mengapa Allah sering menguji kita , walhal kita dah cuba sedaya upaya nak jadi baik , atau dengan kata alain dah cuba nak jadi soleh wa solehah ? Mestilah Allah uji entum , sebab Allah nak mudahkan jalan entum mencari cinta dan redhaNya ^^ Bila Allah uji kita , bermakna ujian itu sebagai kafarah bagi dosa-dosa kita ... Means Allah nak kurangkan timbangan dosa , supaya timbangan pahala jadi lebih berat ^^

Ana terinigin nak jadi kuat . Kuat bukan physically , but mentally , internally . Kuat bilamana apa yang manusia buat pada kita , kita cuma tersenyum , redha dan tabah mengharungi . Yakin dengan janjiNya . Sentiasa ingat padaNya saat ditmpa musibah . Tak resah bila diuji dengan sikap manusia .

Pernah tak entum lihat atau jumpa orang yang macam ni ? Orang yang tersenyum saat orang lain melenting ? Means bila si A ditipu misalnya , si A ni apa lagi , merapu rapan , memaki hamun orang yang menipu dia . Tapi si B pulak , bila orang tipu dia , dia cuma tersenyum , kerana yakin akan janji Allah . Ana nak jadi macam si B . Entum pulak ? ^^

Na'am , bukan senang nak jadi solehah . Bukan senang nak jadi soleh . Mehnahnya banyak . Level ujiannya tinggi . Kita perlu iman yang kuat , rohani yang kental untuk tempuhinya . Bagaimana nak jadi kuat ? Bina dari bawah . Amalan sunnat cuba sebatikan dengan diri . Lebih-lebih lagi solat malam . Salah satu kebaikan solat malam atau qiamullail adalah untuk kuatkan iman . Lagi , puasa sunnat . Puasa pulak untuk tundukkan nafsu . Agar kita yang menguasai nafsu , dan bukan sebalikya . Jadi bila kita dah kuasai nafsu , kita buat apa pun , akal akan mendahului .

Bentuk ujian lain , bilamana maksiat atau sesuatu kemungkaran berlaku depan mata kita , tapi kita tak mampu unutk mencegah , yakni menghalangnya . Rasa sedih sangat . Kerana hanya mampu melihat . Hanya mampu mencegah dengan hati . Orang kata kalau dengar orang mengumpat , setidak-tidaknya kita beredar dari situ . But what if , we NEED to be there anyhow ? Susah kan ? Nak nak pulak yang sedang mengumpat tu orang yang lebih tua dari kita . Mesti ada yang cakap , tegur je lah . Cakap memang senang , tapi nak buat tu memang susah .

Sebelum ana berhenti membuat karangan 500 muka surat ni , ana nak ingatkan , terutama diri ana sendiri . Memang benar kita perlu jaga hubungan sesama manusia . Tapi , ikhtilat jangan lupa . Inilah yang sering kita pandang enteng . Kononnya atas urusan kerja . KONONnya .

ELAKKAN .

Jangan biar nafsu kawal kita . Jangan benarkan nafsu menang . Sebab dia akan selalu bisikkan " Tak apa , ini penting . Urusan kerja ." Mula-mula kita akan ada rasa malu , tapi lama-kelamaan , bila dah sebati dengan jiwa , yang tak boleh kita akan rasa boleh . Yang dosa kita akan rasa biasa . Jadi , jangan biarkan kita jadi biasa . Ana juga sedang melaui proses yang sama . Proses mengatakan tidak . ^^

Manusia ada rasa rindu , juga ada rasa sayang . Bagi ikhwan , sahabat-sahabat sentiasa ada untuk dirindui . Sentiasa ada untuk disayangi . Bagi akhowat , sahabiyyah juga sentiasa di sisi . Sayangilah mereka , rinduilah mereka . Nescaya insyaAllah , Allah juga akan sayang . Kerana ana juga sedang merindui sahabiyyah -sahabiyyah ana saat ini ^^



Kata akhir dari ana , coretan-coretan di blog ni moga dapat diambil ibrahnya oleh entum semua . Yang baik jadikan pengajaran , yang sebaliknya harap dimaafkan diri ana yang tak lari dari buat khilaf ni . Harap dapat amalkan yang baik tu , supaya di kubur nanti ana dapat sikit saham dari entum yang beramal dengannya insyaAllah ... ^^

Wallahua'alam .

p/s : sedang cuti semester . ada 2 bulan lebih lagi . untuk jumpa sahabiyyah-sahabiyyah seperjuangan .

12 March 2011

Bermacam ragam .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh , ahlan wasahlan wa marhaban bikum ya sodiqi wa sodiqoti . Kaifal hal li jami'an ? Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Allah atas segala nikmatNya yang dilimpahkan pada kita semua dari saat sebelum kita diciptakan hinggalah kita dilahirkan dan sekarang , dah besar panjang dah pun . Bahkan ada yang dah berkahwin , beranak-pinak , bercucu cicit dan banyak lagilah . Tapi berapa yang bersyukur , akan semua nikmat-nikmat yang bertaburan , bahlan bersepah-sepah di muka bumi milik Allah ini ? Cuba tenangkan fikiran , kita renung sejenak .

" Dan jika kamu hendak menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepadamu) nescaya tiadalah kamu dapat menghitungnya satu persatu . Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani ." (An-Nahl ; 18)

Kali ni ana rasa nak entum wa entunna semua baca kisah yang ana nak sampaikan dan manipulate sendiri . Sebabnya sejak dua tiga menjak ni ana rasa lebih senang bercerita dan biarlah entum semua buat kesimpulan sendiri .

BERMACAM RAGAM .

Lokasi : sebuah klinik di sebuah taman perumahan .

" Ada pil perancang tak ? " Sedangkan ramai kat luar sana yang nak sangat anak .

" Kat sini ada buat pengguguran anak tak ? " Na'udzubillah . Anak itukan rezeki dari Allah ?

" Lama lagi ke kena tunggu ? " Pesakit bukan seorang . Sebaliknya doktor yang seorang kat klinik .

" Nak surat MC boleh ? " Padahal doktor awal-awal lagi dah cakap , MC cuma untuk pesakit . Bukan suami/isteri si pesakit .

" Saya nak cuti dua hari boleh ? " Walhal doktor dah tetapkan , cuti cuma 1 hari .

Macam macam lagi ragam manusia yang dapat dilihat , juga dipelajari .

Ada yang datang tu , yang sakit cuma seorang , tapi datangnya dekat sepuluh orang .

Ada yang datang beberapa minit lagi klinik nak tutup .
Doktor pun bukan seorang . Pagi doktor lain , petang dan malam pun doktor lain . Fi'il pun mestilah macam macam .

Bilamana kita dengar doktor swasta , mesti rasa mcam gah kan ? Tapi , doktor kat sini lain macam sikit . Handphone , biasa biasa je . Takdanya blueberry , blackberry , strawberry atau apa-apa berry pun lah . Handphone setakat yang 4-5 ratus je . Padahal kalau ikutkan , doktor swasta mestilah paling cokia pun handphone yang dekat seribu ringgit ye tak ? Kereta pun biasa biasa jugak . Tak pun pakai merc , bmw ke .

Subhanallah , walhamdulillah . Dengan cara halus , Allah mentarbiyyah . Mempelajari sifat dan sikap manusia . Dan menilai serta berfikir tentang kebesaranNya . Juga mendidik kesabaran serta ketabahan .

Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian . Begitu cantik , indah dan sempurna ciptaanNya . Dia mencipta bukan hanya satu macam . Tapi dengan berbagai ragam .

Dengan sifat manusia yang pelbagai , Allah mendidik hati , didik iman . Bagaimana nak hadapinya ? Bersabar ? Atau mengeluh ? Atau melepaskan kemarahan kepada apa yang ada di depan mata ?

Alhamdulillah ya Allah . Kau didiklah hatiku ini dengan kesabaran . Redhakanlah ilmuMu yang Maha Luas buat hambaMu yang jahil ini ya Allah . Sentiasalah kau istiqamahkan hati ini di jalanMu ya Allah .

p/s : seperti biasa , do'a dari sahabat sahabiyyah semua ana harapkan . esok bakal menjelma . kelas memandu menunggu saat fajar menyinsing . pesakit menanti di depan klinik . do'akan moga dipermudah segala urusan .

08 March 2011

Merekalah pemimpin negara .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh , alhamdulillahi rabbil 'alamin , ya Rahman ya Rahim . Segala puji-pujian kutujukan padaMu ya Allah atas segala kurniaan dan nikmat yang telah Kau berikan pada kami semua . Subhanallah walhamdulillah . Masihkah layak kami semua mencuri nafas dari udara di bumiMu ini ya Allah ? Moga Kau jauhkan kami semua dari sifat kufur dan sebaliknya menanamkan rasa syukur atas segala-galanya .

 Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu , dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) , maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih .” (Ibrahim: 7)

Alhamdulillah , tadi baru je selesai menduduki ujian berkomputer di Bukit Malawati . Alhamdulillah , ana lulus ^^ Walaupun tak dapat full mark . Takut tu toksah ceghita . Tapi bila dah dipanggil masuk bilik ujian , nothing more can be done . Jawab saja apa yang dah dihidang depan mata . Dan akhirnya , alhamdulillah , berjaya ^^

Sebelum balik rumah , dengar cerita adik-adik ni . Masa ujian tadi dia dapat 48/50 . Subhanallah ! Ana dengar dia repeat jadi ana tanya ni kali ke berapa repeat ? Dia cakap kali ke-4 . MasyaAllah . Ana bersyukur sangat . Walaupun first time jawab , tapi alhamdulillah lulus . Ada salah seorang dari kami tak lulus . Tapi alhamdulillah dia steady je . Tak nangis ke teriak ka ... ^^ Janji dia tabah dan sabar ^^

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya : “ Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur . Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat ”. (Riwayat At-Tabrani)

Otw balik tu , pak cik yang bawak kami ni terbaik hati pulak tiba-tiba ^^ Dia bawak kami bersiar-siar kat Bukit Malawati tu . The first thing that we saw there , sekumpulan budak-budak sekolah rendah dalam lingkungan 9-11 tahun tengah dok main-main kat tepi jalan . Terlompat sana terlompat sini . Plus , with a complete school uniform . Apa yang ana boleh buat , cuma geleng-geleng kepala , berdo'a dalam hati . Hmm apa nak jadi dengan budak-budak sekolah zaman sekarang . Ni baru pelajar sekolah rendah . Yang sekolah menengah ? Wallahua'alam . Ana jadi terbayang zaman ana sebaya dengan mereka , berhingus lagi ^^ Main kejar-kejar satu sekolah . Nak lintas pagar sekolah pun takut . Inikan pulak nak merayau-rayau a.k.a ponteng sekolah . Maunya kena wrestling dengan ayah . Nak nak pulak masa dulu ayah memang SANGAT garang .

Jalan-jalan-jalan lagi , lalu pulak kat kedai makan . Ada dua orang budak-budak or should i say kanak-kanak sekolah rendah , yang sebaya dengan kawan-kawan mereka kat atas bukit tadi . MasyaAllah . Sedih tak terkira . Teringat lagi zaman dulu ^^ , zaman sebaya dengan mereka . TAK PERNAH sekalipun keluar makan kat warung atau mana-mana KECUALI dengan keluarga SAHAJA . Tapi zaman sekarang , berani berani je mereka ni keluar sendirian seperti orang dewasa lagaknya . Kalau jadi apa-apa kan siapa yang susah ? Na'udzubillah ...

Ana tak tahu nak describe perasaan dalam hati ni . Kerana ana tahu , suatu masa nanti , merekalah pemimpin negara . Andai beginilah perwatakan mereka , bayangkan , bagaimana agaknya gambaran negara kita di masa hadapan ? Semoga akan lahir seorang pemimpin negara yang betul-betul mampu memimpin bukan sahaja negara malah turut dapat membela agama .

Nak masuk selingan sikit ^^ Status ana sekarang ni ; suri rumah sepenuh masa . Cuma weekend je ada driving class . Mak ayah cakap tak payah kerja pun tak apa , buat kerja kat rumah & each month i'll get paid . Tapi tak seronokla , sebab duit tu dari mak ayah sendiri . Kalau boleh ana nak hasil titik peluh ana tanpa menyentuh sikit pun duit mereka ^^ Lagipun kerja-kerja kat rumah tu kan satu tanggungjawab ? Kalau dibayar tu rasa macam tak kena pulak . Its a responsible of a daughter , towards parents and family right ?

Emm bukanlah tak cuba cari kerja , tapi tak dapat . Nak buat macamana ? Tak ada rezeki . Mungkin itu yang terbaik buat ana , siapa tau ?

Wallahua'alam .

p/s : weekend ni ada program sekolah , dan ana sebagai salah seorang fasilitator . kak ain kata mereka ni hardcore . sejauh manakah ke'hardcore'an mereka ni , wallahua'alam . do'akan yang terbaik buat ana . syukran !

06 March 2011

SPM/STPM/STAM leavers '10 .



Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh li jami'an ! Alhamdulillah , sedikit ketenangan Allah kurniakan buat ana hari ini dan moga ia berterusan insyaAllah .


Perkampungan Menara Gading atau singkatannya ( PMG ) merupakan program tahunan PEPIAS . Pada tahun 2011 , program ini telah menjangkau kali ke 12 dan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar lepasan SPM/STPM/STAM tentang kehidupan dan cabaran di alam kampus. Program ini sememangnya mensasarkan pelajar-pelajar tingkatan 5/6 2010 . Program ini akan dimuatkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pengalaman yang agak LUARBIASA . Jadi , jangan lepaskan peluang anda untuk sertai PMG 11 ini !

Hmm ana jadi tukang promote pulak kali ini . Buat adik-adik , sahabat sahabiyyah yang berkenaan (lepasan SPM/STPM/STAM) yang tak tahu apa lagi nak buat dengan masa cuti yang saaaaaangat panjang ni , hayya bina ! Join PMG ni ! InsyaAllah entunna wa entum sekalian akan dapat sesuatu yang tak mungkin entum dapat di mana-mana (ye ke ?) .

Actually this will become the first PMG im attending ^^ Im not into this society last year so i dont have the experience yet but others (sahabat sahabiyyah PMG) said it was sooooo enthusiastic ! Was it ? Hmm ive told you before , i didnt join the last PMG but insyaAllah , you can count on me ^^

Tarikh : 1-3 April 2011
Tempat : UNISEL , Shah Alam
Bayaran : Belum ditetapkan lagi
: more info click here :

Jom semua pergi PMG ! Adik-adik BTP , adik-adik SAMURA , my juniors , & not forgotten sahabat sahabiyyah lepasan STPM dan STAM , semua sekali jom pergi PMG ramai-ramai ! Akak/ana insyaAllah akan jadi fasilitator di sana jadi boleh tanya banyak baaaanyak ! ^^ You must remember , its all about your own future !

Emm tiba-tiba ana terlebih bersemangat pulak hari ni ^^ Kalau ana cakap ana sedang takut sebenarnya , percaya tak ? Emm hari Rabu ni which is 2 more days , akan ada exam (is it ?) untuk menentukan sama ada ana boleh start praktikal untuk bawak kereta/motor atau tak . Mesti entum semua cakap ; alah , kacang je kot . But not for me . Im a bit differ than others . A lot maybe .

Rasanya kalau hantu/iblis gagah lagi la kot . Tapi dekat part-part yang buat kecut perut ni selalunya memang tak sanggup . Antaranya nak ambil lesen ni . Last year pernah try drive kereta manually , but seriously it was sooo scary . Nak gelak guling-guling pun tak apa because im saying the truth . Jadinya ana takut lepas ni kalau nak praktikal tu tiba-tiba rasa nak balik rumah ke apa . Sebabnya masa try bawa last time , ana cakap kat ayah ; dah la ayah . nanti jadi apa-apa baru tau . ayah la bawak kereta ni . Boleh ana cakap macam tu , sedangkan time tu kereta tengah tersadai kat bukit . Ana tak tahu nak buat apa . Kaki keras kaku tekan brek tak lepas lepas .

Hari tu sir tu tanya satu soalan cepumas ; kalau kaki kanan kat pedal , kaki kiri kat klac , jadi brek tekan guna apa ? Guna tangan ? Hmm bila dengar memanglah macam lawak tapi sebenarnya dia sindir kami sebab student dia ramai yang excellent dalam class teori tapi bila kat track , ~

Do'akan ana ye . Dah la tak habis baca lagi the given laws and rules book , lepas tu asyik on9 fb je . Emm mana tak nya , masa nak final exam hari tu ana deactivate fb , jadi kira tebus balik la ni ^^

Ouh ana lupa nak terangkan pasal PEPIAS . PEPIAS , stand for Persatuan Pelajar Islam Selangor . Persatuan ni banyak anjurkan program-program di sekolah-sekolah sekitar Selangor . Antaranya Program Smart Solat , program motivasi untuk pelajar-pelajar yang akan menghadapi exam UPSR/PSRA/PMR/SPM , program untuk pelajar-pelajar bermasalah dan banyak lagi program-program sampingan . Specialnya PEPIAS ni , bilamana program-program yang dijalankan di sekolah-sekolah TAK DIKENAKAN BAYARAN atau dalam bahasa lainnya FREE OF CHARGE . (tapi kalau nak bagi sumbangan kat kami pun boleh je ^^ )

Jadi kalau ada mana-mana pihak yang berminat atau memerlukan hikmat PEPIAS ni boleh je hubungi ana . Emm nak contact macamana ye ? Tinggalkan mesej kat comment box atau mana-mana , tak pun send the message via email ^^

Wallahua'alam . Banyak lagi kerja nak buat . Buku pun tak habis baca lagi ni ^^ Wassalam .

Petunjuk atau kebetulan ?

Dengan namaMu ya Alla yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warahmatullah , alhamdulillahi rabbil 'alamin , berpijak lagi kaki kita di muka bumiNya , masih bernafas lagi kita dengan udaraNya , masih waras lagi kita dengan akal dan fikiran pemberianNya , dan bermacam-macam lagi nikmat dan kurniaanNya buat kita . Namun berapa ramai antara kita yang benar-benar bersyukur atas segalanya ? Rasa cukup dengan apa yang ada ? Tepuk dada , tanya hati , tanya iman .

Alhamdulillah , hari-hari yang berlalu tak ditangisi walau ia seringkali berlalu pergi dengan aktiviti yang boleh tahan sia-sianya ... Na'udzubillah . Kadang-kadang tu bila rasa menyesal nak datang dekat , cepat-cepat kipas perasaan tu jauh-jauh supaya tak menyesali apa yang dah berlalu , kerana seumpama menyesali qada' dan qadar yang Allah dah tentukan ...

Bercakap tentang petunjuk , atau mungkin hidayah . Sebelum tu ana perlu beritahu , ana bukanlah orang yang begitu ahli bab-bab agama ni , jadi nak cakap panjang lebar nanti takut bercanggah dengan apa yang sebenarnya . Jadinya andai ada salah dan silap , bolehlah kalian semua menegur ana ^^

ISTIKHARAH . Bila kebanyakan kita akan buat istikharah ?

Bila nak tentukan jodoh .
Adakah 'si dia' terbaik buat kita ?

Na'am . Bila nak kahwin , baru buat istikharah .
Kalau nak kahwin ketika umur 25 tahun , maknanya selama 25 tahun sebelumnya memang tak pernah buat istikharah .

Inilah metality masyarakat . Bila ada kepentingan dalam sesuatu , baru nak minta pada Allah . Kalau ikut logik , jika sahabat kita selalu ada sebelah kita saat senang . Tapi berada berjauh batu di belakang saat kita susah . Mesti dah macam-macam kita mengata dia kan ? Tapi , bila kita buat perkara yang sama dengan Allah , Pencipta kita , ada tak kita rasa bersalah walau sedikit pun ? Hmm macamana nak rasa bersalah , kita kan dah biasa buat ? ... Na'udzubillah ...

Sebaiknya , kita menjadikan istikharah ni sebagai satu keharusan dalam kehidupan harian kita . Kerana , tanpa kita sedari , sebenarnya setiap hari kita kan berhadapan dengan bermacam-macam pilihan . Nak pilih untuk makan di mana , pakai baju apa , dan macam macam . Tapi ramai yang pandang enteng perkara-perkara yang dianggap 'kecil' ni kan ? Tak ramai yang ambil peduli , tak ramai yang ambil kisah .

Perkaitan antara istikharah dengan petunjuk amat rapat . Bila kita buat istikharah , mestilah atas sebab kita mahukan petunjuk dalam memilih perkara yang terbaik kan ? Jadi , macamana nak tahu ianya adalah petunjuk atau cuma mainan atau bisikan dari iblis laknatullah ?

Sejujurnya , ana tidak arif dalam perkara ini memandangkan ana cuma hamba Allah yang biasa dan tak punya apa-apa yang luar biasa . Jadi manakan mungkin ana ni insan terpilh yang tahu apa orang lain tak tahu ? Tapi apapun , Allahua'alam , ana cuma berkongsi apa yang ana ada ^^

Sebenarnya , petunjuk atau hidayah dari Allah itu diturunkan kepada SESIAPA sahaja yang Dia kehendaki dan dalam bentuk APA JUA yang Dia mahukan . Seringkali kita anggap , yang dapat hidayah Allah semua orang yang baik , yang alim sahaja . Habis tu , yang tak baik , yang tak alim , Allah takkan bagi hidayahlah kiranya ? MasyaAllah , siapalah kita untuk menentukan semuanya .

Dan Dia memberi petunjuk ke jalan agamaNya kepada sesiapa yang merujuk kepadaNya , iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah . Ketahuilah, dengan zikrullah, hati akan menjadi tenang .”
(Ar-Ra'd ; 27-28)

Apa bentuk hidayah tu sebenarnya ? Sekali lagi ana ulang , ana bukan ahli alim ulama' . Namun fikiran jumud kita selalu disempitkan bahawa lepas kita beristikharah , mimpi adalah yang kita tunggu sebagai jawapan kepada istikharah tersebut .

Seperti mana yang ana cakap tadi , petunjuk Allah boleh datang dalam apa jua bentuk . Tidak dinafikan , mimpi adalah salah satu daripadanya . Tapi mimpi bukanlah the one and only sign . Boleh jadi hidayah itu turun melalui sahabat handai kita , atau perkara-perkara yang berlaku di hadapan mata kita .

Contoh 1 : Adakah universiti A terbaik buat kita ? Esoknya , ada sahabat kita dari uni A datang menziarah . Boleh jadi itu adalah petunjuknya .

Contoh 2 : Adakah jurusan ini terbaik buat kita ? Keesokan harinya , kita berjumpa raaaamai sangat orang yang ambil jurusan tersebut . Ini berlaku pada diri ana sendiri ^^ . Biasalah , ramai yang cakap jurusan ana ni susah dapat kerja , ramai orang di luar sana yang ambil jurusan ni dan macam macam lagi .

Namun walau apapun , berdo'a kepada Allah jangan dilupakan . Lebih-lebih lagi kalau kita tak pasti adakah 'petunjuk' itu datangnya dari Allah atau sebaliknya , berdo'alah , andai itu yang terbaik buat kita , moga Allah tetapkanlah hati kita padanya . Dan andai sebaliknya , maka berserahlah pada Allah , kerana Dialah sebaik-baik perancang ^^

p/s : buat sahabat sahabiyyah di luar sana , yang sering mengirim do'a buat ana , may Allah blessed all of you with His rahmah . Do'akan moga diberi yang terbaik buat kita semua . Alhamdulillah , buat masa ni hati ana semakin yakin dengan apa yang ana cari selama ini ^^

02 March 2011

Sedih , hanya Allah yang tahu .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih .

Assalamu'alaikum warahmtullah ya sodiqi wa sodiqoti ... Harapnya agar semoga kita semua berada di bawah lembayung rahmat dan kasih sayangNya insyaAllah . Alhamdulillahi rabbil 'alamiin , kita semua terpilih untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini . Kita juga amat beruntung berbanding dengan mereka yang Allah dah tahan roh mereka dari kembali ke jasadnya . Innalillahi wa inna ilaihi roji'un ... Alhamdulillah , sesungguhnya amatlah mustahil untuk kita mengira nikmat yang telah dikurniakanNya .

" Dan jikalau kamu hendak menghitung nikmat Allah kepadamu tidak mungkin kamu dapat menghitungnya ." ( An-Nahl ; 18 )

Hmm bercakap tentang sedih , ana yakin dan pasti , semua orang pernah merasai sedih . Sedih sikit , sedih banyak , sedih sangat , semuanya dikira sedih jugak kan . Tapi kali ini , di ruang maya ini , biarlah ana merungkai kesedihan ana . Harap ada yang sudi mendengar di samping menghulurkan pandangan dan pendapat yang bernas ^.^

Sejak cuti sem bermula , ana semakin cergas membaca buka bermuka (fb) . Bukannya apa , ana cuma ingin menziarah sahabat sahabiyyah lain yang dah lama ana tak dengar khabar walaupun hanya menziarah secara senyap . Bertanya khabar , bertukar cerita , pengerat ukhuwwah yang dibina lillahi ta'ala insyaAllah .

Dalam tempoh menziarah tu , alhamdulillah , ramai yang dah berhijrah . Berubah ke arah kebaikan . Maklumlah , sekarang semua dah lebih matang dari zaman persekolahan dulu . Tiada lagi gambar-gambar dipamerkan di fb , tiada lagi gambar dengan gaya-gaya merbahaya dan sebagainya . Alhamdulillah ya Allah . Dah besar rupanya kami semua ^.^

Tapi malangnya , tak kurang juga yang berubah , namun ke arah yang sebaliknya . Na'udzubillah . Gambar-gambar semakin ghairah di'upload' dari hari ke hari , status-status yang tak mendatangkan kebaikan kepada sesiapa juga di'update' tanpa sebab yang pasti . Tak kurang juga yang menggunakan perkataan-perkataan yang kurang enak didengar . Allahu akbar . Ana jadi teringat kepada mu'allim talaqqi di CFS , Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Jol . Saat beliau menyampaikan ilmu , tidak ada satu patah perkataan pun dari beliau yang tak mendatangkan faedah . Bilamana beliau hampir mengatakan sesuatu keburukan orang lain , beliau akan beristighfar berkali-kali . Biarpun ia sebenarnya dibolehkan sebagai pengajaran kepada semua namun sebolehnya beliau tak mahu walau satu pun perkatann yang buruk keluar dari mulutnya . Subhanallah , Allahu akbar .

Walau sedih macamana pun , insyaAllah ana akan sentiasa mendo'akan kalian . Walau ana tahu , ana bukanlah sesiapa di muka bumi ini , yang belum tentu akan diterima do'a olehNya . Tapi akan ana tetap berdo'a , moga kita semua sentiasa dalam peliharaanNya . Ana bukanlah sealim mana , jadi tak mustahil satu hari nanti ana akan menjadi seperti mereka juga . Na'udzubillahi min zalik . Moga dijauhkan Allah .

Hmm kesedihan berpanjangan bilamana ana tidak mndapat sokongan dari sahabat sahabiyyah saat ana memerlukannya . Sejak zaman persekolahan lagi , ana mempunyai satu hasrat yang boleh dikira besar jugak . Namun ianya kecil jika dibandingkan dengan orang yang kuat semangat dan imannya ^.^

Rasanya boleh ke kita menceritakan sesuatu yang tidak pasti ? Ana tak pasti kerana belum pernah jumpa dalil kecuali tentang pertunangan yang mana kita tak digalakkan untuk menyebar luas tentang pertunangan kita kerana dikhuatiri pertunangan itu terputus di tengah jalan . Naudzubillah . Bila ianya terjadi maka banyak pihak yang akan menanggung malu . Tapi situasi yang ana alami ini sedikit berbeza .

Niqab . Atau purdah . Na'am . Pada awalnya ana sangat suka melihat ukhti-ukhti di luar sana yang berniqab . Bila masuk CFS , makin ramai niqabi yang ana jumpa . Subhanallah . Bagaimana ingin menjadi secekal mereka ? Mesti banyak rintangan yang mereka lalui saat-saat awal ingin menjadi niqabi . Niat ana untuk menjadi seperti mereka makin kuat dari hari ke hari . Namun hanya niat yang kuat , tapi semangat dan kekuatannya untuk memakainya belum cukup kuat .

Sepanjang hampir dua tahun semenjak keinginan ini timbul , ana memperbanyakkan membaca tentang ikhtilaf-ikhtilaf mengenai niqab ni . Ana tak mahu nanti dikatakan hanya mengikut sesuatu perkara tanpa ada pengetahuan mengenainya . Jadi , sebagai persiapan menuju ke arahnya , ana berusaha mendalami sebanyak mungkin tentang permasalahan yang mungkin  dan akan timbul .

" Janganlah kamu mengikut apa-apa yang kamu tidak mempunyai pegetahuan tentangnya ."
(Al-Isra' ; 36)

Kalau dirungkai satu persatu tentang permasalahan menjadi niqabi ni , memang sangat banyak . Sedikit sebanyak melalui pembacaan , persoalan yang timbul di benak sudah ditemui jawapannya . Namun masih ada berbaki lagi persoalan-persoalan yang pernah kunjung padam .

Memandangkan ana seorang yang aktif dalam persatuan , bagaimana keadaannya bilamana ana perlu menghadiri musyawwarah dan sebagainya ? Dan bila ana menyertai program seperti program motivasi yang memerlukan ana untuk menjadi fasilitator kepada adik-adik , bagaimana keadaannya ? Ada sahabiyyah yang mengatakan kalau berpurdah , susah nak mendekati mad'u . Benarkah ? Itu ana tak pasti kerana ana bukan seorang niqabi .

Selain itu ana juga merupakan seorang instructor bila pulang ke rumah . Ana menjadi tenaga pengajar dalam seni mempertahankan diri ; taekwondo . Jadi macamana ana nak teruskan menjadi tenaga pengajar bila ana berpurdah nanti ? Ana pernah ajukan persoalan ini pada beberapa orang sahabiyyah dan ada yang cakap ; bila kita mahukan sesuatu , kita juga perlu korbankan sesuatu . Hmmm , ana terdiam . Tapi dalam hati ana bersetuju .

Ada jugak yang cakap , berpurdah bukan budaya orang kita , takut nanti timbul fitnah . Ada jugak yang kata , andai sesuatu yang kita lakukan tu bakal mengundang fitnah , lebih baik kita tinggalkan . Ini pun ana setuju jugak . Sebagai contoh , bila kita pakai purdah di beberapa keadaan , dan di keadaan lain pula kita menanggalkannya . Samalah dengan persoalan ana tadi . Kalau ana bertaekwondo , ana tak pakai , tapi di lain waktu , ana pakai . Tak mustahil akan jadi buah mulut orang kan ? Tapi ada yang cakap , bergantunglah dengan pegangan kita yakni sama ada mengambil pemakaian purdah itu sebagai sunnah atau wajib . Kalau wajib , bila tinggalkan dah tentulah berdosa kan ? Tapi kalau kita ambil sebagai sunnah , lain pulak ceritanya ..

Kalau nak diikutkan , banyak lagi permasalahan-permasalaan yang akan timbul malah mungkin lebih besar lagi . Ana pernah baca , kalau kita sibuk memikirkan masalah yang akan datang , sampai bila-bila pun kita tak akan dapat mencapai apa yang kita hajatkan . Na'am , memang betul . Tapi kita hidup bermasyarakat , jadi sedikit sebanyak persoalan-persoalan ni turut mengganggu ana . Memanglah kita kena pentingkan pandangan Allah dari pandangan manusia , cumanya ana belum cukup kuat untuk menangkis semua pandangan manusia . Terukkan ? ^.^ Walhal , ana tahu , perkara yang baik tak perlu ditangghukan ... ~_~

Pada hemat ana sendiri , memanglah ada banyak cara untuk kita perbaiki diri . Tapi berpurdah juga adalah salah satu daripadanya kerana bagi ana , bilamana kita berpurdah , kita bukan hanya menghijab wajah kita . Tapi secara automatiknya kita akan turut terhijab dari melakukan sesuatu keburukan ; yakni yang tidak sesuai dengan imej yang dibawa . Contohnya , kita akan terhijab dari melangkah ke tempat-tempat yang lagha , tak berfaedah . Kita turut terhijab dari memandang sesuatu yang tak sepatutnya dan mulut juga terhijab dari mengatakan sesuatu yang sia-sia . Ana tak kata tanpa purdah kita tak terpelihara . Tapi ini adalah pandangan ana sendiri .

Memang tak semestinya pemakai purdah itu baik , alim , dan suci , kerana hanya Allah yang memiliki segala sifat-sifat kesempurnaan . Tapi berpurdah adalah wadah untuk menuju ke arah kebaikan . Sama jugak bila kita bertudung labuh . Orang cakap , yang bertudung labuh tu pun belum tentu baik . Na'am . Tapi sekurang-kurangnya kami mencuba untuk menjadi baik . Lagi satu , siapa kita untuk menentukan siapa baik dan siapa tidak ?

Akhir kalam , apa yang ana pinta dari kalian semua hanyalah sokongan , dorongan dan do'a yang berpanjangan . Do'akan agar ana menemui penyelesaiannya .

" Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah , sesungguhnya yang berputus asa itu adalah mereka yang kafir ." ( Yusuf ; 87)


Ya Allah , moga Kau tetapkan hatiku andai ini adalah hidayah dariMu , kerana aku khuatir hidayah itu akan ditarik kembali . Namun Kau damaikanlah hatiku , andai ini adalah satu tarbiyyah dariMu .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...