03 February 2011

Why tudung labuh ?

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum w.r.h , alhamdulillah , feeling better today ^_^ . Hari ni ana punya satu topik untuk dirungkai . Rasanya tak terlambat lagi kalau ana nak share tentang penghijrahan ana ; dari tudung biasa ke tudung labuh . Kalau zaman sekolah (form 4 form 5) dulu ramai jugak sahabat sahabiyyah yang tertanya-tanya . Tapi bila masuk CFS , siapa pulak nak tanya kan ? Sebabnya memang biah kat sini majoritinya bertudung labuh ^_^

Sebenarnya ana ni dikira baru jugakla dalam 'industri' pemakaian tudung labuh ni (lama tak lama jugak sebenarnya) . Mula berjinak-jinak dengan tudung labuh semasa di sekolah sains dulu . Mesti ramai yang ingat ana ni dah lama pakai tudung labuh , atau biah keluarga yang menyebabkan ana pakai tudung labuh kan ? (geleng-geleng-geleng) . Sebenarnya ana mula pakai tudung labuh di tingkatan 4 , selepas cuti penggal yang pertama ketika bersekolah di Sekolah Menengah Sains Muar , Johor (SAMURA) . Mama (mak angkat) juga terkejut bila ana cakap dulu ana sekolah sains , sebab mama ingat ana dari sekolah agama ^_^

Kisahnya bermula , sebenarnya ana sendiri tak sedar sejak bila ana suka tengok muslimah-muslimah bertudung labuh (sejuk je rasa) . Nak dijadikan cerita , balik je dari cuti penggal tu , ana terus ajak ayah pergi kedai kain , beli kain untuk buat tudung labuh . Alhamdulillah , mak dengan ayah on je . No hal . Tapi ayah banyak pesan , pastikan istiqamah . Jangan zaman sekolah je pakai tudung labuh . Bila dah keluar sekolah jadi lain pulak . Beberapa bulan lepas tu , bila balik dari asrama , adik perempuan ana juga ikut bertudung labuh . Alhamdulillah 'ala kulli hal ^_^


Banyak faktor sebenarnya yang menarik ana untuk bertudung labuh . Ramai yang tanya , dapat hidayah ke ? Subhanallah , macamana ana nak jawab , sedangkan hidyah itu milik Allah ? Allahua'alam . Bab hidayah dari Allah tu , semua Allah yang lebih tahu . Siapa ana untuk menentukannya ? Tapi antara yang menjadi faktor adalah sahabiyyah baik ana , Nur Diyana Sakinah Muhammad Rusdi . Dia dulu merupakan Ketua Naqibah di sekolah ana . Boleh dikatakan hebat jugak orangnya . Bertudung labuh , tapi aktif dalam persatuan dan dalam sukan . Bukan setakat basketball player yang biasa-biasa , dia jugak boleh main three-pointer (shoot luar dari kawasan D) . Lagi yang dia expert ; main chess . Bukan pemain biasa , tapi pemain peringkat kebangsaan . Subhanallah , moga beliau terus success fid dunia wal akhirah . Beliau kini sedang menuntut di Uitm Puncak Alam . ^_^

Serba sedikit tentang kehidupan ana sebelum bertudung labuh . Hmm kalau ikutkan , apa yang ana cerita ni nanti , ramai yang susah nak percaya (seperti yang berlaku pada semua sahabat-sahaiyyah ana) . Tapi dengan kuasa Allah Ta'ala , apa-apapun tak mustahil untuk berlaku . Dulu , ana seorang yang 'agak' garang . Bukan setakat garang , tapi extra sikit daripada tu . Sampaikan ada yang panggil ana 'gengster' . Ramai jugak yang tak berani dekat (muslimin) . MasyaAllah ... Allah sahaja yang tahu macamana diri ana yang sebenarnya . Sebab tu bila terjumpa sahabat-sahabiyyah zaman sekolah menengah rendah dulu , semuanya terkejut , seakan tak percaya akan perubahan diri ana . Hinggakan ada yang menyindir tajam . Al-maklumlah , si 'gengster' menjadi 'transfomer' ^_^ Kalau ana cerita pada mereka , ramai (di CFS) yang cakap ana ni seorang pemalu , mesti mereka ketawa berguling-guling ...

Rasanya itu balasan Allah pada ana kot . Sebabnya masa zaman sekolah dulu , ada seorang sahabat sekelas ana ni (muslimin) . Kami (ana dan 3 orang sahabiyyah baik ana) gelakkan si muslimin ni bila dia ber-ana-enti dengan kami . Mana taknya , sebelum tu kami ber-aku-engkau . Tapi tiba-tiba ber-ana-enti pulak . Kami pun ketawakan dia (tapi tak lah sampai berguling-guling) . Jadi sekarang ni Allah balaslah balik apa yang ana buat dulu ... Sekarang bila ana ber-ana-enti-enta mesti ada yang dok gelakkan ana kan ? Tapi tak apa , ana tak dengar pun ... Conclusionnya , kalau rasa nak digelakkan orang lain , gelaklah sepuasnya kat orang lain . What goes around comes around . ^_^

Alhamdulillah , rasanya tak banyak ujian yang ana lalui untuk bertudung labuh ni . Atau mungkin ana je yang tak perasan kot ? Bermula dengan saudara-mara , tak ramai pulak yang bertanya mengapa berubah ? Alhamdulillah , Allah permudahkan segalanya ... Okay sambung cerita . Zaman sekolah dulu ana juga seorang atlet sekolah . Juga pemain bola keranjang (namun tak sehebat sahabiyyah ana tadi ^_^ ) Dan aktif dengan persatuan taekwondo . Masih segar di ingatan , dulu ramai yang menggelar ana naqibah rock . Tak kurang juga yang menggelar ana 'anti-lelaki' . Can you imagine , apalah yang ana dah buat hingga dapat 'award' macam tu sekali . MasyaAllah ... Mungkin ramai yang tak percaya but like what ive told before , semuanya kuasa Allah s.w.t ... Cumanya sekarang ni (lepas dah bertudung labuh) tak bolehlah nak terlalu aktif macam dulu . Semuanya perlu dikawal . Tak boleh lagi terlompat sana terlompat sini . Nampak dok molek (bak kato oghe qlate) .

Satu lagi 'konflik' . Kadang-kadang bila ana 'join sekaki' atau semeja dengan sahabiyyah-sahabiyyah yang bertudung biasa ni , ada jugak yang berfikiran ; hmm dia ni pakai je tudung labuh , tapi join dengan budak-budak macam ni . Hinggakan sahabiyyah dalam 'group' yang ana join tu bertanya ; tak segan ke duduk dengan kitorang ni ? MasyaAllah , tinggi sangatkah darjat ana hinggakan ana tak boleh duduk sekali dengan orang lain ? Ana pelik , kalau kita (para da'ie kononnya) tak dekat dengan mereka-mereka ni , macamana kita nak sebar luaskan dakwah ? Takkan kita hanya nak berdakwah pada orang yang bertudung labuh/berkopiah je ? La ila ha illaAllah ... Aasif/aasifah andai ana terkasa bahasa . (kadang-kadang susah jugak bila bercakap dengan emosi , instead of akal) ^_^

Ana rasa bukan ana je kot yang hadapi situasi macam ni . Mesti ramai lagi . Even worse pun mesti ada kan ? Nasihat ana khusus buat diri ana sendiri , jangan dipeduli pandangan manusia lebih dari pandangan Allah . Pandangan manusia hanya di dunia tapi pandangan Allah ? Merangkumi keduanya ; fid dunia wal akhirah . Kalau nak dengar cecehan manusia , percayalah , sampai saat sakaratul maut datang pun tak akan berhenti 'bicara manis' mereka ^_^

Rasanya itu aje kot . Rasanya semua persoalan dah terjawab (insyaallah) tapi kalau ada yang nak bertanya , boleh je ^_^ . Pesanan buat sahabiyyah-sahabiyyah di luar sana yang tergerak hati untuk memakai tudung labuh , pakailah . Kita tak tahu andai 'gerak hati' kita tu sebenarnya adalah hidayah dari Allah . Jadinya , sebelum Allah tarik balik 'gerak hati' entunna semua , moleklah kiranya entunna menyahutnya ... Banyak kelebihan bertudung labuh ni . Tapi tunjang utama untuk bertudung labuh biarlah betul , yakni lillahi ta'ala . Biarlah kelebihan lain tu menjadi 'free-pakej' bagi yang utama tu ye ^_^

Ramai yang cakap , alah , pakai tudung labuh pun perangai lebih kurang je macam yang pakai tudung biasa . Na'am , ana tak nafikan . Ana juga akui , walau ana bertudung labuh , ana bukanlah sewarak alim ulama' . Tapi siapakah kita untuk mempersoalkan itu semua ? Bukankah itu kerja Allah ? Kita nak ambil alih tugas Allah kah ? Bagi ana sendiri , dengan memakai tudung labuh , secara automatiknya ana akan berusaha untuk perbaiki diri ana sendiri . Agar akhlak ana selari dengan pemakaian ana . Ana do'akan buat entunna di luar sana yang terbuka hati untuk memakai tudung labuh dan istiqamah memakainya . Do'akan ana juga ^_^

( wanna be ? inysaAllah ^_^ )

Wallahua'alam .

Selamat bermujahadah di jalan Allah ! ^_^

14 comments:

  1. wa'alaikumslm w.r.h
    nk share khoir sja .
    moga beroleh manfaat .

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum...
    pada sye prmpuan tampak lbih jelita bile brtudung labuh..
    smoga enti trus istiqamah...
    n smoga drimu snantiasa dredhai ALLAH...insyaALLAH....

    ReplyDelete
  3. ain : nk share ? tafadholi ^_^

    aliff muslim : jazakallah . Allahu yubariik fiika .

    ReplyDelete
  4. Suka suka suka suka post ni (: Thanks fadh :D I really need something like this. Baru start kan, perlu ada booster. Thanks !

    ReplyDelete
  5. salam...perkongsian yang menarik..saya juga baru bermula bertudung labuh..masih cuba mengadaptasi diri dgn imej baru n jaga tingkah laku

    ReplyDelete
  6. salam...smuanya tlh mmbuatkn hati sy mnjdi tabah..sy akn brtdung labuh

    ReplyDelete
  7. salam... sy pun bru saja pakai tudung labuh, tp x la labuh sgt, bidang 50 jer... sy bukan dari family yg bertudung labuh, tudung yang kami pakai ni mcm yang ada di paasaran sekarang... bila masuk matrik baru saya sedar akan kesalahan sy dalam menutup aurat (sbb dlu sya pakai tudung dgn lengan pendek =='). alhamdulillah Allah tunjuk pada saya sedikit demi sedikit... bila sy start nak tutup aurat sebaik mungkin, saya sedar tudung bawal sy walaupun labuh tapi still jarang, sy selalu pergi kedai nak cari bawal yang tak jarang tp sampai sekarang semua tudung2 bawal tu still x memuaskan... saya xtau kenapa, tp saya suka tgk perempuan yg pakai tudung labuh,sejuk mata memandang, lagi sejuk dipandang oleh Pencipta kita, huallahualam... lepas tu sy suarakan hasrat hati sy pada ibu sy, tp hampa...ibu sy ckp "tudung yang dah ada kan byk, pkai la. tdung labuh pun tak lama la, tengok kak kamu dlu, baru masuk uia tudung labuh, sekarang ni rmbut pun dah berwarna" ok, something like that la ayat ibu sy...masa tu sy blur... xkan sy nak pkai tdung jarang ni walaupun saya tahu tudung sepatutnya tak boleh jarang.. T_T sy masih student so duit pun xbyk, tp sy xkan jadikan tiada duit sbgai alasan.. so bila cuti sy plan nak kerja so that bleh la dpt utk beli tudung yg sy inginkan. alhamdulillah, walaupun sy hanya kerja seminggu sbb terlalu byk perkara berlaku dlm hidup ini, sy gunakan duit gaji utk beli tudung bidang 50 (xla labuh sgt). dan sekarang Alhamdulillah selepas usaha sy utk beli tudung itu berlalu, segalanya nmpk mudah. bila ibu sy nmpk sy pkai tudung labuh (labuh la drpd tudung sebelum ni) n tak jarang ni, mungkin ibu sy tahu yg sy nak istiqamah (insyaAllah) dlm perkara ini dan ibu sy turut membantu sy dalam membeli tudung labuh. Tapi... sy kadang2 rasa takut nak bertudung labuh kerana perangai sy ni tak la seperti seseorang yg benar2 beriman dan bertakwa kepada Allah, sy masih lagi tunaikan segala yg wajib seperti solat, puasa, tutup aurat tapi ilmu tntg islam masih di peringkat yg rendah, dan mulut sy ni jenis *celupar* skit... bukannya sy suka mengumpat ataupun mengata org tp sy ni kadang2 x boleh sabar bila orang ckp something yg sy xsuka.. insyaAllah sy akan perbaiki kelemahan sy melalui lidah ini... tapi apa yg menyedihkan, bila dengar org ckap "tudung ja labuh, akhlak xda" rasa mcm salahkah sy bertudung labuh?? kenapa perlu kaitkan tudung labuh dengan akhlak... ?? adakah sy perlu perbaiki diri hingga 100% berakhlak baru sy boleh bertudung labuh....

    ReplyDelete
  8. Salam...boleh kah sy tau bagaimana cara atasi,, dengan fesyen tudung yg berbagai jenis arini berbnding ngn pemakaian tudung labuh,,,mohon bntu dr jwpan...

    ReplyDelete
  9. moga ukhti2 semua terus tabah dalam menghadapi dugaan dalam bermujahadah :)

    to Qasih-Hamba Allah; erm... ana tiada hak untuk menentukan tudung mana yang lebih baik. tapi bagi ana sendiri, sama ada fesyen atau tak, yang penting adalah ianya memenuhi syariat Allah.

    kalau baju atau tudung yang dipakai tu melekap ke tubuh badan, adakah itu dikira menutup aurat dengan sempurna? :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...