28 February 2011

Unsangkarable .

Dengan namaMu ya Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum w.r.h , alhamdulillah masih lagi kita dipertemukan oleh Allah di alam maya ini . Mudah-mudahan amal ibadah kita semua semakin meningkat dari hari ke hari , tahun ke tahun . Sedar tak sedar kita selalu sangat berazam . Dalam setahun tu agak-agak berapa kali ? Waktu tahun baru Islam dan hijrah , waktu nak masuk sem baru , waktu dah dapat result dan macam macam waktu lagi . Berazam dan berazam . Tercapaikah semua sekali ?

Na'am , sebenarnya bukan kerja kita untuk menentukan sama ada tercapai atau tidak sesuatu azam atau impian , harapan atau keinginan kita . Ianya bergantung kepada banyak perkara ; usaha , do'a dan sebaik-baik tempat pergantungan yakni Allah 'azza wajalla .

It was just the introduction . Belum masuk lagi topic sebenarnya .

UNSANGKARABLE .

Kalau cikgu bm dengan cikgu bi tengok ni , maunya kena ceramah 24 jam . Mana taknya , penat mengajar bm & bi bertahun-tahun tapi end up macam ni . Tapi inilah namanya penghargaan . Bm dan bi dua-dua disama-ratakan (harap cikgu bm dan bi tak jumpa blog ana ni) .

Tersasar dari landasan seperti biasa . Ana sebenarnya tak ada specific idea untuk menconteng arang di muka Encik Blog ni tapi tiba-tiba masa stalking blog sahabat-sahabiyyah lain , terjumpa satu topic yang agak menarik which is UNSANGKARABLE atau bahasa yang lebih mudah difahami ; tak sangka / tak percaya .

Rasanya bukan ana sahaja bahkan ramai lagi atau senang kata kebanyakan entum entunna di luar juga pasti merasai juga menghadapi perkara yang sama .

Tak sangka dapat masuk sekolah berasrama penuh .
Tak sangka dah habis sekolah .
Tak sangka dapat tawaran masuk UIA .
Tak sangka dah habis sem 1 .
Tak sangka dah habis sem 2 .

Tak lama lagi , tak sangka dah habis belajar .
Tak sangka dah kerja .
Tak sangka dah nak kahwin .
Tak sangka dah dapat anak .
Tak sangka dah dapat cucu .


Dan macam macam lagi yang kita tak sedar dan tak sangka . Dan kemuncaknya , bila kita tak sangka yang ajal akan datang menjemput beberapa ketika lagi . Saat itu tak akan berguna lagi ke'tidak sangkaan' kita semua . Tanpa kita sedari sebenarnya ketidak sangkaan bahawa pantasnya masa berlalu itu adalah salah satu tanda kiamat .


Jadinya , bilamana terlintas je perasaan ; eh , cepatnya masa berlalu . macam tak percaya je . Cepat cepatlah beristighfar , mohonlah keampunan dariNya . Dan bersyukurlah , kerana Allah masih mahu mengingatkan kita . Beruntunglah kita kerana Allah masih beri peringatan , berbanding dengan mereka yang di luar sana , yang terus hanyut dan leka dengan nikmat dunia yang sementara .


Dan lagi satu , berbaik sangkalah kepada Allah . Kerana Allah TAK PERNAH menjadikan atau merencanakan sesuatu buat hamba-hambaNya dengan sia-sia . Setiap yang ditentukan itu mesti ada hikmah di sebaliknya . Tapi berapa ramai antara kita yang sering berfikiran positif atas segala yang ditakdirkanNya ? Tepuk dada tanya iman . Kebanyakan antara kita seringkali terlupa bahawa segalanya tak kira baik atau buruk datangnya adalah dari Allah .


Allah Taala berfirman menerusi sebuah hadis qudsi:
Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu kepadaKu maka berprasangkalah ia kepadaKu sesukanya ”.

Akhir kalam , muhasabahlah diri sekerap mungkin andai terdetik perasaan untuk berbuat demikian . Kerana adakalanya ke'detik'an hati itu datangnya sebagai petanda dari Allah . Kerana kita cuma manusia biasa , jadi tak semua perkara yang berlaku itu , kita tahu datangnya dari Allah .

Wallahua'lam . Segala yang baik adalah dari Allah , dan yang sebaliknya juga datang dari Allah namun berlandaskan diri ana yang kerdil dan hina ini .

p/s ; sebarang teguran amat dialukan . ^^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...