07 February 2011

Remaja dan Cinta .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum w.r.h , alhamdulillahi rabbil 'alamin , kita masih berkesempatan lagi menghirup udara itupun for free . Dibuatnya kita kena bayar setiap sekali hirupan nafas , maunya jadi papa kedana . Bukan setakat tu , mungkin kita akan berhutang seumur hidup untuk membayar harga nafas kita . Tapi tidak . Allah tak minta pun kita membayarnya . Kita hanya perlu mensyukuri nikmat-nikmatNya sahaja . Itupun ramai yang ingkar .

" Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmatKu akanKu tambahkan lagi nikmat-nikmatKu . Tapi andai kau kufur ,  ketahuilah sesungguhnya seksaku amat pedih ".
(Ibrahim ; 7)

Tak susah pun nak mensyukuri nikmat Allah ni . Bertasbih , bertahmid dan bertakbir memuji Allah . berzikir . Bersedekah . Bukannya berlari 100 km . Atau mengangkat beban seberat 100 kg . Mudahkan ? Na'am , sahlun jiddan . Tapi semudah-mudah perkara ni lah yang susah orang nak buat kan ? Cuba duduk diam-diam , fikir kebesaran Allah . Dan duduk diam-diam , fikir dan fikir , andai beberapa ketika lagi Allah rentap nyawa kita , ke neraka atau ke syurga kah kita ? Mampukah amalan kita yang sedikit , tanpa di'top-up' dengan amalan-amalan sunat yang lain ini , melayakkan kita ke JannahNya ?

Berbalik kepada tajuk post . Ana sebenarnya bukanlah banyak sangat ilmu tentang 'Remaja dan Cinta' ni . Tapi melalui pengalaman , pembacaan , penelitian , bolehlah kalau nak share sikit-sikit . Moga sahabat-sahabiyyah peroleh sesuatu dari perkongsian ana yang tak seberapa ni ^_^ Ana tahu , ramai sahabat-sahabiyyah , adik-adik , abang kakak semua yang menghadapi masalah ni . Remaja dan Cinta . Mereka remaja , dan terlibat atau hampir terjebak dalam cinta . Yang ana maksudkan di sini adalah cinta manusia . Berlainan jantina .

Ya benar , mulut-mulut kita mengatakan mencintai atau menyayangi seseorang itu adalah fitrah . Tidak dinafikan . Namun , cinta yang bagaimana yang dimaksudkan ? Cuba renung sejenak . Atas alasan apa kita mencintai dan menyayangi seseorang ? Kerana kebaikannya ? Keindahannya ? Atau keprihatinan mereka terhadap kita ? Dan renungi kembali , siapa yang paling sayang pada kita ? Yang paling prihatin pada kita ? Dan yang paling ambil berat terhadap kita ?

Ibu bapa ? Guru ? Sahabat sahabiyyah ? Makwe ? Atau pakwe ? Rugilah kalau ada yang memberi jawapan-jawapan tersebut . Jawapan sebenar adalah Allah s.w.t . Ya , Allah amat menyayangi hamba-hambaNya . Cuma kita yang menjauhi dan kufur akan nikmatNya . Tidak seorang pun hambaNya yang dibiarkan berseorangan di muka bumi ini tanpa tempat pergantungan . Tapi apa balasan kita kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ? Kita mengharap cinta manusia lebih dari cintaNya . Kita menangis saat ditinggalkan manusia yang kita agung-agungkan cintanya . Tapi kita tak pernah takut dan sedih andai Allah meninggalkan kita .

Ini yang buat ana semakin pelik . Ana juga pernah melaluinya . Banyak kali . Sekadar perkongsian . Saat ana diajak (ana tak tahu istilah apa paling tepat) untuk ber'couple' dan kadang-kala dilamar (kononnya) oleh muslimin-muslimin di luar sana , ana pelik berfkir dan berfikir , adakah kerana diri ana yang banyak kecacatan dan kelemahan , menyebabkan mereka sanggup 'direct-asking' macam tu ? Ana jadi malu sendiri . Bagi ana , kalau seseorang muslimah tu betul-betul menjaga dirinya (luaran dan dalaman) , mesti muslimin pun tak berani direct-asking macam tu tpi sebaliknya menggunakan wasilah yang dianjur dalam Islam .

Teringat perbualan dengan seorang adik ni , dia tanya ; kenapa tak couple je ? So nanti bolehla kenal dia , baik ke jahat ke . Na'uzubillah . Ana tersentak . Adik yang sorang ni perlu dibetulkan persepsinya . Hmm ... Dalam Islam kan dah ditetapkan , cara yang betul untuk mengenali seseorang . Bertunang . Dalam ceramah Ustaz Azhar Idrus , kalau dalam tempoh bertunng tu ada sikap dia yang kita tak redhai , bolehla diputuskan pertunangan tu . Dah tu , kalau sikap sebelum kahwin dah lain macam , tak kan nak teruskan jugak perkhwinan tu kan ? And dah kalau ramai orang yang nak 'masuk line' , takkan nak couple dengan semua sekali ? Kan dah parah tu . Lagi satu , kalau ana sendiri tak nak zauj yang suka couple , jadi ana sendiri tak boleh la couple kan ? Islam is beautiful , fair and square ^_^

Ana mohon maaf andai ada antara 'muslimin-muslimin' di atas yang membaca post ana ni . Ana sendiri tak tahu macamana nak explain . Tapi persoalan yang selalu timbul dalam benak ana , kenapa dikejar cinta manusia sedang cinta Allah masih tak diraih ? Ana bukanlah hebat sangat yang sebegitu kebal hingga tak terkutik walau sedikit pun hati dan perasaan bila melalui situasi-situasi ni . Cumanya ana seringkali terfikir , sejujurnya ana tak berhasrat pun nak dirikan Baitul Muslim dalam 3-4 tahun ni (tapi kalau Allah dah tentukan tu lain cerita) jadi kalau dalam tempoh beberapa tahun ni ana dijemput Allah , sempatkah ana mendirikan rumah tangga ? Sememangnya ana tak tahu bila 'due-date' ana . Jadi pada hemat ana , kita harus fikirkan apa yang confirm kita akan lalui sebelum kita fikir sesuatu yang tak pasti . Contohnya , kita akan mati . Itu pasti . Tapi mendirikan rumah tangga ? Adakah kita yakin kita sempat mendirikan rumah tangga ? Yakinkah kita , Allah tak akan jemput kita sebelum kita mendirikan rumah tangga ?


Mungkin kanak-kanak bawah umur tak faham kot apa yang ana cuba sampaikan ^_^ Tapi ana dah cuba sebaik mungkin , menggunakan bahasa yang mudah difahami . Hmmm ... Tipulah kalau ana cakap ana tak terfikir langsung tentang hal rumah dan tangga ni . Tapi ana selalu cuba padamkan perkataan BM (Baitul Muslim) ni saat ana terfikir ; berapa lagi tempoh ana 'berlakon' kat dunia ni ? Setahun ? Sebulan ? Sehari tau satu jam lagi ? Jadi memang tak semptlah nak berbaitul muslim andai tempoh ana kat dunia ni makin singkat . Jadi ana buat keputusan , fikirkan apa yang pasti dulu ^_^

Rasanya ana nak sambung berceloteh sikit ... ^_^ Sejak masuk CFS ni dah banyak kali ana terdedah , terdengar (dan bermacam-macam 'ter' lagi) tentang Baitul Muslim ni . Maklumlah , nama pun bi'ah solehah . Jadinya kalau cakap pasal kahwin awal kat UIA memang perkara biasa . Kahwin waktu study bagi pelajar UIA memang dah macam satu 'legacy' atau 'trend' . Bagi ana sendiri , ikut orang jugak . Kalau family background orang tu memang Islamic , means faham tentang kepentingan kahwin awal tu , memang 'no hal' lah kalau kahwin awal ni . Cuma yang sebaliknya ; contoh macam family ana , memang nak kena 'ceramah sepenuh masa' la kalau nak kahwin awal ni . Mak ayah ana sebolehnya nak ana berjaya pegang ijazah dulu , baru kahwin . Lagipun mak ana sendiri dah bagi 'green-light' ; lepas dah dapat degree boleh kahwin ^_^ (ayat macam tak sabar nak kahwin pulak)

Ana nak minta maaf awal-awal , sebelum sambung berceloteh . Ana ni kalau dah bersemangat , memang susah sikit nak stop ^_^ Sejujurnya ana memang bersemangat bila bercakap tentang Baitul Muslim . Nak nak pulak kat CFS ni boleh dikatakan overall talk , ceramah atau forum semuanya pasal BM . Jadi bertambah-tambah la lagi semangatnya ^_^ Sebelum tu , bersihkan minda dulu . Semangatnya ana tentang BM ni bukan sebab dah tak menyempat nak kahwin , tapi sebagai persediaan dan pelengkapan ana untuk menuju ke arahnya . Seperti post ana sebelum-sebelum ni , ana ada cakap , kalau nak dapat yang soleh/solehah , kita mesti jadi soleh/solehah dulu . Jadi sekarang ni ana dalam proses nak jadi solehah , supaya dapat yang soleh ^_^

Bercakap pasal calon ni , sebolehnya ana tak mahu 'dijumpakan' atau 'terjumpa' atau 'terserempak' dengan bakal zauj ana sebelum tiba saatnya ^_^ Seronokkan kalau suprise-suprise ni ? Jadinya sebolehnya biarlah rahsia ... ^_^ Tapi kalau dah Allah tetapkan jodoh ana tu merupakan seseorang yang ana pernah jumpa , pernah kenal , nak buat macamana ... Suprise tu suprise la jugak , tapi tak se'suprise' kalau ana tak pernah jumpa dia ^_^ (ana dah mengarut apa ni ?)

Okaylah , ana rasa cukuplah sampai sini . Rasanya kalau lagi lama , lagi panjang , dan lagi banyak ana mengarut kat sini . Lagipun minggu depan nak final exam untuk sem ni . Jadi kiranya ni post untuk melepaskan tension la (konon) . Do'akan ana ye . Hmm inysaAllah next post will be post right after the last paper . Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen . Love to sharing , because sharing is caring ^_^

6 comments:

  1. Bismillahirrahmanirrahim

    Assalamua'laikum nurillahee,
    Ana nak pinjam sikit kata ustazah Fatimah Syarha, kenalilah cinta ALLAH, insyaALLAH cinta pasangan soleh akan turut kau miliki.Renungan buat kita bakal pembina Baitul Muslim (^_^)

    Ana nak tanya apa tajuk lagu blog ukhti ni? Ana suka sangat dengar. Maaf la komen tak berdasarkan entri ukhti..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, wa jazakillah ya ukhti .

    takut jgk kalau ada yang tak setuju dgn entri ni ^_^

    tajuk lagu ni binnabil huda dr UNIC ^_^

    ReplyDelete
  3. alamdulillah ...
    mogasmua beroleh manfaat ... ^_^

    tjuk lgu binnabil huda dr UNIC ^_^

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah... memberi peringatan untuk bersama

    ReplyDelete
  5. cayalah..tiap2 hr kot ckp sal kawen..haha
    nway,nice post.. ^_^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...