22 February 2011

Cinta atau Auta ?

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum w.r.h , alhamdulillahi rabbil 'alamiin . Rasa macam satu bangunan dah dialihkan dari kepala ana . Alhamdulillah , tepat jam 12 tengah hari tadi , telah tamatlah final exam bagi sem II ni . Bersyukur sangat sangat , gembira yang tak terkata . Keluar exam je terus senyum senyum . Macamlah confirm dapat A solid untuk physics tadi ^_^ Hakikatnya tersenyum sebab dah habis exam ... Apapun setelah berusaha , hanya tinggal berdo'a dan bertawakal je ...

Nak cakap tentang gembira ni memang tak akan habis rasanya . Bayangkan , terpaksa gagahkan diri , menahan dari berbuat apa-apa yang menyeronokkan semata-mata sebab ada exam . Bila nak buat sesuatu yang agak lagha sikit , mesti teringat ; ait , awak nak exam . pergi baca buku . Salah satunya adalah , mengepost blog . Post yang ni pun sebenarnya dah agak berhabuk terbiar dalam draft . Tak berkesempatan nak di post . Al-maklumlah , kalau di edit , tak baca bukulah jawabnya .

Jadi kali ni , ana nak kongsikan satu anekdot , almost everything is happened for real . Ana harap perkongsian kali ni akan membuatkan mata-mata kita semua lebih terbuka lebar .

         * * * * *         * * * * *          * * * * *         * * * * *

" Apa yang enta harapkan dari ana sebenarnya ? Ana harap enta tak pernah mengharapkan sesuatu yang ana tak mampu beri ".

" Hmm . Mungkin pengertian atau mungkin cinta dari enti . Dan juga cinta Allah dan Rasul . Ana tak pasti ".

" Kan ana dah cakap , enta tak boleh minta sesuatu yang ana tak boleh beri . Cinta ana hanya buat Allah dan RasulNya . Mungkin kalau lebih specific , ianya buat suami ana yang sah nanti . Bukan buat enta , bukan buat siapa pun . Dan sesungguhnya cinta kepada Allah dan kekasih-Nya boleh digapai melalui kecintaan pada Al-Qur'an dan sunnah ".

          * * * * *          * * * * *          * * * * *          * * * * *

Hmm ... Bercakap lagi tentang cinta . Na'am , ana suka mengingatkan tentang cinta . Terutama buat diri ana sendiri . Cinta itu sebenarnya membahayakan . Sangat bahaya . Bahaya bilamana tidak ditumpahkan atau disalurkan di jalan yang betul .

Ana akui , tak semua orang yang menyedari hakikat cinta ni . Bermakna , tak semua yang bersungguh-sungguh mencari cinta Ilahi , kerana dalam masa yang sama masih lagi menagih cinta manusia . Berulang kali ana mengatakan , terutama buat diri ana sendiri . Jangan ditagih cinta manusia , andai kita masih jauh dari cinta Ilahi .

    * * * * *          * * * * *          * * * * *          * * * * *

" Kalau mudah untuk lupakan dia , dah lama ana buat ".

" Astaghfirullah , dekatkan diri pada Allah . Minta padaNya , mohonlah padaNya . InsyaAllah , andai kuat cinta pada Ilahi , maka akan dikurniakan oleh Dia seseorang yang turut mencintaiNya ".

* * * * *          * * * * *          * * * * *          * * * * *
Sesungguhnya sangatlah beruntung bagi mereka yang menyedari betapa pentingnya cinta Allah dari cinta manusia . Andai kita tak dicinta manusia , itu tidak seteruk kita tak dicinta Allah . Kerana Allah lah segala-segalanya buat kita . Tiada cintaNya , tiada maknalah kita di sisiNya .

Pernah bertanya kepada seorang ukhti , bagaimana nak hadapi keadaan bilamana kita sering diganggu dengan muslimin yang kononnya ingin menjalin hubungan lebih rapat dari teman biasa ? Ukhti ni menjawab , sebenarnya itulah tanda Allah sayang kita . Diujinya kita dengan cara yang kita sendiri tak sangka . Na'am , cara yang tak disangka . Selalunya ujian datang dalam bentuk musibah dan kesusahan , tapi kita diuji dalam bentuk gangguan sebegini . Alhamdulillah , Allah tidak lupa pada kita .

Jadi , bagaimana nak harunginya ?

Berdo'a . Perbanyakkan berdo'a . Menjadi muslimah solehah dan sejati bukanlah mudah . Akan banyak dugaan dan cabaran yang akan mendatang . Berdo'alah , sama ada berdo'a dikuatkan iman untuk mengharunginya , atau berdo'a agar dikurniakan seseorang sebagai peneman hingga ke Syurga ^_^

Bagi yang kononnya ingin menjalinkan hubungan , untuk mengenali hati budi katanya , istighfarlah sebanyak mungkin . Islam itu indah . Islam juga syumul . Semuanya telah termaktub dalam Al-Qur'an juga sunnah . Nak kenal hati budi ? Pertunangan itulah jalan penyelesaian . Dalam tempoh bertunang , boleh kenali hati budi namun tetap ada batasnya .

Cuba fikirkan ikut logik akal . Kita jalin hubungan dengan seseorang , tapi bukannya dah confirm dia tu nak kahwin dengan kita . Atau kita sendiri , bukannya confirm nak kat dia kan ? (kenapa macam pelik je bunyinya ?) Dalam erti kata lain , kalau masing-masing terjumpa dengan seseorang yang lebih baik , mestilah yang previous tu kita tolak kan ? Sebab nama pun fitrah manusia , sentiasa mahukan yang terbaik . Oleh itu , siapkan diri . Jadilah betul-betul baik dan terbaik . Supaya kita 'dijumpa'kan dengan yang baik dan terbaik jugak .

Tak mampu nak bertunang ? Sebab masih belajar ? Duit pun kerajaan yang bagi ... Dah tu ? Awatnya tak menyempat sangat ? Bersabarlah . Kawal nafsu . Bina iman . Satu cara ; berpuasa . Semua jawapan Allah dah beri . Tinggal kita je yang tak nak cari .

Mungkin ada yang tertanya-tanya , how to know whether she/he is my mrs/mr right ? Beristikharahlah . InsyaAllah Allah akan tunjuk kebenarannya . Lagi satu , melalui pembacaan ana (tak ingat kat mana) , andai kita terserempak atau terjumpa dengan jodoh kita , Allah akan tiupkan satu perasaan dalam hati kita yang mengatakan dia adalah yang terbaik buat kita . Ana tak tahu nak explain macamana sebab ana belum rasa lagi  (kot) . Yang lain , serahkan pada Allah . Bertawakallah .

p/s : perasaan gembira masih tak surut . Alhamdulillah ya Allah .

2 comments:

  1. Salam 'Alaik,,

    Alhamdulillah. Di saat-saat yang getir seperti ini, di saat-saat remaja kini lemas di bawa arus samudera cinta, masih ada yang berjuang menegakkan ayat-ayat cinta hakiki yang abadi. Cinta dari seseorang yang sentiasa memberi dan tak pernah mengecewakan kita. Tika semuanya menyepi sunyi memulaukan, Dia menghulur pintu keampunan. Tika semua menghulur cinta palsu, Dia menghulur kasihNya yang satu namun membawa erti seribu. Selamilah, dalamilah, cintailah Dia selama-lamanya. Ana bangga dengan remaja yang berjuang demi CintaNya...

    Salam mahbbah fillah dari Iffah di perantauan~

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam w.r.h ya ukhti ,

    insyaAllah , sama2 kita mnggapai redhaNya .

    amiin . ^_^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...