28 February 2011

Unsangkarable .

Dengan namaMu ya Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum w.r.h , alhamdulillah masih lagi kita dipertemukan oleh Allah di alam maya ini . Mudah-mudahan amal ibadah kita semua semakin meningkat dari hari ke hari , tahun ke tahun . Sedar tak sedar kita selalu sangat berazam . Dalam setahun tu agak-agak berapa kali ? Waktu tahun baru Islam dan hijrah , waktu nak masuk sem baru , waktu dah dapat result dan macam macam waktu lagi . Berazam dan berazam . Tercapaikah semua sekali ?

Na'am , sebenarnya bukan kerja kita untuk menentukan sama ada tercapai atau tidak sesuatu azam atau impian , harapan atau keinginan kita . Ianya bergantung kepada banyak perkara ; usaha , do'a dan sebaik-baik tempat pergantungan yakni Allah 'azza wajalla .

It was just the introduction . Belum masuk lagi topic sebenarnya .

UNSANGKARABLE .

Kalau cikgu bm dengan cikgu bi tengok ni , maunya kena ceramah 24 jam . Mana taknya , penat mengajar bm & bi bertahun-tahun tapi end up macam ni . Tapi inilah namanya penghargaan . Bm dan bi dua-dua disama-ratakan (harap cikgu bm dan bi tak jumpa blog ana ni) .

Tersasar dari landasan seperti biasa . Ana sebenarnya tak ada specific idea untuk menconteng arang di muka Encik Blog ni tapi tiba-tiba masa stalking blog sahabat-sahabiyyah lain , terjumpa satu topic yang agak menarik which is UNSANGKARABLE atau bahasa yang lebih mudah difahami ; tak sangka / tak percaya .

Rasanya bukan ana sahaja bahkan ramai lagi atau senang kata kebanyakan entum entunna di luar juga pasti merasai juga menghadapi perkara yang sama .

Tak sangka dapat masuk sekolah berasrama penuh .
Tak sangka dah habis sekolah .
Tak sangka dapat tawaran masuk UIA .
Tak sangka dah habis sem 1 .
Tak sangka dah habis sem 2 .

Tak lama lagi , tak sangka dah habis belajar .
Tak sangka dah kerja .
Tak sangka dah nak kahwin .
Tak sangka dah dapat anak .
Tak sangka dah dapat cucu .


Dan macam macam lagi yang kita tak sedar dan tak sangka . Dan kemuncaknya , bila kita tak sangka yang ajal akan datang menjemput beberapa ketika lagi . Saat itu tak akan berguna lagi ke'tidak sangkaan' kita semua . Tanpa kita sedari sebenarnya ketidak sangkaan bahawa pantasnya masa berlalu itu adalah salah satu tanda kiamat .


Jadinya , bilamana terlintas je perasaan ; eh , cepatnya masa berlalu . macam tak percaya je . Cepat cepatlah beristighfar , mohonlah keampunan dariNya . Dan bersyukurlah , kerana Allah masih mahu mengingatkan kita . Beruntunglah kita kerana Allah masih beri peringatan , berbanding dengan mereka yang di luar sana , yang terus hanyut dan leka dengan nikmat dunia yang sementara .


Dan lagi satu , berbaik sangkalah kepada Allah . Kerana Allah TAK PERNAH menjadikan atau merencanakan sesuatu buat hamba-hambaNya dengan sia-sia . Setiap yang ditentukan itu mesti ada hikmah di sebaliknya . Tapi berapa ramai antara kita yang sering berfikiran positif atas segala yang ditakdirkanNya ? Tepuk dada tanya iman . Kebanyakan antara kita seringkali terlupa bahawa segalanya tak kira baik atau buruk datangnya adalah dari Allah .


Allah Taala berfirman menerusi sebuah hadis qudsi:
Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu kepadaKu maka berprasangkalah ia kepadaKu sesukanya ”.

Akhir kalam , muhasabahlah diri sekerap mungkin andai terdetik perasaan untuk berbuat demikian . Kerana adakalanya ke'detik'an hati itu datangnya sebagai petanda dari Allah . Kerana kita cuma manusia biasa , jadi tak semua perkara yang berlaku itu , kita tahu datangnya dari Allah .

Wallahua'lam . Segala yang baik adalah dari Allah , dan yang sebaliknya juga datang dari Allah namun berlandaskan diri ana yang kerdil dan hina ini .

p/s ; sebarang teguran amat dialukan . ^^

22 February 2011

Cinta atau Auta ?

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum w.r.h , alhamdulillahi rabbil 'alamiin . Rasa macam satu bangunan dah dialihkan dari kepala ana . Alhamdulillah , tepat jam 12 tengah hari tadi , telah tamatlah final exam bagi sem II ni . Bersyukur sangat sangat , gembira yang tak terkata . Keluar exam je terus senyum senyum . Macamlah confirm dapat A solid untuk physics tadi ^_^ Hakikatnya tersenyum sebab dah habis exam ... Apapun setelah berusaha , hanya tinggal berdo'a dan bertawakal je ...

Nak cakap tentang gembira ni memang tak akan habis rasanya . Bayangkan , terpaksa gagahkan diri , menahan dari berbuat apa-apa yang menyeronokkan semata-mata sebab ada exam . Bila nak buat sesuatu yang agak lagha sikit , mesti teringat ; ait , awak nak exam . pergi baca buku . Salah satunya adalah , mengepost blog . Post yang ni pun sebenarnya dah agak berhabuk terbiar dalam draft . Tak berkesempatan nak di post . Al-maklumlah , kalau di edit , tak baca bukulah jawabnya .

Jadi kali ni , ana nak kongsikan satu anekdot , almost everything is happened for real . Ana harap perkongsian kali ni akan membuatkan mata-mata kita semua lebih terbuka lebar .

         * * * * *         * * * * *          * * * * *         * * * * *

" Apa yang enta harapkan dari ana sebenarnya ? Ana harap enta tak pernah mengharapkan sesuatu yang ana tak mampu beri ".

" Hmm . Mungkin pengertian atau mungkin cinta dari enti . Dan juga cinta Allah dan Rasul . Ana tak pasti ".

" Kan ana dah cakap , enta tak boleh minta sesuatu yang ana tak boleh beri . Cinta ana hanya buat Allah dan RasulNya . Mungkin kalau lebih specific , ianya buat suami ana yang sah nanti . Bukan buat enta , bukan buat siapa pun . Dan sesungguhnya cinta kepada Allah dan kekasih-Nya boleh digapai melalui kecintaan pada Al-Qur'an dan sunnah ".

          * * * * *          * * * * *          * * * * *          * * * * *

Hmm ... Bercakap lagi tentang cinta . Na'am , ana suka mengingatkan tentang cinta . Terutama buat diri ana sendiri . Cinta itu sebenarnya membahayakan . Sangat bahaya . Bahaya bilamana tidak ditumpahkan atau disalurkan di jalan yang betul .

Ana akui , tak semua orang yang menyedari hakikat cinta ni . Bermakna , tak semua yang bersungguh-sungguh mencari cinta Ilahi , kerana dalam masa yang sama masih lagi menagih cinta manusia . Berulang kali ana mengatakan , terutama buat diri ana sendiri . Jangan ditagih cinta manusia , andai kita masih jauh dari cinta Ilahi .

    * * * * *          * * * * *          * * * * *          * * * * *

" Kalau mudah untuk lupakan dia , dah lama ana buat ".

" Astaghfirullah , dekatkan diri pada Allah . Minta padaNya , mohonlah padaNya . InsyaAllah , andai kuat cinta pada Ilahi , maka akan dikurniakan oleh Dia seseorang yang turut mencintaiNya ".

* * * * *          * * * * *          * * * * *          * * * * *
Sesungguhnya sangatlah beruntung bagi mereka yang menyedari betapa pentingnya cinta Allah dari cinta manusia . Andai kita tak dicinta manusia , itu tidak seteruk kita tak dicinta Allah . Kerana Allah lah segala-segalanya buat kita . Tiada cintaNya , tiada maknalah kita di sisiNya .

Pernah bertanya kepada seorang ukhti , bagaimana nak hadapi keadaan bilamana kita sering diganggu dengan muslimin yang kononnya ingin menjalin hubungan lebih rapat dari teman biasa ? Ukhti ni menjawab , sebenarnya itulah tanda Allah sayang kita . Diujinya kita dengan cara yang kita sendiri tak sangka . Na'am , cara yang tak disangka . Selalunya ujian datang dalam bentuk musibah dan kesusahan , tapi kita diuji dalam bentuk gangguan sebegini . Alhamdulillah , Allah tidak lupa pada kita .

Jadi , bagaimana nak harunginya ?

Berdo'a . Perbanyakkan berdo'a . Menjadi muslimah solehah dan sejati bukanlah mudah . Akan banyak dugaan dan cabaran yang akan mendatang . Berdo'alah , sama ada berdo'a dikuatkan iman untuk mengharunginya , atau berdo'a agar dikurniakan seseorang sebagai peneman hingga ke Syurga ^_^

Bagi yang kononnya ingin menjalinkan hubungan , untuk mengenali hati budi katanya , istighfarlah sebanyak mungkin . Islam itu indah . Islam juga syumul . Semuanya telah termaktub dalam Al-Qur'an juga sunnah . Nak kenal hati budi ? Pertunangan itulah jalan penyelesaian . Dalam tempoh bertunang , boleh kenali hati budi namun tetap ada batasnya .

Cuba fikirkan ikut logik akal . Kita jalin hubungan dengan seseorang , tapi bukannya dah confirm dia tu nak kahwin dengan kita . Atau kita sendiri , bukannya confirm nak kat dia kan ? (kenapa macam pelik je bunyinya ?) Dalam erti kata lain , kalau masing-masing terjumpa dengan seseorang yang lebih baik , mestilah yang previous tu kita tolak kan ? Sebab nama pun fitrah manusia , sentiasa mahukan yang terbaik . Oleh itu , siapkan diri . Jadilah betul-betul baik dan terbaik . Supaya kita 'dijumpa'kan dengan yang baik dan terbaik jugak .

Tak mampu nak bertunang ? Sebab masih belajar ? Duit pun kerajaan yang bagi ... Dah tu ? Awatnya tak menyempat sangat ? Bersabarlah . Kawal nafsu . Bina iman . Satu cara ; berpuasa . Semua jawapan Allah dah beri . Tinggal kita je yang tak nak cari .

Mungkin ada yang tertanya-tanya , how to know whether she/he is my mrs/mr right ? Beristikharahlah . InsyaAllah Allah akan tunjuk kebenarannya . Lagi satu , melalui pembacaan ana (tak ingat kat mana) , andai kita terserempak atau terjumpa dengan jodoh kita , Allah akan tiupkan satu perasaan dalam hati kita yang mengatakan dia adalah yang terbaik buat kita . Ana tak tahu nak explain macamana sebab ana belum rasa lagi  (kot) . Yang lain , serahkan pada Allah . Bertawakallah .

p/s : perasaan gembira masih tak surut . Alhamdulillah ya Allah .

17 February 2011

Takut nak jadi Solehah .

Dengan namaMu ya Allah yang Mah Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum w.r.h , sedikit perkongsian dari ana . Tadi secara tak sengaja TERbaca satu post ni . Seriously , sangat menjentik hati ana .

BAHAYANYA MENJADI MUSLIMAH SOLEHAH .

... kerana pemuda biasa dan pemuda soleh akan 'mengintip'mu , ter'kenang'mu ...
sedang berfikir bagaimana mahu 'merisik'mu , 'melamar'mu ...
sedang menghitung-hitung adakah diri mereka 'layak atau tidak layak' buatmu ...
pastinya mereka sedang berusaha untuk mendapatkanmu ...
walau apa cara sekalipun .

... Betapa tingginya nilai seorang muslimah yang solehah ...

: sumber :

Tapi macam takut je kan ? Macam menjadi 'buruan' pulak . Takut takut . Ya Allah , kuatkan hati , dan tabahkan aku ya Allah . Ameen .

p/s : do'akan ana , untuk exam ni ^_^

16 February 2011

Its all about marriage . .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum w.r.h , alhamdullilah , bersyukur ke hadrat Allah , masih bernyawa kita semua hingga ke saat ini . Hingga kita bertemu lagi di alam maya ini .Alhamdulillah 'ala kulli hal ^_^

Hmm tengok tajuk je dah macam apa ... Before im going any further , let me shout out a general statement .

Ana belum berkahwin . Dan belum pernah berkahwin .

It was just that recently i loooves to do research on early marriage . But that DOESNT mean i would looove to get into this early marriage . Cuma menambah ilmu pengetahuan SAHAJA tentang kahwin awal . After all , people must get ready into something when they're into it someday (insyaAllah) .

Get into topic . Dah lupa since bila , pada permulaan research ni , ana terbaca blog seorang ukhti ni yang berkahwin di usia 23 tahun . Dan beliau kini kalau tak silap dah berumur 24 tahun dan pelajar tahun akhir di sebuah universiti . Dalam hati ; aish , awalnya kahwin ?

Next , terbuka someone's profile on fb , she get married on 22 . Hmm yang ni lagi awal .

Next , terjumpa satu blog ni . She get married at the age of 20 . Ya Allah , kenapa makin lama makin muda ni ?

Tak berapa lama lepas tu , abang telefon ; tau tak si A dah kahwin minggu lepas ? And fyi , si A itu berusia 19 tahun . Tidaaak , apa dah jadi ? Ini suratan atau kebetulan ?

Dan terbaru , classmate ada suruh baca satu blog ni . She get married at the age of 16 . Yes she was 16 when she get married . She is 17 and still studying right now . Plus , she is pregnant . Subhanallah . Ana tak tahu ini namanya 'sign' dari Allah atau apa . Tapi buat masa sekarang ni ana memang belum ada keinginan lagi ke arah 'itu' . Still focusing on my final exam . ^_^

Kesimpulannya , ana rasa macam 'something' je bila buat research pasal early marriage ni . Hmm cuma takut one day i'll find someone yang dah berkahwin at the very young age , younger than 16 . Seriously it was sooo scary . Bukan apa , rasa macam ; Ya Allah bagusnya mereka ni dah bersedia pikul tangunggjawab yang SANGAT BESAR di saat orang lain yang sebaya dengan mereka masih lagi hooha hooha . Terlompat sana sini . Ada yang cakap teenage life mereka ni dah tamat . Is that so ? Hmm macamana ana nak jawab , ana sendiri belum berkahwin ^_^

Minta maaf kepada semua readers kerana ana merepek di post kali ini . Al-kisahnya sekarang ni sedang menghadapi final exam dan alhamdulillah pagi tadi telah berjaya menjawab paper yang pertama ^_^ . Jadi kiranya post kali ni sekadar melepaskan tension dan stress . Mana taknya , dekat seminggu tangan ana seakan digam dari menari-nari di keyboard ! Hmm lagipun remaja-remaji (macam ana) ni tak sah kalau tak bercerita tentang kahwin . Bukan gatal , but it is one of the branch of knowledge ^_^

Tentang kahwin awal ni , insyaAllah akan diadakan medan 'diskusi' sejurus lepas ana habiskan the last paper for my final exam . Tak sabar nak merepek sekali lagi ! ^_^

p/s ; do pray the best for me . syukan ^_^

07 February 2011

Remaja dan Cinta .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum w.r.h , alhamdulillahi rabbil 'alamin , kita masih berkesempatan lagi menghirup udara itupun for free . Dibuatnya kita kena bayar setiap sekali hirupan nafas , maunya jadi papa kedana . Bukan setakat tu , mungkin kita akan berhutang seumur hidup untuk membayar harga nafas kita . Tapi tidak . Allah tak minta pun kita membayarnya . Kita hanya perlu mensyukuri nikmat-nikmatNya sahaja . Itupun ramai yang ingkar .

" Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmatKu akanKu tambahkan lagi nikmat-nikmatKu . Tapi andai kau kufur ,  ketahuilah sesungguhnya seksaku amat pedih ".
(Ibrahim ; 7)

Tak susah pun nak mensyukuri nikmat Allah ni . Bertasbih , bertahmid dan bertakbir memuji Allah . berzikir . Bersedekah . Bukannya berlari 100 km . Atau mengangkat beban seberat 100 kg . Mudahkan ? Na'am , sahlun jiddan . Tapi semudah-mudah perkara ni lah yang susah orang nak buat kan ? Cuba duduk diam-diam , fikir kebesaran Allah . Dan duduk diam-diam , fikir dan fikir , andai beberapa ketika lagi Allah rentap nyawa kita , ke neraka atau ke syurga kah kita ? Mampukah amalan kita yang sedikit , tanpa di'top-up' dengan amalan-amalan sunat yang lain ini , melayakkan kita ke JannahNya ?

Berbalik kepada tajuk post . Ana sebenarnya bukanlah banyak sangat ilmu tentang 'Remaja dan Cinta' ni . Tapi melalui pengalaman , pembacaan , penelitian , bolehlah kalau nak share sikit-sikit . Moga sahabat-sahabiyyah peroleh sesuatu dari perkongsian ana yang tak seberapa ni ^_^ Ana tahu , ramai sahabat-sahabiyyah , adik-adik , abang kakak semua yang menghadapi masalah ni . Remaja dan Cinta . Mereka remaja , dan terlibat atau hampir terjebak dalam cinta . Yang ana maksudkan di sini adalah cinta manusia . Berlainan jantina .

Ya benar , mulut-mulut kita mengatakan mencintai atau menyayangi seseorang itu adalah fitrah . Tidak dinafikan . Namun , cinta yang bagaimana yang dimaksudkan ? Cuba renung sejenak . Atas alasan apa kita mencintai dan menyayangi seseorang ? Kerana kebaikannya ? Keindahannya ? Atau keprihatinan mereka terhadap kita ? Dan renungi kembali , siapa yang paling sayang pada kita ? Yang paling prihatin pada kita ? Dan yang paling ambil berat terhadap kita ?

Ibu bapa ? Guru ? Sahabat sahabiyyah ? Makwe ? Atau pakwe ? Rugilah kalau ada yang memberi jawapan-jawapan tersebut . Jawapan sebenar adalah Allah s.w.t . Ya , Allah amat menyayangi hamba-hambaNya . Cuma kita yang menjauhi dan kufur akan nikmatNya . Tidak seorang pun hambaNya yang dibiarkan berseorangan di muka bumi ini tanpa tempat pergantungan . Tapi apa balasan kita kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ? Kita mengharap cinta manusia lebih dari cintaNya . Kita menangis saat ditinggalkan manusia yang kita agung-agungkan cintanya . Tapi kita tak pernah takut dan sedih andai Allah meninggalkan kita .

Ini yang buat ana semakin pelik . Ana juga pernah melaluinya . Banyak kali . Sekadar perkongsian . Saat ana diajak (ana tak tahu istilah apa paling tepat) untuk ber'couple' dan kadang-kala dilamar (kononnya) oleh muslimin-muslimin di luar sana , ana pelik berfkir dan berfikir , adakah kerana diri ana yang banyak kecacatan dan kelemahan , menyebabkan mereka sanggup 'direct-asking' macam tu ? Ana jadi malu sendiri . Bagi ana , kalau seseorang muslimah tu betul-betul menjaga dirinya (luaran dan dalaman) , mesti muslimin pun tak berani direct-asking macam tu tpi sebaliknya menggunakan wasilah yang dianjur dalam Islam .

Teringat perbualan dengan seorang adik ni , dia tanya ; kenapa tak couple je ? So nanti bolehla kenal dia , baik ke jahat ke . Na'uzubillah . Ana tersentak . Adik yang sorang ni perlu dibetulkan persepsinya . Hmm ... Dalam Islam kan dah ditetapkan , cara yang betul untuk mengenali seseorang . Bertunang . Dalam ceramah Ustaz Azhar Idrus , kalau dalam tempoh bertunng tu ada sikap dia yang kita tak redhai , bolehla diputuskan pertunangan tu . Dah tu , kalau sikap sebelum kahwin dah lain macam , tak kan nak teruskan jugak perkhwinan tu kan ? And dah kalau ramai orang yang nak 'masuk line' , takkan nak couple dengan semua sekali ? Kan dah parah tu . Lagi satu , kalau ana sendiri tak nak zauj yang suka couple , jadi ana sendiri tak boleh la couple kan ? Islam is beautiful , fair and square ^_^

Ana mohon maaf andai ada antara 'muslimin-muslimin' di atas yang membaca post ana ni . Ana sendiri tak tahu macamana nak explain . Tapi persoalan yang selalu timbul dalam benak ana , kenapa dikejar cinta manusia sedang cinta Allah masih tak diraih ? Ana bukanlah hebat sangat yang sebegitu kebal hingga tak terkutik walau sedikit pun hati dan perasaan bila melalui situasi-situasi ni . Cumanya ana seringkali terfikir , sejujurnya ana tak berhasrat pun nak dirikan Baitul Muslim dalam 3-4 tahun ni (tapi kalau Allah dah tentukan tu lain cerita) jadi kalau dalam tempoh beberapa tahun ni ana dijemput Allah , sempatkah ana mendirikan rumah tangga ? Sememangnya ana tak tahu bila 'due-date' ana . Jadi pada hemat ana , kita harus fikirkan apa yang confirm kita akan lalui sebelum kita fikir sesuatu yang tak pasti . Contohnya , kita akan mati . Itu pasti . Tapi mendirikan rumah tangga ? Adakah kita yakin kita sempat mendirikan rumah tangga ? Yakinkah kita , Allah tak akan jemput kita sebelum kita mendirikan rumah tangga ?


Mungkin kanak-kanak bawah umur tak faham kot apa yang ana cuba sampaikan ^_^ Tapi ana dah cuba sebaik mungkin , menggunakan bahasa yang mudah difahami . Hmmm ... Tipulah kalau ana cakap ana tak terfikir langsung tentang hal rumah dan tangga ni . Tapi ana selalu cuba padamkan perkataan BM (Baitul Muslim) ni saat ana terfikir ; berapa lagi tempoh ana 'berlakon' kat dunia ni ? Setahun ? Sebulan ? Sehari tau satu jam lagi ? Jadi memang tak semptlah nak berbaitul muslim andai tempoh ana kat dunia ni makin singkat . Jadi ana buat keputusan , fikirkan apa yang pasti dulu ^_^

Rasanya ana nak sambung berceloteh sikit ... ^_^ Sejak masuk CFS ni dah banyak kali ana terdedah , terdengar (dan bermacam-macam 'ter' lagi) tentang Baitul Muslim ni . Maklumlah , nama pun bi'ah solehah . Jadinya kalau cakap pasal kahwin awal kat UIA memang perkara biasa . Kahwin waktu study bagi pelajar UIA memang dah macam satu 'legacy' atau 'trend' . Bagi ana sendiri , ikut orang jugak . Kalau family background orang tu memang Islamic , means faham tentang kepentingan kahwin awal tu , memang 'no hal' lah kalau kahwin awal ni . Cuma yang sebaliknya ; contoh macam family ana , memang nak kena 'ceramah sepenuh masa' la kalau nak kahwin awal ni . Mak ayah ana sebolehnya nak ana berjaya pegang ijazah dulu , baru kahwin . Lagipun mak ana sendiri dah bagi 'green-light' ; lepas dah dapat degree boleh kahwin ^_^ (ayat macam tak sabar nak kahwin pulak)

Ana nak minta maaf awal-awal , sebelum sambung berceloteh . Ana ni kalau dah bersemangat , memang susah sikit nak stop ^_^ Sejujurnya ana memang bersemangat bila bercakap tentang Baitul Muslim . Nak nak pulak kat CFS ni boleh dikatakan overall talk , ceramah atau forum semuanya pasal BM . Jadi bertambah-tambah la lagi semangatnya ^_^ Sebelum tu , bersihkan minda dulu . Semangatnya ana tentang BM ni bukan sebab dah tak menyempat nak kahwin , tapi sebagai persediaan dan pelengkapan ana untuk menuju ke arahnya . Seperti post ana sebelum-sebelum ni , ana ada cakap , kalau nak dapat yang soleh/solehah , kita mesti jadi soleh/solehah dulu . Jadi sekarang ni ana dalam proses nak jadi solehah , supaya dapat yang soleh ^_^

Bercakap pasal calon ni , sebolehnya ana tak mahu 'dijumpakan' atau 'terjumpa' atau 'terserempak' dengan bakal zauj ana sebelum tiba saatnya ^_^ Seronokkan kalau suprise-suprise ni ? Jadinya sebolehnya biarlah rahsia ... ^_^ Tapi kalau dah Allah tetapkan jodoh ana tu merupakan seseorang yang ana pernah jumpa , pernah kenal , nak buat macamana ... Suprise tu suprise la jugak , tapi tak se'suprise' kalau ana tak pernah jumpa dia ^_^ (ana dah mengarut apa ni ?)

Okaylah , ana rasa cukuplah sampai sini . Rasanya kalau lagi lama , lagi panjang , dan lagi banyak ana mengarut kat sini . Lagipun minggu depan nak final exam untuk sem ni . Jadi kiranya ni post untuk melepaskan tension la (konon) . Do'akan ana ye . Hmm inysaAllah next post will be post right after the last paper . Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen . Love to sharing , because sharing is caring ^_^

03 February 2011

Why tudung labuh ?

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum w.r.h , alhamdulillah , feeling better today ^_^ . Hari ni ana punya satu topik untuk dirungkai . Rasanya tak terlambat lagi kalau ana nak share tentang penghijrahan ana ; dari tudung biasa ke tudung labuh . Kalau zaman sekolah (form 4 form 5) dulu ramai jugak sahabat sahabiyyah yang tertanya-tanya . Tapi bila masuk CFS , siapa pulak nak tanya kan ? Sebabnya memang biah kat sini majoritinya bertudung labuh ^_^

Sebenarnya ana ni dikira baru jugakla dalam 'industri' pemakaian tudung labuh ni (lama tak lama jugak sebenarnya) . Mula berjinak-jinak dengan tudung labuh semasa di sekolah sains dulu . Mesti ramai yang ingat ana ni dah lama pakai tudung labuh , atau biah keluarga yang menyebabkan ana pakai tudung labuh kan ? (geleng-geleng-geleng) . Sebenarnya ana mula pakai tudung labuh di tingkatan 4 , selepas cuti penggal yang pertama ketika bersekolah di Sekolah Menengah Sains Muar , Johor (SAMURA) . Mama (mak angkat) juga terkejut bila ana cakap dulu ana sekolah sains , sebab mama ingat ana dari sekolah agama ^_^

Kisahnya bermula , sebenarnya ana sendiri tak sedar sejak bila ana suka tengok muslimah-muslimah bertudung labuh (sejuk je rasa) . Nak dijadikan cerita , balik je dari cuti penggal tu , ana terus ajak ayah pergi kedai kain , beli kain untuk buat tudung labuh . Alhamdulillah , mak dengan ayah on je . No hal . Tapi ayah banyak pesan , pastikan istiqamah . Jangan zaman sekolah je pakai tudung labuh . Bila dah keluar sekolah jadi lain pulak . Beberapa bulan lepas tu , bila balik dari asrama , adik perempuan ana juga ikut bertudung labuh . Alhamdulillah 'ala kulli hal ^_^


Banyak faktor sebenarnya yang menarik ana untuk bertudung labuh . Ramai yang tanya , dapat hidayah ke ? Subhanallah , macamana ana nak jawab , sedangkan hidyah itu milik Allah ? Allahua'alam . Bab hidayah dari Allah tu , semua Allah yang lebih tahu . Siapa ana untuk menentukannya ? Tapi antara yang menjadi faktor adalah sahabiyyah baik ana , Nur Diyana Sakinah Muhammad Rusdi . Dia dulu merupakan Ketua Naqibah di sekolah ana . Boleh dikatakan hebat jugak orangnya . Bertudung labuh , tapi aktif dalam persatuan dan dalam sukan . Bukan setakat basketball player yang biasa-biasa , dia jugak boleh main three-pointer (shoot luar dari kawasan D) . Lagi yang dia expert ; main chess . Bukan pemain biasa , tapi pemain peringkat kebangsaan . Subhanallah , moga beliau terus success fid dunia wal akhirah . Beliau kini sedang menuntut di Uitm Puncak Alam . ^_^

Serba sedikit tentang kehidupan ana sebelum bertudung labuh . Hmm kalau ikutkan , apa yang ana cerita ni nanti , ramai yang susah nak percaya (seperti yang berlaku pada semua sahabat-sahaiyyah ana) . Tapi dengan kuasa Allah Ta'ala , apa-apapun tak mustahil untuk berlaku . Dulu , ana seorang yang 'agak' garang . Bukan setakat garang , tapi extra sikit daripada tu . Sampaikan ada yang panggil ana 'gengster' . Ramai jugak yang tak berani dekat (muslimin) . MasyaAllah ... Allah sahaja yang tahu macamana diri ana yang sebenarnya . Sebab tu bila terjumpa sahabat-sahabiyyah zaman sekolah menengah rendah dulu , semuanya terkejut , seakan tak percaya akan perubahan diri ana . Hinggakan ada yang menyindir tajam . Al-maklumlah , si 'gengster' menjadi 'transfomer' ^_^ Kalau ana cerita pada mereka , ramai (di CFS) yang cakap ana ni seorang pemalu , mesti mereka ketawa berguling-guling ...

Rasanya itu balasan Allah pada ana kot . Sebabnya masa zaman sekolah dulu , ada seorang sahabat sekelas ana ni (muslimin) . Kami (ana dan 3 orang sahabiyyah baik ana) gelakkan si muslimin ni bila dia ber-ana-enti dengan kami . Mana taknya , sebelum tu kami ber-aku-engkau . Tapi tiba-tiba ber-ana-enti pulak . Kami pun ketawakan dia (tapi tak lah sampai berguling-guling) . Jadi sekarang ni Allah balaslah balik apa yang ana buat dulu ... Sekarang bila ana ber-ana-enti-enta mesti ada yang dok gelakkan ana kan ? Tapi tak apa , ana tak dengar pun ... Conclusionnya , kalau rasa nak digelakkan orang lain , gelaklah sepuasnya kat orang lain . What goes around comes around . ^_^

Alhamdulillah , rasanya tak banyak ujian yang ana lalui untuk bertudung labuh ni . Atau mungkin ana je yang tak perasan kot ? Bermula dengan saudara-mara , tak ramai pulak yang bertanya mengapa berubah ? Alhamdulillah , Allah permudahkan segalanya ... Okay sambung cerita . Zaman sekolah dulu ana juga seorang atlet sekolah . Juga pemain bola keranjang (namun tak sehebat sahabiyyah ana tadi ^_^ ) Dan aktif dengan persatuan taekwondo . Masih segar di ingatan , dulu ramai yang menggelar ana naqibah rock . Tak kurang juga yang menggelar ana 'anti-lelaki' . Can you imagine , apalah yang ana dah buat hingga dapat 'award' macam tu sekali . MasyaAllah ... Mungkin ramai yang tak percaya but like what ive told before , semuanya kuasa Allah s.w.t ... Cumanya sekarang ni (lepas dah bertudung labuh) tak bolehlah nak terlalu aktif macam dulu . Semuanya perlu dikawal . Tak boleh lagi terlompat sana terlompat sini . Nampak dok molek (bak kato oghe qlate) .

Satu lagi 'konflik' . Kadang-kadang bila ana 'join sekaki' atau semeja dengan sahabiyyah-sahabiyyah yang bertudung biasa ni , ada jugak yang berfikiran ; hmm dia ni pakai je tudung labuh , tapi join dengan budak-budak macam ni . Hinggakan sahabiyyah dalam 'group' yang ana join tu bertanya ; tak segan ke duduk dengan kitorang ni ? MasyaAllah , tinggi sangatkah darjat ana hinggakan ana tak boleh duduk sekali dengan orang lain ? Ana pelik , kalau kita (para da'ie kononnya) tak dekat dengan mereka-mereka ni , macamana kita nak sebar luaskan dakwah ? Takkan kita hanya nak berdakwah pada orang yang bertudung labuh/berkopiah je ? La ila ha illaAllah ... Aasif/aasifah andai ana terkasa bahasa . (kadang-kadang susah jugak bila bercakap dengan emosi , instead of akal) ^_^

Ana rasa bukan ana je kot yang hadapi situasi macam ni . Mesti ramai lagi . Even worse pun mesti ada kan ? Nasihat ana khusus buat diri ana sendiri , jangan dipeduli pandangan manusia lebih dari pandangan Allah . Pandangan manusia hanya di dunia tapi pandangan Allah ? Merangkumi keduanya ; fid dunia wal akhirah . Kalau nak dengar cecehan manusia , percayalah , sampai saat sakaratul maut datang pun tak akan berhenti 'bicara manis' mereka ^_^

Rasanya itu aje kot . Rasanya semua persoalan dah terjawab (insyaallah) tapi kalau ada yang nak bertanya , boleh je ^_^ . Pesanan buat sahabiyyah-sahabiyyah di luar sana yang tergerak hati untuk memakai tudung labuh , pakailah . Kita tak tahu andai 'gerak hati' kita tu sebenarnya adalah hidayah dari Allah . Jadinya , sebelum Allah tarik balik 'gerak hati' entunna semua , moleklah kiranya entunna menyahutnya ... Banyak kelebihan bertudung labuh ni . Tapi tunjang utama untuk bertudung labuh biarlah betul , yakni lillahi ta'ala . Biarlah kelebihan lain tu menjadi 'free-pakej' bagi yang utama tu ye ^_^

Ramai yang cakap , alah , pakai tudung labuh pun perangai lebih kurang je macam yang pakai tudung biasa . Na'am , ana tak nafikan . Ana juga akui , walau ana bertudung labuh , ana bukanlah sewarak alim ulama' . Tapi siapakah kita untuk mempersoalkan itu semua ? Bukankah itu kerja Allah ? Kita nak ambil alih tugas Allah kah ? Bagi ana sendiri , dengan memakai tudung labuh , secara automatiknya ana akan berusaha untuk perbaiki diri ana sendiri . Agar akhlak ana selari dengan pemakaian ana . Ana do'akan buat entunna di luar sana yang terbuka hati untuk memakai tudung labuh dan istiqamah memakainya . Do'akan ana juga ^_^

( wanna be ? inysaAllah ^_^ )

Wallahua'alam .

Selamat bermujahadah di jalan Allah ! ^_^

Mehnah , masyaqqah .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

2 Februari 2011 .

Assalamu'alaikum w.r.h , alhamdulillah , kaki ana masih gagah memasak bumi . Dan kini ana telah berjaya dengan jayanya (ayat apa ni) sampai baiti jannati ^_^

Perjalanan dari CFS ke rumah memang mencabar keimanan (seperti biasa) . Ada 3 fasa ujian . Pertama , bila nak bergerak dari mahallah (asrama) ke pagar CFS . Kedua , bila dah sampai kl sentral . Dan fasa terakhir , bila dah sampai stesen yang nak dituju . Apa yang begitu mencabar adalah bilamana beg yang diangkut tu seberat datuk gajah (hiperbola) . Conclusion ; mehnah .

Bersambung ...

3 Februrari 2011 .

Bismillah wa alhamdulillah , malam ni sempat jugak ana berjumpa dengan encik blog , untuk melangsaikan 'hutang' post yang tak siap semalam . Alkisahnya balik aja dari CFS semalam , terus kena bersiap untuk balik ke kampung . As usual , we are celebrating Chinese New Year ^_^

Sampai kampung dekat-dekat waktu subuh . Skip this part . Lepas sarapan , kami bertolak ke Bayan Lepas ;   rumah moyang ayah . Sikit kasi cerita ; my ayah convert to Islam . The end . Jadinya every year we're celebrating CNY . Hmm nak cerita apa ye tentang masyaqqah ? Semalam ingat , hari ni dah lupa . Yang ada cuma mehnah .

Na'am , mehnah . Kat rumah Aunty Lee Peng tadi , I could see the joy on others faces , tapi diri sendiri rasa nak pengsan menahan sakit . Kesakitan yang akan datang menyerang sekali dalam beberapa bulan . Beberapa bulan lepas dah berlalu , jadi 'dia' datang 'menziarah' lagi kali ni . Moga setiap kesakitan menjadi kafarah bagi dosa-dosa insyaAllah ^_^

Kadang-kadang rasa seronok bila sakit . Betullah , sakit itu manis . Manis bilamana saat kita sakit , segala perhatian akan diberi pada kita . Manisnya sakit bila kita sedar , ianya adalah tarbiyyah dari Allah . Manisnya ia , andai kita redha dengannya , malah ia akan menjadi kafarah bagi dosa . Tapi sayang , banyak antara kita yang tak sedar semua itu . Mengeluh tatkala diuji dengan kesakitan yang sedikit . Ya , menangis itu perkara biasa bila kita sakit (ana juga tak dapat lari dari menangis ^_^ ) . Tapi jangan kita menangis berlebihan sampai berbaldi-baldi kerana dikhuatiri perbuatan kita itu seakan menyesali apa yang dah tertulis buat kita olehNya .

Beberapa minit sebelum balik rumah (sewaktu di CFS) , ana tak tahu kenapa , tapi hati ana tergerak untuk memohon maaf pada semua yang ana kenal dan juga yang mengenali ana (sama ada pernah berjumpa ataupun tak) . Al-maklumlah , ana bukanlah antara hamba-hamba Allah yang terpilih , yang akan tahu bila saatnya Allah akan ambil nyawa ana . Jadi harapnya moga sahabat-sahabiyyah semua tak jemu andai akan ada lagi post seperti ini dari ana ^_^

Aasif wa aasifah ya sodiqi wa sodiqoti . Moga Allah merahmati semua .

p/s : aasif jiddan , perkongsian kali ni agak 'kureng' . Allah masih lagi menguji .Do'a kan ana moga diberi kekuatan dan ketabahan . ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...