06 January 2011

Teruskan pencarian .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warahmatullah ,

Alhamdulillahi rabbil 'alamin 'ala kulli hal ya Allahu kareem . Hari ini diri ini masih mampu dan gagah lagi untuk menatap 'alamNya . Masih kuat lagi untuk berjalan di bumiNya , dan banyak lagi nikmat dariNya yang tidak mampu diungkap hanya dengan kata-kata . Allahu Akbar ! Namun seringkali diri kita alpa dan lupa tugas kita sebagai hamba . Leka dengan dunia yang hanya sementara . La ila ha illallah .

Ana punya banyak perkara untuk dibicara , cuma atas janji yang telah ana sendiri lafazkan , ana perlu tepatinya . Masa yang diluang di alam maya harus dipendekkan , sependek yang boleh . InsyaAllah .

Ceritera berkisar mengenai salah seorang sahabat baik ana .

Dia seorang manusia biasa . Tak punya kuasa atau kehebatan luar biasa yang dimiliki 'super human' atau 'super hero' di dalam kaca televisyen . Tapi berbezanya dia dari sahabat yang lain , kerana hati yang dimiliki . Suatu ketika dulu dia bukanlah dia yang sekarang . Tapi alhamdulillah , telah Allah menarik hatinya kembali , agar lebih hampir denganNya . Dia mudah diajak ke arah kebaikan . Mudah 'ditarik' ke majlis-majlis ilmu , mudah mengikut bila diajak untuk ber'amal . Berbeza seperti kebanyakan orang yang mudah memberi alasan bila diajak ke arah yang sama .

Busylah , tak ada masa .

Lain kali lah buat .

Tak dapat hidayah lagi lah .

Dan bermacam lagi alasan basi yang sering kita dengar .

Back to the topic .

Semalam ada ta'lim ; Persediaan Menghadapi Mati . Ya , kita semua tahu bahawa setiap yang hidup pasti akan merasai mati . Namun , sayang . Kita cuma 'tahu' bahawa kita akan mati tapi kita tak 'yakin' bahawa kita akan mati . Andai kita yakin bahawa kita akan mati , kita pasti akan yakin bahawa adanya Syurga dan Neraka . Dan sekiranya kita betul-betul yakin bahawa kita akan mati , dan yakin bahawa Syurga dan Neraka adalah balasan buat apayang kita kerjakan , sudah tentu kita akan berasa malu dan takut untuk melakukan dosa dan maksiat . Namun yang berlaku adalah sebaliknya kan ?

" Tiap-tiap diri akan merasai mati , dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan ; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan ". (Al-Anbiyaa' ; 35)

" Katakan (wahai Muhammad) sesungguhnya maut yang kamu larikan diri darinya itu , tetaplah ia akan menemui kamu , kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang Mengetahui segala yang ghaib dan nyata , lalu ia memberitahu kamu apa yang telah kamu lakukan (dan membalasnya) ". (Al-Jum'ah ;8)

Aasif , ana dah sedikit lari dari topik . Jadi malam semalam , ana ajak sahabat ana ni untuk sama-sama pergi ta'lim tu . Tapi dia suruh ana pergi dulu , dan dia akan susul kemudian sebab ada usrah katanya . Dalam pukul 9 malam , ana pergi ke lecture hall (tempat majlis ta'lim) dan hantar mesej pada dia ; bertanya usrahnya habis pukul berapa ? Dia jawab;

Kejap lagi kot . Pergilah dulu . Nanti dah nak mula bagitau eh .

Dekat 9.30 malam , mesej masuk .

Dah mula belum ?

Aasif aasif . Lupa nak bagitau . Dah mula tak sampai 10 minit .

Ouh ye ke .. Hm mereka ulang perkara yang sama ..

Sebenarnya dua hari lepas , kami sama-sama pergi satu majlis usrah . Jadi mungkin kakak usrah sahabat ana ni mengulang perkara yang sama sebab tak ramai ahli usrah yang datang dua hari lepas . Ana cuma mampu cakap pada dia ;

Fasobrun jamilun . Sabar je . Kejap lagi habis la tu ...

Dalam 10.05 malam , ana tengok jam . Hmm , bila nak sampai ni ? Lepas tu tak sampai 10 minit , dia sampai dan mengambil tempat duduk , di sebelah ana . Mata sedikit merah . Ana diam sekejap . Senyum . Dan terus bertanya ;

Hmm ok tak tadi ?

Tak dapat tahan la tadi . Lepas dah menitik air mata , baru akak usrah bagi keluar

Senyum . Kagum . Ana faham perasannya . Bilamana kita menginginkan sesuatu , tapi tak boleh nak disuarakan , akan ada sesuatu yang akan lahir untuk menggantikannya . Iaitu , air mata .

Boleh dibayangkan tak , bagaimana tingginya keinginan sahabat ana ni , yang bagi ana , sangat sangat mencintai majlis ilmu ? Walau bagaimana sibuknya dia , andai ada majlis ilmu pada malam tu , mesti dia kan cuba sedaya upaya untuk pergi .

Sebagai contoh , sekarang  ni pun dia tengah bersiap untuk ke talk ; Islam phobia . Macamana ana tahu terlalu banyak tentang dia ? Kerana dia merupakan roomate , classmate juga sahabat baik ana (^_~) .

Sabda Rasulullah s.a.w. dan Abu Musa Al-As’ani r.a. :

Sesungguhnya perumpamaan bergaul dengan orang soleh dan orang jahat adalah seperti orang yang membawa minyak kasturi dan orang yang meniup api. Orang yang membawa minyak kasturi itu mungkin memberi padamu atau mungkin kamu membeli daripadanya atau mungkin kamu mendapatkan bau harum daripadanya. Adapun orang yang membawa api itu mungkin ia membakar kainmu dan mungkin kamu akan mendapatkan bau busuk daripadanya ”.
(HR Bukhari & Muslim)

 “ Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang) oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah) .”
(At-Taubah ; 122)

Sabda Rasulullah s.a.w


  • “ Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu .

(Riwayat At-Tabrani)

p/s : Terpaksa undur diri walau banyak lagi yang nak dikongsi bersama . Masa untuk bersiap !

Zainab Jashy ,
CFSIIUM , Petaling Jaya .

5 comments:

  1. oh oh..
    admire la roomate anda~
    jazakallahukhairankathira~ :)

    ReplyDelete
  2. subhanallah..
    moga Allha kekalkn di atas jalanNya..
    teruskan perjuangan :)

    ReplyDelete
  3. * Allah
    afwan jiddan, typing error. ^^

    ReplyDelete
  4. apa erti sebuah usrah?

    apa kepentingannya??

    kenapa ada usrah???

    apa kaitan usrah dgn Rasulullah dan dakwahnya..??

    Apa uslub dakwah yg cuba dimunculkan kembali oleh As Syahid Imam Hassan Al Banna dan apa kepentingan dakwah melalui cara tersebut.......???


    Ayuh fikir2xkan bersama..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

    Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan .. tengok jgn x tengok.. sila klik disini dan klik disini. Juga tutor 4 the latest read more klik disini.
    Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

    "SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

    P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
    DISINI

    "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
    Wallahualam.

    "Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

    Blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis dan memberi info.. Semoga sejahtera dan sentiasa diberi keberkatan olehNya.. wassalam.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...