03 January 2011

Ahlan Wasahlan .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warohmatullah ,

Salam Hijrah buat sahabat sahabiyyah semua (^_^) ! Alhamdulillah , dapat lagi kita bertemu (walau hanya di alam maya) pada tahun baru masihi ini . Wa alhamdulillah aidhan , ana selamat jugak sampai ke cfs ni dua hari lepas , tengah malam , berseorangan dan bersendirian .

Al-kisahnya ...

Petang 31 Disember 2010 , ana dengan sahabiyyah-sahabiyyah satu sekolah dulu berkumpul di stesen K.L (ktm) dan bergerak sama-sama ke Masjid Negara untuk program yang pernah ana sebut sebelum ni . Malam tu , ada satu slot yang di'mc'kan oleh Wardina Safiyyah . Sebelum mula slot , means sementara menunggu the presenter , lagu Maher Zain dimainkan dan kak Wardina 'miming' kononnya dia yang sedang menyanyi . Tiba-tiba dia cakap ; kalau ada Maher Zain pun best jugak kan ? . Dan tiba-tiba jugak Maher Zain datang dari rah belakang dan naik ke atas pentas . Perasaan ? SANGAT SANGAT SANGAT terkejut dan bersyukur . Sebab sebelum ni memang ada niat nak attend konsert Maher Zain (tapi tak lah too desperate) but then tiba-tiba dapat tengok MZ for real and for free . Alhamdulillahi robbil 'alamin ...

Keesokkan harinya , sewaktu slot terakhir ; majlis penutup . Kalau dengar majlis penutup je mesti ingat boring dan mengantukkan kan ? At first memang sedikit mengantuk tapi bila Ummi Ros terus masuk intro , memang sangat menginsafkan . Yang menangis , mengalirkan air mata keinsafan (insyaAllah) almost semua orang . Ummi Ros merungkai kecintaan Rasulullah s.a.w terhdap ummatnya yang memang kita sedia maklum sebelum ni . Sedih sangat bila tersedar , betapa dalamnya cinta baginda Rasulullah kepada kita sebagai ummatnya walaupun baginda tak pernah bertemu dengan kita . Bayangkan , saat kematian baginda , masih sempat lagi ingat tentang ummatnya . Kalau kita , mesti tak ingat apa-apa lagi dek kerana kesakitan yang maha dasyat .

Jadi , marilah sama-sama kita teladani baginda , mengamalkan sunnahnya , dan menanam kecintaan yang mha tinggi kepada baginda setelah cinta kepada Allah s.w.t .

Keseluruhan majlis tamat dalam pukul 1130 pagi . Kalau ikutkan , dari situ nak balik cfs (hostel) cuma ambik masa dalam tak sampai setengah jam . Tapi bila Kak Dila (helwani pepias pusat) dah ajak pergi program GIGA (girls gathering) di Bangi , ana pun tak sampai hati nak tolak walau sebenarnya tengah penat yang amat sangat ! Bayangkanlah , dari ktm Rawang mengangkut beg baju yang seberat gajah (hiperbola) sampai ke Masjid Negara . Lepas tu nak ke Bangi pulak . Tapi tak apa , kerana ia cuma ujian dari Allah yang kecil berbanding ujian-ujianNya yang lebih besar dan berat .

Malam tu , ramai-ramai dengan ahli pepias lain , naik ktm untuk ke destinasi masing-masing . Sampai kat ktm Bangi masa nak beli tiket , ada 'pak cik' ktm ni nak tolong kami beli tiket (kononnya) , tapi bahasa yang digunakan kurang 'anggun' . Sementara menunggu ktm sampai , mereka (sahabiyyah-sahabiyyah pepias) ni melampiaskan rasa tak puas hati terhadap 'pak cik' (sebenarnya muda lagi) tadi . Alhamdulillah , ana tak rasa nak marah (mungkin sebab dah pernah alami kot ?) dan cuma tersenyum bila Kak Zura tanya , ' awak tak marah ke ?' Sebabnya 'pak cik' yang tolong kami ni tersalah beli tiket (beli tiket guna mesin sebab kaunter tutup) jadi tak cukuplah duit . Ana hulur jela duit . Nak buat macamana , pak cik ni dah tersalah tekan kan ? Tu yang mereka ni tak puas hati . Dah la bahasa yang diguna sangat cantik , lepas tu salah tekan pulak lagi . Hmm kelakar bila teringat saat-saat tu ... (^_~)

Malam tu naik ktm sampai kl sentral , then naik lrt sampai stesen U . Sampai stesen U , naik bas & terus sampai uia (cfsiium) ... Alhamdulillah , sampai dengan selamat dan berjayanya bersama beg gajah (^_^) . Sampai-sampai bilik , sorang pun tak ada (jiran-jiran satu floor) . Mana tak nya , balik awal sehari dari tarikh sepatutnya . Alamatnya tidurlah berseorangan malam tu ...

Hmm rasanya cukuplah celoteh ana kali ni . Nanti makin melarat pulak . Malam ni insyaAllah Ustaz favourite ana akan mengadakan ceramah (kot) di AMF lecture hall . InsyaAllah ana akan 'berangkat' bersama roomate    .

* mula mid sem kedua ; azam baru mesti direalisasikan ! (^_^)

Wallahu'alam . (sekadar perkongsian)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...