08 December 2010

Universiti Pentarbiyyahan .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh ,

Alhamdulillahi robbil 'alamin , segala puji kepada Allah yang Maha Kuasa , kita masih lagi diberi nafas hingga ke hari ini . Namun perlu kita sentiasa sedar , ianya tak akan berkekalan , hanya sementara , cuma seketika . Adakah telah kita manfaatkan setiap yang dipinjamkan buat kita ?

Hari ini , 3 Muharam 1432H , hari baru , tahun baru dan azam baru . Dah di'list'kan apa yang nak dicapai untuk tahun baru ni ? Semuanya harus berdasarkan kemampuan . Alhamdulillah , ive done mine . (^_^)
Terlalu banyak kalau nak dihurau satu persatu . Cukuplah sekadar yang perlu .

Pelajar & da'ie yang berjaya .
Muslimah yang benar-benar muslimah .
Hamba yang dekat denganNya .

Bagaimana nak dicapai ?

First of all , hablum minaAllah . Hubungan dengan Pencipta kita bukan harus , tetapi wajib dijaga . Kalau nak berjaya dunia akhirat , tapi beribadah pun sekali sekala , macamana tu ? Yang wajib pun kadang-kadang tertinggal , inikan pulak yang sunnat . Jadi , perbaikilah yang 'basic' dulu sebelum pergi yang ke 'hardest part' .

Hablum minannas . Pun kena ambil berat . Kalau siang malam beribadah kepada Allah , tapi hati manusia-manusia , sahabat-sahabat sekeliling tak dijaga , alamatnya useless la semua sekali ... Kita mesti ingat , kalau buat dosa dengan Allah , kita boleh terus 'direct' minta ampun , tapi kalau dengan manusia , kita kena jumpa dengan orang tu , minta maaf . Kalau tak , faham-fahamla sendiri ... Tak kan kat akhirat nanti baru nak sibuk mencari tuan empunya badan ?

Next , bila dua-dua dah jaga , nak buat apa lagi ?
Perbaiki setiap 'amalan .
Yang 'kureng' baik , dibaikkan . Yang dah baik , buatlah sampai jadi yang terbaik . Kalau selalu puasa sunnat isnin & khamis , lepas ni puasa pulak pada hari-hari putih (13,14,15 setiap bulan) .
Kalau selama ni selalu ketawa terbahak-bahak , atau ada tu yang sampai tergolek-golek , ubahlah . Senyum pun dah cukup ... (^_^)
Lagi ?
Yang talkative pulak , atau 'hypertalkative' , bukan nak suruh diam terus . Tapi bercakaplah hanya bila ada keperluan .

Saydina Abu Bakar As-Siddiq R.a selalu meletakkan batu ke dalam mulutnya supaya dapat ditegah mulutnya dari mengatakan sesuatu yang tidak perlu . Beliau sering mengisyaratkan kepada lidahnya ; " Inilah yang banyak membawa aku ke jurang kebinasaan maka aku mestilah berjaga-jaga daripadanya ."

Sedangkan sahabat Rasulullah sendiri sangat berjaga-jaga dalam berkata-kata , apalagi kita ? Selalu bla bercakap tu terkadang lupa nak toleh kiri kanan . Bergosip , satu dunia boleh dengar . Na'uzubillahi min zalik .  Sama-samalah kita berhijrah ye ... Kalau tiba-tiba lidah terasa gatal nak mengumpat orang , tukarlah 'mood' tu dengan mengungkapkan kata-kata cinta kepada Allah 'azza wajalla serta pesurhNya ... Boleh topup pahala , instead of gaining sins . (^_^)

Nak lagi ?
Apa akar permulaan kepada zina ?
Na'am , mata ...


Dari mata turun ke hati, itulah awal dari lemahnya keimanan kita , jika salah dalam memandang sesuatu , maka akan tertutup semua pintu kenikmatan syurga .

" Jika seorang pelajar ingin meraih kesempurnaan ilmu , hendaklah ia menjauhi kemaksiatan dan sentiasa menundukkan pandangannya dari hal-hal yang haram dipandang kerana yang demikian itu akan membukakan beberapa pintu ilmu , sehingga cahayanya akan menyinari hatinya . Jika hati telah bercahaya maka akan jelas baginya kebenaran . Sebaliknya barangsiapa mengumbar pandangannya , maka akan keruhlah hatinya dan selanjutnya akan gelap dan tertutup baginya pintu ilmu ." (Ibnu Qayyim Al-Jauziyah)


“Allah adalah cahaya yang menerangi langit dan bumi. Cahaya-Nya itu bagaikan lubang, yang di dalamnya ada pelita … “ (An-Nur [24] : 35)
Dah jelas dan terang lagi bersuluh , mata ni main peranan yang amat penting . Itulah sebabnya kita disuruh menundukkan pandangan . Ditegaskan sekali lagi , MENUNDUKKAN PANDANGAN . Bukan berjalan sambil tutup mata sampai terjatuh longkang atau berjalan tak angkat kepala langsung sampai terlanggar tiang .


" Katakanlah kepada orang-orang mukmin untuk menjaga pandangan mata mereka dan menjaga kemaluan mereka ." (An-Nur [24] : 30)

Ana rasa cukuplah setakat ini saja . Lagi lama ana berceloteh takut terlajak masa yang dah di'set'kan . Esok ada kuiz . Minggu ni jugak dah mula exam mid.sem . Do'a dari sahabat sahabiyyah semua amat ana hargai . Barakallhu fikum . (^_^) Do'akan kejayaan ana ye , fid dunia wal akhirah .

Sebelum ana sign out , ana terlupa nak kaitkan entry kali ni dengan tajuk utama . =)

UNIVERSITI PENTARBIYYAHAN .
Kat mana tu ? Jordan ? Kaherah ? Baghdad ? (kenapa tanah arab je ni ?)
Kat Malaysia pun ada la ... Di mana-mana sahaja institusi di muka bumi Allah ini , yang mentarbiyyah kita semuanya adalah Universiti Pentarbiyyahan . Jadi , sementara kita masih berjiwa remaja ni (yang sentiasa bersemangat) , gunalah masa yang masih diberi untuk mentarbiyyah diri masing-masing . Isilah dada-dada kita dengan ilmu . Tapi mesti ingat, semuanya lillahi ta'ala . Ilmu tu jugak perlulah di'amal , bukan hanya disimpan buat hiasan .
" Orang yang paling dashyat seksaannya pada hari kiamat adalah orang 'alim yang tidak memberi manfaat akan dia oleh Allah dengan ilmunya ." (Riwayat At-Tabrani fil soghir daripada Abu Hurairah)
Hayya bina ! Mari kita sama-sama cari gali ilmu sebelum kita punya bekalan yang cukup sebelm melangkah dan menempuh alam yang lebih mencabar .
Alam apakah itu ?
Alam pekerjaan .
Alam perkahwinan . Dan hentian yang terakhir yakni destinasi utama ;
ALAM BARZAH .

Wallahu'alam .
Yang baik dari Allah , yang buruk juga dari Allah , tapi berlandaskan ana yang lemah lagi hina ini . 
Cahayaillahee , 0940 ,
Zainab Jashy .

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...