03 December 2010

Ilmu Oh Ilmu .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh .

Alhamdulillah di atas sekecil-kecil perkara yang dikurniakanNya . Sesungguhnya kita memang tak dapat menghitung nikmat-nikmat yang di'pinjam'kan Allah kepada kita . Lebih menyedihkan lagi bila ramai yang tak sedar atau buat buat tak sedar yang semuanya hanya pinjaman sementara dari Allah yang sudah pasti akan ada 'date line'nya . Ana akui , ana juga tidak bersedia andai Allah 'mengambil' semula salah-satu nikmat yang dipinjamkan kepada ana . Innalillahi wa inna ilahi raji'un ...

Segual puji-pujian buatNya , yang telah permudahkan segala yang mudah , juga yang sukar . Semalam , selesai sudah kuiz physics . It was a mess actually . Ana yang me'mess'kan semuanya . Mungkin ana tak cukup prepare atau too high of confidence or sort . Petang semalam (lepas habis kuiz) , terus balik bilik . Lalu kat cafe , tapi tak terbuka selera (konon-konon) untuk beli dinner . Physics punya pasal . Fikir punya fikir , "kalau asik mengenang je benda yang dah tak boleh diubah , dapat apa je ?" Next , perlakulah anjakan paradigma . Lupakan apa yang dah berlalu , sebab esoknya ada kuiz maths pulak !

Usai solat maghrib , bersiap untuk ke Majlis Talaqqi Ustaz Muhadir . Dah macam subject core pulak , bila ana rasa menjadi suatu kewajipan untuk 'attend' majlis beliau . Bukan mudah untuk kita ke majlis-majlis ilmu yang disampaikan orang yang berilmu betul tak ? Jadi ana ambil kesempatan yang ada , once a week untuk ke majlis talaqqi . Selepas habis talaqqi , roommate (juga merangkum sahabat baik ana) ajak ke LHA , talk daripada Ustaz Syaari . MasyaAllah , majlis ilmu dari beliau juga antara yang ana gemari . Sebelum kaki melangkah lebih jauh , ana cakap pada dia yang ana tak study maths lagi . Dia cakap "tak apa , sekejap pun jadilah . Jomlah jadi orang yang terpilih ke majlis ilmu . Sekejap pun jadilah ." Ana tunduk , akur (dalam hati sebenarnya malu) .

Talk pun habis , around 11pm . Sepatutnya pukul 11 ada usrah dengan kakak-kakak usrah . Tapi memang tak larat sangat , lagipun tak study lagi (banyak betul alasan , sajalah tu) . Nak dijadikan cerita , kakak-kakak usrah ni tiba-tiba datang musolla floor ana . Sepatutnya usrah di tingkat dua , tapi Allah punya Kuasa , mengubah plan mereka untuk berpindah ke tingkat satu . (tu lah , nak mengelat sangat dari pergi usrah) Nak taknak ana pun me'maksa'-relakan diri untuk pergi usrah ...

Lagi kekuasaan Allah . Kak Nadiah ; "Fadhilah , awak study jelah . Esok ada kuiz kan ? Kita tunda usrah hari lain . Tapi esok kita qiam sama-sama eh ?" See ? Allah permudahkan jalan ana . Jadi malam tadi dapatlah ana study , alhamdulillah ... (^_^) Alhamdulillah jugak , sebab (sekali lagi) dipermudahkan untuk menjawab kuiz dengan tenang ... (tenang tak bermaksud confirm dapat full mark ye)

Pagi esok (yang sepatutnya cuti) ada replacement class , physics and maths , 8am-1pm . InsyaAllah lepas zohor pulak akan bertolak ke UIA Gombak for PEPIAS's Muktamar Tahunan . Sangat busy kan ? Minggu depan dah nak exam untuk mid sem pulak tu . Teringat apa yang Kak Ain cakap semalam ; "Awak ni memang suka aktifkan diri awak kan ? Kat mana-mana je mesti akak nampak awak ". Na'am , itulah salah satu kelemahan ana . Suka meng'active'kan diri , tak kira dalam persatuan atau apa-apa yang boleh memberi manfaat pada ana . Padahal ana selalu 'tension' dan stress bila dalam satu hari tu ada 3-4 event nak kena attend ...

Jadinya , ana dah buat keputusan (keputusan tu dah diterima dah pun) , untuk meletak jawatan dalam salah satu persatuan yang ana join . Semuanya sebab ana takut tak dapat beri 'full commitment' dalam persatuan tu . Seperti yang semua maklum , tanggungjawab itu adalah amanah , dan setiap orang akan disoal tentang amanahnya kelak . Walaupun dah dipujuk banyak kali oleh rommate ana (yang juga merupakan vice president persatuan tersebut) , ana tetap dengan keputusan yang dibuat . Apapun ana percaya , Allah knows the best ! (^_^)

Visi & misi seterusnya : revising maths , physics , comp , arab & semualah . Mak cakap study sungguh-sungguh , tebus balik kesalahan sem lepas & dll (banyak sangat sampai tak ingat apa yang mak pesan ;) ) Minggu depan ana ada mid.sem exam . Do'akan ana ye ! (^_^)

Muslimah kelelahan ,
1700 , Zainab Jahsy ,
26 Zulhijjah 1431 .

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...