16 November 2010

Realiti Solat di surau/masjid .

Dengan namaMu ya Allah , yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh ...

Alhamdulillah , di atas segala nikmat nikmatNya yang tak terhitung . Masih lagi kita diberi peluang untuk beramal di jalanNya , sebagai persiapan menuju hari yang hampir tiba .

10 Zulhijah 1431 , bersempena dengan hari yang mulia ini , ana ucapkan Selamat Hari Raya 'Aidil Adha buat sahabat sahabiyyah sekalian .

Justeru , pagi tadi dapat menunaikan solat sunat 'aidil adha . Alhamdulillah . Referred to the topic , nak berkongsi sikit , realiti solat berjema'ah di surau/masjid . Ini berdasarkan pengalaman ana sendiri sebenarnya .

1. Bila ada saff di bahagian hadapan yang kosong , masing masing tertengok-tengok , tertoleh-toleh , kiri kanan kiri kanan , jeling-jeling sesama sendiri . Meaning ? Semua orang tak nak mengisi kekosongan tu , sebaliknya mengharap orang lain yang isi .

2. Alhamdulillah kadang-kadang tu ada jugak yang nak penuhkan saff kosong tu , tapi setengahnya rapat ke kiri , setengah lagi rapat ke kanan . Lompong la jawabnya dekat tengah-tengah tu . Masing masing tak nak beralah , fikir diri masing masing betul . Macamana kita nak maju ?

3. Bagi sesetengah kaum ibu , anak-anak kecil diajak duduk bersebelahan walaupun dah diberitahu bahawa saff akan terputus dan akan jadi tak semprna . Ingatlah , kita nak solat , nak menghadap Allah , lupakanlah cinta duniawi buat seketika , yakni anak-anak .

Semoga kita dapat sama-sama muhasabah diri , perbaiki amalan seharian lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan solat . Sesungguhnya Allah tak akan memandang amal seseorang itu sebelum melihat kepada solatnya .

Wallahua'lam .

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...