29 November 2010

Mudah terpengaruh .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh ... (^_^)

Alhamdulillah 'ala kulli hal . Last weekend , ive attended PEPIAS's induction at Surau Darus Salim , Sg.Buloh . Sejujurnya , it wasnt a blast actually . Anyhow, i gained alot ! (not weight but knowledge) (^_~)

Sebabnya hari kedua induksi , ada 'incident' happened . The small one actually . Tapi memandangkan ana merupakan seorang hamba yang punya hati yang SANGAT sensitif , jadi ana akui itu salah ana sendiri ...

What happened ?
Ana harap dengan perkongsian ini kita semua dapat muhasabah diri masing-masing insyaAllah .
Dalam satu slot perbincangan , ana telah mengutarakan pendapat ana kepada seorang hamba Allah ni . Dia pandang pada ana , and without any single word , dia pandang tempat lain . Means like im talking to someone/something that never exist ! Mungkin dia boleh bagi even a small little sign yang menunjukkan cadangan ana tak sesuai ke apa .Then its okay la kan tapi bila dia buat macam tu , berlakulah 'mood swing' lepas tu ...

Tapi bila fikir punya fikir punya fikir , "Allah akan membalas setiap 'amal perbuatan hamba-hambaNya setimpal dengan apa yang dilakukan ." Ya Allah , baru ana terfikir , dah tentu sebelum ni ana juga ada buat perkara yang sama pada orang lain . Jadi sekarang tiba pulak giliran ana untuk merasai perkara yang sama . Astaghfirullah ... Sungguh mudah menuding jari pada orang lain tanpa mencermin diri sendiri kan ?
Itulah realiti kita sebagai manusia . Selalu rasa diri sendiri je yang betul . Semoga Allah pelihara kita semua dari sifat-sifat yang dibenciNya . Aamiin .

Seterusnya .

HIPOKRIT .

Perlukah kita hipokrit ?
Ana tak punya dalil-dalil  yang kuat , tapi ana cuma mahu berkongsi berdasarkan pengalaman yang sedikit .
Ya , kita perlu hipokrit . Lebih-lebih lagi sebagai muslimah . Kenapa ?

Antara sifat seseorang muslimah ; manja . Perlukah kita menunjukkan 'kemanjaan' kita pada semua orang ? Kepada muslimin wa muslimat ? Tidak . Kerana muslimin pasti akan tertarik kepadamu . Maka akan timbullah fitnah dunia di situ . Jadi sembunyikanlah kemanjaanmu itu , buat sahabiyyah , juga buat suami yang sah .

Selain itu , kita yang bergelar remaja memang mudah 'perasan' . Kalau ada yang kenyit mata sikit , "oh dia ni syok kat aku la !" Ini dibuktikan oleh ramai pakar motivasi . Remaja mudah dibuai perasaan . Jadi apa kaitan dengan hipokrit ni ?

Bagi sesiapa yang banyak terlibat dengan persatuan sebenarnya (macam ana jugak) , walaupun kita sebenarnya bukanlah orang yang pendiam dalam kalangan sahabiyyah dan ahli keluarga , diam tu kadang-kala perlu dalam persatuan . Tapi bukanlah diam sampai tak menyumbang apa-apa . Diam di sini maksudnya diam kalau tak perlu berkata-kata . Sesungguhnya diam itu adalah lebih baik dari berkata-kata , dan lidah itu ibarat pedang . Biarlah sifat sebenar kita tak ditonjolkan dalam persatuan . Memandangkan muslimin dan muslimat mudah tertarik sesama sendiri , jadi kita perlu wujudkan 'hijab' agar muammalah terjaga .

Berdasarkan pengalaman ana , zaman persekolahan dulu ana memang menjadi diri yang sebenar dalam apa jua keadaan . Lantang menegur tak kira muslimat au muslimat (bukan bertegur sapa , tapi tegur atas tujuan nasihat) . Tapi bila dah tamat zaman persekolahan , baru ana sedar kesilapan ana ni . Dan bilamana ana berurusan dengan muslimin dalam persatuan tu , mesti ada yang sedikit 'terpesong' niat . Means ada yang menaruh hati dan yang sewaktu dengannya . Nah , ni lah yang paling ana tak gemar . Joined persatuan untuk menyebar da'wah , 'amar ma'ruf nahi mungkar , tapi boleh tersasar pulak niat tu . Bukan sekali dua terjadi . Tapi banyak kali . Dan ana dah serik .

Jadi bila dah banyak kali berlaku perkara yang sama , ana decided untuk mengubah cara layanan kepada muslimin . Sifat sebenar hanya ditunjukkan pada muslimat . Tidak di hadapan muslimin . Ramah , mesra dan sebagainya , hanya sesama sahabiyyah sejantina . Tiada gelak tawa , senda gurauan sesama muslimin . Sejujurnya , ana mudah sembunyikan senyum dan tawa di hadapan muslimin , alhamdulillah . Ingatlah wahai muslimah , apa saja gerak lakumu diperhatikan . Janganlah sehingga ia menarik perhatian muslimin kerana sesungguhnya ia akan menjurus ke arah kebinasaan . Sesungguhnya wanita itu merupakan fitnah di dunia . Semoga kita tak tergolong dalam kalangan yang dimurkaNya . Aamiin .

Wallahu'alam .

Muslimah kepenatan ,
0040 , Zainab Jahsy ,
CFS IIUM , PJ .

25 November 2010

Raudhatus Sakinah .

Dengan namaMu ya Allah , yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh ...

Hari ini ana singgah (lagi) AMF buat kesekian kalinya . Alhamdulillah , ana tergerak untuk pergi ke booth Raudhatus Sakinah dan ada satu program yang insyaAllah dapat sama-sama kita sertai ;

Program : Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati .
Anjuran : Raudhatus Sakinah & JAWI .
Tarikh : 31 Disember 2010-1 Januari 2011 .
Tempat : Masjid Negara .
Syarat kemasukan : berumur antara 13-25tahun , muslimin & muslimat .
Penginapan & makanan adalah PERCUMA .
Tarikh tutup penyertaan : 10 Disember 2010 .
Daftar online di : www.raudhatussakinah.com

Antara pengisian program (yang diberitahu) , peserta-peserta akan didedahkan tentang cara mendekati remaja-remaja yang mempunyai masalah sosial dan insyaAllah pada malam tahun baru (1 Januari 2011) para peserta akan dihantar ke tempat-tempat seperti Dataran Merdeka , KLCC , dll tempat yang berpotensi menjadi 'port' remaja-remaja yang nak 'raikan' tahun baru ni dan akan mengedar risalah kepada mereka .

Seronokkan ? Mari sama-sama mencegah yang mungkar dan dalam masa yang sama mentarbiyyah diri masing-masing . (^_^)

Alhamdulillah , setelah sekian lama , akhirnya dapat juga ana menghadirkan diri lagi ke kelas pengajian Talaqqi bersama AL-FADHIL AL-MUHTARAM AL-'ALIM USTAZ MUHADIR AS-SENARI . 

... Khabar kepadaku tanda-tanda kiamat . Tandanya adalah apabila hamba-hamba telah melahirkan tuannya dan engkau lihat orang-orang yang tidak berkasut , tidak berpakaian , miskin , pengembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggikan binaan ...

Antara pengisian hari ini yang dapat dikongsikan . Moga dapat manfaat .

Wallahu'alam .
0130 , 19 Zulhijjah 1431 ,
Mahallah Zainab Jashy .

24 November 2010

Dirimu Terpelihara .

Dengan namaMu ya Allah , yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .


Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh ... (^_^)

Alhamdulillah , segala puji bagi Allah buat segala yang dikurniakan kepada diri ini . Di sini ingin ana kongsikan pengalaman seorang sahabiah ana . Kejadian ni baru je jadi dalam setengah jam yang lalu ...

Tadi kami pergi AMF hall , kan ada exhibition . Semalam kami dah 'booking' jubah , dan t-shirt muslimah . So tadi kami pergi AMF untuk langsaikan pembayaran . Sebelah booth jubah yang kami pergi tu , ada booth yang jual produk As-Syifa' . Kat situ jugak ada buat pemeriksaan mata dan resdung , PERCUMA .

Kami pun pergilah buat pemeriksaan mata & resdung tu . Lepas dah buat pemeriksaan mata , promoter pun mempromote produk-produk As-Syifa' kat kami (biasala kan , its a job of a promoter) . Next , pergi buat yang resdung pulak . TERpanjang pulak bercerita dengan saudara-saudara yang beri rawatan kepada kami ni . Bila dah habis tu , kami pun nak keluarlah dari 'pondok' rawatan tu . Tiba-tiba , salah seorang 'saudara' tadi , buat sign calling-calling . Means ? Nak nombor telefon ...

Si kawan ni pulak cakapla , takut nak bagi nombor tepon kawan dia , takut kawan dia tak bagi . Then dia pergi tanya kawan dia , "abang tu nak nombor tepon awak" . Last last tau dia suruh balas apa ?

"Cakap saya dah berpunya , dah bertunang ."

Sebenarnya dalam hati , "Ya Allah , selama ni aku tak pernah diganggu oleh mana-mana muslimin . Tak pernah ada muslimin yang berani menegur aku sekalipun . Tapi kali ni ? Mungkinkah akhlakku semakin pudar sifat-sifat yang sepatutnya menjadi pembenteng dari panahan mata lelaki ? Ya Allah , perkukuhkanlah diri ini dengan sifat-sifat muslimah solehah yang sejati yang Allah . Jauhilah aku dari fitnah-fitnah dunia ini ya Allah ."

Hmm ... Memang banyak dugaan dariNya . Jangan fikir bila kita bertudung labuh , kita akan terselamat dari gangguan-gangguan macam ni . Berdo'alah semoga dilindungi Allah . Walaupun pada hakikatnya , memang muslimah yang bertudung labuh ni lebih terselamat dari gangguan-gangguan dari muslimin ... (^_^)

Berdasarkan pengalaman ana sendiri , bila bertudung labuh ni memang ter'pelihara' sikit . Sebab apa ? Walaupun ana akui tak semua muslimah yang bertudung labuh ni memiliki akhlak yang terpuji (macam ana la, banyak lagi akhlak-akhlak yang perlu dibaiki lagi) , tapi mujtama' kita sekarang ni selalu beranggapan yang kami ni (muslimah bertudung labuh) 'baik-baik belaka' . Sebab tu lah kebanyakan muslimin tak berani mengacau atau 'mengorat' orang yang bertudung labuh ni ! (^_^)

So , jom pakai tudung labuh berjema'ah ! SANGAT3x banyak kelebihan !

Wallahua'lam .

p/s : cerita di atas banyak diadaptasi dari beberapa individu yang berbeza . Moga mendapat manfaat !

23 November 2010

Dugaan demi dugaan .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh .

Alhamdulillah , hari ini hampir berlalu , beberapa minit lagi .  Alhamdulillah kerana ana berjaya melalui hari ini ,  walaupun banyak ujian dan dugaan yang dialami . Tapi apapun , sesungguhnya Allah tidak membebani hambaNya sesuai dengan kemampuan hambaNya . Kita sebagai hamba harus yakin dan percaya dengan firmanNya . Dan Allah juga akan memberi ganjaran kepada hambaNya , setimpal dengan apa yang diusahakan .

So back to the topic . Hari ni ana cuma ada arabic class dengan computer je . Incident 'tergempaq' masa kelas arab tadi ; seorang pelajar menangis . Why ? Tak dapat dipastikan main reason dia . Tapi dia menangis lepas ustaz tanya maksud satu perkataan tu . Mesti semua orang akan fikir , dah tak dapat jawab , confirmlah kena marah kan ? And mesti ada jugak yang fikir , mesti budak ni banyak main , sebab tu tak dapat jawab . Siapa kata ???

Frankly speaking , kalau ana yang ditanya pun , memang ana takkan dapat jawab . Bayangkan , ustaz ni nak maksud perkataan arab , dalam arab jugak . Means kan kita ada kamus english-english kan , so ustaz ni kira macam arab-arab laa . The main prob is , kami satu kelas ni bukanlah bekas pelajar-pelajar DQ (Darul Qur'an) atau yang amik subjek arab masa sekolah dulu . Sure kami semua tak tau nak jawab apa . Ustaz ni jugak (rasanya) terasa hati dengan kami sebab dia cakap kami ni bila tanya , semua tak dapat jawab (betapalah sedih + takut masa tu) . Macamanalah kami nak jawab , kalau kami tak tau nak jawab apa ...
Precaution ; study habis-habisan before masuk class .

Next , habis kelas comp petang tadi around 5pm , then singgah AMF hall , ada exhibition . DAN , TERberlakulah pembaziran di situ ... Ana TERbeli sehelai jubah , dan sehelai t-shirt muslimah . Dan sekarang , masih lagi menyusun-nyusun ayat yang sesuai (macam exam time sek rendah dulu) untuk dibentangkan kepada emak (habisla nanti confirm kena brainwash) , tentang sebab musabab TERbeli semua tu .

5.45pm . Baru nak kelam kabut . Sebab tiba-tiba teringat pukul 6.15 ada usrah (PERSIS) . Masa tu jugakla nak beli makan , nak fotostat ta'lifat untuk INDUKSI weekend ni , dan nak bersiap pergi usrah . Bayangkan , masa ada dalam 30minit je lagi ! Then alhamdulillah , selesai usrah . Tiba-tiba teringat , sepatutnya 6.30 tadi ada usrah HELWANI (pepias) ! Dekat pukul 8 baru kelam kelibut hantar mesej kat helwani pepias .
Agak messy kan ?

9.00pm . Meeting dengan ahli-ahli PEPIAS tentang INDUKSI . Asyik cakap pasal induksi je , apa induksi ni ? Induksi ni program untuk ahli-ahli baru pepias . Kira macam kem kepimpinan la , untuk merapatkan ukhuwwah sesama ahli . Habis meeting dalam 10.30pm . Singgah lagi AMF , dengar talk on 'Bicara Siswa' . Membincangkan tentang kepentingan penubuhan 'Rumah Harapan' (untuk remaja-remaja yang terlanjur) .
Bagi antunna antum semualah kan , wajar , atau tak wajar penubuhan rumah tu ?

Next , balik mahallah , and blogging . (^_^)

Kesimpulan yang dapat diambil ; it has been proven right ? Allah tak membebani seseorang , melainkan dengan keupayaannya . Buktinya ? Hari yang ana lalui alhamdulillah dipermudahkan ... Tak adala sampai nak meraung ke , nak terjun bangunan ke , atau nak bunuh diri ke apa kan ?

Additional notes ; ana dengan roomate ana yang sorang ni , selalu berlumba-lumba (walaupun kami tak declare pun yang kami sedang berlumba) . Bukan lumba lari , tapi berlumba-lumba ke majlis ilmu (alhamdulillah) . Kadang-kadang sedih jugak , sebab ada certain majlis ilmu yang ana tak dapat attend , but she can (~_~) . 2nd conclusion ; berlumba-lumbalah dalam ber'amal , bukan dalam menuntut ilmu duniawi sahaja semata ok ? Kenapa ? Sebab ... Kita belajar ilmu duniawi untuk masa depan kan ? Tapi adakah kita pasti , kita akan hidup lagi di 'masa depan' tu ? Tak siapa tahu , kalau esok lusa , bahkan kalau beberapa saat lagi , Allah akan ambil nyawa yang dipinjamkan pada kita kan ?

Wallhu'alam . Renung-renungkan (dan selamat ber'amal) . (^_^)

AMF = Al-Malik Faisal hall .
PERSIS = Persatuan Pelajar Islam Selatan .
PEPIAS = Persatuan Pelajar Islam Selangor .

Muslimah keletihan (^_~) ,
0035 , 17 Zulhijjah 1431 ,
Mahallah Zainab Jashy .

22 November 2010

IlmuNya amat luas .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warohmatullah ... (^_^)

Alhamdulillah , hari-hari yang dilalui terasa lebih tenang (walaupun tak lah begitu tenang , sebab mid-sem exam dah dekat tapi rasa macam tak study apapun) . Moga Allah terus mengurniakan rahmatNya buat hambaNya yang kerdil ini .

Hari ni (sejak petang tadi) terisi dengan pembacaan dari blog seorang ukhti (yang diperkenalkan oleh seorang sahabiyah) yang baru sahaja mendirikan rumah tangga (dalam 5bulan lebih kalau tak silap) . Serba sedikit tentang ukhti ni ; berusia 20tahun , means mendirikan rumah tangga pun dalam umur ni , tak further study (kerana kondisi kesihatan yang tak mengizinkan) dan seorang muslimah yang berniqob . (^_^)

Seronok sangat baca penulisan beliau . Jangan pandang sebelah mata kat ukhti ni , walaupun dia tak further study , penulisannya menunjukkan ukhti ni sangat3x berilmu . Banyak sangat yang ana dapat dari blog beliau . Ketabahan menghadapi dugaan , cabaran demi cbaran yang dihadapi , subhanallah , tabah sungguh !

Melalui pembacaan ana jugak , ana insaf sikit , tentang arah tuju blog ana ni . Ukhti Insyirah cakap , dia lebih suka kalau ada kelainan pada blog seseorang tu . Means 'karya-karya' seseorang penulis tu haruslah 'ori' dan tak diciplak , atau kata omputih 'copy paste' je . Tapi personal opinion ana sendiri , perkongsian itu lebih penting . Tak kisahlah perkongsian tu dari karya yang asli atau di'cetak rompak' . But thats my personal opinion saje ... (^_^)

Lepas ni (after this very second) , insyaAllah ana akan membuat beberapa perubahan (even a little , its better than nothing right? ) Bukan perubahan ke arah persediaan nak kahwin eh . But a change for a better life , and the life after , insyaAllah .

Antaranya , memandu adik perempuan ke landasan yang betul . Bukan dia terpesong ye , tapi sedikit tersasar . Biasalah , we are all human being kan ? Sebab rasanya macam selfish kalau diri sendiri aje yang nak ke arah lebih baik , tapi dalam masa yang sama kita biarkan orang yang kita sayang terkontang kanting sendiri .


Amar ma'ruf , wa nahi mungkar . Sama-sama mengajak ke arah kebaikan .

Next , akan ada perubahan terhadap entri-entri blog selepas ni , insyaAllah . Sebab , innamal 'amalu binniyatt . Setiap 'amal bermula dengan niat . Jadi , niat ana supaya pembaca-pembaca blog (ada ke?) dapat manfaat even sikit pun dari blog ana ni . (^_^)

Ana titipkan link blog ukhti yang ana cerita tadi ; niqobgirl.blogspot.com

Wallhu'alam .

Nurillahee ,
1.50am , Mahallah Zainab Jashy ,
CFS IIUM .

18 November 2010

Wahai Sang Muslimin .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Sebaik-baik Pemberi Ganjaran.


Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai muslimin.
Adakah kau yang tercipta untukku?

Sesungguhnya kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerana jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Duhai muslimin,
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu
Jemput diriku pabila waktunya tiba

Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

"I've leave you for the sake of Allah"

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu pada-Nya
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.

Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus. (Allah Maha Adil) [Hud: 56]

Usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar aku tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya

sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap
Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) [An Nur: 26]

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!

Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti
Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Beruntunglah kamu !

Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu !

Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:

"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:

"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
Yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui [Fussilat:36]

Kamu dan aku adalah intan terpilih.
Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku .
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba.
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharanya.

Sentiasa.
Wallahua'lam.

17 November 2010

Muhasabah Cinta .

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan ...
Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi ...
Muhasabah cintaku ...

Tuhan ...
Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu .

16 November 2010

Realiti Solat di surau/masjid .

Dengan namaMu ya Allah , yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh ...

Alhamdulillah , di atas segala nikmat nikmatNya yang tak terhitung . Masih lagi kita diberi peluang untuk beramal di jalanNya , sebagai persiapan menuju hari yang hampir tiba .

10 Zulhijah 1431 , bersempena dengan hari yang mulia ini , ana ucapkan Selamat Hari Raya 'Aidil Adha buat sahabat sahabiyyah sekalian .

Justeru , pagi tadi dapat menunaikan solat sunat 'aidil adha . Alhamdulillah . Referred to the topic , nak berkongsi sikit , realiti solat berjema'ah di surau/masjid . Ini berdasarkan pengalaman ana sendiri sebenarnya .

1. Bila ada saff di bahagian hadapan yang kosong , masing masing tertengok-tengok , tertoleh-toleh , kiri kanan kiri kanan , jeling-jeling sesama sendiri . Meaning ? Semua orang tak nak mengisi kekosongan tu , sebaliknya mengharap orang lain yang isi .

2. Alhamdulillah kadang-kadang tu ada jugak yang nak penuhkan saff kosong tu , tapi setengahnya rapat ke kiri , setengah lagi rapat ke kanan . Lompong la jawabnya dekat tengah-tengah tu . Masing masing tak nak beralah , fikir diri masing masing betul . Macamana kita nak maju ?

3. Bagi sesetengah kaum ibu , anak-anak kecil diajak duduk bersebelahan walaupun dah diberitahu bahawa saff akan terputus dan akan jadi tak semprna . Ingatlah , kita nak solat , nak menghadap Allah , lupakanlah cinta duniawi buat seketika , yakni anak-anak .

Semoga kita dapat sama-sama muhasabah diri , perbaiki amalan seharian lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan solat . Sesungguhnya Allah tak akan memandang amal seseorang itu sebelum melihat kepada solatnya .

Wallahua'lam .

15 November 2010

Wahai Sang Adam .

Dengan namaMu ya Allah , yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh ...

Wahai Sang Adam ,
Aku sedar aku bukanlah wanita yang telah dijamin untuk menjadi penghuni JannahNya . Namun kupunya permintaan buatmu , agar kau sama-sama membantuku menuju redhoNya ...

Andai kupunya sesuatu yang membuatkan hatimu tertarik , janganlah sekali kali kau mengungkapkan kata cintamu . Kerana aku khuatir kata-kata itu akan membuatkan aku lalai terhadap Dia , yang merupakan cinta pertamaku . Jangan dilafaz , hingga tiba saat kau tahu , dirimu dan diriku telah bersedia . Sesungguhnya sesuatu yang kau tahan kerana haramnya ia , akan Allah beri padamu dengan jalan yang halal .

Jangan kau ungkap kata-kata sayang buatku , atau kepada sesiapa sahaja , melainkan dia sudah menjadi milikmu yang sah . Sebaliknya ucaplah sebanyaknya perkataan dan ayat-ayat cinta , kepadaNya yang lebih mencintaimu .

Ingin aku nyatakan , aku tidak suka akan puji-pujian . Bukan kerana aku seorang yang tiada cacat cela dalam beramal , namun aku sangat bimbang puji-pujian darimu akan mengheret aku ke lembah hina , berpakaiankan sifat riak dan ujub . Sejujurnya aku sedih , saat menerima pujian darimu . Kerana sesungguhnya Dialah yang layak ke atas puji-pujian itu . Jadi ku mohon , berhentilah dari memujiku ! Sebaliknya puja dan pujilah Dia , kerana Dialah yang menjadikan aku seperti ini , hingga membuatkan kau ingin memujiku .

Jangan juga kau buka lorong-lorong yang akan menjurus ke kancah maksiat , sms yang sia-sia , kata-kata yang membuang masa , dan segala apa yang menjurus ke jalan yang dilaknatNya . Carilah redhoNya , dan bukan murkaNya .

Wahai Sang Adam ,

Kuakui , aku pernah terlalai dan terleka , dibuai perasaan yang datangnya dibisik syaitan laknatullah . Namun percayalah , diriku kini sedang sedaya upaya memperbaik diri . Sedaya upaya mendekat padaNya , dan menjauh dari segala yang boleh menjauhkan aku dariNya . Sama-samalah kita perbaiki amal kepadaNya . Moga diampuni segala dosa lalu .

Justeru , terpaksa kukatakan , cintamu dan kasihmu , tak dapat ku dahulukan , kerana cintaNya melebihi segala-gala . Di sini , setingi-tinggi maaf aku ungkapkan , aku tidak akan menerima dirimu walhal sesiapapun , sehinggalah tiba saat ketika , bilamana aku benar benar bersedia . Bersedia dengan ilmu dan amal , sepertimana yang disaran .

Maaf juga kupinta , aku tak mampu untuk berkata-kata , yakni berterus terang denganmu . Kuharap kau memahami hasratku ini . Pertolongan darimu amat kuharap dan akan kusanjung tinggi . Tinggalkanlah aku , lupakanlah aku . Berhentilah menggangguku dengan kata-kata manismu . Kerana andai takdir telah tertulis di Lauh Mahfuz , tiadalah siapa yang dapat mengubahnya .

Biarlah saat dan masa yang menentukan . InsyaAllah , andai ada jodoh antara kita , Allah tentu akan menyatukan . Sesungguhnya kemanisan bercinta selepas pernikahan itu lebih manis , berbanding cinta yang diputik sebelum adanya ikatan suci .

Wahai Sang Adam ,

Saat kau membaca warkah ini , bukan balasan warkah darimu yang kuharapkan . Cukuplah sekadar kau mengerti dan memahami tentang apa yang aku inginkan . Kuharap tiada lagi kata-kata sapaan mesra darimu . Aku seorang mahasiswi , yang punya cita-cita untuk dicapai . Bukan hanya cita-cita duniawi , bahkan juga ukhrawi . Jangan kau masuk ke dalam hidupku , kelak akan punah semuanya .

Setulus do'a dariku , agar kau mampu bersabar , menunggu saat tibanya saat itu .Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar . Padamkan perasaan kasih dan cinta buatku , sebaliknya tingkatkanlah cinta dan kasih buatNya .

Wallahua'lam .
Dari hamba hina bergelar muslimah .

Warkah Buatmu yang Tak Kukenali .

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu buat dirimu yang tidak pernah kukenali . Mungkin juga kita pernah bertemu atau saling mengenali namun biarlah Allah yang menentu segalanya .

Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya kukhususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi.

Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka.

Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih bersifat 'perumahan' kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata.

Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akanku buat 'expressionless face' dan 'cool'. Akan ku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina 'Aisyah R.A "sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang". Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan. Bagaimana akanku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain. Aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntutAllah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku. Aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidakku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, berbagai dalil ku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku.

Aku tertanya-tanya adakah aku berada ditebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan.

Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Ku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, 'woman intuition'ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara'. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku.

Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana_Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Siapapun jua dirimu ,tidak aku ketahui,
Biar tak bertemu didunia fana, moga dipertemu di Jannatul Firdausi
. AMIN.


* Warkah ini tidak dituju khas buat seseorang , sebaliknya ianya umum buat semua. Wallahua'lam .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...