22 October 2010

Random .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh ...

Alhamdulillah , begitu indah peraturanNya . Keputusan peperiksaan dah pun keluar beberapa hari lepas . Sekali lagi alhamdulillah kupanjatkan kepadaNya .

Ana akui , CGPA yang ana peroleh tak mencapai target yang ana sasarkan . Tapi ana bersyukur , kerana ana lebih bertuah berbanding sahabat sahabat yang lain . Ada yang b.i kena repeat level yang sama berbanding dengan ana yang tak perlu attend class b.i lagi untuk sem depan . Alhamdulillah .

Betul lah , peraturanNya sangat indah . CGPA yang tak seberapa , tapi b.i EXEMPTED . Indahlah tu kan ? Takkan Allah nak beri semuanya pada kita ? Mestilah ada yang Dia beri , ada yang tak kan ?

Mungkin dengan CGPA yang ana dapat tu akan buatkan ana lebih bersungguh-sungguh lagi dalam pelajaran . Dan tak mustahil kalau ana dapat lebih dari tu , ana akan malas untuk belajar and be in a comfort zone .

Begitulah cantiknya peraturanNya .

Esok dah kena balik hostel , dan insyaAllah hari Isnin akan bermulalah sem baru yakni semester ke-2 . Do'akan semoga ana akan mendapat sahabat sahabat yang mendorong ke arah kebaikkan , and lecturers whom would make me easier to understand what they are teach about !

New sem , new lecturers , new time-table , new friends and new experiences ! (^_^)

17 October 2010

Petunjuk dariNya .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh ...

Based on my previous post , semua orang tahu , ana menghadapi masalah ; dilemma dengan course yang ana ambil .

Alhamdulillah , setelah ana buat solat istikharah , Allah yang Maha Berkuasa , telah memberi petunjukNya kepada ana yang lemah ini ...

Bermula pada 7 hingga 9 Zulkaedah 1431 (Jumaat-Ahad lepas) , ana telah mewakili sebuah persatuan untuk ke sebuah majlis tamrin , bawah pimpinan ABIM .

Dari program ni ana terus terang , mata ana telah dibuka seluasnya tentang skop kerja dakwah ni . Sesungguhnya tugas berdakwah adalah tugas semua umat Islam sebagai khalifah di muka bumi Allah ini .

Apa itu dakwah ?

Menyuruh kepada yang ma'aruf , dan melarang dari yang mungkar . Ajak kawan kawan pergi solat , ajak kawan buat baik , itu adalah dakwah . Jadi , dakwah hanya tugas ustaz/ustazah sahaja kah ?

Ana bukan sahaja mendapat banyak ilmu dan pengalaman baru daripada tamrin ni , malah ana juga ditakdirkan Allah untuk berkenalan dengan ramai mahasiswi mahasiswi dari course yang sama dengan ana . Dari situ ana dapat banyak input tentang course ana ni .

Jadi insyaAllahu Ta'ala , ana akan kekal dengan course yang sekarang ni . Do'akan semoga hati ini sentiasa yakin dan agar jauh dari penyakit was-was !

p/s : next week dah nak balik uia , ahlan wasahlan kepada sem 2 . (^_^)

13 October 2010

Emotion distraction .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh ...

Gangguan emosi .

Just now ive been go through , read about this career stuff (pada hal asasi pun baru habis 1 sem) .
Especially under my qualification-to-be-have , Information & Communication Technologies .

Seriously , baru je baca satu advertisement about the job that I will deal with (maybe) one day , memang ketaq lutut tak ingat ...

" What kind of job in the world is this ? "

Completely blurred , blanked , zero .

Dah tu , first requirement for most of the advertisement , NATIVE SPEAKER (tu yang tiba tiba terkeluar orang putih ni) . Cakap bahasa sendiri pun kadang-kadang tunggang langgang , inikan pulak foreign language ni .

The scarier thing is , they also ask about our expertation in software lah bagai . Banyak lagilah perkataan perkataan asing kat situ . Perhaps ive no idea about anything related to IT and computer , sebab kat CFS pun baru belajar basic ; Physics , Maths ... But suddenly the question appeared in mind ...

" Do I really wish to pursue on this field ? "

Dan , tiba tiba jugak terlintas keinginan untuk tukar ke course lain .

Fikir . Fikir . Fikir .

Course mana yang senang kat dunia ni ?
Pekerjaan apa aje yang senang kat dunia ni ?

Lagipun memang tiada perkara yang mudah pun kan ?

Ya Allah , Kau berikanlah ketenangan ke dalam diriku ini . Tunjukkanlah dan berikanlah segala perkara yang baik buatku , dan tetapkanlah hatiku dengan perkara yang baik itu .

11 October 2010

Manusia memang tak sempurna .

Dengan namaMu ya Allah , yang Maha Pemurah , lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh ...

" Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
Andai diri tak sehebat Sulaiman..
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusuf,
Jika kasih tak setulus Zulaikha..
Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,
Andai diri tak sekuat Siti Hajar..
Dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah,
Kalau diri tak sesempurna Rasulullah S.A.W. "

Ana mendelete post yang lalu , berdasarkan kata pujangga di atas .

* * * * *
Bila ada yang tak kena , kita kutuk .
Bila ada yang tak berkenan , kita tinggalkan .

Tak sedarkah yang kita pun memang tak sempurna ?

Kita sama-sama manusia yang tak sempurna , jadi kenapa harus demanding ?

Adakah 'sempurna' tu sama dengan ‘terbaik’ ?

Aku bukan cari yang sempurna , tapi aku nak cari yang terbaik .

Terbaik di sini mungkin yang paling kurang kesalahan atau menghampiri tahap sempurna . Kan ?

Semua orang nak yang terbaik bila bercinta sebab nak dibawa melayari bahtera , jadi kita punya hak untuk memilih yang terbaik . Kalau boleh nak kahwin hanya sekali sahaja sebab tu kita jadi demanding .

Kita demanding tanpa sedar kita pun bukanlah menghampiri tahap sempurna tapi dambakan yang seperti itu ?

“Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, iaitu hartanya, keturunannya, kecantikan dan kerana agamanya. Maka utamakanlah yang kuat berpegang pada agama nescaya kamu akan beruntung”.

Melalui ceramah Ustaz Kazim Elias , beliau mengatakan andai kita mencintai seseorang itu kerana kecantikkannya misalnya , kita tak akan dapat menikmati kecantikkan itu . Tapi kalau kita mencintainya kerana agamanya , kita akan dapat banyak nikmat nikmat sampingan yang akan Allah kurniakan .
Itulah gunanya pertunangan .

Pertunangan itu adalah sesi perkenalan sebenarnya .
Sesi mengenali bakal pasangan yang akan kita sehidup semati . Bukan sehidup semati sahaja , tapi insyaAllah sampai ke jannahNya .
Maka gunakanlah tempoh pertunangan itu sebaiknya .
Andai sifat sifat yang si dia miliki tidak menepati ciri ciri Islam , maka putuskanlah .
Tak kanlah kalau si dia dah mula tunjuk belang , panas baran contohnya , kita masih nak jadikan dia sebagai pasangan ?
Mampukah dia membimbing kita , dengan sifat yang ditunjukkan itu ?
Mampukah kita bertahan ?

Itulah pentingnya ilmu .
Kalau ilmu belum cukup , dan diri juga belum bersedia nak pikul tanggungjawab , dalamilah ilmu .
Penuhinya di dadamu .
Janganlah asal dah cukup duit , dah tamat belajar , terus nak kahwin .
Semuanya perlu diambil berat , supaya tak menyesal di tengah jalan .

Diri kita memang dijadikan tidak sempurna bukan ?

08 October 2010

Cinta Itu Pasti .

Remaja selalunya dikaitkan dengan cinta. Agak pelik jika dilihat seseorang yang memegang gelaran remaja tidak mempunyai perasaan ingin bercinta dan dicintai juga tidak ada keinginan untuk berkenal-kenalan (kononnya) dan berhubungan sama ada secara SMS ataupun surat (baru romantik kononnya) dengan sahabat lain yang berlainan jantina.

Adakah Islam membunuh terus naluri cinta ?

Adakah Islam langsung tidak memberi peluang kepada seseorang untuk merasakan perasaan cinta?

Adakah Islam ini terlalu kejam apabila mengekang seseorang itu daripada terjebak dengan percintaan ?
Bukan begitu saudaraku...

Islam adalah agama yang syumul! Segalanya sudah ditetapkan oleh syari'at supaya manusia tidak terus tenggelam pada bisikan dunia. Cinta yang diimpikan semasa remaja cuma fatamorgana yang tidak kekal. Cuma mainan remaja yang dibisik oleh hawa nafsu dan syaitan yang cuba menarik setiap bani Adam untuk bersamanya di neraka.

Cinta remaja sering membuatkan kita menipu diri sendiri. Pada fikiran sebilangan remaja, 'cuma setakat menelefon dan menghantar mesej dan surat bukannya sampai berjumpa berdua-duaan di taman bunga'

Firman Allah S.W.T:

(٣١) وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬

Maksud : Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Sedangkan mendekati zina pun sudah ditegah. Apatahkan lagi berzina!.

Mengapa Allah kata,

'JANGAN' kamu 'MENDEKATI ZINA'?

Mengapa tidak dikatakan,

'TIDAK PATUTLAH KAMU MENDEKATI ZINA'

atau

'TIDAK BAIK KAMU MENDEKATI ZINA'?

Ini kerana Islam telah menegaskan bahawa mendekati zina itu saja sudah haram hukumnya, apatah lagi jika berzina.

Asyik daripada menelefon kekasih pujaan itulah akan menaikkan keinginan nafsu untuk berjumpa dan kemudian ke arah kegiatan-kegiatan yang seterusnya .
 
Ketahuilah sahabat-sahabatku sekalian,

Sesungguhnya terdapat enam perkara yang mendekatkan diri kita kepada zina. Moga kita sama-sama dapat memelihara diri kita dari menghampiri dan kemudiannya melakukan perkara-perkara tersebut yang antaranya :

1. (Melihat) نظرة
-Zina itu bermula apabila seseorang itu tertarik kepada pasangan yang berlainan jantina dengannya

2. (Senyum)فسامهم
-Seterusnya senyuman diukir untukmenarik perhatian masing-masing

3.(Memberi Salam) فسلام
- Salam diberi sebagai tanda memulakan hubungan

4.(Bercakap Kosong) فكلام
-Setelah mengenal hati budi masing-masing, seringkali mnelefon dan menghantar mesej yang semuanya dipenuhi dengan cakap kosong dan angan-angan cinta

5. (Berjanji)فموعدون
- Mula mengikat janji untuk berjumpa untuk mengenali dengan lebih dekat dan melepaskan rindu di hati

6. (Berjumpa) فلقاءون
-Dan satu perjumpaan diadakan berdua-duaan (tiga sebenarnya - yang ketiga makhluk bernama syaitan) maka akan berlakulah zina di mana nafsu tidak mampu menahan amarah, disinilah permulaan zuriat dibuang di longkang-longkang, di celah-celah belukar serta semak samun, di tong-tong sampah, di jalanan dan juga di kaki lima. Di sinilah permulaan tergadai segala kehormatan diri. Disinilah permulaan untuk melepaskan nafsu yang tidak pernah kenal kepuasan dan maruah diri.

Zina bukan sahaja menggadai kehormatan diri malah kehormatan agama, masyarakat dan ibubapa malah merosakkan generasi ummah! Mahukah kamu untuk memalit najis yang hina di muka ibubapa setelah mereka membesarkan kamu ibarat menjaga sebutir permata yang berharga? Mereka juga yang telah bersusah payah melahirkan serta membesarkan kamu dengan menggunakan segala kudrat yang ada. Mereka yang telah banyak berjasa dalam kehidupanmu .

Wahai rakan-rakanku sekalian,

Waktu ini bukanlah masanya lagi untuk kita bercinta. Perjuangan dan perjalanan masih jauh dan kita masih mentah untuk melalui alam percintaan. Percintaan yang sebenar bermula apabila kita mula mahu melangkah ke gerbang perkahwinan.

Carilah cinta yang disandarkan kepada-Nya yang menjanjikan kemanisan di dunia dan kelebihan di akhirat. Sesungguhnya cinta kepada makhluk ciptaan-Nya merupakan satu fitrah yang tidak boleh dielak oleh seseorang yang bergelar manusia. Sedangkan Adam pun berasa sunyi tanpa kehadiran Hawa, bukan?
Apakah yang tidak ada di syurga?

Fikirkanlah tentang ganjaran serta nikmat-nikmat yang bakal menanti kita di syurga yang tiada di dunia sementara kita melawan dari menuruti hawa nafsu kita yang sentiasa mahukan keseronokan yang tidak kekal juga kenikmatan yang tidak berpanjangan.

Wallahumusta'an.

***from iLuvislam.com***

05 October 2010

Kami Hanya Teman .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh .

Kaifal hal ? Alhamdulillah , ana masih diberi kesempatan untuk bernafas di tanggal 27 Syawal ini .

CINTA . CINTA . Dan CINTA lagi .

Cinta sebelum nikah , amat dilarang .
Kenapa ?
Kerana ianya akan membawa kepada penzinaan .
Mula mula yang 'ringan-ringan' , tapi lama lama ...

Jadi , ramailah yang menidakkan andai ada yang mengatakan mereka bercinta .

" Eh , mana ada . Kitorang kawan jelah ."

Kawan ?
Kawan apa yang kena call tiap hari ?
Kawan apa yang ajak keluar setiap weekend ?
Kawan apa yang selalu berdua ke mana saja ?

Rasanya istilah kawan tu tak sesuai untuk diguna . Mungkin orang kata teman tapi mesra . Dibolehkan ke dalam Islam ?

Boleh .
Tapi sesama jantina .
Kenapa kita nak berteman tapi mesra dengan orang yang bukan mahram ?
Sahabat sahabat sejantina kan masih ramai ?

Nak call , nak bergurau senda , berkongsi duka , tak ada masalah .

Tanpa kita sedari , perbuatan dan tingkah laku kita sendiri menggambarkan kita seakan akan ber'couple' . Walaupun lidah menidakkan , tapi hati ? Tepuk dada tanyalah iman .

Nak tau macamana kita mencintai seseorang ? Walau lidah menidakkan ?

Makan tak kenyang , mandi tak basah .
Sentiasa teringat 'kawan' tu , walau tika ber'ibadah ! Na'uzubillah . Waktu ber'ibadah adalah waktu kita dengan Allah , jangan biarkan ia dirampas oleh orang lain !
Namanya sentiasa meniti di bibir .
Saat ini , ternyatalah si dia berada di hati .

Andai itu yang terjadi , beristighfarlah .
Andai benar kita mencintai seseorang , biarlah tempatnya nombor dua di hati kita .
Tempat pertama ??
Allah 'azza wajalla .
Tempat yang nombor dua ??
Si dia , yakni pasangan hidup kita . Yang sah semestinya .
Bukan kekasih , bukan bakal tunang , bukan teman tapi mesra .

Jaraklah diri dengannya , tapi dekatkanlah diri denganNya .
Tak salah berkawan , tapi ada batas dan hadnya .

Jalan penyelesaian ada di depan mata , yakni bernikah .
Tapi sebelum tu fikir dulu ,
Dah sedia nak jadi pasangan yang meringankan dan bukan membebankan ?
Dah sedia nak jadi ibu bapa yang penyabar dan penyayang ?
Dah sedia nak tanggung tanggungjawab yang besar ?
Yang paling penting ,
Dah cukup ilmu nak melayari bahtera kehidupan yang merupakan titian ke akhirat yang baqa' ?

p/s : Lupakan dulu perkara yang kurang penting . Hadapi realiti . Masih adakah hari esok untuk kita ?

02 October 2010

Dilemma .

Dengan namaMu ya Allah , yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh wa ahlan wasahlan wa marhaban bikum .

Alhamdulillahi robbil 'alaamin , semalam ana selamat jugak sampai , fi baiti jannati . Maknanya bermulalah cuti sem ana selama 3 minggu .

Zimah ; Alamak takut betoila nak tunggu result final hari tu . Tak taula result macamana .

Ya Allah , ana juga begitu . Ya robbul 'izzati , Kau berikanlah kepada kami semua keputusan yang baik . Dan andai sebaliknya yang berlaku , Kau temukanlah kami akan hikmah disebalik kejadin itu . Aamiin .

Kerja . Kerja . Kerja .

" Kenapa ambil kos tu ? "
" Kos awak tu susah nak dapat kerja . "
" Emm baik awak tukar kos lain . "
" Kos tu dah ramai dah orang . "

Dan banyak lagi rumours yang didengari . Terpaksa .

ICT . Information and Communication Technologies . Jadi kenapa dengan kos ni ?

Medic .
Dentistry .
Pharmacy .
Engineering .
Subhanallah , hebat .

Kalau Allah sekat rezeki kita , rasanya kos yang hebat hebat ni boleh dapat kerja tak ? Na'uzubillah .
Janganlah sesekali kita lupa , ajal , maut dan rezeki , semua di tangan Allah .

Usaha . Do'a . Dan jangan lupa , tawakkal . Kan itu yang disarankan ?

Semuanya Allah dah atur sejak azali lagi . Siapa kita untuk mempersoal dan mempertikai ?

Ya Allah , cekalkan hatiku dalam mengharungi ujian dan dugaan dariMu . Temukanlah hikmah di sebalik segala kejadian ya Allah .

Study luar negara . Oversea .

Mesir , Jordan , New Zealand .
Hebat sungguh , subhanallah .

Study locally tak hebatkah ? Tak kurang hebat sebenarnya .

Bestnya dapat study oversea .

Jangan lupa , dugaan yang bakal mendatang juga tak kurang hebatnya .
Kuatlah .
Iman yang paling utama .

Study mana mana pun sama jugak . Sekali lagi ,
Usaha , do'a dan tawakkal .

Ingatlah , Allah tak membebani hamba hambaNya . Dan Allah juga akan memberi balasan setimpal dengan usaha hamba hambaNya .

Mata pena dah tumpul .
Perlu diasah lagi .
Pengalaman mengajar kita .

Experience . Its the best teacher .

Wallahu'alam .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...