09 September 2010

Syawal menggamit lagi .

Assalamu'alaikum warohmatullah ...

Alhamdulillah , Hari Kemenangan menggamit lagi . Alhamdulillah ana masih diberi kesempatan untuk merasai hari yang penuh hikmah ini ...

Tapi kita harus ingat , bersederhanalah dalam semua perkara .

Makan jangan lebih lebih .
Berhias jangan lebih lebih .
Hias rumah .
Hias diri yang pastinya .

Usai solat maghrib , tatkala imam bertakbir , tanda hari kemenangan muncul kembali , hati ana terasa ngilu , pedih , sedih . Takut pun ada .

Takut tak dapat istiqomah .
Takut amalan bulan Ramadhan tak dapat diteruskan ke bulan bulan seterusnya .
Takut tak kuat .
Sebab syaitan semua dah dilepaskan .
Kalau time syaitan takda pun kadang kadang goyah , inikan pulak bila ada gangguan dari syaitan .

Ya Allah Kau kuatkanlah hatiku ,
kuatkanlah imanku agar aku tabah dan sabar dalam mengharungi hari hari yang mendatang ...
Gangguan dari syaitan syaitan laknatullah khususnya ya Allah ...
Kau terimalah amalanku yang tak seberapa di bulan Ramadhan yang baru sahaja berlalu ini ya Allah ... Sesungguhnya aku tidak mahu tergolong dalam golongan orang yang Kau campakkan ke nerakaMu ya Allah ...

Sahabat sahabat ana sekalian ,
ana mohon maaf dari antunna antuma semua , agar memaafkan segala khilaf ana sama ada yang ana lakukan dengan sengaja atau tidak sengaja .
Ana juga nak ambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ,

MINAL 'AIDIL WAL FA'IZIN .


Semoga Ramadhan yang baru melabuhkan tirai , dan Syawal yang baru menyingkap tabir , akan membawa dan memberi seribu satu manfaat buat kita semua . Aamiin . (^_^)

08 September 2010

Aku redho akan pemergianmu ...

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokaatuh ...

Alhamdulillahi robbil 'alamin , segala puji pujian bagi Allah s.w.t , akhirnya ana telah redho dengan keberangkatan Ramadhan bulan mulia ini ... Setelah beberapa hari hati ana resah gelisah memikirkan pemergianmu , akhirnya Allah telah membuatkan ana redho dengan hakikat ini .

Usai solat tarawih yang terakhir tadi , Ustaz Abu Bakar bin Omar (Ustaz Ali) yakni antara salah seorang ustaz yang ana pernah berguru dengannya , telah sedikit sebanyak memujuk hati ana dengan tazkirahnya yang tanpa tajuk yang specific sebenarnya . Alhamdulillah , sekali lagi ana bersyukur , kerana ana terpilih .

Terpilih untuk bertarawih buat kali terakhir .
Terpilih untuk mendengar tazkirah yakni peringatan . Sesungguhnya ana hamba yang lemah .
Yang paling penting ana terpilih untuk bersama dengan Ramadhan kali ini .

Terpilih untuk terus menghirup udara Allah .
Hidup di bumi Allah .
Menikmati kekuasaan Allah .
Dan sesungguhnya tak dapatlah ana hitung apa yang Allah beri pada ana . Pada kita semua .

Alhamdulillahi robbil 'alamin .

Namun ana sedih , ana bukanlah hambaNya yang terpilih agar terhindar dari zina hati . Ana akui , itu salah ana sendiri . Ana berdo'a , ana cuba jauhi . Namun sekuat manalah iman ana . Ana lemah . Tapi ana tak akan berputus asa .

Berdo'a dan terus berdo'a . Mengharap dengan penuh pengharapan kepadaNya .

Ya Allah , sesungguhnya Kau Maha Mendengar akan rintihan hamba hina ini . Maka Kau lindungilah aku , peliharalah aku , agar tidak tergolong aku dalam golongan orang yang rugi . Yakni orang yang akan Kau heret ke nerakaMu yang mengerikan itu .

Itu masalah ana dengan Allah . Ana nak kongsi tentang tazkirah tadi . Ustaz memperingatkan tentang mati . Sesungguhnya mengingati itu adalah perlu . Sangat perlu . Ana sentiasa alpa , lalai dan leka .

Ana lupa yang ana tak ada pengetahuan tentang bila Malaikatul Maut akan datang menjemput ana .
Ana lupa yang ana selalu buat dosa dan maksiat .
Ana lupa ana tak cukup bekalan ke akhirat .
Lupa itu semua .

Ana asyik fikir tentang nikmat dunia .
Nikmat yang tak akan kekal .
Nikmat yang tak akan dapat tandingi nikmat yang hakiki .
Yakni syurga Allah .

Yang ana tahu cuma berkata kata .
Itu dan ini .
Namun ana akui , tak semua yang ana lakukan .
Tapi ana tetap cuba .

Cuba buat yang terbaik .
Cuba jadi anak yang solehah .
Jadi muslimah yang sejati .
Hamba yang mendambakan syurgaNya .
InsyaAllah . Do'akan ana . Ana turut do'akan semua .


Sebelum ana undur diri , marilah kita sama sama mentarbiyyah diri . Dengan pemergian Ramadhan , kita harus kuat , melawan bukan sahaja nafsu bahkan syaitan laknatullah . Istiqomahlah kita dengan setiap amal ibadah yang telah kita praktikkan dalam Ramadhan . Moga Allah bersama kita . InsyaAllah .

p/s : Ya Allah ya Tuhanku , kupohon padaMu , agar apa yang kukatakan ini bukanlah hanya kata kata yang sia sia . Kau jadikanlah aku seorang yang mencintaiMu dan kekasihMu , yang menjadikan Al-Quran dan hadis sebagai panduan hidup . Yang sentiasa ingat kepada kematian yang pasti . Yang sentiasa mengingatiMu dan janji janjiMu yakni syurga dan neraka . Aamiin .

07 September 2010

Belajar untuk tabah .

Assalamu'alaikum warohmatullah ...

Ana masih belum pulih lagi ...
Belum pulih dari kesedihan terhadap pemergian Ramadhan ...
Orang cakap kalau cakap saja memang tak guna .
We msut take an action . And i did take the action indeed !
But still , im in misery ...

Ya Allah ya Tuhanku ...
Kau berikanlah ketabahan kepada diriku dalam mengahdapi dugaanMu ...
Dugaan yang dalam pelbagai bentuk ya Allah ...

Persiapan menyambut ketibaan Syawal ?
Ana tidap pasti tentang jawapan kepada persoalan ini .
Saat lagu lagu raya kedengaran di radio ,
ana cepat cepat tukar siaran .
Tak sanggup nak dengar lagu raya yang bagi ana umpama meraikan pemergian Ramadhan ...

Ya Allah ya Tuhanku ...
Kau berikanlah kekuatan bagiku ,
agar aku redho dengan pemergian Ramadhan kali ini ya Allah ...
Kau istiqomahkanlah kami semua ,
agar segala amal ibadah di bulan ini ,
akan berterusan kami amalkan ya Allah ...

Moga Kau pertemukan lagi kami ya Allah ...
Aamiin ya robbal 'alamin .

Ya Allah ,
Jauhilah aku dari cinta duniawi ,
yakni cinta yang melalaikan ,
yang akan mengalpakan aku dari mengingatiMu ya Allah ...
Sebaliknya Kau temukanlah aku dengan hambaMu yang beriman ,
yakni yang mencintaiMu ...
Dan dengan mencintainya , maka lebih cintalah aku kepadaMu ...


p/s : Jauhilah aku dari melakukan maksiat dan dosa ya Allah , dan dari segala jenis zina . Aamiin . (^_^)

05 September 2010

Cintakah kita ?

Assalamu'alaikum warohmatullah ....

Tadi baru habis blog-walking , blog blog muslimin muslimat yang kebanyakannya mantop mantop belaka . Tak ingat macamana boleh dapat link seorang ukhti dari UIA yang agak familiar bagi ana . Buka aja blog dia , ana dapat banyak link ke blog muslimin muslimat yang lain . Alhamdulillah ... (^_^)

Nak dibandingkan blog blog mereka semua dengan blog ana yang serba kekurangan ni , memang macam langit dengan bumi . Banyak pengisian yang ana dapat dari mereka . Rasa sedih pun ada jugak , sebab tak dapat nak hasilkan blog macam yang mereka buat tu .

Tapi tak apa , kita jadikan mereka sebagai contoh .
Yang baik dijadikan contoh , yang sebaliknya jadikan pengajaran .

Di sini ana ada sedikit pengisian buat sahabat semua ...
(copy dari blog orang lain pun sebenarnya ) (^_^)

Kenal Allah tu bukan macam kenal kekasih ...
Kenal kekasih sampai bunyi tapak kaki pun tahu ...
Kenal Allah ni berbeza sangat ...
Kalau manusia kita pernah cintai sampai tak lena malam ...
Tapi kenal Allah ni sanggup mati
Asalkan dapat cintaNya ...
Kenal saja tak cukup , tapi kena CINTA ...
Bila CINTA , tak payah cakap
dah buat dah suruhanNya ...
Bukan kerana disuruh atau dipaksa ,
Tapi kerana CINTA padaNya..
Tapi ,
Sudah buat suruhanNya belum tentu kita mencintaiNYA ...
Tanya dalam hati masing masing ,
Kita kenal ALLAH , betulkah kita cinta pada-NYA ???
Betulkah HATI ni , jantung berdegup kencang ,
menggeletar bila menyebut namaNYA ...?
Cinta Allah cinta luar biasa ...
Setakat bercakap semua orang boleh ,
Setakat mengaji kitab semua orang boleh...
Tapi siapakah yg benar benar merasakan CINTA itu ??
Tepuk dada , tanya hati , tanya iman ...

Cintakah aku kepadaNya ?
SuruhanMu adakala tak dilakukan seikhlaskan hati , larangan pula adakala dilanggari .
Ya Allah Kau ampunilah dosa hambaMu ini ...
Dan peliharalah aku agar tidak terjerumus ke lembah maksiat , zina
dan ke arah yang boleh mengundang murkaMu Ya Allah .
Aamiiin ...

04 September 2010

Surat Ayang untuk Abang ...

Dear Abang ,
Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik kampung. Abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas ... Abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik … cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini …
Kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam…
abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau nape?
harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakkan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?
tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss good morning pun susah.
sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..
kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..
kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri..
kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada..
kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak..
paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe..
jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak..
pesanan ayang...
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

love,
ayang.

  _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _     * * *     _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Dear ayang,
bukan abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang nnti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta..
abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja…lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun..
nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang.. pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..
sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak..
sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu…pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer ..
tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang.. nnti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit.. kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu… biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital..
abang kene tanduk xpe.. jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana….tgk laa sendiri gambar tu..
ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang
love,
abang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...