21 July 2010

Mengingati mati .

SALAM . Few days ago, ive attented an usrah under PERSATUAN PELAJAR ISLAM SELANGOR and one of the topic on that day was SAKARATUL MAUT . So now it will be my pleasure to share something related to the topic with all of you .

Seseorang mukmin itu sepatutnya sentiasa mengingati mati pada setiap hari, ini kerana mengikut Ibn Kathir dalam kitabnya al-bidayah wa an-Nihayah mengatakan bahwa malaikat maut akan menjenguk setiap manusia itu sebanyak 5 kali sehari (mengikut usrah hari tu mereka cakap 30 kali sehari wallahua'lam )  iaitu setiap kali selepas sembahyang fardhu . Oleh kerana rahmat Allah s.w.t maka manusia tidak mampu untuk melihat malaikat maut itu, ini adalah merupakan satu ujian kepada manusia sejauh manakah mereka meyakini dan beriman kepada malaikat . Mengingati kematian ada banyak faedahnya kepada manusia. Antaranya :

* Hati manusia akan menjadi lembut dan akan menerima segala perintah Allah s.w.t dengan penuh keredhan dan keikhlasan .

* Membuatkan manusia akan rajin beramal di dunia ini kerana mereka yakin bahawa segala amalan kebaikan mereka akan memberi faedah kepada mereka setelah mereka mati nanti.

* Manusia akan meninggalkan segala maksiat yang telah ditegah oleh Allah s.w.t kerena mereka yakin segala maksiat yang dilakukan di dunia ini akan mendapat pembalasan dari Allah s.w.t di akhirat nanti.

* Akan memyebabkan manusia akan segera bertaubat dari segala kesalahan yang telah mereka lakukan . Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah dan di manakah nyawa kita akan dicabut oleh malaikat maut.

* Manusia akan merasa cukup dan berpuas hati dengan harta atau rezeki yang halal sambil berusaha lebih untuk mendapat yang lebih baik lagi tapi bukan dengan cara yang haram .

* Menyebabkan manusia akan rajin dan bersungguh-sungguh di dalam menjalankan tugas hariannya . Ini kerana mereka yakin bahawa setiap pekerjaan yang baik dan halal adalah merupakan ibadah dan akan mendapat pahala.

Wallahua'lam .

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...