25 July 2010

Guru Tadika tak percaya Tuhan .

Ada seorang guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan dia pun berfikir bagaimana nak brain wash kanak2 di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya tuhan. Dia menanya soalan soalan yang akan mengelirukan murid murid nya....

Guru tadika : Anak2, nampak tak pen ni. 
Anak2 :
 Nampak cikgu.
 
Guru tadika :
 Pen ada kan.
 
Anak2 :
 
Ada cikgu.
 

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen tu dalam poket dia, kemudian
 bertanya lagi.. 

Guru tadika :
Anak2, nampak tak pen?
 
Anak2 : tak nampak cikgu.

Guru tadika : pen ada tak? 
Anak2 : takde cikgu.
 
Guru tadika:
 Anak2 nampak tuhan tak?
 
Anak2 :
 tak nampak cikgu.
 
Guru tadika :
 tuhan ada tak?
 
Anak2 :
 takde cikgu.
 

Guru tadika sangat gembira sebab tujuan dia nak brain wash otak budak2
 tu berjaya.Tetapi dalam banyak2 budak tu ada seorang budak yang pintar, dan dia mengangkat tangan untuk menanya guru tadika itu.. 

Budak A :
Cikgu boleh saya tanya sesuatu.
 
Guru tadika :
 Boleh, mari ke depan.
 
Budak A :
kawan2 nampak cikgu tak.
 
Kawan2 :
 nampak.
 
Budak A :
cikgu ada kan?
 
Kawan2 : ada.

Budak A : kawan2 nampak otak cikgu tak? 
Kawan2 : tak nampak.

Budak A: cikgu ada otak tak?
Kawan2 : tak de

21 July 2010

Mengingati mati .

SALAM . Few days ago, ive attented an usrah under PERSATUAN PELAJAR ISLAM SELANGOR and one of the topic on that day was SAKARATUL MAUT . So now it will be my pleasure to share something related to the topic with all of you .

Seseorang mukmin itu sepatutnya sentiasa mengingati mati pada setiap hari, ini kerana mengikut Ibn Kathir dalam kitabnya al-bidayah wa an-Nihayah mengatakan bahwa malaikat maut akan menjenguk setiap manusia itu sebanyak 5 kali sehari (mengikut usrah hari tu mereka cakap 30 kali sehari wallahua'lam )  iaitu setiap kali selepas sembahyang fardhu . Oleh kerana rahmat Allah s.w.t maka manusia tidak mampu untuk melihat malaikat maut itu, ini adalah merupakan satu ujian kepada manusia sejauh manakah mereka meyakini dan beriman kepada malaikat . Mengingati kematian ada banyak faedahnya kepada manusia. Antaranya :

* Hati manusia akan menjadi lembut dan akan menerima segala perintah Allah s.w.t dengan penuh keredhan dan keikhlasan .

* Membuatkan manusia akan rajin beramal di dunia ini kerana mereka yakin bahawa segala amalan kebaikan mereka akan memberi faedah kepada mereka setelah mereka mati nanti.

* Manusia akan meninggalkan segala maksiat yang telah ditegah oleh Allah s.w.t kerena mereka yakin segala maksiat yang dilakukan di dunia ini akan mendapat pembalasan dari Allah s.w.t di akhirat nanti.

* Akan memyebabkan manusia akan segera bertaubat dari segala kesalahan yang telah mereka lakukan . Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah dan di manakah nyawa kita akan dicabut oleh malaikat maut.

* Manusia akan merasa cukup dan berpuas hati dengan harta atau rezeki yang halal sambil berusaha lebih untuk mendapat yang lebih baik lagi tapi bukan dengan cara yang haram .

* Menyebabkan manusia akan rajin dan bersungguh-sungguh di dalam menjalankan tugas hariannya . Ini kerana mereka yakin bahawa setiap pekerjaan yang baik dan halal adalah merupakan ibadah dan akan mendapat pahala.

Wallahua'lam .

02 July 2010

Hiduplah sesuka hati .

Hiduplah sesuka hatimu ,

Sesungguhnya kamu pasti akan mati .

Cintai siapa saja yang kamu senangi ,

Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya . 

Lakukan apa saja yang kamu kehendaki ,

Sesungguhnya kamu pasti akan memperoleh balasannya .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...