08 April 2010

Kawal nafsu .

Cerita ini akan berkait dengan watak si A . Cuba gambarkan si A ini sebagai pelajar lelaki biasa , dan penampilan agamanya kurang (dari segi pakaian yang paling jelas) , tetapi dalam masa yang sama dia tak berputus asa dalam membaiki amalan agamanya .

Situasi pertama . Pada suatu petang , A dan kawan-kawan (kaum Adam) berjalan-jalan di sebuah kompleks membeli belah . Seperti kebiasaan persekitaran yang wujud adalah amalan mungkar seperti pendedahan aurat berleluasa . Namun bukan isu itu yang menjadi fokus utama .

Semasa dalam perjalanan membeli belah , kawan A menegur A dengan berkata , " Ala , kau jangan jadi hipokrit la .. rezeki dah ada depan mata , tengok je la , ko pun suka kan ?"...
A hanya diam dan hanya dapat senyum kambing sahaja .

Situasi kedua . Pernah satu ketika A melihat sebuah drama bersiri Korea bersama-sama kawannya (kaum Hawa dalam tempat yang tak boleh menimbulkan fitnah) . Dalam drama itu ada watak heroin dan watak perempuan penggoda yang akan mengganggu hubungan cinta heroin tersebut .

Untuk watak penggoda , maka pelakon itu diperlukan untuk kelihatan seksi , justeru kebanyakan aksesori pakaiannya adalah begitu mencabar nafsu kaum yang bergelar Adam .

Babak pada waktu itu penggoda tampil , tapi bukan dengan pakaian seksi . Apabila penggoda itu tampil , kawan A (kaum Hawa) pun berkata ,"Ha...ni mesti kau suka tengok , sebab perempuan ni memang suka pakai seksi"... dengan nada yang sinis .

A pun menjawab ... "Eh konfem la aku suka , mana ada lelaki normal yang tak tertarik dengan kecantikan wanita" .

Situasi ketiga . Pada suatu hari A bertemu dengan seniornya. A percaya padanya . Dan A senang berkongsi masalah dengannya . A mengatakan padanya bahawa A mempunyai masalah tentang bagaimana untuk mengawal nafsu .

Senior A ini adalah seorang yang amat praktikal dalam agama . Beliau boleh menjadi ustaz , beliau boleh menjadi seorang kapten dalam pasukannya dan beliau juga boleh menjadi seorang kawan yang baik .


Jawapan yang senior itu bagi adalah lebih kurang begini ," Ala rilek la , kau kan lelaki normal . Jangan
bimbang la , selagi mana kau ada perasaan salah ni maka kau masih lagi seorang hamba Allah yang baik . Kau tak perlu mengunci nafsu . Kau kena pandai kawal nafsu . Iman pun turun-naik" .

Daripada ketiga-tiga situasi diatas , apa yang dapat kita simpulkan ?

Apa yang ingin saya bawa disini ialah , manusia itu dibekalkan dengan nafsu dan akal . Manakala iman itu perlu dicari . Jadi bagaimana hubungkait antara ketiga-tiga elemen ini ?

Orang yang pandai menggunakan akal , tapi tanpa bimbingan iman , takkan ke mana . Iman adalah sesuatu yang bernilai , apabila iman itu turun , walaupun kita sedar tentang perbuatan buruk itu , tetapi kita kan lebih cenderung untuk meneruskannya .

Dalam situasi pertama . Kawan si A , beranggapan dengan mengikut hawa nafsu , maka kita takkan menjadi hipokrit . Mungkin maksud dia adalah , jangan disangkal kehendak nafsu . Oleh kerana si A dan kawan-kawannya terdiri dari golongan biasa(bukan golongan ustaz) , maka kawan si A mengeluarkan pendapat sedemikian .

Dalam situasi kedua . Kawan si A (kaum Hawa) , menegur A dengan nada yang sinis . Mungkin dia beranggapan bahawa lelaki yang kurang alim penampilannya memang suka melihat maksiat . Manakala lelaki yang alim , tidak mempunyai nafsu .

Dalam situasi ketigav, senior si A memahami hubungkait diantara elemen akal , nafsu dan iman .

Manusia dibekalkan nafsu . Kita tak boleh menafikannya . Tetapi manusia dibekalkan akal . Dalam masa yang sama tak ramai orang berjaya mengawal nafsu hanya dengan bantuan akal semata-mata .


Akal sepatutnya digunakan untuk mencari hidayah dan taufik agar kemanisan iman dapat dirasa . Apabila iman subur di dalam jiwa , maka ia dapat memandu akal untuk mengawal nafsu  , dan bukannya mengunci nafsu .

Akal tanpa panduan iman , mungkin akan cuba mengatasi nafsu dengan mengunci nafsu . Adakah nafsu ini sesuatu yang buruk dan memang perlu dikunci ? Adakah Allah bagi nafsu kepada manusia hanya untuk dikunci ? Jadi , apakah tujuan dicipta Hawa dari jenis Adam itu sendiri ?

Nafsu itu perlu dikawal . Bukan perlu dikunci . Disini saya tak akan menyentuh bab-bab untuk mengawal atau mengunci nafsu secara terperinci . Tetapi kepada para remaja yang berhadapan dengan masalah nafsu , jangan mudah berputus asa kepada Allah . Allah ada berfirman dalam ayat 53-55 , Surah Az-Zumar yang mana maksudnya , Allah akan mengampunkan dosa-dosa hambanya walaupun dosa itu begitu besar . Dan Allah juga menerangkan tentang cara-cara mensucikan diri (untuk kembali padaNya) , yakni dengan berpandukan wahyu yang diturunkan .

Lihat betapa Allah tidak mahu hambaNya berputus harap dari Nya . Allah bukan sahaja memberi peluang tetapi Allah juga memberi panduan tentang macam mana untuk kembali padanya . Bukankah ini satu motivasi yang paling berharga ?

Begitu untungnya orang Islam mempunyai Tuhan Yang Maha Pengampun !

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...