29 April 2010

Muslims must read this : PEACE ?

Ya Allah kalau korang perasan aku selalu bergambar dengan style peace mcam ni . Ya Allah astaghfirullah betapa jahilnya aku ... Aku baru tahu maksud simbl peace ni di akhir akhir persekolahan tahun lepas . Mungkin ramai antara korang yang masih tak tahu . (tu laa kau fadh , main ikut aja orang buat . tapi maksudnya kau bukan tau)



Simbol PEACE pada 2 jari tangan dan 4 palang dalam 1 bulatan merupakan simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), George W. Bush (Bekas Presiden Amerika) dan Barrack Obama (Presiden Amerika) .



Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati (pertubuhan Yahudi). Tanda “V” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati. Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima) .

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).
 
p/s : sama sama muhasabah diri .

Tanda-tanda kematian menghampiri .

100 hari sebelum hari mati .

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya . Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja .

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil . Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar .

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini . Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat .

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati .

40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar . Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut . Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi , mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika . Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya .

7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan .

3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri . Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis
dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti .

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi . Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam . Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan .

1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya .

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum . Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput
kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula .

p/s : andai kata hari kiamat itu datang lebih awal dari saat kematian , adakah tanda tanda ini dapat dirasai ? wallahua'lam .

25 April 2010

Bila zina lagi mudah dari kahwin .

Petikan dari Dr.Mohd Asri .

Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal.

Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegak yang makruf dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut dan mencegah yang munkar dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya.Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kerenah-keranah yang berbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat ‘nikmat seks’ secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-keranah itu wujud disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.

Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibubapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya.

Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi s.a.w:

Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam ertikata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mee pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya; “kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?”. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya.

Sepatutnya si bapa bertanya: “kau dah ada pasangan ke?”. Lembu tidak termasuk dalam rukun nikah. Apa yang lebih buruk apabila ada pihak yang menjadikan medan walimah sebagai pentas menunjuk-nunjuk kekayaan harta lalu hanya dijemput orang yang ‘berjenama’ dan ditinggalkan saudara-mara, kawan-rakan, jiran-tetangga yang tidak setaraf.

Maka, menderitakan bakal suami-isteri disebabkan keangkuhan keluarga.

Amat baik kursus kahwin jika diuruskan dengan mantap dan betul. Dalam kursus tersebut boleh disampaikan maklumat hukum-hakam nikah yang disyariatkan Allah sehingga generasi muda dapat melihat betapa cantik dan indahnya Islam.

Malangnya, kursus kahwin hari ini seakan projek lumayan untuk mengaut yuran peserta. Bukan sedikit saya terima laporan seluruh negara penceramah kursus kahwin yang berunsur lucah, lawak bodoh serta menggambarkan Islam begitu menakut dan susah untuk difahami dan dihayati. Hukum-hakam diterangkan secara berbelit-belit dan menyerabutkan peserta.

Tok kadi juga selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skema sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya.

Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut “saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut.Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.

Apa yang ingin dijelaskan betapa proses ijab qabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.

Insan mempunyai matlamat hidup, bukan sekadar untuk bertungkus lumus kerana masalah seorang lelaki atau wanita. Walaupun talak itu bukan perbuatan yang baik, namun ia dibenarkan jika terpaksa. Maka Islam mengajar cara-cara yang berbagai demi menyelamatkan rumah tangga dari talak. Jika gagal, Islam juga mengajar talak untuk mengelakkan kezaliman berlaku antara salah satu pihak; suami atau isteri.

Namun , wanita hari ini ada yang terseksa batinnya kerana menunggu proses mahkamah yang kadang-kala memakan masa bertahun-tahun. Bagaimana mungkin isteri yang sudah tujuh lapan tahun suaminya tidak mengambil tahu soal nafkah zahir dan batin tetap disahkan oleh mahkamah bahawa dia masih suami sekalipun isteri berulang meminta dipisahkan.

Jika rumahtangga itu mengundang kedukaan, insan diberi peluang keluar oleh syarak untuk keluar dari daerah itu dengan segera. Malanglah, jika pintu keluar itu dihalang oleh kerenah biorokrasi mahkamah. Hakim barang kali ringan lidahnya menyebut: “kita tangguhkan perbicaraan kerana suami tidak hadir” sedangkan kesan jiwa begitu besar dan berat ditanggung oleh isteri.

Sebenarnya dalam Islam, jalan kepada halal dan kebahagian dibuka dengan begitu luas dan mudah. Dukacita, jika atas nama agama kita menyusahkan jalan yang halal dan dalam masa yang sama ada pula pihak-pihak lain yang memudahkan jalan yang haram. Perlaksanaan agama hendaklah bukan sahaja mendakwa adil, tetapi hendaklah juga kelihatan adil.

22 April 2010

Taubat taubat .

Its not kind of weird if someone talk about taubat , kiamat , insaf and all sort of things . Because as we all know , or maybe just make like theres nothing to worry about , kiamat dah pun dekat .

I bet everyone knows that .

But its just too little amount of people that take it seriously . Emm im one of them maybe . But then i realised and i do make a change . Alil bit though . Its alot of better than nothing kan ?

Its not a big sin to have a dream like ,

"I want to study at oversea"
"I wanna be a doctor"
"I wanna get married with the richest guy ever"
"I wanna have 20 children"

&& all stuff like that . Its really not a big sin . But we just need to make it balance . You know , amal kebaikan , for our bekalan to akhirat . But then (again) , its just to little of people realised this .

Wait wait . Dont point your finger to others that you might think they are sooo bad . Mentang mentang mereka mereka tu tak pakai tudung , huha sana huha sini , then you think you are much much good and better than them ??! Dont you ever think that ! ( but im not saying the opposite way too i mean yang tak pakai tudung tu sangat baik or so)

Actually we must reflect ourself first , before pointing others . We should & must think ,

Sempurnakah solat kita ?
Terjagakah aurat kita ?
Bagaimana hubungan kita sesama manusia ?
Cukupkah amalan kita ?

If not , why should we insulting others ? You yourself pun tak sempurna jadi janganlah nak tuding jari aja pada orang lain . Why not if we just remembering each other so then we could come up with good things together ?

Actually the question is just come up in mind ,

Sempat ke nak masuk ipta ?
Semua orang dah maafkan kesalahan aku ke ?
Aku akan mati dalam iman ke ?
Cukup ke amalan aku ni ?

p/s : minta maaf minta ampun kalau ada terbuat salah & silap .

20 April 2010

Make the conclusion yourself .

10th grade

As I sat there in English class, I stared at the girl next to me. She was my so called "best friend". I stared at her long, silky hair, and wished she was mine. But she didn't notice me like that, and I knew it.

After class, she walked up to me and asked me for the notes she had missed the day before and handed them to her. She said "thanks" and gave me a kiss on the cheek. I wanted to tell her, I want her to know that I don't want to be just friends, I love her but I'm just too shy, and I don't know why.

11th grade

The phone rang. On the other end, it was her. She was in tears, mumbling on and on about how her love had broke her heart. She asked me to come over because she didn't want to be alone, so I did. As I sat next to her on the sofa, I stared at her soft eyes, wishing she was mine. After 2 hours, one Drew Barrymore movie, and three bags of chips, she decided to go to sleep.

She looked at me, said "thanks" and gave me a kiss on the cheek. I want to tell her, I want her to know that I don't want to be just friends, I love her but I'm just too shy, and I don't know why.

Senior year

The day before prom she walked to my locker. "My date is sick" she said; he's not going to go well, I didn't have a date, and in 7th grade, we made a promise that if neither of us had dates, we would go together just as "best friends". So we did. Prom night, after everything was over, I was standing at her front door step! I stared at her as she smiled at me and stared at me with her crystal eyes. I want her to be mine, but she isn't think of me like that, and I know it. Then she said "I had the best time, thanks!" and gave me a kiss on the cheek. I want to tell her, I want her to know that I don't want to be just friends, I love her but I'm just too shy, and I don't know why.

Graduation Day

A day passed, then a week, then a month. Before I could blink, it was graduation day. I watched as her perfect body floated like an angel up on stage to get her diploma. I wanted her to be mine, but she didn't notice me like that, and I knew it. Before everyone went home, she came to me in her smock and hat, and cried as I hugged her. Then she lifted her head from my shoulder and said, "you're my best friend, thanks" and gave me a kiss on the cheek. I want to tell her, I want her to know that I don't want to be just friends, I love her but I'm just too shy, and I don't know why.

A Few Years Later

Now I sit in the pews of the church. That girl is getting married now. I watched her say "I do" and drive off to her new life, married to another man. I wanted her to be mine, but she didn`t see me like that, and I knew it. But before she drove away, she came to me and said "you came!". She said "thanks" and kissed me on the cheek. I want to tell her, I want her to know that I don't want to be just friends, I love her but I'm just too shy, and I don't know why.

Funeral

Years passed, I looked down at the coffin of a girl who used to be my "best friend". At the service, they read a diary entry she had wrote in her high school years. This is what it read:

I stare at him wishing he was mine, but he doesn't notice me like that, and I know it. I want to tell him, I want him to know that I don't want to be just friends, I love him but I'm just too shy, and I don't know why. I wish he would tell me he loved me!

I wish I did too...
I thought to my self, and I cried .

19 April 2010

Salty coffee .

He met her on a party, she was so outstanding, many guys chasing after her,while he was so normal, nobody paid attention to him. At the end of the party, he invited her to have coffee with him, she was surprised, but due to politeness, she promised.

They sat in a nice coffee shop, he was too nervous to say anything, she felt uncomfortable, she thought, please, let me back home. Suddenly he asked the waiter: would you please give me some salt? I'd like to put it in my coffee.

Everybody stared at him, so strange! His face turned red, but, still, he put the salt in his coffee and drank it. She asked him curiously: why you have this hobby? He replied: when I was a little boy, I was living near the sea, I like playing in the sea, I could felt the taste of the sea, salty and bite, just like the taste of the salty coffee. Now every time I have the salty coffee, I will think of my childhood, think of my hometown, I miss my hometown so much, I miss my parents who still living there. Saying that, tears filled his eyes. She was deeply touched. That's his true feeling, from the bottom of his heart.

"A man who can tell out his homesick, he must be a man loves home, cares about home, has responsibility of home," she thought. Then she also started to talk, talked about her faraway hometown, her childhood, her family. That was a really nice talk, also a beautiful beginning of their story.

They continue to date. She found actually he was a man who meets all her demands: he was tolerance, kind hearted, warm, careful...he was such a good guy but she almost missed him! Thanks to his salty coffee!

Then the story was just like every beautiful love story: the princess married to the prince, then they were living the happy life...And, every time she made coffee for him, she put some salt in the coffee, as she knew that's the way he liked.

After 40 years, he passed away, left her a letter which said:

"My dearest, please forgive me, forgive my whole life lie. This was the only lie I said to you, the salty coffee. Remember the first time we dated? I was so nervous at that time, actually I wanted some sugar, but I said salt. It's hard for me to change so I just go ahead. I never thought that could be the start of our communication! I tried to tell you the truth many times in my life, but I was too afraid to do that, as I have promised not to lie to you for anything..Now I'm dying, I afraid of nothing so I tell you the truth: I don't like the salty coffee, what a strange bad taste..but I have the salty coffee for my whole life since I knew you, I never feel sorry for anything I do for you. Having you with me is my biggest happiness for my whole life.

If I can live for the second time, I still want to know you and have you as my whole life wife, even though I have to drink the salty coffee again."

Her tears made the letter totally wet. Someday, someone asked her: What's the taste of salty coffee?

It's sweet. She replied.

Asma'ul Husna II .

ALLAHU Yang mengeluarkan sekelian makhluk dari tiada menjadi ada .
: Barangsiapa yang menbacanya 5000 kali tiap-tiap hari , Insyaallah akan dimurahkan rezekinya , dan jika dibaca 66 kali sampai 66 hari setelah sembahyang fardhu , maka akan menjadi sebutan orang besar dan mendapat kebaikan yang banyak .

AR RAHMAANU Kasih sayang kepada hambaNya di dunia .
: Barangsiapa yang mebacanya tiap-tiap selesai sembahyang fardu sebanyak 100 kali , Insyaallah ia akan terjaga dari sifat lupa dan lalai .

AR RAHIIMU Yang Kasihsayang kepada orang-orang mukmin pada hari Akhir
: Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 100 kali , Insyaallah hatinya akan selalu mempunyai sifat kasih sayang akan sesama makhluk Allah s.w.t.

AL MALIKU Yang Mempunyai Kerajaan
: Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 121 kali kemudian daripada fajar atau tergelincirnya , Insyaallah akan dikayakan dengan sebab atau dengan pintu yang dibukakan Allah s.w.t. baginya .

AL QUDDUUSU Yang Maha Suci
: Barangsiapa yang berzikir dengan khalimat ini pada tiap-tiap hari ketika tergelincir matahari sebanyak 100 kali , Insyaallah akan menjadi bersih hatinya , dan barangsiapa yang berzikir 1000 kali , Insyaallah akan diselamatkan daripada bala .

AS SALAAMU Sejahtera daripada kekurangan
: Apabila dibacakan kepada orang yang sakit kepala sebanyak 121 kali atau 136 kali dengan suara yang sekiranya dapat didengar oleh orang yang sakit dan dengan mengangkat kedua belah tangan , Insyaallah akan disembuhkan dengan khalimatNya selama tidak datang ajalnya atau dikurangkan daripada sakitnya .

AL MU'MINU Yang Mengimamkan hambaNya
: Apabila dibacakan akan khalimat ini sebanyak 136 kali oleh orang yang merasa ketakutan akan sesuatu, maka ia akan merasa aman dari apa yang ditakutkannya, dan apabila dibaca oleh orang yang beriman, maka ia akan bertambah imannya.

AL MUHAIMINU Yang Sangat Menyintai dan Memelihara .
: Barangsiapa yang membacanya 100 kali setelah sembahyang sunat dua rakaat (terutama diwaktu tengah malam), Insyaallah akan dibersihkan zahir dan batinnya dan tetap bercahaya hatinya, dan barang siapa yang membacanya sebanyak 145 kali setelah sembahyang Isyak, Insyaallah akan kuat khafazhnya.

AL'AZIIZ Yang Menyalahkan.
: Barangsiapa yang berzikir sebanyak 40 kali tiap-tiap hari selama 40 hari dan yang lebih baik dibaca setelah sembahyang Subuh, Insyaallah akan dikayakan dan dimuliakan oleh Allah s.w.t. dan tidak dihajatkan dia kepada seseorang dari makhlukNya .

AL- JABBAARU Yang Sangat Gagah .
: Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 206 kali atau 226 kali pada pagi dan petang, Insyaallah tidak akan boleh orang yang zalim dan Allah s.w.t. akan membalas bagi orang zalim itu siksa baginya.

AL MUTAKABBIRU Yang Maha Besar .
: Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 662 kali, Insyaallah orang yang

AL KHAALIQU Yang Menciptakan MakhlukNya .
: Barangsiapa yang berzikir waktu tengah malam sebanyak 731 kali, Insyaallah akan diterangkan hatinya dan dirinya, dan barangsiapa yang kehilangan hartanya atau lama ditunggalkan orang yang dikasihinya, maka bacalah sebanyak 5000 kali, Insyaallah ia akan datang dengan perintah Allah s.w.t..

AL BAARI-U Yang Menerbitkan Makhluk .
: Barangsiapa yang berzikir pada siang hari sebanyak 100 kali, Insyaallah ia akan selemat dari kebinasaan dan tidak akan merasa takut ia didalam kubur, dan barangsiapa yang apabila dibacanya pada malam hari selama 7 malam berturut-turut dan pada tiap-tiap malam dibaca 100 kali, Insyaallah akan disembuhkan segala penyakit dalam tangannya .

AL MUSHAWWIRU Yang Merupakan Makhluk .
: Barangsiapa yang berzikir sebanyak 336 kali atau lebih, maka Insyaallah akan menjadi baik segala perbuatannya atau apa yang dikerjakannya.

AL GHAFFAARU Yang Sangat Mengampuni .
: Barangsiapa yang berzikir 100 kali sambil mengiringi sembahyang Jumaat, Insyaallah zahir baginya akan mendapat keampunan.

AL QAHHAARU Yang Sangat Keras.
: Apabila dibaca tiap-tiap hari dan malam sebanyak 306 kali atau lebih, Insyaallah keluar dari hatinya cinta dunia dan kebesaran barang lain daripada Allah s.w.t. dan zahir baginya pertolongan Allah s.w.t. atas musuhnya, dan barangsiapa yang adanya hajat lalu berzikir 100 kali kemudian mengangkat kedua tangannya dan membuka akan kepalanya, Insyaallah ditunaikan hajatnya .

AL WAHHAABU Yang Sangat Memberi.
: Barangsiapa yang kekal mewiridkannya tiap-tiap hari atau tiap-tiap selesai sembahyang fardhu yang lima waktu sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan dikabul dan hebat baginya kekayaan dan kebesarannya, dan barangsiapa mengekalkan membacanya pada akhir sujud sembahyang dhuha sebanyak 40 kali, Insyaallah dimudahkan baginya kekayaan yang mudah dan hebat.

AR RAZZAQU Yang Sangat Memberi Rezeki.
: Barangsiapa yang mengekalkan membaca tiap-tiap hari 308 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya kepada raja dan pemerintah dan jika mengkehendaki akan dimarahinya itu, maka berhentilah berbetulan orang yang dituntut, dan apabila berzikir 17 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya dan barangsiapa yang berzikir sebanyak 20 hari berturut-turut dan tiap-tiap hari 20 kali pada pagi sebelum makan dan minum, Insyaallah akan diberikan padanya faham yang dalam dan sempurna.

AL FATTAHU Yang Membuka Khazanah Rahmat .
: Apabila dibaca tiap-tiap selesai sembahyang Subuh sebanyak 71 kali dengan tangannya dihantarkan keatas dada, Insyaallah hatinya akan bersih dan bercahaya, dimudahkan segala pekerjaan dan keluar cinta dunia dari hatinya.

AL'ALIIMU Mengetahui.
: Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap setelah selesai sembahyang lima waktu sebanyak 100 kali, Insyaallah akan mendapatkan ilmu ma'rifat dan kasyaf serta iman yang sempurna .

AL QAABIDHU Yang Menggenggam, Menyempitkan Rezeki dan Menguranginya bagi seseorang yang disempitkan.

: Apabila dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan terhindar dari pengancamnya.

AL BAASITHU Maha Melapangkan.
: Apabila dibaca selesai sembahyang dhuha 10 kali, Insyaallah akan diluaskan rezeki dan ilmunya.

AL KHAAFIDHU Yang Menurunkan.
: Apabila diamalkan setiap hari dalam keadaan khusyuk dan bersih (berwuduk) sebanyak 500 kali pasti dijatuhkan martabat musuh atau lawan penentangnya serta dikabulkan hajatnya.

AR RAAFI'U Maha Mengangkat.
: Apabila dibaca setiap hari terutama pada malam hari sebanyak 70 kali, pasti hartanya akan dijaga dari pencuri, perompak, penipuan dan sebagainya.

AL MU'IZZU Maha Menang dan memberi kepada yang dikehendakiNya.
: Untuk menumbuhkan kewibawaan orang banyak apabila dibaca setiap hari sebanyak 140 kali.

AL MUDZILLU Yang Merendahkan atau Menghinakan.
: Apabila dibaca sebanyak 75 kali kemudian sembahyang dan didalam sujud sebutkan namanya yang ditakuti itu, Insyaallah akan aman mereka daripadanya dan apabila dibaca 1000 kali pada tiap-tiap hari selama 7 hari, Insyaallah akan ditolakkan musuh daripadanya.

AS SAMII'U Maha Mendengar.
: Apabila dibaca 500 kali , setelah selesai sembahyang dhuha pada hari Khamis, maka doanya akan ditunaikan oleh Allah s.w.t. dan akan disembuhkan pendengarannya daripada penyakit tuli atau pendengarannya akan menjadi baik.

AL BASHIIRU Maha Melihat .
: Apabila dibaca sebelum sembahyang Jumaat dimulai sebanyak 100 kali pasti fikirannya akan bertambah cerdas dan hatinya akan terbuka .

AL HAKAMU Yang Menetapkan Hukum-hukum MakhlukNya.

: Apabila dibaca setiap malam sunyi serta suci dari hadas dan najis sebanyak 68 kali, Insyaallah akan dijadikan hatinya tempat rahsia dan hikmah ilmu agama.

AL'ADLU Yang Maha Adil.
: Apabila dibaca setelah selesai sembahyang lima waktu 104 kali pasti ia akan menjadi pemutus hukum yang adil dan akan merasa tertarik hati orang lain kepadanya.

AL LATHIIFU Yang Maha Halus.
: Apabila dibaca sebanyak 129 kali atau 130 kali, Insyaallah usahanya atau perniagaannya akan maju dan akan merasa kejayaan dalam pekerjaannya.

AL KHABIIRU Yang Maha Mengetahui atau Waspada.
: Apabila dibaca selama 7 hari dan tiap-tiap hari sebanyak 812 kali, Insyaallah akan datang kepadanya rahmat dengan segala khabar yang dikehendaki.

AL HALIIMU Maha Penyayang dan Penyabar.
: Apabila dibaca sesudah sembahyang 5 waktu sebanyak 88 kali pasti ia akan dipelihara dari pangkatnya, jabatan atau kedudukannya.

AL'AZHIIMU Maha Agung.
: Apabila dibaca setiap hari sebanyak 12 kali maka Insyaallah penyakit akan segera sembuh dan akan terhindar dari kejahatan.

AL GHAFUURU Maha Pengampun.
: Barangsiapa menuliskan atas orang yang sakit demam bacalah sebanyak 3 kali, Insyaallah akan segera sembuhlah ia.

ASY SYAKUURU Yang Sangat Syukur.
: Apabila menuliskan sebanyak 40 kali oleh orang yang sesak nafas atau penat badan atau dhaif mata dan dihapuskannya dengan iri dan sapukan iri itu kepada badannya atau matanya dan diminumkan, Insyaallah akan mendapat berkat.

AL'ALIYYU Yang Maha Tinggi Martabatnya.
: Apabila ditulis pada kertas dan direndamkan pada segelas air (tulisannya sebanyak 110 kali) kemudian airnya diminumkan kepada anak kecil, Insyaallah dia akan menjadi anak yang cerdas dan pandai.

AL KABIIRU Yang Maha Besar.
: Apabila dibaca dalam masa 7 hari sesudah melakukan sembahyang hajat sebanyak 1000 kali setiap malam, Insyaallah akan dikembalikan lagi jabatannya, pekerjaannya selama bukan dipecat kerana kecurangan atau kerana makan hasil rasuah dan lain-lain.

AL HAFIIZHU Yang Maha Memelihara.
: Untuk menjaga keselamatan diri dari binatang buas atau dari hantu malam, dibaca sebanyak 99 kali pasti akan diselamatkan dan terhindar daripada segala gangguan tersebut diatas.

AL MUQIITU Yang menjadikan makanan.
: Untuk melepaskan rasa haus dan lapar dibaca selama terkena penderitaan itu (bacalah sebanyak-banyaknya) Insyaallah akan sembuh.

AL HASIIBU Yang Menghisab atau Menghitung.
: Untuk menguatkan jabatan atau pekerjaan yang dipegangnya apabila dibaca setiap selesai sembahyang Subuh atau sebelum terbit matahari dan petang (sesudah sembahyang Maghrib), Insyaallah akan dijaga kedudukannya/jabatannya atau pekerjaannya. Bacalah sebanyak 777 kali.

AL JALIILU Yang Maha Agung dan Mulia.
: Apabila dibaca setiap pagi (jam 2.30 pagi) sebanyak 73 kali pasti usahanya, pekerjaannya atau kedudukannya akan meningkat dengan sangat menghairankan.

AL KARIIMU Mulia atau Yang Maha Pemurah.
: Barangsiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap kali hendak tidur sebanyak 270 kali atau lebih, maka Insyaallah akan mendapat kemurahan dan kemuliaan dunia akirat.

AR RAQIIBU Yang Maha Mengamati/Mengintai
: Apabila dibaca sebanyak 50 kali pada setiap hari, Insyaallah segala harta dan barangnya akan aman dari kecurian dan lain-lain .

AL MAJIIBU Yang Memperkenankan.

: Apabila dibaca setelah selesai sembahyang Subuh setiap hari sebanyak 55 kali, Insyaallah semua hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t.

AL WAASI'U Maha Luas KepunyaanNya.
: Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 128 kali pasti dilepaskan kesulitannya dan dipelihara dari orang yang hasad.

AL HAKIIMU Yang Maha Bijaksana
: Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 300kali, insyaallah akan menjadi cerdas akal fikirannya sehingga dengan mudah akan menerima ilmu-ilmu apapun.

AL WADUUDU Maha Mencintai orang-orang yang beriman
: Apabila dibaca setiap malam sebanyak 11,000 kali pasti akan dikabulkan segala hajatnya dan akan dicintai orang dan mententeramkan keluarga dalam rumahtangga.

AL MAJIIDU Yang Maha Mulia dan Maha Luhur.
: Apabila dibaca sebanyak 99 kali, Insyaallah semuanya akan terasa aman dan tenteram semua anggota keluarganya.

AL BAA'ITSU Maha membangkitkan makhlukNya dihari kemudian.: Apabila dibaca sebanyak 100 kali dengan tangan diletakkan didada, pasti Allah s.w.t.. akan memberinya lapang ilmu dan hikmah.

ASY SYAHIIDU Maha Menyaksikan.
: Apabila dibaca setiap malam sebanyak 319 kali pasti akan menyedarkan orang atau keluarga selalu menentangnya atau membangkang.

AL HAQQU Maha Besar.
: Apabila dibaca setiap hari, maka Insyaallah keimanannya akan semakin bertambah.

AL WAKIILU Maha Melaksanakan Urusan MakhlukNya.
: Dapat menjaga ketakutan daripada marabahaya seperti bencana banjir, angin ribut, gempa bumi dan lain-lain. Maka banyak-banyaklah membaca khalimah ini dan juga apabila dibaca pada tiap-tiap hari atau malam sebanyak 66 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan baginya pintu kebaikan dan rezekinya.

AL QAWIYYU Ertinya Yang Maha Kuat.
: Apabila dizalimi orang, maka bacalah sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dilepaskan ia daripadanya.

AL MATIINU Ertinya Maha Sempurna KekuatanNya.
: Untuk mengembalikan kekuatan terutama diwaktu dalam pertempuran, dibaca sebanyak-banyaknya (keduanya AL QAWIYYU dan AL QAWIYYU), Insyaallah kekuatan akan pulih seperti semula.

AL HAMIIDU Ertinya Yang Terpuji.
: Apabila dibaca setelah selesai sembahyanh Maghrib dan Subuh sebanyak 62 kali, Insyaallah segala perkataan dan perbuatannya akan selalu terpuji.

AL MUHSHII Ertinya Yang Memperhitungkan setiap amal makhlukNya, dan Membalasnya.
: Apabila dibacakan 20 kali kepada roti atau makanan lainnya kemudian kepada orang yang dikehendakinya,Insyaallah ia akan tunduk.

AL MUBDI-U Ertinya Yang Menzahirkan MakhlukNya.
: Untuk menjayakan segala yang dirancangkan, dibaca setiap hari sebanyak 470 kali, Insyaallah apa yang direncanakan itu akan terwujud atau berhasil dengan baik.

AL MU'IIDU Ertinya Yang Mengembalikan.
: Untuk mengembalikan atau mencari sesuatu yang hilang, dibaca setiap sebelum sembahyang fardhu lima waktu sebanyak 124 kali, Insyaallah dengan kehendak dan izin Allah s.w.t. akan kembali lagi.

AL MUHYI Yang Menghidupkan.
: Apabila dibaca setiap hari sebanyak 58 kali, pasti akan memperolehi kemuliaan dan mengingkat darjatnya berkat nama yang dibaca.

AL MUMIITU Yang Mematikan.
: Apabila dibaca sebanyak 490 kali atau lebih, maka Insyaallah akan dapat menundukkan nafsu dan akan berbuat taat.
AL HAYYU Yang Hidup.
: Apabila dibaca sebanyak 300,000 kali, Insyaallah akan terhindar dari penyakit.

AL QAYYUUM Yang Berdiri Sendiri.
: Apabila dibaca keduanya (Ya Hayyu Ya Qayyuum) setiap hari diwaktu malam yang sunyi sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya dan akan menjadi hartawan dan dermawan serta disenangi kawan dan disegani lawan juga besar kewibawaannya.

AL WAAJIDU Zat yang menemukan apa yang Dia kehendaki.
: Untuk menumbuhkan kepercayaan pada diri sendiri.

AL MAAJIDU Maha Agung dan Mulia.
: Apabila dibaca sebanyak 400 kali tiap-tiap pagi dan petang maka akan terang hatinya.

AL WAAHIDU Mendapat apa yang dikehendakiNya.
: Apabila dibaca setiap ba'da sembahyang lima waktu sebanyak 190 kali dalam masa satu bulan dan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, Insyaallah segala hajatnya akan dikabulkan dan akan diberi keturunan.

ASH SHAMADU Tempat bergantung bagi semua makhlukNya.
: Untuk memohon apa saja yang dihajatkan. Dibacakan sebanyak 313 kali dalam waktu tiga hari (disertai puasa selama tiga hari juga),Insyaallah akan dikabulkan segala macam hajatnya.

AL QAADIRU Maha Kuasa atas segala sesuatu.
: Apabila dibaca sebanyak 200 kali setelah melaksanakan sembahyang sunat dua rakaat ketika dalam keadaan dha'ir, Insyaallah akan mendapat kekuatan.

AL MUQTADIRU Yang Sangat Kuasa.
: Apabila dibaca 100 kali setelah bangun tidur, Insyaallah ia akan mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t.
AL MUQADDIMU Zat yang mendahulukan.
: Untuk menyegarakan apa yang diinginkan, dibaca setiap hari sebanyak 184 kali pasti dengan cepat tercapai apa yang diinginkannya dan barangsiapa yang mewiridkan / membacakan ketika masuk ke medan perang, Insyaallah tidak akan mendapat kemudhratan.

AL MUAKHHIRU Zat yang mengakhirkan.
: Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan pintu taufiq dan taubat baginya.

AL AWWALU Yang terdahulu dengan tiada permulaan.
: Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 37 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya.

AL AKHIIRU Yang kemudian dan tiada berkesudahan.
: Apabila dibaca setiap selesai sembahyang Isyak sebanyak 1000 kali, Insyaallah hatinya akan bersih dan bertambah kebaikan diakhir umurnya.

AZH ZHAHIIRU Maha Nyata.
: Agar terbukanya segala ilmu, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 1106 kali dalam masa satu bulan, pasti akan mendapat ilmu-ilmu yang jarang dimiliki oleh orang biasa.

AL BAATHINU Zat yang Maha Ghaib.
: Untuk ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia baisa, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu lima waktu sebanyak 30 kali, pasti akan dikabulkan ilmu-ilmu yamg jarang dimiliki oleh manusia.
AL WAALIYY Maha menguasai dan mengurus semua urusan makhlukNya.
: Agar terbuka hatinya, dibaca setiap pagi dan petang sebanyak-banyaknya, pasti hatinya akan terbuka atau futuh.

AL MUTA'AALII Yang Maha Tinggi.
: Apabila dibaca tiap-tiap hari siang atau malam sebanyak 541 kali, Insyaallah ia akan mendapat hasil yang baik dan mendapat darjat yang lebih tinggi.

ALBARRU Yang Maha Berbuat Baik.
: Untuk memudahkan apa saja yang diinginkannya, dengan dibaca sebanyak-banyaknya.

AT TAWWAABU Maha Menerima Taubat.
: Untuk mengembalikan kejalan yang lurus, dibaca setiap saat, Insyaallah akan berhasil segala apa yang diinginkan.

AL MUNTAQIMU Zat yang berhak membalas setiap perbuatan dosa dengan azabNya.
: Untuk menolak perbuatan aniaya dari orang zalim, dibacanya sesuadah sembahyang fardu lima waktu sebanyak-banyaknya.

AL 'AFUWWU Yang memberi maaf.
: Baca sebanyak-banyaknya setiap saat supaya disenangi manusia yang kenal padanya.

AL MAALIKUL MULKI Zat yang mempunyai kekuasaan.
: Untuk mengawetkan pekerjaan atau mempertahankan jabatan atau kedudukannya, dibaca setelah selesai sembahyang fardu lima waktu ditengah malam sebanyak 212 kali, Insyaallah akan dijaga dari penjahat yang hasad padanya dalam hal pekerjaan, jabatan atau kedudukan.

DZUL JALAALI wal IKRAAMI Zat yang mempunyai Ketinggian Kemuliaan yang Sempurna.
: Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 65 kali dalam masa satu bulan, Insyaallah akan dipenuhi segala hajatnya.

AL MUQSITHU Yang sangat Adil.
: Apabila dibaca 209 kali atau lebih, Insyaallah akan terpelihara dari was-was syaitan laknatullah dalam ibadah.

AL JAAMI'U Yang Mengumpulkan.
: Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali, Insyaallah akan dikumpulkan segala maksudnya.

AL GHANIYYU Yang Maha Kaya.
: Apabila dibacakan pada orang yang sakit atau mendapat bala dirinya dan orang lain sebanyak 1060 kali, Insyaallah akan segera sembuh dari pemyakitnya.

AL MUGHNII Zat yang memberi kekayaan.
: Apabila dibaca pada tiap-tiap hari sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan memjadi kaya berkat kurniaan Allah s.w.t.

AL MAANI ' U Yang menolak bahaya dan lain-lain.
: Untuk menolak perlakuan orang jahat dan orang zalim. dibacakan setiap ba'da sembahyang sunat Subuh (sebelum fardu Subuh) sebanyak 161 kali, Insyaallah akan selamat dari perbuatan mereka itu.

ADH DHAARU Yang menyampaikan mudharat.
: Untuk menyembuhkan penyakit (yang bertahun-tahun tidak dapat disembuhkan) asma ini dibaca setiap hari sebamyak 1001 kali, Insyaallah dengan izin dan kehendak Allah s.w.t. penyakit tersebut akan segera sembuh.

AN NAAFI ' U Yang memberi manfaat.
: Untuk menyembuhkan penyaklit dan menghilangkan kesusahan, asma ini dibaca setiap hari, Insyaallah akan berhasil. Juga barangsiapa yang berzikir dengan hati ketika jimak dengan isterinya, Insyaallah isterinya itu akan menaruh belas kasihan yang sangat dalam dan akan diberi anak yang soleh.
AN NUURU Yang menerangi.
: Apabila dibaca pada tiap-tiap hari siang atau malam, Insyaallah akan diterangkan hatinya dan anggotanya.

AL BADII ' U Yang menciptakan yang belum wujud sebelumnya.
: Untuk tercapai apa yang telah direncanakannya asma ini dibaca setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 500 kali, pasti akan berjaya apa yang direncanakan.

AL BAAQII Maha Kekal.
: Untuk mengawetkan pekerjaan atas usahanya, baca asma ini setiap saat banyak-banyak, pasti pekerjaannya awet (kekal), jauh dari kerugian dan kejatuhan jumlah, Insyaallah.

AL WAARITSU Yang kembali kepadaNya sekali makhluk.
: Asma ini untuk memajukan usaha apabila dibaca setiap malam sebanyak 707 kali, Insyaallah usaha akan maju.
AR RASYIIDU Yang Memberi Petunjuk.
: Untuk menambah kecerdasan berfikir, asma ini dibaca setiap pagi dan petang.
AS SABUURU Sangat Sabar.
: Barangsiapa yang berzikir sebanyak 100 kali pada tiap-tiap hari sebelum tebit matahari, Insyaallah ia tidak akan dapat bala pada hari itu, juga untuk membangun jiwa besar dan sabar dalam menghadapi segala urusan asma ini dibaca setiap saat terutama dalam menghadapi segala kesulitan masalah apa saja, pasti segala urusan akan berhasil dengan baik.

Asma'ul Husna .

Kita selalu dengar , baca && mostly taram aja baca asal ada bunyi .

Tapi jangan risau . Mari discover sama sama . So lepas ni kalau ada saat saat genting , sampai nak baca bismillah pun agak agak macam tak sempat , bacalah satu nama Allah yang sesuai dengan keadaan korang tu .

Hope it will help .

          * * * * *          * * * * *          * * * * *

Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud :

"ALLAH mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu." - (Surah Al-A'raf:180)
"Katakanlah: "Serulah ALLAH atau serulah AR-RAHMAN. Dengan nama yang mana saja kamu seru. Dia mempunyai al asmaul husna (nama-nama yang terbaik)

"Dialah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al-asmaul-husna (nama-nama yang baik)"- (Surah Thaha:8)

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda :

"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" - Riwayat Bukhari .

18 April 2010

Buat apa pakai tudung ?

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram , bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya , malah maruah wanita mukmin keseluruhannya . Harga diri wanita terlalu mahal . Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki .

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian , ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci . Begitu juga diumpamakan dengan wanita , kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum . Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak .

Alhamdulillah dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung . Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan . Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat .

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai , namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna . Masih lagi menampakkan batang leher , dada dan sebagainya . Ada yang memakai tudung , tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya .

Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini . Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung . Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah , sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita . Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya , malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita . Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita , dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya . Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab .

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias , maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung , tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri . Sombong makin bertambah . Jalan mendabik dada . Terasa tudung kitalah yang paling cantik , up-to-date , sofistikated , bergaya , ada kelas dan sebagainya . Bertudung , tapi masih ingin bergaya .

Kesimpulannya , tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan . Kita tidak merasakan diri ini hina , banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia . Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan .

Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung ? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang . Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas . Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya . Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina , khalwat dan sebagainya .

Nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini . Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam . Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung . Lebih baik tidak bertudung . Mereka rasa lebih bebas lagi .

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam . Walaupun bertudung , perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam . mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka . Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain .

Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam . Kita sebenarnya pendakwah Islam . Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian . Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung . Aurat , wajib ditutup tapi dalam masa yang sama , perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa . Tudung di luar tudung di dalam (hati) . Buang perangai suka mengumpat , berdengki , berbangga , ego , riak dan lain-lain penyakit hati .

Walau apapun , kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim . Samada baik atau tidak akhlak mereka , itu adalah antara mereka dengan Allah . Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung , namun tetap berbuat kemungkaran . Berbuat kemungkaran adalah satu dosa , manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain .

Kalau sudah mula menutup aurat , elak-elaklah diri dari suka bertengka r. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur . Sentiasa bermanis muka . Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan . Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki . Serahkan pada Allah tentang jodoh .

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain . Cuba jangan tinggal sembahyang . Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut . Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi . Buang sikap suka mengumpat , suka mengeji dan mengata hal orang lain . Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam . Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah . Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam .

Dengan ini , orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui  "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya . Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian , kita mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian .  =)

09 April 2010

Skim cepat kaya .

Surah Al-Waqi’ah (سورة الواقعة) adalah surah yang ke-56 dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Surat yang diturunkan selepas Surah Taahaa ini dinamakan dengan Al-Waaqi’ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al-Waaqi’ah yang terdapat pada ayat pertama. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari kebangkitan.

Apa yang hebatnya surah Al-Waqiah ini, dengan amalan membacanya ia memberikan beberapa khasiat dan kelebihan tersendiri.

Sabda Rasulullah SAW:

“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).

“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).

“Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya:

“Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Diantara fadhilah-fadhilah membaca surat Al-Waqi’ah adalah :

1. Jika dibaca setiap malam sebagai wirid, maka tidak akan tertimpa kepapaan.
Rasulullah bersabda :

Man qara’a suratal-Waqi’ati kulla lailatil lam tusibhu faqah, wa suratul-Waqi’ati suratul-gina faqra’uha wa ’allimuha aulada-kum.

Ertinya:

“Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah tiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surat Al-Waqi’ah adalah surat kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu.”

2. Berkata Masruq: “Siapa ingin mengetahui cerita orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian, serta cerita ahli surga dan ahli neraka, penduduk dunia dan akhirat, maka bacalah surat Al-Waqi’ah”. (Tafsir Jamal, Juz IV halaman 269)

3. Imam Ja’far ra. berkata: “Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, atau untuk mencari kebutuhan. Maka Allah Ta’ala mempermudah rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnah, sedangkan fitnahannya kembali pada orang itu”. (Khazinatul Asrar Kubra, hal. 360)

4. Disebutkan dalam Khawashul Qur’an, siapa yang membaca surat Al-Waqi’ah sebanyak 41 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah sesudah sholat Asar sebanyak 14 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Aturan tersebut adalah mujarab. Jika menginginkan datangnya rezeki dari Allah dengan tak terkira-kira datangnya, maka bbacalah surat Al-Waqi’ah selama 40 hari berturut-turut jangan terputus, dan setiap harinya dibaca 40 kali.

5. Dengan mewiridkan surat Al-Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’d Al Mufti mengatakan, bahwa hadist ini shahih.

Rasulullah bersabda:

Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.

Ertinya:

“Barangsiapa (membiasakan) membaca surat Al-Waqi’ah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

p/s : samurians , amalkan lagi tak waqiah ni ? jangan kat hostel aja eh ? =)

Solat Sunat Dhuha .

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata:

“Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya ,” (Riwayat At-Thabarani ).
 
p/s : alang alang terbongkang aja tiap pagi baik buat solat dhuha =)

08 April 2010

Kawal nafsu .

Cerita ini akan berkait dengan watak si A . Cuba gambarkan si A ini sebagai pelajar lelaki biasa , dan penampilan agamanya kurang (dari segi pakaian yang paling jelas) , tetapi dalam masa yang sama dia tak berputus asa dalam membaiki amalan agamanya .

Situasi pertama . Pada suatu petang , A dan kawan-kawan (kaum Adam) berjalan-jalan di sebuah kompleks membeli belah . Seperti kebiasaan persekitaran yang wujud adalah amalan mungkar seperti pendedahan aurat berleluasa . Namun bukan isu itu yang menjadi fokus utama .

Semasa dalam perjalanan membeli belah , kawan A menegur A dengan berkata , " Ala , kau jangan jadi hipokrit la .. rezeki dah ada depan mata , tengok je la , ko pun suka kan ?"...
A hanya diam dan hanya dapat senyum kambing sahaja .

Situasi kedua . Pernah satu ketika A melihat sebuah drama bersiri Korea bersama-sama kawannya (kaum Hawa dalam tempat yang tak boleh menimbulkan fitnah) . Dalam drama itu ada watak heroin dan watak perempuan penggoda yang akan mengganggu hubungan cinta heroin tersebut .

Untuk watak penggoda , maka pelakon itu diperlukan untuk kelihatan seksi , justeru kebanyakan aksesori pakaiannya adalah begitu mencabar nafsu kaum yang bergelar Adam .

Babak pada waktu itu penggoda tampil , tapi bukan dengan pakaian seksi . Apabila penggoda itu tampil , kawan A (kaum Hawa) pun berkata ,"Ha...ni mesti kau suka tengok , sebab perempuan ni memang suka pakai seksi"... dengan nada yang sinis .

A pun menjawab ... "Eh konfem la aku suka , mana ada lelaki normal yang tak tertarik dengan kecantikan wanita" .

Situasi ketiga . Pada suatu hari A bertemu dengan seniornya. A percaya padanya . Dan A senang berkongsi masalah dengannya . A mengatakan padanya bahawa A mempunyai masalah tentang bagaimana untuk mengawal nafsu .

Senior A ini adalah seorang yang amat praktikal dalam agama . Beliau boleh menjadi ustaz , beliau boleh menjadi seorang kapten dalam pasukannya dan beliau juga boleh menjadi seorang kawan yang baik .


Jawapan yang senior itu bagi adalah lebih kurang begini ," Ala rilek la , kau kan lelaki normal . Jangan
bimbang la , selagi mana kau ada perasaan salah ni maka kau masih lagi seorang hamba Allah yang baik . Kau tak perlu mengunci nafsu . Kau kena pandai kawal nafsu . Iman pun turun-naik" .

Daripada ketiga-tiga situasi diatas , apa yang dapat kita simpulkan ?

Apa yang ingin saya bawa disini ialah , manusia itu dibekalkan dengan nafsu dan akal . Manakala iman itu perlu dicari . Jadi bagaimana hubungkait antara ketiga-tiga elemen ini ?

Orang yang pandai menggunakan akal , tapi tanpa bimbingan iman , takkan ke mana . Iman adalah sesuatu yang bernilai , apabila iman itu turun , walaupun kita sedar tentang perbuatan buruk itu , tetapi kita kan lebih cenderung untuk meneruskannya .

Dalam situasi pertama . Kawan si A , beranggapan dengan mengikut hawa nafsu , maka kita takkan menjadi hipokrit . Mungkin maksud dia adalah , jangan disangkal kehendak nafsu . Oleh kerana si A dan kawan-kawannya terdiri dari golongan biasa(bukan golongan ustaz) , maka kawan si A mengeluarkan pendapat sedemikian .

Dalam situasi kedua . Kawan si A (kaum Hawa) , menegur A dengan nada yang sinis . Mungkin dia beranggapan bahawa lelaki yang kurang alim penampilannya memang suka melihat maksiat . Manakala lelaki yang alim , tidak mempunyai nafsu .

Dalam situasi ketigav, senior si A memahami hubungkait diantara elemen akal , nafsu dan iman .

Manusia dibekalkan nafsu . Kita tak boleh menafikannya . Tetapi manusia dibekalkan akal . Dalam masa yang sama tak ramai orang berjaya mengawal nafsu hanya dengan bantuan akal semata-mata .


Akal sepatutnya digunakan untuk mencari hidayah dan taufik agar kemanisan iman dapat dirasa . Apabila iman subur di dalam jiwa , maka ia dapat memandu akal untuk mengawal nafsu  , dan bukannya mengunci nafsu .

Akal tanpa panduan iman , mungkin akan cuba mengatasi nafsu dengan mengunci nafsu . Adakah nafsu ini sesuatu yang buruk dan memang perlu dikunci ? Adakah Allah bagi nafsu kepada manusia hanya untuk dikunci ? Jadi , apakah tujuan dicipta Hawa dari jenis Adam itu sendiri ?

Nafsu itu perlu dikawal . Bukan perlu dikunci . Disini saya tak akan menyentuh bab-bab untuk mengawal atau mengunci nafsu secara terperinci . Tetapi kepada para remaja yang berhadapan dengan masalah nafsu , jangan mudah berputus asa kepada Allah . Allah ada berfirman dalam ayat 53-55 , Surah Az-Zumar yang mana maksudnya , Allah akan mengampunkan dosa-dosa hambanya walaupun dosa itu begitu besar . Dan Allah juga menerangkan tentang cara-cara mensucikan diri (untuk kembali padaNya) , yakni dengan berpandukan wahyu yang diturunkan .

Lihat betapa Allah tidak mahu hambaNya berputus harap dari Nya . Allah bukan sahaja memberi peluang tetapi Allah juga memberi panduan tentang macam mana untuk kembali padanya . Bukankah ini satu motivasi yang paling berharga ?

Begitu untungnya orang Islam mempunyai Tuhan Yang Maha Pengampun !

05 April 2010

Teman tapi mesra .

Ungkapan ini sering kedengaran di bibir anak muda , tetapi kadangkala mengelirukan bagi sesetengah pihak , namun yang pasti ia merujuk kepada perhubungan antara lelaki dan perempuan .

Berkawan tidak salah , bahkan digalakkan kerana ia selaras dengan fitrah dan membawa banyak manfaat sehinggakan dapat membuatkan hidup lebih ceria . Cuma , berwaspada apabila kawan lebih daripada had , terlalu rapat dan intim , malah sanggup mengorbankan harga diri .

Justeru , Islam menasihati umatnya sentiasa memelihara kesopanan dan tata cara sepanjang masa , terutama apabila bersosial dan berkawan , supaya kebaikan terjaga .

Ulama tersohor , Sheikh Yusuf Al-Qaradawi , berkata hubungan di antara lelaki dan wanita tidak ditolak secara keseluruhan . Bagaimanapun , beliau menggariskan beberapa syarat hubungan di antara kedua-dua jantina terbabit , dengan saling merendahkan pandangan dan memastikan tiada pandangan yang disusuli nafsu . Menurutnya , wanita Islam juga patut prihatin terhadap kod pakaian Islam , yang menutupi seluruh badan , tidak ketat dan menggambarkan bentuk badan .

“Akhlak yang umum sepatutnya diamalkan . Dalam perkataan lain , seorang wanita sepatutnya serius dalam ucapan dan tertib cara berjalan dan melawan godaan syaitan . Tiada wangian dipakai dari rumah . ”

Nabi s.a.w bersabda , maksudnya : “Mana-mana wanita yang memakai wangian dan kemudian berjalan melalui sekumpulan lelaki dan mereka mencium wangian itu , dia adalah penzina .”

Al-Qaradawi juga berkata ,  lelaki dan wanita (bukan mahram) tidak dibenarkan bersama di satu tempat yang tiada lelaki lain . Bagaimanapun , perkembangan mutakhir mendapati fenomena memiliki teman istimewa kian menjadi-jadi , seolah-olah ia suatu kebiasaan .

Namun , apabila teman terbabit berkelakuan di luar jangkaan , timbullah keburukan, malah bagi pelajar prestasi pelajaran merosot , selera makan menurun , bahkan untuk hidup pun tidak bersemangat .

Bekas Presiden Masyarakat Islam Amerika Utara (ISNA) , Dr Muzammil Siddiqi , berkata Muslim memang sepatutnya mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang , lelaki dan wanita , di sekolah , tempat kerja dan kawasan kejiranan .

“ Tetapi Islam tidak membenarkan mengambil orang bukan mahram sebagai kawan rapat kerana hubungan seperti itu kerap membawa perkara haram . “ Ini memungkinkan mereka melakukan dosa atau menghabiskan banyak masa bersama ,” katanya sambil mengemukakan ayat 25 Surah an-Nisa sebagai satu hujah atas dakwaan berkenaan .

Perhubungan intim yang membawa kepada pertemuan sosial atau ‘dating’ boleh mengundang pelbagai mala petaka , seperti rogol , pembunuhan dan persundalan . Fenomena itu mula bercambah ketika muzik Barat mula memekik dari kereta dan pasangan muda berpegangan tangan di kafeteria . Malah , seks sebelum perkahwinan menjadi suatu fenomena yang semakin menjadi-jadi sejak era revolusi seks 1960-an .

Jurnal Persatuan Perubatan Amerika ada melaporkan , peningkatan bilangan gadis mengadakan pertemuan sosial , berisiko berdepan dengan kekejaman , hamil , penderaan , bahaya tingkah laku seksual dan membahayakan diri . Berikutan itu , ramai di kalangan gadis menderita secara senyap , tidak memberitahu sesiapa kerana takut atau malu .

Oleh itu Islam menasihati umatnya berwaspada apabila bersosial dan jangan sampai merugikan diri dan keluarga . Hakikatnya berkawan tidak salah tetapi jika melanggar nilai agama lebih-lebih lagi bertemu dan berdua-duaan , ia dilarang sama sekali .

Sheikh Ahmad Kutty, dari Institut Islam Toronto , Kanada , berkata pertemuan sosial tentu tidak dibenarkan . Menurutnya , Islam melarang umatnya berdua-duaan dengan pasangan berlainan jantina kecuali hubungan persaudaraan atau perkahwinan .

“Tidak dibenarkan menurut kehendak nafsu secara bebas , bergaul sembarangan dan bercampur dengan kawan berlainan jantina ,” katanya .
Nabi Muhammad s.a.w menegaskan : “Apabila seorang lelaki dan wanita duduk bersama mereka ditemani teman ketiga (yang membisikkan kejahatan kepada mereka) .”

Katanya , Allah memerintahkan kita bukan saja menahan diri daripada zina tetapi menjauhi daripadanya .
“Menurut hukum ahli fiqah , perkara yang membawa kepada haram juga diputuskan haram . Justeru , apabila pertemuan sosial itu membawa kepada dosa , ia diputuskan haram .

“Jika untuk mengetahui wanita terbabit bagi tujuan perkahwinan , ia dibenarkan tetapi tertakluk kepada etika Islam ,” katanya.



p/s : theres a lot of people ; same gender in this world that we can make friend with . If there're not , maybe you have no gender at all i guess . =)

02 April 2010

Menjaga pandangan .

Dalam bergaul dengan lawan jenis kita dilarang untuk saling berpandangan dalam waktu yang lama . Apalagi dengan pandangan yang mengandung unsur menggoda .

Allah berfirman : “ Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman :  "Hendaklah mereka menahan pandanganya , dan memelihara kemaluannya ; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka , sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat . Katakanlah kepada wanita yang beriman : "Hendaklah mereka menahan pandangannya , dan kemaluannya , dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya , kecuali yang (biasa) nampak dari padanya" (QS. 24 : 30-31).

Jadi sekilas-sekilas saja kita memandang lawan jenis ketika berbicara . Tidak perlu dengan menundukkan kepala . Sebab sukar juga kita berbicara kalau sama sekali tidak melihat lawan bicara kita . Bukankah dalam berbicara kita juga perlu memperhatikan gesture (body language) dari lawan bicara supaya komunikasi menjadi lebih efektif ?
Menjaga pandangan juga perlu dilakukan bagi wanita , sebagaimana hadis berikut : suatu ketika Ummi Salamah ra berkata : Ketika saya dengan Maimunah ada di sisi Rasulullah SAW tiba-tiba masuk ketempat kami Abdullah bin Ummi Maktum , kejadian itu sesudah ayat hijab yang diperintahkan kepada kami .

Rasulullah bersabda : "Berhijablah kamu daripadanya". Kami menjawab , "Ya Rasulullah bukankah ia seorang yang buta tidak melihat dan tidak mengenal kepada kami ?" Kemudian baginda menjawab , "Apakah kamu juga buta , tidakkah kamu melihat padanya?" . Dari kisah ini kita mendapati bahawa Rasulullah meminta kepada para wanita untuk menjaga pandangannya , walaupun terhadap lelaki buta .

Lalu apa sahaja hikmah dari perintah menahan pandangan ? Salah satunya adalah menjaga diri dari perilaku tercela . Sesungguhnya , mata kita adalah gerbang kepada maksiat . Siapa sahaja yang kurang mampu menjaga pandangannya dari sesuatu yang diharamkan , maka sedikit demi sedikit ia akan terjerumus ke dalam jerat syaitan . Bermula dari mata , kemudian kaki berpindah ingin mendekat dan seterusnya , hingga akhirnya sangat mungkin akan menjerumuskan manusia kepada perzinaan .

Zina adalah dosa besar , yang bukan hanya dimurkai Allah , namun akibatnya pun akan dirasakan sang pelaku dan orang-orang di sekitarnya selama di dunia . Penyakit AIDS yang akan membunuh seseorang secara perlahan-lahan dalam kelemahan dan keterasingan , hanyalah salah satu akibat dari perbuatan yang keji ini .

Menjaga pandangan bukanlah hal yang mudah dilakukan apalagi bagi kita yang hidup di zaman moden seperti ini . Lihatlah ke kiri , kanan , depan dan belakang kita , lawan jenis senantiasa mengelilingi ? Tidak hanya di pusat-pusat keramaian , di dalam pengangkutan awam sahaja, campur baur dengan berlawanan jenis pun tak dapat dihindarkan . Bahkan ketika duduk di rumah sahaja , menahan pandangan tidak kalah susahnya . Hiburan , majalah dan televisyen menyuguhkan pemandangan yang dapat membuat hati tergelincir kerananya .

Tidak hairan , ibadah kita sering terkontang-kanting . Bacaan Al-quran kita tunggang terbalik . Berdoa pun susah untuk khusyuk apalagi sampai dapat mengeluarkan air mata penyesalan kerana tidak mentaati perintah-Nya . Kerana hal ini pula , menuntut ilmu menjadi sebuah pendakian yang sangat sukar .

Sahabatku yang dirahmati Allah SWT , ketika kita tidak mampu menjaga pandangan , sehingga pandangan kita menjadi liar , maka tidak boleh tidak hal tersebut akan mengikis secarik iman yang tumbuh dalam hati kita . Iman itu tidak hilang dengan tiba-tiba dan serentak , namun perlahan-lahan serta sedikit demi sedikit . Pada kenyataannya pandangan terhadap berlawanan jenis yang tak halal , menjadi media paling efektif untuk menghilangkan keimanan dari dalam diri kita .

Ia adalah salah satu senjata syaitan yang sangat ampuh . Dalam Surat An-Nisaa ayat 118 , syaitan laknatullah menegaskan komitmennya , "Aku benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba Engkau bahagian yang sudah ditentukan untuk aku " . Ertinya , sebagaimana sebuah riwayat menuturkan bahawa pandangan adalah panah-panah syaitan , sedang syaitan itu tak menginginkan apapun dari manusia selain keburukan dan kebinasaan . Maka penjagaan kita terhadap pandangan mata menjadi satu kunci pokok menuju keselamatan .

Memang , dalam keadaan tertentu kita diperbolehkan memandang berlawanan jenis , seperti dalam proses belajar mengajar , jual beli , perubatan , mahupun persaksian . Walaupun demikian , taburilah selalu hati kita dengan firman Allah yang menjanjikan kemuliaan dan darjat yang tinggi bagi orang-orang yang mampu menjaga diri dari hal yang diharamkan-Nya .

Wallahua'lam bissawab.

01 April 2010

Kesalahan dalam bertudung .

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja .

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek .

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya .

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya .

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja . Tidak di sekitar rumah , pasaraya dan sebagainya .

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung .

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul , leher , tengkuk dan dadanya .

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT ertinya :

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya , dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR .” (an-Nur: 31)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki . Samada menyanyi mahupun bernasyid .

Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya , seribu mata lelaki yang memandangnya . Kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang . Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu , walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan .

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)

Na'uzubillahi min zaalik .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...