30 March 2010

Nampak alim tapi hampeh ?

Untuk membuat penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil bukanlah mudah . Dalam kehidupan ini ramai orang selalu membuat kesimpulan daripada penampilan atau faktor luaran yang mereka lihat semata . Penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil berbeza dengan sangkaan baik . Umpamanya , apabila kita melihat mereka yang kuat bersolat , atau berpuasa maka sudah pasti kita wajar bersangka baik terhadapnya .

Namun dalam masa yang sama kita tidak akan membuat kesimpulan bahawa dia adalah pasti ahli syurga , atau pasti orang yang kuat berpegang dengan agama , atau seorang yang soleh . Ini kerana solat dan puasa memanglah amalan yang baik dalam Islam , tetapi Islam bukan sahaja berkaitan soal solat dan puasa , sebaliknya Islam merangkumi pelbagai sudut kehidupan .

Jika dia kuat solat dan puasa , tetapi dalam masa yang sama kuat memaki dan mencerca orang , atau menderhakai ibubapanya , atau tidak amanah , atau menzalimi orang lain dan seumpamanya , maka dia bukannya orang yang soleh dalam ertikata sebenar dalam Islam .

Tidakkah kita selalu membaca hadis :

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka : “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda : “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat , puasa , zakat , juga dia pernah memaki seseorang , menuduh seseorang , memakan harta seseorang , menumpah darah seseorang dan memukul seseorang . Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya . Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim) .

Jadi , kalau orang berperwatakan alim pun belum tentu lagi merupakan ahli syurga , apalagi orang orang kat luar sana yang dah terang terang & tak payah suluh suluh pun kita nampak mostly through their dressing . Pakaian pun dah confirm tak cukup kain . Ada pulak yang pakai sampai melekap kat badan ( ketat lah ) . Lagi lah kita tak jamin kan ?

The conclusion is , perkara yang wajib mesti kita buat dulu ( tutup aurat mostly yang diabaikan ) selain solat , puasa & etc . Kemudian orang akan tengok perlakuan pulak contohnya macam adab kita , sopan-santun ( eh asal macam terasa jep ) , hubungan dengan ibu bapa dan keluarga dsb .

My opinion : " Dont judge the book by its cover " rasanya dah tak sesuai untuk diguna pakai pada zaman sekarang ni . Kalau dah terang tang tang free hair , tak semestinya solat , puasa dijaga ye tak ? Sebab , tutup aurat tu pun satu kewajiban . Get me ?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...