27 March 2010

Manisnya Bersahabat Setia .

Memiliki persahabatan yang jujur dalam erti kata yang sebenar adalah nikmat kehidupan .Namun , ia sebenarnya sukar untuk diperoleh secara luas di alam maya ini melainkan dalam sejarah kehidupan golongan yang beriman dalam makna yang sebenar .

Bahkan Nabi Muhammad saw menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan kerana Allah semata-mata maka dia akan dapat mengecapi kemanisan iman .

Sabda baginda ;

" Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka diamendapati kemanisan iman . Pertama , hendaklah Allah dan rasulnya lebih dicintai mengatasi selain kedua-dua .  Kedua , hendaklah dia mencintai seseorang , tidak dia cintainya kecuali kerana Allah . Ketiga , hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka " .
( riwayat al-Bukhari danMuslim )


Manisnya tebu tidak dapat digambarkan dengan perkataan buat sesiapa yang tidak pernah merasanya . Manisnya iman , hanya pemiliknya sahaja yang dapat mengecapi kenikmatan dan kekhusyukkannya . Dalam tiga ciri tersebut , baginda saw nyatakan bahawa mencintai seseorang hanya kerana Allah , akan terasalah manisnya iman . Indahnya kemanisan man hanya pemiliknya sahaja yang faham .



Dipetik dari , Mengemudi Bahtera Perubahan Minda oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin .

1 comment:

  1. uhkti..maksih y atas berbagi ilmunya..,mmg y, org berkata tdk smpit lubang jarum bgi 2 org yg besahabt..,bersahabt mmerlukan kesetiaan, asalkan jangan sampai kesetiaan kpd shbat melupakan kesetiaan nya kepd Nya...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...