26 March 2010

Lets get married !

Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita .
Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki .

Jadi , janganlah cepat sangat kita semua menilai atau menerima seseorang . Baru dua tiga kali terserempak , dah kata orang tu soulmate kita . Ada pulak yang cakap saja nak try try before betul betul kahwin . ( boleh pulak main try try ek ? ingat fitting room ape ? )

Dan ini , antara sifat-sifat calon suami yang baik :

1 . Kuat amalan agamanya . Menjaga solat fardhu , kerap berjemaah dan solat pada awal waktu . Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan . Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan . ( so kalau yang suka pakai seluar pendek , faham faham ajelah ye )

2 . Akhlaknya baik , iaitu seorang yang nampak tegas , tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur . Pertuturannya juga mesti sopan , melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia .

3 . Tegas mempertahankan maruahnya . Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya .

4 . Amanah , tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan .

5 . Tidak boros , tetapi tidak kedekut . Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana (kalau nak topup pun , tengok tengok jari , aiiyoo susah la ).

6 . Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap (ini tidak , pantang tengok perempuan dahi licin ) .

7 . Pergaulan yang terbatas , tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian .

8 . Mempunyai rakan pergaulan yang baik . Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama .

9 . Bertanggungjawab . Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya (yang hantar parents kat rumah orang tua , jangan terkejut kalau anak kau orang pun akan buat benda yang sama ) .

10 . Wajah yang tenang , tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan ( Alhamdulillah , seronok dapat suami macam ni ) .

Namun sebelum itu , kita sebagai wanita sendiri perlu mengubah atau muhasabah diri kita sendiri . Tak kan lah kalau kita solat 5 waktu pun boleh main skip sip , tapi bermimpi nak suami yang soleh kan ??
Renung-renungkan .

Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...