31 March 2010

Discover the scene behind the April Fool's day .

SETIAP kali muncul tarikh 1 April , rakyat negara ini termasuk umat Islam beriya-iya menyambut ‘April Fool’ dengan menggemparkan sanak saudara dan rakan taulan .

Selain `Hari Valentine’ yang sudah sinonim dengan masyarakat Islam negara ini tetapi lebih kepada soal berkasih- sayang , `April Fool’ pula menjurus kepada berseloroh .

Bagaimanapun , ada cerita sedih kepada masyarakat Islam di sebalik `April Fool yang perlu dijadikan renungan dan dihentikan sambutannya .

Adalah dipercayai sambutan `April Fool’ mula dirayakan ketika kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol.
Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol , kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera Kristian . Penduduk Islam di Moors , Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri .

Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol , justeru , mereka membuat helah . Mereka memaklumkan penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan .

Orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu suatu penipuan pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan . Setelah berpuas hati , mereka membuat persiapan untuk bertolak . Keesokannya (1 April) , mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan .

Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam . Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar . Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya , tidak kira lelaki , perempuan , serta anak kecil . Peristiwa berdarah yang meyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera Kristian .

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai `April Fool’s Day’.

Apa yang pasti setiap kali menjelang 1 April , sesetengah orang Islam begitu taksub dengan budaya `pandang ke Barat’ menjadi begitu sibuk sekali dengan kepala mereka penuh dengan senarai mangsa untuk dipermain-mainkan .

Kepala mereka juga ligat merangka bentuk ‘penganiayaan’ yang bakal dilakukan demi memastikan mereka puas melihat muka mangsa gurauan `April Fool’ mereka merah padam kerana dipermain-mainkan .

Mengikut e-mel yang diterima penulis , seorang suami yang jahil mengenai agama , telah mengucapkan , “Aku ceraikan kau dengan talak tiga” pada isterinya dengan niat untuk melawak .
Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan `April Fool’ .

Selepas itu , giliran suami pula meraung apabila diberitahu talak yang dilafazkan secara bergurau itu sebenarnya sudah pun jatuh dan dikira sah .

Apa yang menyedihkan ialah umat Islam di negara ini mudah mengingati sambutan pelik masyarakat bukan Islam terutama Barat tetapi lupa mengenai hari kebesaran hari di dalam Islam .

Berapa ramaikah antara kita menyedari kita sebenarnya baru memasuki tahun Islam yang baru pada 15 Mac lalu . Kita kini di tahun 1423 Hijrah!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...