23 March 2010

7 jenis wajah dalam kubur .

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat . Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah . Kawan-kawan , syirik ini jangan buat main-main , dosa yang paling besar dalam Islam . Kekal dalam neraka selama-lamanya .

2. Mayat yang mukanya berbentuk b**i . Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu , tidak menjaga solat lima waktu . Lalai dalam solatnya . Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar . Perbuatan keji dan mungkar ini banyak , bukan hanya berduaan ditempat gelap , minum arak, berjudi sahaj a.Tak tutup aurat juga perbuatan keji .

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam . Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa .

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup . Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang
haram . Harta yang haram banyak contohnya . Antaranya mencuri ; harta yang haram . Merompak ; harta haram . Melesapkan duit kawan ; harta yang haram .

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya . Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang .

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai . Itulah mayat
orang yang suka makan riba’ .

7. Mayat yang wajahnya tersenyum . Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh .

p/s : Wajah yang macam mana korang inginkan ? Renung-renungkan . =)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...