31 March 2010

Discover the scene behind the April Fool's day .

SETIAP kali muncul tarikh 1 April , rakyat negara ini termasuk umat Islam beriya-iya menyambut ‘April Fool’ dengan menggemparkan sanak saudara dan rakan taulan .

Selain `Hari Valentine’ yang sudah sinonim dengan masyarakat Islam negara ini tetapi lebih kepada soal berkasih- sayang , `April Fool’ pula menjurus kepada berseloroh .

Bagaimanapun , ada cerita sedih kepada masyarakat Islam di sebalik `April Fool yang perlu dijadikan renungan dan dihentikan sambutannya .

Adalah dipercayai sambutan `April Fool’ mula dirayakan ketika kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol.
Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol , kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera Kristian . Penduduk Islam di Moors , Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri .

Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol , justeru , mereka membuat helah . Mereka memaklumkan penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan .

Orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu suatu penipuan pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan . Setelah berpuas hati , mereka membuat persiapan untuk bertolak . Keesokannya (1 April) , mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan .

Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam . Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar . Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya , tidak kira lelaki , perempuan , serta anak kecil . Peristiwa berdarah yang meyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera Kristian .

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai `April Fool’s Day’.

Apa yang pasti setiap kali menjelang 1 April , sesetengah orang Islam begitu taksub dengan budaya `pandang ke Barat’ menjadi begitu sibuk sekali dengan kepala mereka penuh dengan senarai mangsa untuk dipermain-mainkan .

Kepala mereka juga ligat merangka bentuk ‘penganiayaan’ yang bakal dilakukan demi memastikan mereka puas melihat muka mangsa gurauan `April Fool’ mereka merah padam kerana dipermain-mainkan .

Mengikut e-mel yang diterima penulis , seorang suami yang jahil mengenai agama , telah mengucapkan , “Aku ceraikan kau dengan talak tiga” pada isterinya dengan niat untuk melawak .
Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan `April Fool’ .

Selepas itu , giliran suami pula meraung apabila diberitahu talak yang dilafazkan secara bergurau itu sebenarnya sudah pun jatuh dan dikira sah .

Apa yang menyedihkan ialah umat Islam di negara ini mudah mengingati sambutan pelik masyarakat bukan Islam terutama Barat tetapi lupa mengenai hari kebesaran hari di dalam Islam .

Berapa ramaikah antara kita menyedari kita sebenarnya baru memasuki tahun Islam yang baru pada 15 Mac lalu . Kita kini di tahun 1423 Hijrah!

30 March 2010

Nampak alim tapi hampeh ?

Untuk membuat penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil bukanlah mudah . Dalam kehidupan ini ramai orang selalu membuat kesimpulan daripada penampilan atau faktor luaran yang mereka lihat semata . Penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil berbeza dengan sangkaan baik . Umpamanya , apabila kita melihat mereka yang kuat bersolat , atau berpuasa maka sudah pasti kita wajar bersangka baik terhadapnya .

Namun dalam masa yang sama kita tidak akan membuat kesimpulan bahawa dia adalah pasti ahli syurga , atau pasti orang yang kuat berpegang dengan agama , atau seorang yang soleh . Ini kerana solat dan puasa memanglah amalan yang baik dalam Islam , tetapi Islam bukan sahaja berkaitan soal solat dan puasa , sebaliknya Islam merangkumi pelbagai sudut kehidupan .

Jika dia kuat solat dan puasa , tetapi dalam masa yang sama kuat memaki dan mencerca orang , atau menderhakai ibubapanya , atau tidak amanah , atau menzalimi orang lain dan seumpamanya , maka dia bukannya orang yang soleh dalam ertikata sebenar dalam Islam .

Tidakkah kita selalu membaca hadis :

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka : “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda : “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat , puasa , zakat , juga dia pernah memaki seseorang , menuduh seseorang , memakan harta seseorang , menumpah darah seseorang dan memukul seseorang . Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya . Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim) .

Jadi , kalau orang berperwatakan alim pun belum tentu lagi merupakan ahli syurga , apalagi orang orang kat luar sana yang dah terang terang & tak payah suluh suluh pun kita nampak mostly through their dressing . Pakaian pun dah confirm tak cukup kain . Ada pulak yang pakai sampai melekap kat badan ( ketat lah ) . Lagi lah kita tak jamin kan ?

The conclusion is , perkara yang wajib mesti kita buat dulu ( tutup aurat mostly yang diabaikan ) selain solat , puasa & etc . Kemudian orang akan tengok perlakuan pulak contohnya macam adab kita , sopan-santun ( eh asal macam terasa jep ) , hubungan dengan ibu bapa dan keluarga dsb .

My opinion : " Dont judge the book by its cover " rasanya dah tak sesuai untuk diguna pakai pada zaman sekarang ni . Kalau dah terang tang tang free hair , tak semestinya solat , puasa dijaga ye tak ? Sebab , tutup aurat tu pun satu kewajiban . Get me ?

29 March 2010

Malulah kita semua.

Malu mempunyai pengertian yang besar dalam islam . Sifat malu adalah sebahagian daripada iman . Mereka yang telah hilang sifat malu adalah orang yang tipis imannya . Ini kerana malu dan iman berjalan beriringan . Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang .

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw ada bersabda bermaksud : "Iman itu ada lebih 60 cabang . Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman ."

Malu atau haya dalam bahasa arab berasal daripada perkataan hayat yang bermaksud kehidupan . Ia mencakupi sifat malu , memelihara aib diri dan orang lain , kesopanan , harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah .

Islam menggariskan sifat malu itu perlu ada pada diri setiap muslim sebagai perisai kepada orang yang beriman setiap kali hendak melakukan pekerjaan atau perbuatan dosa . Mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan hari kiamat adalah mereka yang mempunyai sifat malu yang teramat sangat setiap kali ingin membuat dosa , biarpun ia bukanlah sesuatu yang disengajakan .

Rasulullah mengajar umat Islam mengenai perkara pentingnya seseorang menghiasi dirinya dengan sifat malu . Dan betapa malunya seorang yang bergelar muslim tetapi tidak mempunyai sifat malu sebagai hamba kepada Allah .

Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah berjalan melintasi seorang pemuda yang memarahi saudara lelakinya yang sangat pemalu . "engkau seorang yang sangat pemalu dan aku bimbang sifat malumu itu akan memusnahkan dirimu" . Mendengar kata-kata lelaki itu, Rasulullah bersabda , "Tinggalkanlah ia , kerana sifat pemalu itu sebahagian daripada iman" . (Bukhari)

Kedua-dua hadis diatas membuktikan bahawa sifat pemalu bukan dikhususkan untuk kaum wanita tetapi mesti ada pada kaum lelaki yang beriman kepada Allah s.w.t dan hari akhirat . Sifat pemalu adalah lambang taqwa (takutkan Allah) dan lambang ketinggian iman seseorang Muslim itu .

MALU PADA KAUM WANITA .

Kemodenan hari ini banyak merubah cara kaum wanita Islam kita dalam cara berpakaian . Ramai yang megenakan seluar ketat , mendedahkan bahagian perut dan pusat , berpakaian menjolok mata dan tidak mahu memakai tudung sebagaimana yang disyariatkan oleh Allah . Ramai yang sudah hilang malu , menonjolkan diri untuk memancing pandangan semua orang . Ini termasuklah bebas berdua-duaan bersama-sama pasangan yang bukan muhrim mereka . Pandangan seperti ini sudah menjadi perkara biasa di negara ini atau di mana-mana jua .

Seorang muslimah yang patuh kepada perintah Allah dan RasulNya tidak akan menggadaikan maruah diri semata-mata mahu nampak moden dan mengikut perkembangan semasa . Wanita wajib malu mendedahkan diri mereka kepada lelaki yang boleh dikahwini dan ditengah-tengah masyarakatnya . Malu seorang wanita itu datang daripada sifat malu kerana takutkan Allah .

Begitu juga dengan kes-kes sumbang mahram yang amat memalukan kita khususnya umat Islam . Perbuatan ini amat hina kerana sanggup menodai dan memakan darah daging sendiri yang sepatutnya adalah amanah Allah kepada bapanya , abang datuk dan bapa saudara memelihara kehormatannya .

Dalam satu hadis yang diriwayatkanoleh Abdullah Ibn Umar , Rasulullah saw bersabda :
"Sifat malu dan iman itu seiringan . Jika salah satu ditinggalkan , maka kedua-duanya akan hilang ."(Baihaqi)

Sifat malu dan memelihara kehormatan seseorang ini amat penting dan sangat dititikberatkan dalam Islam . Malu adalah perhiasan dan perisai kepada lelaki dan wanita yang percayakan ada pembalasan pada hari akhirat . Perisai inilah yang menghalang mereka daripada terjerumus melakukan dosa dan noda , zahir dan batin .

Hadis riwayat Anas bin Malik,Rasullullah saw bersabda :

"Apabila seseorang menyertakan keghairahan atau tarikan berahi kepada setiap perkara yang dilakukannya , ia akan menjadi keburukan , dan apabila malu disertakan dalam setiap perbuatan ia akan menjadi indah ."(Tirmidhi)

27 March 2010

Manisnya Bersahabat Setia .

Memiliki persahabatan yang jujur dalam erti kata yang sebenar adalah nikmat kehidupan .Namun , ia sebenarnya sukar untuk diperoleh secara luas di alam maya ini melainkan dalam sejarah kehidupan golongan yang beriman dalam makna yang sebenar .

Bahkan Nabi Muhammad saw menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan kerana Allah semata-mata maka dia akan dapat mengecapi kemanisan iman .

Sabda baginda ;

" Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka diamendapati kemanisan iman . Pertama , hendaklah Allah dan rasulnya lebih dicintai mengatasi selain kedua-dua .  Kedua , hendaklah dia mencintai seseorang , tidak dia cintainya kecuali kerana Allah . Ketiga , hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka " .
( riwayat al-Bukhari danMuslim )


Manisnya tebu tidak dapat digambarkan dengan perkataan buat sesiapa yang tidak pernah merasanya . Manisnya iman , hanya pemiliknya sahaja yang dapat mengecapi kenikmatan dan kekhusyukkannya . Dalam tiga ciri tersebut , baginda saw nyatakan bahawa mencintai seseorang hanya kerana Allah , akan terasalah manisnya iman . Indahnya kemanisan man hanya pemiliknya sahaja yang faham .



Dipetik dari , Mengemudi Bahtera Perubahan Minda oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin .

26 March 2010

Lets get married !

Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita .
Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki .

Jadi , janganlah cepat sangat kita semua menilai atau menerima seseorang . Baru dua tiga kali terserempak , dah kata orang tu soulmate kita . Ada pulak yang cakap saja nak try try before betul betul kahwin . ( boleh pulak main try try ek ? ingat fitting room ape ? )

Dan ini , antara sifat-sifat calon suami yang baik :

1 . Kuat amalan agamanya . Menjaga solat fardhu , kerap berjemaah dan solat pada awal waktu . Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan . Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan . ( so kalau yang suka pakai seluar pendek , faham faham ajelah ye )

2 . Akhlaknya baik , iaitu seorang yang nampak tegas , tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur . Pertuturannya juga mesti sopan , melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia .

3 . Tegas mempertahankan maruahnya . Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya .

4 . Amanah , tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan .

5 . Tidak boros , tetapi tidak kedekut . Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana (kalau nak topup pun , tengok tengok jari , aiiyoo susah la ).

6 . Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap (ini tidak , pantang tengok perempuan dahi licin ) .

7 . Pergaulan yang terbatas , tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian .

8 . Mempunyai rakan pergaulan yang baik . Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama .

9 . Bertanggungjawab . Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya (yang hantar parents kat rumah orang tua , jangan terkejut kalau anak kau orang pun akan buat benda yang sama ) .

10 . Wajah yang tenang , tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan ( Alhamdulillah , seronok dapat suami macam ni ) .

Namun sebelum itu , kita sebagai wanita sendiri perlu mengubah atau muhasabah diri kita sendiri . Tak kan lah kalau kita solat 5 waktu pun boleh main skip sip , tapi bermimpi nak suami yang soleh kan ??
Renung-renungkan .

Wallahu a’lam.

Manusia Oh Manusia .

Dalam sebuah riwayat menceritakan,  pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar , manakala anaknya mengikut dari belakang . Melihat tingkah laku Luqman itu , setengah orang pun berkata , 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa , sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki . "

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu . Melihat yang demikian , maka orang di passar itu berkata pula , " Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu , sungguh kurang adab anak itu . "

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu , Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya . Kemudian orang ramai pula berkata lagi , " Lihat itu dua orang menaiki seekor himar , adalah sungguh menyiksakan himar itu . "

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang , maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu , kemudian terdengar lagi suara orang berkata , " Dua orang berjalan kaki , sedangkan himar itu tidak dikenderai . " Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah , Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka , katanya , " Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia . Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja . Barang siapa mengenal kebenaran , itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu . "

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya , katanya , " Wahai anakku , tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir . Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara , iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya , lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya) , dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya . "


 
p/s : Segala perbuatan manusia yang baik apatah lagi yang buruk sering dipersoalkan . Mengapa ? Itulah manusia .

25 March 2010

Nak jadi cantik ?

Kecantikan boleh dibentuk melalui latihan dalaman . Dan semestinya kecantikan dari dalaman itu kekal dan utama .

1 . Untuk membentuk bibir yang menawan , ucapkan kata-kata kebaikan .
2 . Untuk mendapatkan mata yang indah , carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai .
3 . Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing , bahagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan .
4 . Untuk mendapatkan rambut yang indah , mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari .
5 . Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah , berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan , dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian .



Manusia , jauh melebihi segala ciptaan lain , perlu sentiasa berubah ,diperbaharui , dibentuk kembali , dan diampuni . Jadi , jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda . Apabila anda sudah melakukan semuanya itu , ingatlah sentiasa . Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan , akan sentiasa ada tangan terhulur .

Dan dengan bertambahnya usia anda , anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan , satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain .
Kecantikan wanita bukan terletak pada kain yang dikenakannya , bukan pada bentuk tubuhnya , atau cara dia menyisir rambutnya .

Kecantikan wanita terdapat pada matanya ; cara dia memandang dunia . Kerana di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia , di mana cinta dapat berkembang . Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya . Tetapi kecantikan yang murni , terpancar pada jiwanya , yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan . Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu .

23 March 2010

Hukum Bercouple .

SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi , maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram , kerana beberapa sebab berikut :

1 . Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya . (takkan korang cakap dengan bf/gf korang sambil tutup muka kot an ? )

2 . Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab .

3 . Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya , baik di dalam rumah atau di luar rumah . (kalau bawak orang teman pun , korang suh dia pergi tempat lain)

4 . Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya . ( konon nak tunjuk yang korang ni lemah lembut , sopan santun )

5 . Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita , meskipun itu hanya berjabat tangan . (nak cakap korang ni profesional la kiranya )

6 . Orang yang bercouple , boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya . ( mustahil korang bercinta dengan M , tapi terbayang kucing dia pulak )

Dalam kamus bercouple , hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan , padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya , lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi ?

Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah .
Jawab beliau ; Jika hubungan itu sebelum nikah , baik sudah lamaran atau belum , maka hukumnya adalah haram , kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan , memandang , atau berdua-duaan .

Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda : Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya , dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya .

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya ; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya , yang pada akhirnya mereka saling mencintai , apakah perbuatan itu haram?

Jawab beliau ; Perbuatan itu tidak diperbolehkan , kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya , serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan , yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan , pembicaraan melalui telefon , serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya .

Syaikh Jibrin juga ditanya ; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah?
Jawab beliau ; Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat , seperti rayuan , atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya) .

Sebagaimana firman ALLAH SWT ; Dan janganlah kalian melembutkan suara , sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya . (al-Ahzaab: 32).

Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan , maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah , akan tetapi hanya sekadar keperluan .

Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari . Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh , antaranya :

Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram , kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam , tanpa melanggar syariat .

Jawabnya : Istilah bercouple berlandaskan Islam itu cuma ada dalam khayalan , dan tidak pernah ada wujudnya . Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat , menyentuh serta menutup aurat . Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang , atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa .

Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.

Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan , perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya , fizikal , karaktor , yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple , kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah .
Jawabnya : Memang , mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan , agar tidak ada penyesalan di kemudian hari . Namun , tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya .

Ditambah lagi , bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya . Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya , sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat .

Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda ; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli .

Fenomena Couple .

Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA . Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting , bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu . Nauzubillah .

Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram) . Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil .

p/s: Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH .

Etika + Batas pergaulan lelaki & perempuan .

1 . Menundukkan pandangan : ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya , sebagaimana firmanNYA ; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya . (an-Nuur : 30) - teringatkan KN samura .

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman , ALLAH berfirman ; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur : 31)

2 . Menutup Aurat ; ALLAH berfirman dan janganlah mereka mennampakkan perhiasannya , kecuali yang biasa nampak daripadanya . Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya . (an-Nuur: 31)
Juga FirmanNYA ; Hai nabi , katakanlah kepada isteri-isterimu , anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka .
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali , kerana itu mereka tidak diganggu . Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang . (an-Nuur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata :
Rasulullah SAW bersabda : Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki , begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita .

3 . Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita ; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis , harus disampaikan dari balik tabir pembatas .

Sebagaimana firmanNYA ; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab . (al-Ahzaab: 53)

4 . Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan ; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya . (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata ; Rasulullah SAW bersabda : Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita , kerana syaitan akan menjadi ketiganya . (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5 . Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan) : Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya . Firman ALLAH SWT ; Hai isteri-isteri Nabi , kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain , jika kamu bertakwa . Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik . (al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir ; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya , iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu , dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya . (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6 . Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis ; Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata ; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah ; Dalam hadis ini terdapat ancaman kera sterhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya . (Ash-Shohihah 1/44 Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya . Dari Aishah berkata ; Demi ALLAH , tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat .
(Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram , yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya , sebagaimana sabda Rasulullah SAW ; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina , yang pasti akan mengenainya .

Zina mata dengan memandang , zina lisan dengan berbicara , sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan , lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya . (Hadis Riwayat Bukhari , Muslim & Abu Daud)

Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina . Sebagaimana FirmanNYA ; Dan janganlah kamu mendekati zina , sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk . (al-Isra: 32)
p/s : Sementara nyawa masih dikandung badan , sama-samalah kita bertaubat & jauhi segala larangan yang Allah tetapkan . Jangan bila nyawa dah nak bercerai dari badan , baru nak bertaubat ! =B

7 jenis wajah dalam kubur .

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat . Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah . Kawan-kawan , syirik ini jangan buat main-main , dosa yang paling besar dalam Islam . Kekal dalam neraka selama-lamanya .

2. Mayat yang mukanya berbentuk b**i . Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu , tidak menjaga solat lima waktu . Lalai dalam solatnya . Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar . Perbuatan keji dan mungkar ini banyak , bukan hanya berduaan ditempat gelap , minum arak, berjudi sahaj a.Tak tutup aurat juga perbuatan keji .

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam . Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa .

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup . Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang
haram . Harta yang haram banyak contohnya . Antaranya mencuri ; harta yang haram . Merompak ; harta haram . Melesapkan duit kawan ; harta yang haram .

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya . Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang .

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai . Itulah mayat
orang yang suka makan riba’ .

7. Mayat yang wajahnya tersenyum . Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh .

p/s : Wajah yang macam mana korang inginkan ? Renung-renungkan . =)

Buat yang bergelar isteri .

ADA yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran?

Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.

Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.

Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.

Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.

Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.

Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.

Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.
Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.

Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.

Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.

Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.

Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.
Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.

Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.
Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.
Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.

Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.

Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.

Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.

Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.

Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.

" Seindah hiasan adalah wanita solehah " .

p/s : Wondering why i keep talking about something related with married ?

22 March 2010

Allah tidak membebani hambaNya .

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah , dia berkata , " Tatkala ayat : `Kepunyaan Allahlah apa yang ada di langit dan di bumi . Apabila kamu menampakkan atau menyembunyikan apa yang ada pada dirimu , maka Allah akan memperhitungkan kamu lantaran perbuatan itu . Lalu Dia mengampuni orang yang dikehendaki-Nya dan mengazab orang yang dikehendaki-Nya . Allah Mahakuasa atas segala sesuatu' ( al-Baqarah : 284 ) diturunkan kepada Rasulullah saw maka hal itu sangat menyulitkan para sahabat beliau .

Mereka menemui Rasulullah . Mereka berlutut seraya berkata , `Ya Rasulullah , kami telah dibebani berbagai amal yang dapat kami kerjakan seperti solat , shaum , jihad dan sedekah . Sekarang ayat itu diturunkan kepada engkau , dan kami tak sanggup mengamalkannya '.
Maka Rasulullah saw bersabda , `Apakah kamu hendak mengatakan apa apa yang telah dikatakan oleh para Ahli Kitab terdahulu , iaitu `kami mendengar namun kami menderhakainya ? ' Namun katakanlah olehmu , `Kami mendengar dan kami taat . Ampunilah kami , ya Tuhan kami . Dan kepada Engkaulah tempat kembali ' .
Setelah orang-orang menginsafi ayat itu dan mengucapkan keinsafannya dengan lidah mereka , maka Allah menurunkan ayat yang sesudahnya , iaitu `Rasul telah beriman kepada Al-Qur'an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya , demikian pula orang-orang yang beriman . Semuanya beriman kepada Allah , malaikat-malaikat-Nya , kitab-kitab-Nya , dan rasul-rasul-Nya . `Kami tidak membeza-bezakan sedikit pun antara seorang rasul dengan rasul lainnya' .

Dan mereka mengatakan , `Kami dengar dan kami taat . Ya Tuhan kami , ampunilah kami , dan kepada Engkaulah tempat kami kembali .' Setelah mereka mengamalkan ayat itu , maka Allah menasakh ayat tadi dengan ayat , `Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya . Ia mendapat pahala dari (kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya . (Mereka berdoa) , `Ya Tuhan kami , janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau khilaf ' .
Al-Baqarah , 284-286 .

Hati keras & gelap .

1 - Kamu mengenal Tuhan tetapi kamu tidak mengerjakan suruhanNya .

2 - Kamu sangka kamu cintakan Nabi Muhammad saw tetapi kamu tinggalkan ajaran beliau .

3 - Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak mengamalkan ajaran Al-Quran .

4 - Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur yakni melakukan suruhan Allah .

5 - Kamu berkata syaitan itu musuh tetapi kamu tidak menentangnya dengan menjauhi perbuatannya .

6 - Kamu berkata yang syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal bagi mendapatkannya .

7 - Kamu berkata neraka itu benar tetapi kamu tidak berusaha lari dari laranganNya dengan menjauhkan diri dari larangan Tuhan .

8 - Kamu berkata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia menghadapi hari kematian dengan menyediakan bekalan untuk akhirat dengan amal kebaikan .

9 - Kamu bangun dari tidur dan menceritakan segala keburukan manusia tetapi kamu lupa keburukan kamu sendiri .

10 - Kamu kebumikan mayat saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil pengajaran darinya bahawa suatu hari nanti kamu juga akan mengikut jejak langkahnya .

“Perbanyakkanlah mengingati akan sesuatu yang memisahkan nikmat iaitu mati” .

Five Great Lessons . You should read once !

1 – First Important LessonCleaning Lady.

During my second month of college, our professor gave us a pop quiz. I was a conscientious student and had breezed through the questions until I read the last one:

“What is the first name of the woman who cleans the school?”
Surely this was some kind of joke. I had seen the cleaning woman several times. She was tall, dark-haired and in her 50s, but how would I know her name?

I handed in my paper, leaving the last question blank. Just before class ended, one student asked if the last question would count toward our quiz grade.

“Absolutely,” said the professor. “In your careers, you will meet many people. All are significant. They deserve your attention and care, even if all you do is smile and say hello.”

I’ve never forgotten that lesson. I also learned her name was Dorothy.

2 – Second Important LessonPickup in the Rain.

One night, at 11:30 p.m., an older African American woman was standing on the side of an Alabama highway trying to endure a lashing rainstorm. Her car had broken down and she desperately needed a ride. Soaking wet, she decided to flag down the next car. A young white man stopped to help her, generally unheard of in those conflict-filled 1960s. The MN took her to safety, helped her get assistance and put her into a taxicab.

She seemed to be in a big hurry, but wrote down his address and thanked him. Seven days went by and a knock came on the man’s door. To his surprise, a giant console color TV was delivered to his home. A special note was attached .

It read: “Thank you so much for assisting me on the highway the other night. The rain drenched not only my clothes, but also my spirits. Then you came along. Because of you, I was able to make it to my dying husband’s bedside just before he passed away… God bless you for helping me and unselfishly serving others.”

Sincerely,
Mrs. Nat King Cole.

3 – Third Important LessonAlways remember those who serve .

In the days when an ice cream sundae cost much less, a 10-year-old boy entered a hotel coffee shop and sat at a table. A waitress put a glass of water in front of him.

“How much is an ice cream sundae?” he asked. “Fifty cents,” replied the waitress. The little boy pulled is hand out of his pocket and studied the coins in it.

“Well, how much is a plain dish of ice cream?” he inquired . By now more people were waiting for a table and the waitress was growing impatient.

“Thirty-five cents,” she brusquely replied .The little boy again counted his coins.

“I’ll have the plain ice cream,” he said.

The waitress brought the ice cream, put the bill on the table and walked away. The boy finished the ice cream, paid the cashier and left. When the waitress came back, she began to cry as she wiped down the table. There, placed neatly beside the empty dish, were two nickels and five pennies ...

You see, he couldn’t have the sundae, because he had to have enough left to leave her a tip.

4 – Fourth Important LessonThe obstacle in Our Path .

In ancient times, a King had a boulder placed on a roadway. Then he hid himself and watched to see if anyone would remove the huge rock. Some of the king’s wealthiest merchants and courtiers came by and simply walked around it. Many loudly blamed the King for not keeping the roads clear, but none did anything about getting the stone out of the way.

Then a peasant came along carrying a load of vegetables. Upon approaching the boulder, the peasant laid down his burden and tried to move the stone to the side of the road. After much pushing and straining, he finally succeeded. After the peasant picked up his load of vegetables, he noticed a purse lying in the road where the boulder had been. The purse contained many gold coins and a note from the King indicating that the gold was for the person who removed the boulder from the roadway. The peasant learned what many of us never understand!

Every obstacle presents an opportunity to improve our condition.

5 – Fifth Important LessonGiving When it Counts .

Many years ago, when I worked as a volunteer at a hospital, I got to know a little girl named Liz who was suffering from a rare and serious disease. Her only chance of recovery appeared to be a blood transfusion from her 5-year old brother, who had miraculously survived the same disease and had developed the antibodies needed to combat the illness. The doctor explained the situation to her little brother, and asked the little boy if he would be willing to give his blood to his sister.

I saw him hesitate for only a moment before taking a deep breath and saying, “Yes I’ll do it, if it will save her.” As the transfusion progressed, he lay in bed next to his sister and smiled, as we all did, seeing the color returning to her cheeks. Then his face grew pale and his smile faded.

He looked up at the doctor and asked with a trembling voice, “Will I start to die right away?”

Being young, the little boy had misunderstood the doctor; he thought he was going to have to give his sister all of his blood in order to save her.

“Work like you don’t need the money, Love like you’ve never been hurt, and dance like you do when nobody’s watching.”

03 March 2010

True Friendship .

1 . A loyal friend laughs at your jokes when they're not so good, and sympathizes with your problems when they're not so bad .
2 . A friend knows the song in my heart and sings it to me when my memory fails .
3 . Friendship isn't a big thing - it's a million little things .

4 . A friend can tell you things you don't want to tell yourself .
5 . A friend accepts us as we are yet helps us to be what we should .
6 . A stranger stabs you in the front; a friend stabs you in the back; a boyfriend stabs you in the heart, but best friends only poke each other with straws.
7 .  Anyone can make you smile or cry
      But it takes someone special to make you smile
      When you already have tears in your eyes
8 . True friends can see the hurt in your eyes when everyone else is fooled by your smile.
 * * * * * * * * * *
So many *memories*

so many StUpId fights
so many inside .j.o.k.e.s. and the CRAZIEST nights…
everything crazy that I do
always seems to happen when im with YOU .

 * * * * * * * * * *
Friend: calls your parents by mr. and mrs.
Best friend: calls your parents by their first names.

Friend: has never seen you cry
Best friend: has always had the best shoulder to cry on

Friend: never asks for anything to eat or drink
Best friend: opens the fridge and makes herself at home

Friend: asks you to write down your number.
Best friend: they ask you for their number
(cuz they can't remember it!)

Friend: borrows your stuff for a few days then gives it back.
Best friend: has a closet full of your stuff

Friend: only knows a few things about you
Best friend: could write a biography on your life story

Friend: will leave you behind if that is what the crowd is doing .
Best friend: will always go with you
 * * * * * * * * * *
p/s : I loved the last & the last 2 parts ! =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...