29 December 2010

Ilal Liqa' .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warohmatullah ,

Alhmadulillah , kita masih diberi kesempatan untuk menilai dan meneliti kembali kelemahan kita dan masih juga diberi peluang untuk memperbaikinya . Rugilah bagi sesiapa yang mensiakannya ...

Seperti yang semua maklum , beberapa puluh jam lagi kita akan memasuki tahun (masihi) baru . Post ni sengaja ana buat lebih awal , lianna malam tahun baru nanti insyaAllah ana dan sahabiyyah-sahabiyyah yang lain akan berada di Masjid Negara untuk menyertai Program 1000 Hati 1 Jiwa anjuran Raudhatus Sakinah dan JAWI . Mengharap ibrah yang bernilai dari program yang pertama kali ana sertai (^_^) .

Berbalik kepada tajuk post .

Terlalu banyak yang akan dan harus ana tinggalkan . Pertama-tamanya , sifat-sifat mazmumah yang terlalulah banyaknya (tak perlu dinyatakan di sini) . Demi menuju mardhatillah , akan ana cuba sedaya upaya insyaAllah untuk berhijrah menjadi hamba , anak , pelajar (dll) yang berjaya fid dunia wal akhirah . Meraih redhaNya seupaya mampu (macam dah keluar topik) dan untuk menjadi lebih matang , sematang usia . Fikiran matang , perlakuan matang serta tindakan yang matang .

Semalam , ana ma'a usrati , bercuti ke port dickson . Tiada apa yang istimewa , bukan kerana lokasinya di dalam Malaysia , tapi disebabkan kami (sekeluarga) dah TERLALU kerap ke sana . Ayah bekerja di sana dekat 8tahun , jadi tak ada tempat lain yang menjadi destinasi 'pelancongan' kami . Bezanya , kali ini merupakan kali terakhir menjejakkan kaki di sini sebabnya ayah akan posting ke k.l next year alhamdulillah (^_^) . Sempat lagi ayah pesan ,

Tengoklah laut tu puas-puas , lepas ni tak boleh tengok dah .

Next . Roomate . Hani Amirah Hairul Azam . Sem ni adalah sem terakhir beliau insyaAllah . Lepas ni hani akan ke main campus . Tinggallah kami di CFS menyambung perjuangan selama dua sem lagi ... Kenangan kita berempat (termasuk lagi dua orang roomate) akan sentiasa terpahat dalam ingatan . Berbuka bersama , bersahur , berjema'ah dalam banyak perkara , bergaduh (oops) dan sebagainya . We'll miss you badly ! InsyaAllah jika ada umur yang panjang kita akan berjumpa di main campus on 2012 (^_^) .

Seterusnya . Yang paling besar yang akan ana tinggalkan adalah tahun 2010 masihi yang telah melakar pelbagai sejarah pahit manis , hitam putih dalam kamus hidup ana . Dari zaman tamat SPM sehingga kini , cuti semester kedua . Sangatlah banyak yang dilalui dan ana yakin semua orang juga begitu . Cumanya yang baik kita ambil jadikan ikutan , dan yang sebaliknya kita jadikan pedoman dan pengajaran . Dan yang paling utama , jangan menyesal atas setiap yang telah dan akan berlaku dan berlalu .

" Sesungguhnya DIAlah yang menjadikan orang tertawa dan menangis ".
(An-Najm ; 43)

Yang pastinya , setiap suatu perkara yang berlaku , mesti akan terpahat dalam ingatankan ? Sebab tu Islam menggalakkan kita untuk mengeratkan silaturahim ... Supaya pengalaman dan ilmu yang pelbagai tu dapat dikongsi bersama . Sharing is caring ~

Bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut namaNya, serta peliharalah hubungan silaturahim kaum kerabat ".
(An-Nisa' ; 1)

Rasanya itu saja coretan kali ini . Mungkin lepas ni blog ana tak akan di'update' selalu (insyaAllah) kerana itu merupakan salah satu cara bagi mengurangkan pembaziran masa yang berleluasa dalam diri ana sekarang ni (^_^) . Sebabnya bila nak post sesuatu , memerlukan peruntukan masa yang agak banyak . Bukan kerana inginkan kesempurnaan , tapi memikirkan apa yang boleh dimanfaatkan oleh sahabat sahabiyyah sekalian .

Universiti menuju ukhrawi . (^_^)

Jadi , kalau ada sebarang pertanyaan atau pandangan dsb , boleh tinggalkan di chatbox atau emailkan (insyaAllah ana buka) di nurillahee92@yahoo.com .

Wallahu'alam .
Salam ukhuwwah sekencang da'wah .

Hijratul Muslimah (^_^) ,
0035 , Baiti Jannati ,
Rawang , Selangor .

24 December 2010

Dosa 24 jam .

Dengan namaMu ya Allah , yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warohmatullah ,

Alhamdulillahi robbil 'alamin , tengah hari tadi ana selamat sampai di 'desa halaman' setelah dekat sebulan lebih tak balik (walaupun jarak rumah dengan CFS hanya 45 minit) atas 'urusan-urusan' persatuan serta dek 'bergelumang' dengan exam mid semester (yang mencabar iman dan taqwa) . Akhirnya dapat jugak menghirup udara sini ...

Berbalik kepada dosa 24 jam . Usrah helwani malam kelmarin juga turut menyentuh topik ni . Na'am , kita sebenarnya dengan sedar atau tidak sedang , akan dan telah melakukan dosa tanpa henti . Tak setuju ?

Jom rewind . Bayangkan , pagi-pagi nak pergi class (nak mandi la senang cerita) , shower (selalunya) , mesti penuhkan ? Kita cakap apa dekat orang yang tengah mandi tu ? (tapi dalam hati la kan)

" Hish lama betul dia ni mandi ". (padahal awak tu yang bangun lambat)
" Dia ni buat shower macam kat rumah sendiri pulak ".
" Hmm , mandi ke buat assignment dia ni ".

See ? Bangun pagi je dah buat dosa . Itu sebelum pergi class , belum kita tengok exactly lepas bangun tidur .
Tapi itu satu kes .
Jom kita 'zoom in' lagi .

Ni adalah sketsa rutin harian rasanya . Kat mana-mana je kita boleh tengok dan dengar . Free of charge .

Situasi 1 .

Weh weh tengok tu tengok tu . Dating la tu .

A'ah . Apa lagi kalau dah macam tu .

Eee geli kot tengok dorang tu . Beramah mesra pulak kat public .

Entah . Tak tau malu ke dorang tu hah ?

Eh eh , awak tu pulak , tak malu ke dengan Allah ? Sepatutnya awak lagi takut dengan Allah . Laju betul dia menganalisis dan mengkaji keburukan orang lain . Sedangkan diri sendiri ? Na'uzubilllah ...
Jangan kita mengata , mengutuk dan mengetuk orang lain kerana percayalah , tak mustahil satu hari nanti perkara yang kita 'kutukkan' tu akan jadi kat diri kita balik . Cuba kita muhasabah diri kita , atau paling kurang pun kita do'akan bukan sahaja untuk 'dia' yang kita buruk-burukkan tu bahkan untuk diri kita jugak . Do'akan supaya Allah selamatkan dia dari terus hanyut , dan berdo'a agar kita terpelihara dari melakukan perkara yang sama .

" Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah sesuatu kaum memperolokkan kaum yang lain  , boleh jadi mereka yang diperolokkan lebih baik dari yang memperolok ".
(Al-Hujurat ; 11)

Situasi 2 .

" Eee , tengoklah tu . Baju apa yang dia pakai tuuuuu ... ".

" Tah . Baju ke , kain lap meja ke , dah tak dapat beza ".

" A'ah . Baik takyah pakai baju ".

Ni lagi satu hal . Tak dapat lari kan , dari situasi ni ?
Memang mulut kita lancang je bila bab-bab mengomen orang lain . Lagi satu , perasan tak , ni lah 'aktiviti-aktiviti' harian penambah berat dosa kita semua . Cuma sedar atau tak je . Kalau sedar , alhamdulillah , segeralah beristighfar dan bertaubat . Tapi yang tak sedar-sedar tu , semoga Allah menggerakkan hatimu untuk bertaubat insyaAllah .

" Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri ". (Al-Baqarah ; 122)

" Dan Dialah yang menerima taubat hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan ".
(As-Syuura ; 25)

Banyak lagi situasi-situasi yang 'sewaktu' dengan yang di atas . Tak termampu nak hurai . Lagipun dah lewat malam , otak dah tak mampu nak cerna banyak idea (alasan semata) .

Kesimpulannya , akan ada tiga pihak kat sini ;

Pihak pertama ; 'pelakon' yang me'lakon'kan babak-babak yang menjadi tontonan ramai .
Pihak kedua ; 'petani' yang me'nuai' dosa .
Pihak ketiga ; 'pemerhati' yang tak sokong pihak pertama dan kedua .

Apa yang boleh ana kongsikan pada ketiga-tiga pihak (juga buat diri ana khususnya) ;

Pihak pertama ; segeralah bertaubat . Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang .

Pihak kedua ; juga harus segera bertaubat . Tak mustahil dosa 'anda' lebih banyak dari pihak pertama . Boleh jadi pihak pertama tu tak tahu yang dia sedang melakukan dosa . Berbanding 'anda' (atau kita) yang mengetahui mengumpat itu satu dosa tapi kita buat jugak . Jadinya , dosa kita 'double' dari dosa mereka .

Pihak ketiga ; andalah yang sebenarnya memainkan peranan yang paling penting . Pihak ketiga ini sememangnya sedar akan tanggungjawabnya sebagai da'ie yang seharusnya mengajak kepada yang ma'ruf dan melarang pada yang mungkar . Amat rugilah jika kita menyedari akan sesuatu kesalahan tapi kita tak berusaha memperbetulkannya .

Random kepada (diri sendiri terutamanya) semua ;

Mengapa kita jadi seperti ini ? Yakni yang mengata , mengutuk dan mengetuk orang lain ? Satu je jawapan yang paling tepat .

Kita rasa diri kita PALING BAGUS . PALING SEMPURNA . Umpama tak pernah berbuat khilaf . sedangkan tidak ada yang sempurna melainkan Allah azza wajalla . Memandangkan kita cuma manusia yang penuh cacat cela , juga selaku hambaNya yang lemah , kerdil dan hina , sebaiknya kita sentiasa muhasabah diri . Sepanjang masa .

" Maka janganlah kamu menganggap dirimu bersih , sebenarnya Allah lebih  tahu siapakah yang lebih bertaqwa kepadaNya ".
(An-Najm ; 32)

" Katakanlah wahai Muhammad ! Mahukah aku khabarkan orang yang sebenarnya mendapat kerugian dalam usaha mereka , iaitu orang yang telah mensia-siakan perbuatan mereka dalam kehidupan dunia ini sedangkan mereka menyangka mereka telah berbuat baik ".
(Al-Kahfi ; 103-104)

Kita juga perlu tanam dalam ingatan , andai mulut terasa ringan untuk buat 3M tadi (mengata , mengutuk , mengetuk) , cepat-cepat istighfar . Tak pun 'tukar channel' . Dari mengumpat orang kepada memuji Allah . Jadinya kita dapat pahala (insyaAllah) instead of dosa kan ?

Wallahu'alam bissawab .

21 December 2010

Majlis Ilmu .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warohmatullah ,

Segala puji-pujian bagi Allah yang masih memberi kesempatan kepada kita semua untuk perbaiki segala kelemahan dari ke hari sehingga kita juga masih ditemukan di alam maya ini . Namun kitalah yang sering mensia-siakan segala nikmat kurniaanNya . Kerana kita terlupa bahawa setiap yang menjadi pinjaman itu harus dibayar .

Allah pinjamkan kepada kita terlalu banyak hinggakan kita tak mampu untuk membayarnya . Tapi sekurang-kurangnya kita cuba sedaya mungkin untuk membayar bukan ? Allah pinjamkan tangan , gunakan untuk mengajak kepada kebenaran . Dipinjamkan mulut , biarlah setiap perkataan yang melungsur keluar itu memberi manfaat dan kebaikan bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan juga kepada orang lain . Kaki digunakan untuk ke tempat-tempat bagi mendapat redhoNya . Inilah yang hendak ana kongsikan pada post kali ini sebenarnya .

Ramai yang terlepas pandang akan nikmat Allah yang satu ini . Kalau diperkatakan tentang kaki , mesti yang berlegar dalam fikiran adalah " Jangan melangkah pergi ke tempat-tempat maksiat ". Hanya sekadar itu . Masing-masing tidak sedar banyak lagi kelebihan , keupayaan dan tugas kaki ini . Antara salah satu yang sepatutnya dilakukan adalah melangkah ke taman-taman ilmu yakni majlis-majlis ilmu . Ana terkadang sedih melihat sahabat-sahabat seperjuangan yang hanya menumpukan sumber untuk mendapatkan ilmu itu dari satu sudut sahaja .

" Wahai , orang-orang yang beriman ! Apabila dikatakan kepada kamu 'Berilah kelapangan di dalam majlis ' maka lapangkanlah, nescaya Allah akan beri kelapangan buatmu ".
(Al-Mujadalah ;11)

Sebagai contoh , kita menyertai Persatuan Gerakan A , dan kita sememangnya penuh committed dengan persatuan ini . Tapi program-program ilmuan yang lain diketepikan . Dalam fikiran cukuplah dengan menyertai gerakan ini . Yang lain dah tak perlu . Alangkah sedihnya ... Mungkin kita tidak sedar kita hidup di dunia ini hanya sekali dan sementara cuma , dan menuntut ilmu itu adalah salah satu ibadah yang amat penting dalam kita memantapkan pengetahuan dan ilmu yang sedia ada . Atau mungkinkah kita fikir amalan-amalan seharian yang kita lakukan sudah cukup untuk menjadi tiket kita ke Syurga ? Wallahu'alam .

Itu satu kes . Dalam satu kisah yang lain , ada sesetengah orang yang ana jumpa , sering menjadikan alasan atas tiap-tiap perkara . Bila diajak untuk bermesyuarat dalam persatuan , ada sahaja alasan yang diberi .

Kenapa Si Fulan tak datang ?

Ada study group .
Kena buat revision .
Esok ada kuiz .

Dan bermacam alasan lagi yang diberikan . Mungkin anda yang sedang membaca juga tak lari dari masalah ini . Dan diri ana juga . Tidakkah kita sedar , kita belajar dalam satu kampus yang sama , dalam tempoh pengajian yang sama . Waktu yang diberikan Allah kepada kita juga sama , 24/7 . Tapi kenapa kita menjadikan semua ini sebagai alasan ?

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
" Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa ".
(Riwayat al-Bazzar)

Ya , seperti yang ana sebutkan belajar itu adalah ibadah tapi bermesyuarah atau berpersatuan itu juga ibadah . Bagaimana ana boleh katakan itu sebagai ibadah ? Bermesyuarah dalam memikirkan masalah ummat itu adalah ibadah . Dan merealisasikannya akan melahirkan bukan hanya kepuasan namun dalam tidak sedar kita juga telah berjihad di jalanNya . Bagaimana pula ? Cuba kita fikirkan , mesyuarah yang kita buat tadi adakah untuk keburukan ummat atau kebaikan ummat ? Renung-renungkan .

" Dan bagi orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhan dengan melaksanakan solat ,sedang urusan mereka (diputuskan) dengan mesyuarah antara mereka ; dan mereka menginfakkan sebahagian dari rezeki yang kami kurniakan kepada mereka ".
(As-Syura ;38)

Ingatlah , Allah akan membantu hamba-hambaNya yang berjuang di jalanNya . (ana tak berapa ingat , jadi mungkin sahabat-sahabat boleh bantu (^_^) ) Ana juga teringat kata-kata Ustaz Pahrol Juoi dalam talknya dua hari lepas , setiap satu nikmat yang kita dapat , kita akan kehilangan satu perkara . Maksud kata-kata beliau boleh diumpamakan seperti kita pergi ke suatu majlis ilmu , dalam masa yang sama kita dapat ilmu tetapi kita juga kehilangan masa . Tapi tak berbaloikah masa yang hilang itu semata-mata kerana ilmu yang dicari ?

Berkatanya Imam Al-Ghazali ; " Hati yang 40 hari kosong tanpa majlis ilmu itu akan mati ".

Jom kita kaitkan dengan study group tadi . Pernahkah kita dengar , orang yang study group ni focus on study je , maksudnya non-stop . Tanpa ada gelak tawa , senda gurau , makan-makan , minum-minum dan yang sewaktu dengannya . Pernah tak ? Rasanya kalau ada pun mesti jarang dijumpai . Nampak tak perbezaannya ? Kalau kita pergi majlis ilmu macam talk , ceramah , etc , ada peluang ke kita nak buat semua tu ? Jadi , pengisian yang mana yang kita prefer ? Bukanlah study group itu yang salah , tapi diri kita sendiri sebenarnya . Bahagilah masa itu se'efficient' mungkin . Study group itu lebih kepada duniawi (selalunya) , sebaliknya majlis-majlis ilmu pula lebih kepada ukhrawi . Kita perlu 'balance' bukan ?


Siapa yang inginkan ketinggian di dunia, maka hendaklah dia berilmu, siapa yang inginkan ketinggian di akhirat, maka hendaklah dia berilmu dan siapa yang inginkan ketinggian di dunia dan akhirat kedua - duanya sekali, maka hendaklah dia berilmu ”.

Entry ni sebenarnya dipost kerana rentetan seorang sahabat yang kesedihan , memikir-mikirkan tentang kekurangan dalam organisasi mereka berikutan sesetengah ahli-ahlinya tidak memberi sepenuh komitmen kepada organisasi mereka dengan alasan-alasan di atas .

Apa yang mampu ana katakan padanya hanya , anggaplah semua ini dugaan dan ujian kecil dari Allah atas kesilapan-kesilapan kita yang lalu .

" Dan sungguh , Kami benar-benar menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yangbenar berjihad dan sabar di antara kamu ,dan kami akan uji perihal kamu ".
(Muhammad ; 31)

Wallahu'alam . Moga mendapat manfaat darinya .

" Sebarkanlah ilmu , walau hanya sepotong ayat ".

20 December 2010

Miss Complaint .


Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .
Pernahkah kita menghitung berapa kali kita mengeluh dalam satu hari , bermula dari bangun tidur sehingga kembali tidur ? Jika disenaraikan , boleh jadi sepanjang hari itu kita lebih banyak mengeluh dari hal yang remeh sehingga hal-hal yang berat di tempat belajar atau di tempat tinggal kita . 
Suatu hal yang wajar jika sesekali kita mengeluh , kerana sudah menjadi kudrat manusia suka berkeluh kesah ;
" Sesungguhnya manusia itu diciptakan dengan sifat suka mengeluh . Apabila ditimpa musibah dia mengeluh dan apabila diberi kesenangan berupa harta ia jadi kikir ."
(Al-Ma'arij ; 19-21)
Tapi yang sering terjadi adalah , tidak ditimpa musibah pun kita sering mengeluh . Jalan sesak kita mengeluh , padahal kita tahu bahawa kesesakan adalah pemandangan sehari-hari di Kuala Lumpur . Assignment bertimbun , kita mengeluh . Nak beli makanan di cafe dengan kesesakan kerana orang yang ramai , kita mengeluh . Seolah semua perkara jadi bahan keluhan.
Padahal kalau ditelaah, banyak yang kita keluhkan hanyalah urusan dunia , kerana ketidakpuasan kita terhadap hal-hal yang bersifat duniawi . Tapi manusia memang sudah terbiasa banyak mengeluh , sehingga kadang lupa mensyukuri hal yang kita anggap tidak penting padahal sangat penting. Sebut saja nikmat sihat . Pernahkah kita bersujud dan mengucap syukur dengan tulus kerana Allah telah memberi nikmat sihat setiap hari sehingga kita boleh melakukan aktiviti dengan lancar . Jika pun ada halangan , seharusnya tidak membuat kita jadi mengeluh tapi melihatnya sebagai ujian dan dugaan .
Sebagai makhluk yang lemah , setiap manusia tentu saja  pernah mengeluh , sedar atau tidak . Asalkan tidak menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi karakter yang sukar untuk dihapus dari keperibadian seseorang . Orang yang memiliki karakter suka mengeluh akan munculnya suasana yang tidak enak bagi lingkungan dan orang sekitarnya . Pernahkah anda berjumpa dengan orang yang tabiatnya suka mengeluh dan anda merasakan sangat tidak nyaman bahkan jengkel berada di dekatnya .
Kita memang harus berwaspada dengan sifat suka mengeluh ini , jika tidak ingin sifat buruk ini menjelma menjadi tabiat yang sukar dihapus . Untuk itu perlu latihan pengendalian diri agar tidak selalu melontarkan keluhan . Bagaimana caranya ?
1. Biasakan menyampaikan keluh kesah pada Allah semata
Ketika ditimpa kemalangan atau musibah , lebih baik kita menyampaikan keluh kesah dan kegundahan hati pada Allah Swt. kerana Dia Yang Maha Mengetahui segala persoalan dan kegundahan dalam jiwa .
" Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya ".
(Yusuf ; 86)
2. Kita boleh berkeluh untuk mendapatkan sesuatu (do'a)  .
Sebagai contoh , nikmat sihat dikurangkan oleh Allah pada suatu hari , dan kita mengeluh yakni mengatakan pada orang lain tentang ketidaksihatan kita dan momohon do'a dari mereka untuk kesembuhan .
3. Bicarakan solusi yang praktikal
Daripada mengeluh tiada akhir , lebih baik memikirkan atau membicarakan solusi praktikal atas permasalahan yang dihadapi . Tidak ada masalah yang tidak boleh dicari penyelesaiannya . Jika menemui jalan buntu , mohonlah bantuan pada Allah Swt.
" Bila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku , maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat sekali . Kujawab panggilan (do'a) orang yang berdo'a , bila ia memanggiKu (berdo'a) ".
(Al-Baqarah ; 186)


4. Jangan membesar-besarkan hal yang kecil
Anas bin Malik berkata , "Saya melayani Rasululullah Saw. selama dua puluh tahun dan beliau tidak pernah mengatakan 'ahh' pada saya . Dan beliau tidak pernah mengatakan apapun yang tidak saya lakukan, 'mengapa kamu tidak melakukannya?' atau apapun yang telah saya lakukan , 'mengapa engkau melakukan itu?" (HR Muslim) . Jadi biarkan saja hal-hal remeh yang tidak penting itu lenyap dan tidak lagi mengganggu fikiran kita .
5. Bicaralah tentang nikmat Allah
Daripada memilih membicarakan segala sesuatu yang salah dalam hidup Anda , pilihlah topik pembicaraan tentang hal-hal yang menyenangkan . Dengan bersikap seperti ini , bukan hanya membantu menghindar dari keluhan , tapi juga mematuhi perintah Allah untuk selalu mensyukuri nikmat Allah , " Lalu nikmat Allah manakah yang engkau dustakan ?". (Ar-Rahman ; 13)
6. Ingatlah mereka yang kurang beruntung
Salah satu cara untuk menyedar kita kembali untuk melihat realiti dan menghargai berkah yang Allah berikan pada kita adalah mengingati mereka yang kurang beruntung dari kita . Bacalah berita-berita tentang orang lain yang menderita di Asia , Afrika , dan seluruh dunia . Bacalah tentang kehidupan anak yatim piatu di Palestina , tentang kehidupan para pejuang di lingkungan kita sendiri . Sesekali berinteraksilah dengan mereka dan jangan menenggelamkan diri dalam rasa putus asa , tetapi menggunakan cerita mereka sebagai alat untuk bersyukur dan bersyukur kepada Allah atas apa yang kita miliki . 
7. Kurangkan stress dalam hidup Anda
Kita mungkin mengeluh kerana mengalami stress yang cukup berat dalam kehidupan ini . Anda perlu tempat untuk menyendiri . Berhentilah sejenak , carilah tempat yang tenang untuk bersantai , duduk di ruang yang gelap , tarik nafas dalam-dalam selama beberapa minit , mendengarkan lagu-lagu nasyid dan membaca beberapa ayat Al Qur'an akan memberikan ketenangan bagi hati dan fikiran yang sedang tertekan .
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram ".

(Ar-Ra`d ;28)

8. Bacalah kisah-kisah dalam Sirah
Catatlah bahagian-bahagian yang penting dan pengalaman para nabi, sahabat nabi dan generasi-generasi muslim di masa lalu, belajarlah dari pengalaman, sikap dan cara mereka menghadapi masalah.
9. Kenali sikap suka mengeluh yang menjadi kebiasaan
Perhatikanlah selalu perkataan kita dari semasa ke semasa, apakah kita merasakan bahawa mengeluh lebih merupakan kebiasaan dari suatu usaha yang berguna? Mengakui hal itu sebagai kebiasaan adalah langkah pertama yang penting untuk mulai melawan sikap suka mengeluh.


10. Cari lingkungan yang lebih baik
Apakah kita merasakan lebih banyak mengeluh jika kita berada di sekitar orang-orang tertentu? Mungkin kerana kita tidak memiliki banyak kesamaan minat dengan orang-orang tersebut, atau kerana mereka tidak tertarik untuk bersikap positif dan berterima kasih. Jika itu terjadi, maka sudah sampai masanya kita mencari lingkungan teman yang lebih baik.
11. Sedikit Bicara
Jika kita sudah mencuba segala sesuatu yang kita fikirkan dan masih lagi terlalu banyak mengeluh, mungkin kerana kita sudah terlalu banyak bicara. Jangan biarkan syaitan yang mengarahkan kita untuk berbicara hal-hal yang tidak berguna atau berbahaya. Pertahankanlah kelembapan lidah dengan selalu mengingati Allah. Bertaubatlah kepada-Nya dan bershalawatlah atas nama Rasulullah Saw. sekerap mungkin.
" Sebutlah nama TuhanMu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut tanpa mengeraskan suara pada pagi hari dan petang dan janganlah kamu termasuk dalam golongan orang yang lalai ".
(Al-A'raf ; 205) 
Wallahu'alam .
* edited from www.halaqah-online.com *

19 December 2010

Rehlah .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warohmatullah ,

Alhamdulillahi robbil 'alamin , terlaksana jugak hajat kami , HELWANI PEPIAS PJ untuk buat rehlah . Walaupun agak sedih , sebab tak semua dapat turun padang , tapi ana tetap bersyukur , it was a blast ! (^_^)
Kami ; Aizan , Shikin , Amirah , Mal , Athirah , Nabila , Kak Nash , Kak Nana & ana berehlah di Bukit Cherakah , Shah Alam . Pagi tadi , 1030 pagi kami bertolak dari CFS ke K.L Sentral . Sampai sana kami terus beli tiket dan tunggu tren untuk sampai . Lebih 15minit menunggu , sampai jugak tren . Tapi kami tak naik . Pelik tak ? Sebabnya ketua helwani kami tukar plan . Dia cakap nak tunggu Kak Nana dari Serdang . Then kami pun pergi la makan kat food court .

Di food court kami jumpa dengan Kak Busyra , sahabat Kak Nana . Sembang-sembang sambil makan-makan =) . Tiba-tiba ; "Good news and also bad news . Tren Kak Nana dah sampai kat Serdang . Tapi tren tu overcrowded sampai ada yang pengsan ". So ketua kami decided untuk teruskan perjalanan . Tapi , ujian seterusnya ; Kak Iman terpaksa balik CFS , because of her bad condition .

Sampai di destinasi dengan menaiki teksi , kami menyahut seruannya dan next , kami berbasikal (sewa) ! Seronok ! Walaupun penat . Terimbau zaman sekolah dulu . Berbasikal ke sekolah sejak sekolah rendah sampai la sekolah menengah (sebelum masuk asrama) . Masa kayuh-kayuh basikal tu , too many things happened ! Tak tahulah kenapa , tapi Shikin asyik jatuh dari basikal ! Tak tahu if that was her 1st time atau dia dah lama tak naik basikal . Kesian Shikin bila ada yang ketawakan dia . Sebelum teruskan lagi perjalanan , masa naik bukit tu ana turun dari basikal (sebab tak larat) dan sorongla basikal tu sampai atas sambil tunggu yang lain yang masih di bawah .

Tiba-tiba segerombolan lelaki datang mendekati kami (Mal & ana) . " Tak penat ke kayuh basikal ?" Dalam hati ; 'ni dah separuh pengsan takkan tak tahu penat ke tak '. Ana tak tahu kenapa waktu tu ana rasa macam nak marah sangat , ana terus tarik basikal tu supaya lebih rapat dengan ana dan ana 'ter'hentak basikal tu & situasi ni nampak macam ana marah pada mereka (bukan macam , tapi ana memang marah pun sebenarnya) .  One of them terus cakap ; "Bekengnya" . Dengan dialek kelantan dia (bekeng means garang) . Ok lupakan bab ni .

Seterusnya kami pergi ke Taman Iklim Empat Musim . Sebelum masuk kami makan tengah hari dulu but before that , lepas kami 'parking' basikal masing-masing , ada sorang makcik ni datang (mungkin baru keluar dari taman tu) kat tempat kami & tengok-tengok basikal kami . Kami tanyalah kenapa , dia cakap ada satu basikal dia hilang . Dia tanya "Macamana basikal ni boleh ada kat sini ?" Sambil tunjuk ke arah salah satu dari basikal kami . Kak Nana dah pelik . Dia cakap kitorang baru je sampai . Tak dan nak buat apa lagi . Then makcik tu terus beredar . Kesian dia . Athirah cakap mungkin ada orang yang tukar basikal dengan makcik tu sebab tak jauh dari situ ada satu basikal yang pancit tayar dia . Wallahu'alam .

" Dan sungguh , Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar berjihad dan bersabar di antara kamu dan kami akan uji perihal kamu ".
(Muhammad : 31)

Okey next . Kat dalam taman tu (tengah musim sejuk) sejuuuuk sangat ! Rasa macam nak patah jari (tak lah sampai patah) duduk dalam tu . Bila dah keluar tu , berkabusla spec ana dengan Kak Nana ... (^_^) Lepas tu kami terus bergegas , patah balik ke garisan mula . Aizan cakap pakcik teksi dah on the way . Ana dan Mal (yang sentiasa bersemangat) pun kayuhlah basikal selaju mungkin (sebab pakcik teksi nak sampai ! Alasan semata =_= ) . Kemudian kami berhenti . "Mana yang lain ?" Mal tiba-tiba bersuara . Kami toleh belakang . Ok . Memang semua orang tak gerak lagi . Tiba-tiba Mira (yang baru sampai) cakap rantai basikal Nabila tercabut . =)

Akhirnya sampai jugak kami ke stesen ktm Shah Alam . Seterusnya kami terus ke K.L Sentral , naik LRT & terus ke stesen U . Hmm dugaan seterusnya (sebenarnya dari awal perjalanan lagi dugaan ni dah mula) . Dalam tren , lrt , bas , semua dugaan yang serupa . Agak-agak dugaan apa ? Yup , mata . Kadang-kadang rasa orang buta tu bertuah sangat sebab tak terdedah dengan situasi ni . Inilah salah satu punca ana kurang gemar pergi ke mana-mana . Just imagine , pergi manapun memang tak dapat elak situasi ni . Rasa macam bila jalan tu nak tutup mata je 24jam (jatuh longkang jawab bangun sendiri) . Islam , Hindu , Buddha = 1 Malaysia . Na'uzubillah . Semua ada . Berkuranglah pahala ana yang memang serba kekurangan ni ... Astaghfirullah ...

" Katakanlah kepada laki-laki yang beriman ; Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya . Dan katakanlah kepada wanita beriman ; Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya ".
(An-Nuur : 30-31)

Sepanjang rehlah , memang banyak yang ana perhati dan lihat . Konklusi dari pemerhatian ; ramai yang jadikan tudung tu sebagai fesyen instead of suruhan yang telah Allah tetapkan . Macam-macam fesyen tudung yang dapat kita perhatikan zaman sekarang ni . Tapi tak semua yang menepati ciri-ciri yang ditetapkan Islam . Sedikit sebanyak ana sedih . Mungkin mereka ni tak tahu atau buat-buat tak tahu .

" Dan jagalah diri kamu dari (berlakunya) dosa (yang membawa bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah itu Maha Hebat azab seksaNya ".
(Al-Anfal : 25)

Semoga sama-sama kita ambil pengajaran buat pedoman . Hmm apa caranya supaya kita tak terdedah dengan keadaan ni ye ? Pada pandangan ana , cara paling mudah ialah tak perlu keluar rumah . Tapi kalau terperap je pun tanpa tengok dunia luar pun tak boleh jugak ... Jadi macamana ?

Ana rasa cukuplah sampai sini . Lagipun setelah seharian mengerah tenaga (mengayuh basikal) , semua faham kan ? (^_^) Dah tu , ni pulak bukan laptop ana . Yang baik itu dari Allah , yang buruk juga dari Allah namunberlandaskan iri ana yang lemah dan hina ini . Moga beroleh manfaat .

Wallahu'alam .

Muslimah kelesuan ,
2330 , Zainab Jashy .

17 December 2010

Zikrullah wa Zikrulmaut .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Asslamu'alaikum warohmatullah , wa kaifa halukum ?

Alhamdulillahi robbil 'alamin 'ala kulli halliw wani'mah , kita semua masih dapat bersua di alam maya ini . Masih sihat dan diberi kekuatan , seperti selalu . Maka beruntunglah bagi orang-orang yang mengambil peringatan . Alhamdulillah , selesailah sudah mid-sem exam , semester II 2010/2011 . (tahun depan ada lagi)

Usai exam arab tadi , dengan langkah yang penuh semangat , terpaparlah bayangan laptop (roommate's) dalam kotak fikiran . Next , sign in . Jumpa lagi Encik Blog . Sambil tu , ana juga sign in fb dan terus ke laman PEPIAS UIA PJ . Post dari Akh Acap . Ana bukak , dan terus baca .

Na'uzubillah . Wa astaghfirullah .

Ianya adalah post berbentuk perbualan antara seorang lelaki dan (mungkin) muslimah yang bergelar pelajar . Apa yang diperkatakan ? Sang muslimin ni bertanya , kalau-kalau si muslimah nak pendapatan sampingan . Get the point ? Na'uzubillah . Tapi alhamdulillah , si muslimah menolak . Dan dalam masa yang sama , si muslimah turut bertanyakan beberapa soalan kepada muslimin ni .

Antaranya , di mana kawasan yang mereka bergerak aktif , sasaran-sasaran mereka dan sebagainya . Aasif , tak dapat nak bagi link kat sini sebab ana rasa tak perlulah ana menyebarkan sesuatu yang tak sepatutnya . Cukuplah sekadar ana huraikan serba sedikit . Muslimin ni atau lebih mudah ana gelar pak cik , sebab dia berusia 33tahun dan mempunyai 2orang anak . Mereka bergerak aktif di area Klang Valley , kawasan-kawasan universiti (katanya) . Sasaran mereka semestinya mahasisiwi-mahasiswi universiti . Muslimah ni bertanya , selalunya dapat 'feedback' ke ? Pak cik ni jawab selalu memang dapat feedback positive . Sebabnya mahasiswi universiti ni DESPERATE , nak mudah dan cepat dapat duit . Mula-mula memang takut-takut , bila duit dah di'bank-in' depan mata , perasaan malu , takut , semuanya berterbangan . Astaghfirullahal 'azim .

Ana do'akan agar kita semua jauh dari perkara-perkara yang mengundang murka Allah , aamin .

Pada awalnya alhamdulillah , si muslimah bukan MATA DUITAN , dan berjaya menolak 'tawaran' pakcik tersebut . Tapi di akhir perbualan , pak cik ni cakap ; " awak , saya dah terpan*** dah ni , atas gambar awak yang saya print dari fb awak " . Astaghfirullah , astaghfirullah , astaghfirullah ya Allah . Aasif jiddan , terpaksa ana katakan sesuatu yang tak enak didengar . Tapi itulah dia , kenyataan yang sering ditidakkan . Pengajaran ? JANGAN sesekali menayang gambar kat public . Ana tak ingat fakta yang terperinci , tapi ia mengatakan yang kaum muslimin ini amat mudah terangsang . Ana tak pasti dalam sehari berapa kali mereka akan terangsang (aasif para muslimin) . Jadi sebagai muslimah kita seharusnya berhati-hati dalam setiap perkara . Kasihanilah mereka . Janganlah kita menambah dosa mereka dengan melakukan apa-apa yang boleh menarik perhatian mereka . Tersurat , mahupun tersirat .

Apa kaitannya dengan tajuk post di atas ?

Zikrullah wa zikrulmaut . Mengingati Allah dan mengingati mati .

Dua perkara ini saling berkait dan dua-dua sangat penting dan sangat perlu diberi perhatian . Dengan mengingati Allah , (sepatutnyaa) kita berasa takut dan malu untuk melakukan maksiat . Allah Maha Melihat akan setiap perbuatan kita . Zahir mahupun batin .

" Sebutlah nama Tuahnmu dalam hatimu dengan merendahkan diri danrasa takut tanpamengeraskan suara pada pagi hari dan petang dan janganlah kamu termasuk dalam orang-orang yang lalai ".
(Al-Ahzab ; 41-42)

Mengapa terjadinya perkara-perkara seperti di atas ? Kerana manusia tidak ingat Allah . Kita lupa akan Allah . Lupa akan kejadian manusia dari air yang hina . Bila manusia lupa pada Allah , maka bagaimana mungkin Allah akan ingat pada kita ?

" Ingatlah kepadaKU , pasti Aku ingat engkau ". (Al-A'raf ;205)

Kita juga lupa akan mati . Mati itu pasti . Setiap manusia akan melaluinya . Tapi kita lupa . Atau buat-buat lupa . Walhal kita tahu , ajal maut itu pengetahuannya hanya di sisi Allah . Kita juga tahu , Malakul Maut boleh jemput kita bila-bila masa sahaja . Di mana sahaja .

Hatta sekarang sekalipun . Atau beberapa detik lagi .

al-anbiyaa

Tersebut di dalam Unbar (Hadis) lima perkara racun yang membunuh dan lima perkara penawar sebagai ubatnya :
  1. Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya .
  2. Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya .
  3. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikirullah itu ubatnya .
  4. Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya .
  5. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya .
Sabda Nabi S.A.W. :

Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara :
  1. Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati .
  2. Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab .
  3. Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur .
  4. Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat .
  5. Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah .
Peringatan dan pedoman khususnya buat diri ana yang lemah dan serba kekurangan ini . Moga sama-sama kita ambil pengajaran .

Wallahu 'alam .

Cekallah Wahai Hati .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamu'alaikum warohmatullah ,

One word to describe my feeling RIGHT NOW . SUSAH !!!

Ok thats it . (^_^)

Tadi exam physics II , tak adala sampai nak meraung masa tengah jawab tu . Tapi lepas lecturer dah kutip paper , then it strucked ; what ive answered (atau more on conteng-conteng je kot) just now ?! Then fikir-fikir balik .

Just forget about it .
Let bygone be bygone .
Moreover , i'll start on a new chapter .

Bukak chapter baru . Yang dah lepas tu , tak kan masuk untuk final dah . FULL STOP .

Alhamdulillah 'ala kulli hal . Maths & Physics , lepas sudah . Arabic to go ! (^_^)

Semalam . 10Muharam 1432H .

Lepas exam malam tadi , ana pergi dengar talk dekat car park Mahallah ZC . Penceramah adalah Asyraf dan Hizbur , IMAM MUDA . Moderator , antara ustaz 'favourite' ana jugak ; Ustaz Syaari Abd Rahman . Tapi sebelum habis talk , ana dengan roommate terpaksa balik bilik . Al-maklumlah , hari ni ada exam . (ouh sedihnya)

Dapat bubur free ! Sepeket kecik untuk satu bilik yang ada 4 orang penduduk (bersyukur bersyukur !) .
Whats next ? Tak ingatlah . Too many things happened in a day . (^_^)

Hari ini .

Lepas exam terus on laptop (padahal bukan laptop sendiri) . Rasa macam nak hurai satu satu je soalan physics tadi . (Fadhilah , stop it !)

Next mission .
Upgrade blog . Study arab .
Eh , study dulu atau upgrade blog dulu ? (main-main aje) (^_~)

Perasaan yang bercampur-baur . Antara sedih , gembira dan semua lagi perasaan yang ada di muka bumi Allah ini .

Gembira kenapa ? (bukan sebab soalan tadi susah) Tapi sebab next week , boleh dikatakan setiap hari ada talk dan ceramah . *like banyak banyak*

Till then . Wallahu'alam .

16 December 2010

Rush Hours .

Assalamu'alaikum warohmatullah ,

Sangat kesuntukan masa .

Rushing rushing and rushing .

Demi Encik Blog , ana luangkan jugak sedikit masa untuk mencoret atau menconteng sebenarnya .

Malam tadi exam (for mid-sem) maths II , dan petang ni physics II . Esok , LQM 1062 (arab II) .

Do'akan ana ye . Takut . (^_~)

Tapi alhamdulillah malam tadi dapat menjawab dengan tenang . Moga paper-paper seterusnya jugak begitu .InsyaAllah .

Terlalu banyak nak diceritakan sebenarnya . Cuma waktu tak banyak diperuntukkan untuk menaip . Tetapi lebih kepada mengulangkaji . Tak apa , apa-apa pekerjaan pun , kalau lillahi ta'ala , semuanya adalah 'ibadah .

Tak sabar . Tak sabar nak habiskan paper terakhir esok . Tak sabar untuk perkongsian . Tak sabar nak update blog .

Haish . TERlupa . Assobarulminal iman . (^_^)

Sabarlah wahai hati .

Ya Allah , berikanlah ketenangan pada hati ini , berikan jua kekuatan kepadanya agar ia tabah menharungi segalanya . Aamin .

12 December 2010

Muhasabah .

Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ...

Orang kata:
"Indahnya ukhuwah itu."
Ditambah pula:
"Andai bertemu dan berpisah kerana Allah."
Saya berfikir:
"Benarkah ukhuwah itu indah?"

Tika hati terluka
Saat benci menguasai diri
Sejuta kebaikan hilang ditelan maya
Satu kesalahan menjadi sengketa

Persoalan:
"Kerana apakah ukhuwah ini dibina?"

Sangat mudah menutur maaf
Mudah juga memberi maaf
Tapi parut tetap meninggalkan bekas
Saya renung sepotong ayat ini sedalam-dalamnya:
"Bencilah pada kesalahannya, tapi jangan kau benci pada orangnya."

Adakah saya mampu?
Laksanakan ia pada saudara, keluarga dan sahabat
juga pada setiap yang dicintai?
Saat mereka 'ter'khilaf
Adakah kemaafan itu redha mengiringi kesalahan mereka?

(Muhasabah diri)
Fikir dan terus fikir

Dan kini saya sedar:
"Pada setiap diri itu...yang dibenci hanya khilafnya, cinta tetap mekar pada pelakunya. Sakit hanya pada tingkahnya, sayang tetap utuh pada pelakunya."

Saya perhati pula kata-kata Imam As-Syafi'e:
"Aku mencintai orang-orang soleh, meski aku bukan dari bahagian mereka. Dan aku membenci para pemaksiatNya, meski aku tak berbeza dari mereka"
Sedangkan insan hebat berkata begitu
Inikan pula diri yang hina
Siapalah diri untuk terus membenci

Selama muhasabah, inilah yang didapati:
"Indahnya ukhuwah pada selalu memberi, ianya indah jua pada sesekali merasai. Keduanya itu adalah saling, bukanlah asing."
Maafkanlah, usaikanlah, redhailah
Hidup ini terlalu singkat untuk membenci...

p/s : artikel asal (klik sini) .

Ana termuhasabah dengan ayat-ayat di atas .Sangat bermakna .

Kita selalu mahukan yang terbaik . Nak bersahabat dengan sahabat yang paling baik . Nak makan makanan yang terbaik . Nak ilmu dari tempat dan guru yang terbaik . Tapi pernahkah kita cuba untuk menjadi yang terbaik ? Sejauh mana telah kita melangkah dalam usaha untuk menjadi yang terbaik ?

Kita mahukan tempat pembalasan yang terbaik . Syurga . Ya semua orang berkata mereka mahukan SyurgaNya . Namun layakkah kita ? Sebanyak mana bekalan yang telah kita ada untuk dibawa ke sana ? Untuk menghadap yang Maha Pencipta ?

Beribadah kerana terpaksa . Tanpa rela . Adakala leka dan alpa . LaranganNya dilanggar tanpa belas rasa . Inikah sifat penghuni Syurga ? Sungguh tertipulah kita semua andai beranggapan demikian .

Justeru , apa langkah seterusnya ?

Perbaiki iman , juga taqwa kepadaNya . Hampirkan diri denganNya , bukan menjauhkan diri . Perlu kita ingat , kita umat akhir zaman . Umat yang semakin jauh dari landasan . Ayuh sama-sama bangkit . Amar ma'ruf nahi mungkar . Bukan hanya mengajak manusia yang lainnya , tetapi diri kita juga .

Sama-sama renungkan . (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...